5 Doa Minum Air Zam Zam Rumi, Adab & Khasiatnya

Apakah terdapat doa minum air zam zam yang boleh anda baca dan dapatkan khasiatnya ketika minum air ini?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan doa minum air zam zam yang boleh kita amalkan bersama.

Baca juga:

Sejarah air zam zam

Zam zam berasal dari perkataan bahasa Arab yang bermaksud banyak atau melimpah.

Dari segi syariat, zam zam bermaksud adalah air yang berasal daripada telaga Zamzam yang terletak berhampiran Ka’bah, yang berjarak sekitar 38 hasta.

Ia dinamakan zam zam seiring dengan ciri-cirinya yang mempunyai air dari telaga yang sangat banyak dan berlimpah. 

Nama lain bagi Zamzam seperti telah diketahui antara lain disebut juga sebagai barrah (kebaikan), madhmunah (yang berharga), taktumu (yang tersembunyi), hazmah Jibril (galian Jibril), syifa’ suqim (ubat penyakit), syarab al-abrar (minuman orang-orang baik), tayyibah (yang baik).

Asal usul air zam zam ini adalah bermula pada zaman Nabi Ismail AS ketika baginda ditinggalkan bersama ibunya Hajar oleh Nabi Ibrahim AS

Pada waktu itu, Hajar mencari air bagi menghilangkan dahaganya antara bukit Safa dan Marwah.

Peristiwa ini merupakan perintah Allah SWT kepada Nabi Ibrahim AS agar baginda meninggalkan zuriatnya ini di wadi (lembah) makkah. 

Hadis berkaitan air zam zam

doa minum air zam zam

Terdapat beberapa hadis yang menceritakan berkenaan dengan air zam zam ini. Antara hadisnya adalah:

Hadis 1:

Daripada Jabir bin Abdillah RA telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

مَاءُ زَمْزَمَ، لِمَا شُرِبَ لَهُ

Maksudnya: “Air Zamzam bergantung pada tujuan apa diminumnya. - (Hadis Riwayat Ibn Majah (3062), Ahmad (14849), al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra (9442).

Hadis 2:

Dari Ibnu Abbas radhiyallahu anhuma, ia berkata: Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Sebaik-baik air yang ada di atas muka bumi ini adalah air Zam-zam. Di dalamnya terdapat makanan yang mengenyangkan dan penyembuh terhadap segala penyakit.” (Hadis Riwayat al-Thabarany dalam al-Awsath (4/179) dan al-Kabir (11/98), no. 11167. Dihasankan oleh al-Albani dalam Shahih al-Targhib wa al-Tarhib (2/40) no. 116)

Hadis 3:

Hadis Abu Dzar radhiyallahu anhu, ia berkata: Rasulullah SAW bersabda tentang air zam zam:

Maksudnya: “Sesungguhnya ia adalah sesuatu yang diberkahi.” - (Hadis Riwayat Muslim (4/1922), no. 2437.)

Hadis 4:

Diriwayatkan dari Aisyah radhiyallahu anha, bahwa ia mengatakan:

Maksudnya: “Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam mengambil air Zam-zam di dalam bejana-bejana dan gerabah, lalu beliau menyiramkannya kepada orang-orang sakit dan memberi mereka minum.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Hadis 5:

Dalam riwayat yang lain, Rasulullah SAW bersabda:

خَيرُ ماءٍ على وجْهِ الأرضِ ماءُ زَمْزَمَ ، فِيه طعامٌ من الطُّعْمِ ، و شِفاءٌ من السُّقْمِ

Maksudnya: “Sebaik-baik makanan yang ada di permukaan bumi adalah air zam zam. Di dalamnya terdapat makanan dari segala makanan dan obat dari segala penyakit.” (Diriwayatkan oleh Al-Faakihy dalam Akhbaar Al-makkah [1106], Ath-Thobrani [11/98], serta yang lainnya).

Adab ketika minum air zam zam

doa minum air zam zam

1. Menghadap kiblat

Minum air zam zam dengan menghadap kiblat adalah amalan sunnah yang sering dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW setiap kali Baginda minum air.

2. Minum secara berdiri atau duduk

Bagi tata cara minum air ini, terdapat dua pendapat yang berpandangan kita boleh minum secara berdiri atau duduk.

Ada yang berpandangan, sunnah untuk minum sambil duduk seiring dengan apa yang sering disarankan oleh Baginda untuk  duduk ketika  minum. Manakala ada sesetengah yang berpendapat disunatkan untuk kita minum sambil berdiri seperti yang termaktub di dalam sebuah hadis.

Dari Ibnu Abbas RA katanya,

“Aku pernah menuangkan air untuk Rasulullah s.a.w di sumur zam zam, lalu Baginda minum. Padahal beliau sedang berdiri.” – (Hadis Riwayat Muslim)

Manakala satu lagi hadis menceritakan, Dari Anas RA, dari Nabi SAW, bahawasanya beliau pernah melarang seorang laki-laki minum sambil berdiri.

Kata Qatadah, lalu kami bertanya, “Kalau makan?” Jawab Anas, “Itu lebih buruk dan keji.” – (Hadis Riwayat Muslim)

3. Berniat sebelum minum

Rasulullah bersabda,

“Air zamzam diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki.” – (Hadis Riwayat Jabir, Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan Muawiyah)

Kita boleh minum air zam zam dengan berniat kepada Allah SWT.

4. Membaca Basmalah

Rasulullah SAW bersabda, 

“Sebut Bismillah apabila kamu hendak memulakan minuman dan puji Allah apabila kamu selesai.”  – (Hadis Riwayat Tarmizi)

5. Minum dengan tiga nafas 

Adab ketika minum adalah tidak tergopoh gapah. Justeru itu, minumlah dengan baik, perlahan, dan sempurna.

Rasulullah SAW bersabda,

“Jangan minum terus menerus seperti cara haiwan minum. Tetapi minumlah dua teguk, dua teguk, dan tiga teguk, tiga teguk.  Dan bacalah Bismillah apabila kamu minum dan baca Alhamdulillah apabila selesai meminumnya.” – (Hadis Riwayat Tarmizi)

6. Minum dengan tangan kanan.

Dari Ibnu Umar RA katanya Rasulullah bersabda,

“Apabila kamu makan dan minum, makan dan minumlah dengan tangan kanan, kerana hanya syaitan yang makan dan minum dengan tangan kiri.” – (Hadis Riwayat Muslim)

7. Berdoa setelah selesai minum

Selain dari berniat, kita juga boleh membaca doa minum air zam zam sebagai tanda syukur atas nikmat yang dikurniakan. 

Doa minum air zam zam

Berikut adalah beberapa bacaan doa minum air zam zam yang boleh anda amalkan.

Doa 1:

أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا وَاسِعًا وَشِفَاءً مِنْ كُلِّ دَاءٍ وَسَقَامٍ بِرَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Allahumma inni as-aluka i’lman naafi’an, wa rizqan waasi’an, wasyifaa-an min kulli daa-in, wa saqamin birahmatika yaa arhamarraahimiin.

Maksudnya: "Ya Allah sesungguhnya aku mohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan dari tiap penyakit dengan rahmatMu. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."

Doa 2:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا

Allahumma inni as’aluka ‘ilman naafi’an, wa rizqan tayyiban, wa ‘amalan mutaqabbalan.

Maksudnya: "Ya Allah, aku memohon kepada-Mu pengetahuan yang bermanfaat, rezeki yang baik, dan amal yang diterima."

Doa 3:

بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ

Bismillahi alladhi la yadurru ma’asmihi syai’un fil-ardhi walaa fis-samaa’i wa huwas-sami’ul-‘alim.

Maksudnya: "Dengan menyebut nama Allah yang tidak akan membahayakan dengan nama-Nya apa pun di bumi dan di langit. Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

Doa 4:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ، وَرَحْمَتِكَ، فَإِنَّهُ لَا يَمْلِكُهَا إِلَّا أَنْتَ

Allahumma inni as’aluka min fadhlika wa rahmatika fa innahu la yamlikuha illa anta.

Maksudnya: "Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari karunia-Mu dan rahmat-Mu, karena tidak ada yang memiliki karunia dan rahmat itu kecuali hanya Engkau."

Doa 5:


اللَّهُمَّ زِدْ هَذَا الْمَاءَ تَبَرُّكًا وَسَلَامًا وَنُورًا وَهُدًى

Allahumma zid haadza al-maa tabarrukan wa salaaman wa nuuran wa hudan.

Maksudnya: "Ya Allah, tambahkanlah berkah, keselamatan, cahaya, dan petunjuk dalam air ini."

Khasiat dan kelebihan air zam zam

Berdasarkan riwayat Ibn Majah yang akan dijelaskan di bawah nanti, suka bagi kami untuk menyatakan beberapa fadhilat dan kelebihan yang berkaitan dengan air Zamzam:

  • Ia mempunyai nama yang banyak dan nama yang banyak itu menandakan atau menunjukkan akan kemuliaannya. Dalam Taj al-Arus, dinukilkan daripada Ibn Birri, terdapat dua belas nama bagi air zamzam.

  • Air zamzam adalah sebaik-baik air di muka bumi dan menjadi penghulu kepada semua air. Ini berdasarkan apa yang disebut oleh al-Fakihi dalam Akhbar Makkah (2/41).

  • Air zamzam dikatakan dari mata air syurga mengikut riwayat ibn Abi Syaibah dalam al-Musannaf. Imam Nawawi berkata: “Pendapat yang asah (lebih sahih) bahawa secara zahirnya, ia adalah dari syurga”.

  • Air Zamzam adalah kurniaan daripada Allah yang utama kepada kekasih-Nya iaitu Nabi Ismail AS.

  • Air Zamzam juga sebagai tanda yang nyata akan kemuliaan tanah haram Makkah. Inilah adalah pendapat Imam Ibn al-Daiba’ al-Syaibani.

  • Allah SWT telah menjadikan air zamzam yang berkat ini sebagai antara penyebab kepada pembangunan dan kemajuan bumi Makkah. Seterusnya, kewujudan Baitullah di bumi tersebut.

  • Banyak meminum air Zamzam merupakan sebahagian daripada tanda keimanan dan tanda kebebasan daripada sifat munafiq. (Hal ini kerana orang munafiq tidak mempercayai kelebihannya).

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan doa minum air zam zam dan khasiatnya dapat memberikan anda ilmu pengetahuan dan informasi yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Irsyad Al-Hadith Siri Ke-125: Air Zam Zam (ماء زمزم). Mufti Wilayah Persekutuan
  2. #37: Kelebihan Air Zamzam dan Hadith Tentangnya. Maktabah Al Bakri
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.