Doa Melihat Cermin dan Adab Dalam Berhias

Apakah doa melihat cermin yang boleh anda amalkan dalam kehidupan seharian?

Artikel pada kali ini, kami akan berkongsikan kepada anda doa melihat cermin yang boleh anda jadikan rujukan.

Baca juga:

Konsep berhias dalam Islam

doa melihat cermin

Berhias adalah salah satu cara untuk mengelokkan diri dengan pakaian bersih, kemas dan menutup aurat.

Hal ini berdasarkan kepada firman Allah SWT dalam surah Al-A’raf ayat 26 yang bermaksud:

“Wahai anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan, dan pakaian yang berupa takwa, itulah yang sebaik-baiknya.”

Konsep berhias dalam Islam ada beberapa perkara. Antaranya seperti;

1. Pakaian yang menutup aurat

Aurat adalah bahagian anggota badan yang wajib ditutup dan dilindungi daripada pandangan Ajnabi.

Pakaian yang nipis dan ketat tidak dikira sebagai menutup aurat

2. Suci, bersih, dan kemas

Pakaian yang bersih ialah pakaian yang tidak ada sebarang najis atau kotoran.

Manakala pakaian yang suci pula ialah pakaian yang diperbuat daripada bahan yang suci dan halal.

3. Tidak riak dan takbur

Diharukan kita berhias dengan pakaian mengikut cita rasa, fesyen, atau jenis pakaian yang kita gemari asalkan sesuai dengan tuntutan syarak.

Hadis daripada Abu Dzar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

“Allah tidak akann melihat kepada sesiapa yang melabukan pakaian kerana sombon pada hari kiamat.”

4. Mengikut kemampuan

Beli pakaian mengikut kemampuan dan tidak bermewah-mewah. Kita dilarang untuk berpakaian yang boleh merendahkan martabat dan maruah sebagai seorang Islam.

Doa melihat cermin dalam rumi

doa melihat cermin

Berikut adalah doa melihat cermin dalam rumi dan terjemahannya:

ﺍﻟﻠَّـﻬُﻢَّ ﻛَﻤَﺎ ﺣَﺴَّﻨْﺖَ ﺧَﻠْﻘِﻲ ﻓَﺤَﺴِّﻦْ ﺧُﻠُﻘِﻲ

Allahumma kama hassanta khalqi fahassin khuluqi

“Ya Allah, sebagaimana Engkau telah memperindah rupaku maka perindahlah pula akhlakku." - (Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Hibban)

Adab ketika berhias diri

  • Menutu aurat
  • Berhias secara sederhana dan tidak keterlaluan
  • Untuk menjaga maruah dan kehormatan diri
  • Sebagai ibadah
  • Pakaian diperbuat daripada bahan yang suci dan tidak berbahaya
  • Berpakaian lazim mengikut jantina

Batas dalam berhias diri

  • Berhias dan bersolek untuk mahram sahaja.
  • Lelaki diharamkan memakai pakaian daripada sutera.
  • Dilarang memakai bau-bauan yang berlebihan sehingga menimbulkan fitnah.
  • Lelaki diharamkan memakai barang perhiasan yang lazim dipakai oleh perempuan seperti anting-anting dan rantai leher.
  • Ditegah berpakaian yang menjadi lambang agama lain.
  • Dilarang mengubah bentuk bahagian anggota yang sempurna semata-mata untuk kecantikkan.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan doa melihat cermin dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat.

Sumber:

  1. Larangan Syara’ Berkenaan Tabarruj (Berhias) Ke Atas Wanita. My Khilafah
  2. Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-400: Hukum Wanira Memakai Lipstik dan Alat-Alat Solek Lain. Mufti Wilayah Persekutuan
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.