Surah Al Kauthar (سورة الكوثر): Teks Arab / Rumi dan Kelebihannya

Artikel ini akan berkongsi kepada anda serba sedikit mengenai inti pati surah Al Kauthar (سورة الكوثر) yang sepatutnya anda perlu tahu.

Di sini juga disediakan audio bacaan surah ini dalam bentuk MP3 dan juga teks bacaannya dalam rumi untuk memudahkan pembacaan.

Baca juga:

Pengenalan Surah Al Kauthar

Al Kauthar bermaksud sungai yang mengalir di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata yang indah dan cantik.

Surah Al Mutaffifin ini merupakan surah yang ke-108 dalam al-Quran dan diturunkan di Mekah.

Terdiri dari 3 ayat, 10 kalimat dan 42 huruf. Surah ini diturunkan sesudah surah Al-‘Aadiyat.

Ia diturunkan bertujuan sebagai penghibur hati Nbai SAW, ketika anggota keluarganya banyak yang wafat iaitu anak lelaki Ibrahim dan bapa saudara Abu Talib.

Ringkasan Surah

surah al kauthar

Intipati penting mengenai surah ini adalah menerangkan tentang:

  • Nabi Muhammad SAW telah dikurniakan dengan nikmat-nikmat yang limpah di dunia dan di Akhirat.
  • Perintah mendirikan solah ‘Idil Adhha dan menyembelih korban.
  • Penentang Nabi Muhammad SAW adalah orang putus dari rahmat Allah.

Bacaan Surah Al Kauthar

Berikut merupakan teks bacaan Surah Al Kauthar yang terdapat dalam teks arab dengan bantuan teks rumi dan juga disertakan dengan bantuan audio.

إِنَّآ أَعۡطَيۡنَٰكَ ٱلۡكَوۡثَرَ ١

Innaa a’taynaakal kautsar
Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنۡحَرۡ ٢

Fashalli lirabbika wanhar
Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata. dan sembelilah korban (sebagai bersyukur).

إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ ٱلۡأَبۡتَرُ ٣

Inna syaani aka huwal abtar
Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya)

Kelebihan & manfaat Surah

Secara umumnya surah Al Kauthar sama sahaja seperti surah-surah lain yang mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Namun kelebihan lain bagi surah ini adalah seperti:

  • Sebagai amalan Rasulullah SAW sebelum tidur
  • Diberi syafaat apabila dibaca sehingga masuk ke dalam syurga
  • Menjadi perlindung dari seksa kubur

Semoga dengan panduan membaca surah Al Kauthar ini dapat menjadikan kita semua semakin sayang dan mencintai kitab Al-Quran serta menghayati setiap bait ayatnya untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

Sumber:

  1. Al-Quran dan Terjemahan
  2. Nikmat Sungai al-Kautsar Untuk Penghuni Syurga. Berita Harian
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.