Doa Bermusafir Ringkas Untuk Diri & Orang Lain Beserta Terjemahannya

Artikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda doa bermusafir yang tepat dan betul dengan terjemahan dan bahasa ruminya bagi kemudahan dalam membaca.

Apa itu musafir?

Dari segi bahasa, maksud musafir mengikut Kamus Dewan Bahasa Pustaka beerti orang yang masih dalam perjalanan, orang yang berpergian atau pengembara.

Menurut istilah pula, musafir itu bermaksud seseorang yang melakukan perjalanan jauh melebihi 2 marhalah atau 81 KM. 

Doa bermusafir ringkas

سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ

Subhanallazi sakkharalana haza wama kunna lahu muqrinin wa inna ila rabbina lamunqolibun

Maksudnya: “Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali.”

Doa bermusafir yang lengkap

اللهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى
وَمِنَ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى
اللهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا
وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ
اللهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ، وَالْخَلِيفَةُ فِي الْأَهْلِ
اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ
وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ، وَسُوءِ الْمُنْقَلَبِ فِي الْمَالِ وَالْأَهْل

Allahumma inna nas aluka fi safarina hazal birro wattaqwa

Waminal ‘amali ma tardho

Allahumma hawwan ‘alaina safarona haza

wadhwi ‘anna bu’dahu

Allahumma antasso hibu fissafari wal kholi fatu fil ahli

Allahumma inna au’zubika min wa’sa issafari

Wakabatil man zhor wasu il mun qolabi fil mali wal ahla

Maksudnya: “Ya Allah! Kami mohon kepada Mu agar permusafiran kami ini di atas kebaikan dan ketaqwaan dan ia dikira sebagai amalan yang Engkau redhai.

Ya Allah! kami mohon agar permusafiran ini menjadi mudah ke atas kami. Engkau lipatkanlah jaraknya (supaya menjadi pendek).

Ya Allah! Engkaulah Peneman ketika permusafiran dan Penjaga bagi ahli keluarga (yang ditinggalkan).

Ya Allah! Aku mohon berlindung daripada Mu agar Engkau peliharalah kami daripada kesusahan ketika musafir pemandangan yang mendukacitakan dan kepulangan yang buruk pada harta dan keluarga kami.

Doa kepada orang bermusafir

Dalam sebuah hadis, ada diceritakan mengenai nasihat Umar RAnhuma berkata kepada seseorang yang hendak berjalan jauh:

ادْنُ مِنِّي أُوَدِّعْكَ كَمَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُوَدِّعُنَا فَيَقُولُ : أَسْتَوْدِعُ اللَّهَ دِينَكَ وَأَمَانَتَكَ وَخَوَاتِيمَ عَمَلِكَ

Maksudnya: “Dekatlah kepadaku, akan aku doakan engkau, sebagaimana Rasulullah SAW mendoakan kami jika kami akan pergi. Lalu Ibn Umar berkata:

أَسْتَوْدِعُ اللَّهَ دِينَكَ وَأَمَانَتَكَ وَخَوَاتِيمَ عَمَلِكَ

Maksudnya: “Aku doakan agar Allah memelihara agamamu, amanahmu dan penutup-penutup amalmu kepada Nya.” – (Hadis Riwayat al-Nasa’ie, 8806, dan al-Tirmizi, 3443)

Hadis yang lain pula, Abu Hurairah ada menyebut:

أَنَّ رَجُلاً قَالَ : يَا رَسُولَ اللهِ ، إِنِّي أُرِيدُ أَنْ أُسَافِرَ فَأَوْصِنِي ، قَالَ : عَلَيْكَ بِتَقْوَى اللهِ ، وَالتَّكْبِيرِ عَلَى كُلِّ شَرَفٍ ، فَلَمَّا أَنْ وَلَّى الرَّجُلُ ، قَالَ : اللَّهُمَّ اطْوِ لَهُ الأَرْضَ ، وَهَوِّنْ عَلَيْهِ السَّفَرَ.

Maksudnya: Bahawasanya ada seorang lelaki berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku hendak berjalan jauh. Maka berilah wasiat kepadaku. Baginda bersabda, Engkau hendaklah bertakwa kepada Allah dan bertakbir ketika menaiki di tempat yang tinggi. Kemudian ketika orang itu ingin pergi, Baginda SAW berdoa untuknya:

اللَّهُمَّ اطْوِ لَهُ الأَرْضَ ، وَهَوِّنْ عَلَيْهِ السَّفَرَ

Maksudnya: “Ya Allah, dekatkanlah jarak yang jauh baginya, dan mudahkanlah perjalanannya.” – (Hadis Riwayat al-Tirmizi, 3445)

Doa orang musafir kepada orang yang ditinggalkan

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abi Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ أَرَادَ أنْ يُسافِرَ فَلْيَقُلْ لِمَنْ يُخَلِّفُ: أَسْتَوْدِعُكُمُ اللَّهَ الَّذي لا تَضِيعُ وَدَائِعُهُ

Maksudnya: Sesiapa yang ingin pergi, hendaklah dia mendoakan orang yang dia tinggalkan, (أَسْتَوْدِعُكُمُ اللَّهَ الَّذي لا تَضِيعُ وَدَائِعُهُ) “Aku mengamanahkan kamu kepada Allah yang tidak pernah hilang simpanan Nya.” – (Hadis Riwayat Ahmad, 8494), al-Nasa’ie, 9903) dan Ibn Majah, 2819)

Semoga perkongsian mengenai doa bermusafir ini sedikit sebanyak dapat memudahkan perjalanan kita sepanjang musafir, dilindungi serta diberkati oleh Allah SWT sentiasa.

Sumber:

  1. Al-Kafi #1133: Doa Kepada Orang Musafir Dan Orang Yang Ditinggalkan. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Adab Bermusafir Oleh Imam Al-Nawawi. Beana Home Quran
  3. Bermusafir : Inspirasi Surah Ibrahim. Ikim
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.