Niat Solat Jamak & Qasar (Cara Jamak Zohor & Asar)

Nak jamak Zohor dan Asar tapi tak pasti cara yang betul?

Jom kami kongsikan panduan dan niat solat jamak & qasar yang betul.

Tujuan manusia diciptakan di muka bumi ini tidak lain tidak bukan untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.

Ini berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah Al-Dhariyat, ayat 56 yang bermaksud: “Tidaklah aku jadikan jin dan manusia, melainkan supaya mereka menyembah (beribadat) kepada Ku.”

Islam juga adalah jalan hidup yang diasaskan atas jalan kemudahan bukan membebankan penganutnya.

Justeru itu banyak hadis dan ayat Al-Quran yang menerangkan tentang asas kemudahan dalam ibadah seperti bagi musafir boleh niat solat jamak dan qasar.

Dapatkan buku bimbingan solat jamak & qasar yang lengkap di sini.

Baca juga:

Pengertian solat jamak & solat qasar

Solat jamak adalah menghimpunkan dua waktu solat fardhu dalam satu waktu. Sedangkan untuk solat qasar pula adalah memendekkan solat. Pendek di sini bermaksud solat fardu 4 rakaat seperti Zuhur, Asar, dan Isyak boleh dipendekkan menjadi dua rakaat sahaja.

Solat qasar boleh digabungkan dengan niat solat jamak. Kita akan memendekkan jumlah rakaat dan dalam masa yang sama menghimpunkan solat tersebut.

Jenis jamak qasar

Solat ini terbahagi kepada dua iaitu solat jamak takdim dan jamak takhir.

  • Jamak takdim – menghimpunkan dua solat fardhu dalam waku pertama (zuhur dan maghrib).
  • Jamak takhir – menghimpunkan dua solat fardhu dalam waktu solat kedua (asar dan isyak).

Dari Muaz bin Jabal RA:

أن النبي صلى الله عليه وسلم كان في غزوة تبوك إذا ارتحل بعد المغرب عجل العشاء فصلاها مع المغرب

Maksudnya: “Bahawa Nabi SAW ketika peperangan Tabuk, apabila bergerak selepas Maghrib disegerakan solat Isyak, maka dilakukan solat Isyak dengan Maghrib.” – (Hadis Riwayat Ahmad).

Syarat solat jamak & solat qasar

Bagi solat jamak takdim, syarat sahnya adalah:

  • Solat pada waktunya yang awal seperti solat zuhur dan maghrib.
  • Niat jamak pada waktu solat yang pertama.
  • Berturut-turut antara solat yang pertama dan kedua dan tidak boleh diselangi dengan perbuatan lain dari solat (kecuali iqamah dan berwuduk).
  • Berkekalan musafirnya sehingga mengangkat takbir solat kedua.

Untuk solat jamak takhir, syarat sahnya adalah:

  • Berniat untuk mentakhirkan solat yang pertama pada waktu kedua ketika masuk waktu solat pertama.
  • Berkekalan musafirnya sehingga selesai kedua-dua solat.

Manakala bagi solat qasar pula, ini adalah syarat sahnya:

  • Musafirnya hendaklah tidak bertujuan maksiat.
  • Perjalannnya tidka kurang dari dua marhalah.
  • Solat yang diqasarkan itu hendaklah solat zuhur, asar, dan isyak sahaja yang dilaksanakan secara tunai. Sebab itu tidak dibolehkan qasar solat qada dalam musafir bagi solat yang ditinggalkan semasa dalam kawasan tempat kediaman. Solat yang ditinggalkan dalam musafir boleh diqasarkan apabila diqadakan dalam musafir.
  • Perlu berniat qadar dalam takbiratul ihram.
  • Tidak boleh berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
  • Tahu tempat yang ingin dituju.
  • Berkekalan perjalanan sehingga sempurna solat.
  • Dia tahu bahawa orang musafir harus mengerjakan solat qasar.

Syarat perjalanan yang diharuskan solat jamak & qasar

  1. Perjalanan yang jaraknya 81 KM dan lebih.
  2. Perjalanan yang tentu tujuannya (bukan merayau).
  3. Perjalanan yang tidak bertujuan maksiat.
  4. Tidak diambil kira perjalanan untuk berniaga arak, mengamal riba atau menyamun.

Niat solat jamak & qasar

Ini adalah niat solat jamak dan qasar yang perlu dibaca ketika solat berpandukan waktu.

1. Niat solat jamak takdim zuhur

Usolli fardoz zuhri qosron rak’ataini jam’a takdiimin lillahi Ta’ala

Maksudnya: “Sahaja aku solat fardhu zuhur, qasar dua rakaat jamak takdim kerana Allah Ta’ala.”

2. Niat solat jamak takdim asar

Usolli fardoz ‘asri qosron rak’ataini jam’a takdiimin lillahi Ta’ala

Maksudnya: “Sahaja aku solat fardhu asar, qasar dua rakaat jamak takdim kerana Allah Ta’ala.”

3. Niat solat jamak takdim maghrib

Usolli fardol maghribi salasa rak’ataini jam’a takdiimin lillahi Ta’ala

Maksudnya: “Sahaja aku solat fardhu maghrib, tiga rakaat jamak takdim kerana Allah Ta’ala.”

4. Niat solat jamak tadim isyak

Usolli fardol isya’i qosron rak’ataini jam’a takdiimin lillahi Ta’ala

Maksudnya: “Sahaja aku solat fardhu isyak, qasar dua rakaat jamak takdim kerana Allah Ta’ala.”

5. Niat solat jamak takhir asar

Usolli fardol ‘asri qosron rak’ataini jam’a takhirin lillahi Ta’ala

Maksudnya: “Sahaja aku solat fardhu asar, qasar dua rakaat jamak takhir kerana Allah Ta’ala.”

6. Niat solat jamak takhir zuhur

Usolli fardoz zuuhri qosron rak’ataini jam’a takhirin lillahi Ta’ala

Maksudnya: “Sahaja aku solat fardhu zuhur, qasar dua rakaat jamak takhir kerana Allah Ta’ala.”

Tatacara solat jamak dan qasar

Bagi tatacara solat jamak dan qasar, baca keseluruhan solat sama sahaja seperti solat fardhu biasa. Namun yang membezakan hanyalah niatnya sahaja.

Bagi solat jamak takdim dan qasar (untuk zuhur dan asar), kita perlu melakukan 2 rakaat solat zuhur dengan satu salam. Kemudian, diikuti solat asar 2 rakaat dengan satu salam. Ia perlu dilakukan dalam waktu zuhur.

Bagi solat jamak takhir qasar (untuk zuhur dan asar), kita perlu melakukan 2 rakaat solat asar dengan satu salam. Kemudian, diikuti solat zuhur 2 rakaat dengan satu salam. Ia perlu dilakukan dalam waktu asar.

Begitulah seterusnya untuk solat-solat pada waktu yang lain. Semoga sedikit perkongsian ini memberi anda informasi yang bermanfaat.

Sumber

  1. Al-Kafi #926: Perkiraan Hari Masuk dan Hari Keluar Dalam Hukum Solat Musafir (Jamak dan Qasar). Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Al-Kafi #1688: Musafir Selepas Masuk Waktu Solat: Adakah Boleh Jamak Qasar. Mufti Wilayah Persekutuan
  3. Ensiklopedia Solat. Rohidzir Rais, Telaga Biru (2011)
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.