Doa Dhuha & Terjemahan Rumi Dengan Bantuan Audio

Islam itu begitu unik dan indah sekali. Kita disuruh untuk berdoa bukan untuk perkara yang sukar dan besar sahaja. Namun, ini termasuk jugalah bagi perkara-perkara yang mudah dan kecil misalnya doa dhuha ini.

Doa adalah pengikat kepada hubungan kita dengan Allah SWT setiap masa.

Artikel pada kali ini akan berkongsi kepada anda salah satu doa mahsyur yang sangat digalakkan dibaca ketika waktu dhuha iaitu doa dhuha.

Turut dikongsikan terjemakan doa solat dhuha dalam rumi dan audio MP3 yang pastinya memudahkan anda untuk menghafal setiap kali selepas melakukan solat dhuha di awal pagi.

Baca juga:

Bacaan doa dhuha

Menurut Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, secara umumnya tidak terdapat doa khusus yang diajarkan oleh baginda Rasulullah SAW untuk solat sunat dhuha.

Namun begitu, terdapat beberapa doa yang mahsyur, yang diajarkan oleh para ulama’ untuk diamalkan selepas solat sunat dhuha.

Allahumma innaddhuhaa’a dhuhaa uka. Walbahaa’a bahaa uka. Waljamaala jamaaluka. Walquwwata quwatuka. Walqudrota qudrotuka. Wal’ismata ‘ismatuka. Allahumma inkaana rizqi fissamaa’i fa’anzilhu. Wa’inkaana fil ardhi fa’akhrijhu. Wa’in kaana mu’assaron fayassirhu. Wa’in kaana harooman fathohhirhu. Wa’inkaana ba’idan faqorribhu. Bihaqqi dhuhaa ika wabahaa ika wajamaalika waquwwatika waqudrotika aatini maa ataita min ‘ibaadikassolihiin.

Maksudnya: "Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha itu Dhuha Mu. Kecantikannya kecantikan Mu. Keindahannya keindahan Mu. Kekuatannya kekuatan Mu. Kekuasaannya kekuasaan Mu. Perlindungannya perlindungan Mu.

Ya Allah, jika rezeki masih di langit, turunkanlah. Jika di bumi, keluarkanlah. Jika sukar, permudahkanlah. Jika haram, sucikanlah. Jika jauh, dekatkanlah.

Berkat waktu dhuha. Kecantikan Mu, keindahan Mu. Kekuatan Mu, kekuasaan Mu. Limpahkan kepadaku segala Yang Engkau telah limpahkan Kepada hamba-hamba Mu yang soleh."

Doa lain yang boleh diamalkan

رَبِّي اغْفِرْلِي وَتُبْ عَلَيَّ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَابُ الرَّحِيْم، اَللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَصْبَحْتُ عَبْدَك وَعَهْدَك وَوَعْدَك أَنْتَ خَلَقْتَنِيْ وَلَمْ أَكُ شَيْئًا أَسْتَغْفِرُكَ لِذَنْبِيْ فَإِنَّهُ قَدْ أَرْهَقَتْنِيْ ذُنُوْبِي وَأَحَاطَتْ بِيْ إِلاَّ أَنْ تَغْفِرَهَا لِيْ فَاغْفِرْهَا يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Maksudnya: "Ya Tuhanku ampunkan dosaku dan terimalah taubatku. Sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang. 

Ya Allah bagi Mu segala pujian, aku di waktu pagi sebagai hamba Mu dan atas perjanjian dengan Mu dan apa yang Kamu janjikan, 

Kamu menciptakanku dan tiadalah aku sesuatu, aku beristighfar kepada Mu dari segala dosaku kerana sesungguhnya ia telah membelenggu dosa-dosaku dan meliputiku kecuali Engkau mengampuninya, maka ampunkanlahnya hai Tuhan yang bersifat Maha Rahmat dan kasih sayang.”

Dari ‘Aisyah RA, ia berkata bahawa Rasulullah SAW selesai solat sunat dhuha, baginda mengucapkan,

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي، وَتُبْ عَلَيَّ، إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمِ

Allohummaghfir lii wa tub ‘alayya, innaka antat tawwabur rohiim

Maksudnya: “Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.” - (Hadis Riwayat Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad, no. 619)

Syaikh Al-Albani mengatakan bahwa hadis ini sanadnya sahih. Diriwayatkan Baginda SAW membacanya seratus kali.

doa dhuha

Pentingnya solat dhuha dalam kehidupan

Menurut hadis, Nabi SAW telah mewasiatkan kepada Abu Hurairah RA agar tidak meninggalkan solat dhuha ini:


أَوْصَانِيْ خَلِيلِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ: صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ، وَرَكْعَتَي الضُّحَى، وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَامَ

Maksudnya: "Kekasihku (Muhammad SAW) mengingatkan akan daku supaya melakukan tiga perkara iaitu: berpuasa tiga hari pada setiap bulan, melaksanakan solat Dhuha sebanyak dua rakaat dan melakukan solat Witir sebelum tidur.” - (Hadis Riwayat al-Bukhari, 1880 dan Muslim, 721)

Diharapkan semoga perkongsian kami ini mengenai doa dhuha dan terjemahannya dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Solat Sunat Pilihan 1, Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri (Telaga Biru)
  2. Solat Dhuha: Panduan Lengkap Beserta Doa Dhuha (JAKIM)
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.