Panduan Solat Taubat Ringkas & Mudah Untuk Pemula

Solat Taubat ialah solat sunat dua rakaat yang dilakukan untuk memohon keampunan Allah SWT atas dosa yang telah dilakukan, disertai penyesalan yang ikhlas dan azam untuk tidak mengulanginya lagi. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa kecuali pada waktu yang diharamkan solat.
Dalam kehidupan, setiap manusia tidak terlepas daripada kesilapan. Sama ada dosa kecil mahupun besar, Islam sentiasa membuka pintu taubat seluas-luasnya. Salah satu cara terbaik untuk kembali kepada Allah ialah dengan mendirikan Solat Taubat.
Artikel ini menghuraikan secara lengkap tentang cara solat taubat, niat, waktu pelaksanaan, doa selepas solat, dalil serta kelebihan amalan ini.

Apa itu Solat Taubat?
Solat Taubat adalah solat sunat yang dilakukan apabila seseorang menyedari kesalahan atau dosa yang telah dilakukan dan ingin kembali kepada Allah SWT dengan penuh keinsafan.
Taubat dalam Islam bukan sekadar menyebut istighfar, tetapi ia melibatkan perubahan hati dan tindakan. Ulama menyatakan bahawa taubat yang sebenar (taubat nasuha) mempunyai tiga syarat utama:
- Menyesal atas dosa yang telah dilakukan
- Berhenti daripada melakukan dosa tersebut
- Berazam tidak mengulanginya lagi
Sekiranya dosa tersebut melibatkan hak manusia seperti hutang, fitnah atau penganiayaan, maka wajib memohon maaf atau memulangkan hak tersebut.
Solat Taubat menjadi tanda kesungguhan seseorang dalam memohon keampunan dan memperbaiki diri.
Dalil Galakan Melakukan Solat Taubat
Terdapat hadis sahih yang menjadi dalil tentang kelebihan Solat Taubat.
Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya
“Tidaklah seorang hamba melakukan dosa lalu dia bangun bersuci dan mendirikan solat dua rakaat, kemudian memohon ampun kepada Allah, melainkan Allah akan mengampuninya.”
(Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Hadis ini menunjukkan bahawa Solat Taubat adalah amalan yang dianjurkan apabila seseorang melakukan kesalahan.
Selain itu, Allah SWT juga berfirman dalam Surah Az-Zumar ayat 53:
Maksudnya
“Katakanlah: Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.”
Ayat ini menegaskan bahawa pintu taubat sentiasa terbuka.
Syarat-Syarat Taubat
Jika kita berdosa kepada Allah SWT, bahkan melakukan kesalahan kepada manusia, maka tiga syarat ini perlu ditunaikan:
- Berhenti melakukan perbuatan dosa itu.
- Menyesal atas perbuatan itu.
- Bertekad untuk tidak lagi mengulangi perbuatan itu.
- Selesaikan masalah yang kita lakukan dengan individu tersebut.
Syeikh Soleh al-Uthaimin meletakkan lima syarat taubat seperti berikut:
- Ikhlas kepada Allah SWT.
- Menyesal atas segala perbuatan maksiat.
- Segera meninggalkan maksiat.
- Berazam tidak akan kembali melakukannya.
- Bertaubat dalam tempoh masa yang diterima oleh Allah iaitu sebelum nyawa sampai ke halkumnya.
Syarat-syarat taubat secara umumnya adalah seperti berikut:
- Ikhlas mahu bertaubat.
- Menyesali perbuatan dosa yang telah dilakukan.
- Bertekad untuk tidak mengulangi perbuatan dosa itu lagi.
- Bertaubat sebelum meninggal dunia.
Bilakah Waktu Solat Taubat?
Waktu solat taubat adalah fleksibel dan boleh dilakukan pada bila-bila masa apabila seseorang ingin bertaubat.
Namun, ia tidak boleh dilakukan pada waktu yang diharamkan solat iaitu:
- Selepas solat Subuh hingga matahari terbit
- Ketika matahari berada tepat di atas kepala
- Selepas solat Asar hingga matahari terbenam
Waktu terbaik untuk Solat Taubat ialah pada waktu malam, khususnya sepertiga malam terakhir kerana ketika itu doa lebih mudah dimakbulkan.
Walau bagaimanapun, jangan menangguhkan taubat. Jika hati sudah terasa bersalah, segeralah mendirikan Solat Taubat.
Bilangan Rakaat Solat Taubat
Secara tepatnya tiada keterangan atau bukti khusus yang menyatakan berapa bilangan rakaat solat taubat boleh dilakukan.
Namun demikian, solat sunat taubat boleh dilakukan sebanyak 2, 4 atau 6 rakaat menurut kepada pandangan pada ahli ulama.
Cara Solat Taubat (Langkah Demi Langkah)
Berikut ialah cara solat taubat yang mudah diikuti:
1. Berwuduk dengan Sempurna
Ambil wuduk seperti biasa dengan penuh khusyuk dan kesedaran bahawa kita ingin membersihkan diri zahir dan batin.
2. Niat Solat Taubat
Niat dalam hati:
اُصَلِّىْ سُنَّةَ التَّوْبَةِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Usolli sunnata taubati rak’ataini lillahi ta’ala
Maksudnya: “Sahaja aku solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”
Niat tidak perlu dilafazkan dengan kuat, memadai di dalam hati.
3. Rakaat Pertama
- Dimulakan dengan takbiratul ihram dengan menyebut lafaz “Allahu Akbar” disertakan dengan niat di dalam hati.
- Membaca doa iftitah.
- Pada rakaat pertama hendaklah baca surah al-Fatihah dan surah al-Kafirun
- Rukuk
- Sujud
4. Rakaat Kedua
- Dimulakan dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua).
- Membaca surah Al-Fatihah.
- Kemudian, membaca surah Al-Ikhlas
- Rukuk
- Sujud
- Tahiyat akhir
- Memberi salam
5. Berdoa dan Beristighfar
Selepas solat, duduklah seketika dan perbanyakkan istighfar serta doa dengan penuh penyesalan.
Kemudian selepas salam bacalah wirid dan istighfar ini:
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ وَأَسْأَلُهُ التَّوْبَةَ وَالْمَغْفِرَةَ
(70X)
سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ
(100X)
Dan akhirnya bacalah doa yang biasa dibaca untuk memohon keampunan dan taubat daripada Allah SWT.
Doa Selepas Solat Taubat
Doa taubat juga boleh dibaca secara beramai-ramai seperti berikut:
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ (3X)
Maksudnya:
“Aku minta ampun dari Allah.”
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَرَجَعْنَا إِلَى اللَّهِ (3X)
Maksudnya:
“Kami bertaubat kepada Allah dan kami kembali kepada-Nya.”
وَنَدِمْنَا عَلَىٰ مَا فَعَلْنَا
Maksudnya:
“Kami menyesal atas apa yang telah kami lakukan.”
وَعَزَمْنَا عَلَىٰ أَنْ لَا نَعُودَ لِلذَّنْبِ أَبَدًا
Maksudnya:
“Dan kami berazam tidak akan mengulangi lagi dosa-dosa tersebut buat selama-lamanya.”
وَنَحْنُ بَرِيئُونَ مِنْ كُلِّ دِينٍ يُخَالِفُ دِينَ الْإِسْلَامِ
Maksudnya:
“Dan kami berlepas diri dari segala agama yang bertentangan dengan agama Islam.”
وَنَشْهَدُ أَنْ لَا إِلٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ
Maksudnya:
“Dan kami naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa dan tiada sekutu bagi-Nya.”
وَنَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ ﷺ
Maksudnya:
“Dan kami naik saksi bahawa Nabi Muhammad pesuruh Allah, selawat dan salam ke atasnya.”
رَضِينَا بِاللَّهِ رَبًّا
Maksudnya:
“Kami redha Allah sebagai tuhan kami.”
وَبِالْإِسْلَامِ دِينًا
Maksudnya:
“Dan agama Allah sebagai agama kami.”
وَبِسَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ﷺ نَبِيًّا وَرَسُولًا
Maksudnya:
“Selawat dan sejahtera ke atas Nabi Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul.”
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ تَسْلِيمًا
Maksudnya:
“Ya Allah peliharalah ke atas nabi Muhammad SAW, keluarganya dan para sahabatnya, semoga selamat sejahtera.”
وَكُنْ بِنَا وَلِلْمُؤْمِنِينَ رَؤُوفًا رَحِيمًا
Maksudnya:
“Berlakulah lembut dan belas kasihan ke atas kami serta orang-orang yang beriman.”
Berapa Rakaat Solat Taubat?
Solat Taubat dilakukan sebanyak dua rakaat sahaja.
Walau bagaimanapun, seseorang boleh menambah solat sunat lain seperti solat hajat selepasnya jika ingin memohon pertolongan Allah dalam memperbaiki diri.
Adakah Solat Taubat Perlu Dilakukan Segera?
Ya, digalakkan untuk melakukannya secepat mungkin setelah menyedari kesalahan.
Menangguhkan taubat boleh menyebabkan hati menjadi keras dan terbiasa dengan dosa. Islam mengajar agar kita tidak berlengah dalam urusan kebaikan.
Perbezaan Solat Taubat dan Istighfar Biasa
Ramai yang bertanya, adakah cukup sekadar membaca istighfar tanpa Solat Taubat?
Jawapannya, istighfar tetap diterima dan dianjurkan. Namun, Solat Taubat memberikan kesan yang lebih mendalam kerana ia menggabungkan:
- Penyucian diri (wuduk)
- Ibadah solat
- Doa dan pengakuan dosa
Gabungan ini menunjukkan kesungguhan seseorang dalam bertaubat.
Kelebihan Solat Taubat
Solat Taubat mempunyai banyak kelebihan dari segi rohani, emosi dan kehidupan seharian seorang Muslim.
Ia bukan sekadar solat sunat biasa, tetapi satu bentuk pengakuan diri, penyesalan dan kembali kepada Allah dengan hati yang ikhlas. Berikut ialah kelebihan Solat Taubat yang sering menjadi persoalan ramai.
1. Menghapuskan Dosa dan Mendapat Keampunan Allah
Mendapat keampunan daripada Allah SWT. Apabila seseorang benar-benar menyesal, berhenti daripada melakukan dosa dan berazam tidak mengulanginya, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Solat Taubat menjadi tanda kesungguhan seseorang untuk berubah dan membersihkan diri daripada kesalahan lalu.
2. Menenangkan Hati dan Jiwa
Membantu menenangkan hati yang gelisah akibat rasa bersalah atau tekanan hidup. Apabila seseorang meluahkan penyesalan dan memohon ampun secara bersungguh-sungguh, jiwa menjadi lebih lapang dan tenang.
Ketenangan ini penting terutama bagi mereka yang sedang melalui fasa sukar dalam kehidupan.
3. Mendekatkan Diri kepada Allah
Kelebihan solat sunat seterusnya ialah ia menguatkan hubungan antara hamba dan Pencipta. Setiap kali kita kembali kepada Allah, itu tanda kasih sayang-Nya masih terbuka luas untuk kita.
Amalan ini menjadikan seseorang lebih sedar tentang tanggungjawab sebagai Muslim dan lebih berhati-hati dalam tindakan harian.
4. Membuka Pintu Rezeki dan Dipermudahkan Urusan
Apabila seseorang bertaubat dan memperbaiki diri, Allah menjanjikan ganjaran serta kemudahan dalam urusan hidup. Hati yang bersih dan hubungan yang baik dengan Allah sering membawa kepada keberkatan dalam rezeki, pekerjaan dan keluarga.
Ramai yang mengamalkan solat sunat sebagai salah satu cara memohon pertolongan ketika menghadapi kesulitan.
5. Mengelakkan Hati Daripada Terus Lalai
Dosa yang berulang tanpa taubat boleh menggelapkan hati. Dengan mengamalkan solat sunat, seseorang sentiasa diingatkan untuk muhasabah diri dan tidak terus tenggelam dalam kelalaian.
Ia menjadi benteng rohani agar tidak mudah kembali kepada kesilapan lama.
6. Meningkatkan Keimanan dan Ketakwaan
Mendidik hati supaya lebih rendah diri dan sedar bahawa manusia tidak pernah lari daripada kesilapan. Kesedaran ini meningkatkan rasa takut kepada Allah dan pada masa yang sama menguatkan iman.
Amalan ini juga membantu membentuk peribadi yang lebih sabar, matang dan bertanggungjawab.
Doa Taubat
Abu Bakar RA pernah meminta diajari doa Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, ajarkan kepadaku sebuah doa yang boleh kupanjatkan dalam solatku.”
Rasulullah SAW menjawab, ucapkanlah:
اللهم إني ظلمت نفسي ظلمًا كثيرًا، ولا يغفر الذنوب إلا أنت، فاغفر لي مغفرة من عندك، وارحمني، إنك أنت الغفور الرحيم
Allahumma inni zholamtu nafsi zull man katsiran walaa yagh firu zunuuba illa anta. Faghfirli min indika magfirotan innaka antal rgho fuu rur rahim.
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang besar. Dan tiada siapa yang akan mengampuni dosa-dosaku melainkan Engkau. Maka ampunilah aku dengan keampunan yang besar daripada sisi Mu. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.”
Soalan Lazim Tentang Solat Taubat
Ya. Bahkan digalakkan setiap kali melakukan kesalahan atau merasa berdosa.
Tidak wajib. Boleh membaca mana-mana surah selepas Al-Fatihah.
Ya, waktu malam terutama sepertiga malam terakhir sangat digalakkan.
Tidak. Ia adalah solat sunat yang sangat digalakkan.
Tidak boleh solat ketika haid, tetapi masih boleh berdoa dan memohon keampunan tanpa solat.
Ya. Solat Taubat dilakukan secara individu dan tidak disyariatkan secara berjemaah.
Asasnya ialah dua rakaat. Namun, seseorang boleh menambah solat sunat lain selepas itu seperti solat hajat atau tahajud.
Tidak wajib. Menangis bukan syarat sah taubat. Yang penting ialah penyesalan yang ikhlas di dalam hati.
Ya. Tiada doa khusus yang diwajibkan. Anda boleh membaca doa solat taubat dalam bahasa Arab atau bahasa sendiri.
Jika niat tidak ditetapkan sebagai Solat Taubat sejak awal, ia hanya dikira sebagai solat sunat biasa. Oleh itu, pastikan niat dalam hati sebelum memulakan solat.
Tidak. Solat Taubat boleh dilakukan pada bila-bila masa yang dibenarkan.
Memadai dengan memohon keampunan secara umum atas segala dosa yang disedari atau tidak disedari.
Solat Taubat bertujuan memohon keampunan atas dosa, manakala Solat Hajat bertujuan memohon sesuatu keperluan atau pertolongan tertentu daripada Allah.
Baca juga:



