Zikir Ahad Dalam Rumi, Fadhilat Dengan Terjemahannya
Zikir harian adalah amalan zikir yang sangat dianjurkan untuk umat Islam baca setiap hari. Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda zikir Ahad untuk dibaca, dihafal, dan diamalkan.
Himpunan Zikir Ahad
Panduan zikir Ahad ini disertakan dalam Bahasa Arab, Bahasa Rumi, terjemahan zikir, serta kelebihan atau fadhilat dalam pengamalannya. Berikut ini adalah antara zikir yang boleh dibaca.
Zikir 1
Ya hayyu Ya qoyyum
Maksudnya: “Wahai yang sentiasa hidup dan sentiasa kekal.”
Kelebihan Zikir 1
Imam Ghazali ada berkata:
“Barangsiapa menginginkan agar mempunyai kewibawaan, dimuliakan, terlindung dari segala macam bahaya dan tipu daya musuh, didengar dan ditaati tutur katanya dan juga
luas rezekinya yang kemudian menjadi kaya maka hendaklah membaca dua Asma Allah (Ya Hayyu Ya Qoyyum -Wahai Yang Maha Hidup dan Yang Maha Berdiri Sendiri) tersebut 1000 kali setiap hari.”
Zikir ini digalakkan untuk dibaca setiap kali selepas solat isyak. Namun tiada halangan untuk dibacanya pada bila-bila waktu juga.
Digalakkan untuk kita mengulang-ulang bacaan zikir “Ya hayuu Ya Qayyum” sebanyak 1000 kali.
- Kaya dengan harta dan kebijaksanaan
- Didengari dan ditaati segala perkataannya oleh semua orang
- Mendapat kasih sayang dari lelaki, perempuan, dan pasangan
- Memperoleh kebahagiaan, kemuliaan, dan kewibawaan
- Dijauhkan dari segala bala dan musibah
- Dijauhkan dari musuh-musuh
Zikir 2
Yaa hayyu Yaa qayyoom bi rahmatika astagheeth
Aslih lee sha’nee kullahu wa laa takilni ilaa nafsi tarfata ‘aynin
Maksudnya: “Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat Mu aku minta pertolongan, perbaikilah segala urusanku dan jangan diserahkan kepadaku sekali pun sekejap mata tanpa mendapat pertolongan dari Mu selamanya.”
Kelebihan Zikir 2
Dari Anas, ia pernah bersama Rasulullah SAW yang dalam keadaan duduk lantas ada seseorang yang solat, kemudian dia berdoa,
عَنْ أَنَسٍ أَنَّهُ كَانَ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- جَالِسًا وَرَجُلٌ يُصَلِّى ثُمَّ دَعَا اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ بِأَنَّ لَكَ الْحَمْدَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ الْمَنَّانُ بَدِيعُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ يَا ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ يَا حَىُّ يَا قَيُّومُ
Ya Allah, aku meminta padaMu kerana segala puji hanya untukMu, tidak ada sesembahan yang berhak disembah kecuali Engkau, Yang Banyak Memberi Kurnia, Yang Menciptakan langit dan bumi, Wahai Allah yang Maha Mulia dan Penuh Kemuliaan, Ya Hayyu Ya Qayyum (Yang Maha Hidup dan Tidak Bergantung pada MakhlukNya)”
(فَقَالَ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- (لَقَدْ دَعَا اللَّهَ بِاسْمِهِ الْعَظِيمِ الَّذِى إِذَا دُعِىَ بِهِ أَجَابَ وَإِذَا سُئِلَ بِهِ أَعْطَى
Kemudian Nabi SAW bersabda, “Sungguh dia telah berdoa pada Allah dengan nama yang agung di mana siapa yang berdoa dengan nama tersebut, maka akan diijabahi. Dan jika diminta dengan nama tersebut, maka Allah akan beri.” – (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 1495 dan An-Nasa’i no. 1301)
Dari Anas bin Malik, ia berkata, “Nabi SAW ketika dapat masalah berat, beliau membaca:
(عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ كَانَ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- إِذَا كَرَبَهُ أَمْرٌ قَالَ (يَا حَىُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ
Dari Anas bin Malik, ia berkata, “Nabi SAW ketika dapat masalah berat, beliau membaca: “Yaa Hayyu Yaa Qayyum, bi rahmatika as-taghiits” Ertinya: Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmatMu aku minta pertolongan).” – (Hadis Riwayat Tirmidzi no. 3524)
Dari Anas bin Malik RA, ia berkata bahawa Nabi SAW bersabda pada Fatimah (puterinya), “Apa yang menghalangimu untuk mendengar wasiatku atau yang kuingatkan padamu setiap pagi dan petang iaitu ucapkanlah:
يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ، وَأَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ وَلاَ تَكِلْنِيْ إِلَى نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ أَبَدًا
Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmatMu aku minta pertolongan, perbaikilah segala urusanku dan jangan diserahkan kepadaku sekali pun sekejap mata tanpa mendapat pertolongan dariMu selamanya).” – (Hadis Riwayat Ibnu Sunni)
Diharapkan semoga perkongsian kami berkenaan dengan zikir Ahad ini dapat memberikan anda ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan amalan zikir harian sepanjang hari.
Sesungguhya zikir kita kepada Allah adalah untuk diri kita sendiri agar hati lebih tenang, fikiran dan jiwa lebih tenteram, diampunkan segala dosa, dan diberi kemudahan hidup di dunia dan akhirat.
Sumber:
- Rahsia Berdoa Dengan Menyebut Ya Hayyu Ya Qayyum. TZKRH
- Kedahsyatan Zikir Ya Hayyu Ya Qayyum, Doa saat Hadapi Kesulitan. Portal Amanah
- Ya Hayyu Ya Qayyum: Bi Rahmatika Astaghees – Meaning & Benefits. Ala Hazrat Books