7 Doa Sakit Perut Untuk Amalan Ketika Tidak Sihat

7 Doa Sakit Perut Untuk Amalan Ketika Tidak Sihat

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan beberapa doa sakit perut yang boleh diamalkan.

Baca juga:

Himpunan doa sakit perut yang berkesan

Terdapat beberapa doa sakit perut yang boleh dijadikan untuk amalan anda ketika tidak sihat. Berikut adalah panduannya:

1. Doa sakit perut dari Rasulullah SAW

Terdapat sebuah hadis yang menjelaskan doa sakit perut beserta tatacara melakukannya:

Maksudnya:Letakkan tanganmu pada tempat yang sakit dan bacalah Bismillah tiga kali, lalu bacalah ‘Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaan-Nya dari keburukan yang sedang aku rasakan dan yang aku khawatirkan.” – (Hadis Riwayat Muslim)

Dalam hadis riwayat Muslim di atas, dapat diketahui apa saja amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW saat perutnya sedang tidak dalam keadaan yang baik.

Pertama letakkan tangan di bagian perut yang sakit, kemudian membaca bismallah tiga kali, lalu membaca doa sakit perut singkat, ringkas, dan pendek ini sebanyak 7 kali.

أَعُوذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ

A’uudzu billaahi waqudrotihi min syarrimaa ‘ajidu wa’uhaadziru

Maksudnya: “Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaan-Nya dari keburukan yang sedang aku rasakan dan yang aku khawatirkan.”


2. Doa sakit perut ketika datang haid

Senggugut ketika wanita datang haid adalah perkara biasa yang berlaku.

Bacalah doa sakit perut ketika haid bagi anda yang merasakan perutnya sakit, pedih, mual, dan pening untuk meminta kesembuhan.

ضَعْ يَدَكَ عَلَى الَّذِى تَأَلَّمَ مِنْ جَسَدِكَ وَ ثًا .وَقُلْ سَبْعَ مَرَّاتٍ أَعُوذُ بِاللهِ وَقُدْرَ تِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ

Maksudnya: “Letakkan tanganmu pada tempat yang sakit dan bacalah Bismillah tiga kali, lalu bacalah: ‘Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaan Nya dari keburukan yang sedang aku rasakan dan yang aku khawatirkan.” – (Hadis Riwayat Muslim)


3. Doa sakit perut pada bayi

Sakit perut pada bayi boleh berlaku bila-bila masa sahaja. Apabila bayi sakit perut, ia akan membuatkan mereka mudah rasa tidak selesa, menangis, dan buat banyak kerenah.

Berikut adalah bacaan doa sakit perut untuk bayi yang boleh para ibu bacakan:

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ طِبِّ الْقُلُوْبِ وَدَوَائِهَا وَعَافِيَةِ اْلأَبْدَانِ وَشِفَائِهَا وَنُوْرِ اْلأَبْصَارِ وَضِيَائِهَا وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ

Allahumma sholli ala Sayyidina Muhammadin thibbil qulubi wa dawa-iha wa afiyatil abdani wa syifa-iha wa nuril abshori wa dhiya-iha wa `ala alihi wa shohbihi wa sallim

Maksudnya: “Ya Allah curahkanlah rahmat kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW, sebagai ubat hati dan penyembuhnya, penyehat badan dan kesembuhannya dan sebagai penyinar penglihatan mata beserta cahayanya.

Semoga selawat dan salam tercurahkan pula kepada keluarga serta para sahabatnya.”


4. Doa sakit perut sahabat Ali

Doa ini adalah doa yang dibaca oleh Saidina Ali bin Abi Thalib ketika dia didatangi oleh seorang lelaki yang mengadukan sakit perut.

َلًا وَأَذِبْ الْعَسَلَ فِيْ مَاءِ مَطَرٍ نَازِلٍ لِسَاعَتِهِ أَي ْ قَرِيْبِ عَهْدٍ بَوَاللهِ

Maksudnya: “Ambillah dua dirham dari mahar isterimu dan belilah madu. Campurkan madu itu dengan air hujan yang baru saja turun dari langit, kemudian minumlah.” 


5. Doa untuk badan yang sakit

Berikut adalah doa lain yang boleh anda baca ketika sakit perut:

بِسْمِ اللهِ بِسْمِ اللهِ بِسْمِ اللهِ أُعِيْذُكَ بِعِزَّةِ اللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ أَسْأَلُ اللهَ الْعَظِيْمَ رَبَّ العَرْشِ العَظِيْمِ أَنْ يَشْفِيَكَ

Bismillâh, bismillâh, bismillâh. U‘îdzuka bi izzatillâhi wa qudratihi min syarri mâ ajidu wa uhâdziru (dibaca tujuh kali). As’alullâhal ‘adhîma rabbal ‘arsyil ‘adhim an yasyfiyaka (dibaca tujuh kali).

Maksudnya: “Dengan nama Allah, dengan nama Allah, dengan nama Allah, aku lindungi kamu berkat kemuliaan Allah dan qudrah-Nya dari kejahatan barang yang aku rasakan dan yang aku khawatirkan (dibaca tujuh kali).

Aku memohon kepada Allah Yang Maha Besar, Tuhan Arasy yang maha besar agar Dia menyembuhkanmu (dibaca tujuh kali).” – (Sayid Utsman bin Yahya, Maslakul Akhyar, Cetakan Al-‘Aidrus, Jakarta).


6. Doa Nabi Ayub ketika sakit

Nabi Ayub AS menghadapi penyakit kulit yang agak dahsyat. Walaupun dalam keadaan lemah, Baginda tidak pernah sekalipun menyerah dan tetap beribadah serta berdoa kepada Allah agar penyakitnya dihilangkan.

Berikut adalah doa yang baginda baca dan amalkan:

أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ

Annī massaniyaḍ-ḍurru wa anta ar-ḥamur-rāḥimīn

Maksudnya: “(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang.”


7. Surah Al-Fatihah

Surah Al-Fatihah dikatakan sebagai penawar, penyembuh atau syifa bagi semua penyakit.

Imam al-Nawawi berkata: Sunat membaca kepada orang yang sakit dengan al-Fatihah berdasarkan hadis Nabi SAW:

وَمَا أَدْرَاكَ أَنَّهَا رُقْيَةٌ ؟

Maksudnya: “Tidakkah kamu ketahui bahawa surah Fatihah bersifat ruqyah.” – (Hadis Riwayat al-Bukhari, No. 5736 dan Muslim, No. 2201)

Bacaan surah Al-Fatihah adalah seperti berikut:

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِیْمِاَلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِیْنَ(1) الرَّحْمٰنِ الرَّحِیْمِ(2) مٰلِكِ یَوْمِ الدِّیْنِﭤ(3) اِیَّاكَ نَعْبُدُ وَ اِیَّاكَ نَسْتَعِیْنُﭤ(4) اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِیْمَ(5) صِرَاطَ الَّذِیْنَ اَنْعَمْتَ عَلَیْهِمْ ﴰ غَیْرِ الْمَغْضُوْبِ عَلَیْهِمْ وَ لَا الضَّآلِّیْنَ(7)

Bismillahirahmanirahim. Alhamdulillah hirabbil alamin. Arrahmanirrahim. Maliki yaumiddin. Iyya kana’ budu iyya kanasta ‘in. Ihdinas sirotol mustaqim. Sirotollazina an’am ta’alaihim ghairil maghdu bi ‘alaihim waladhollin

Maksudnya: “Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Maha Pemurah,Maha Penyayang. Memiliki hari Pembalasan.

Hanya kepada Engkaulah kami menyembah,dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan.

Tunjukilah kami jalan yang lurus, (iaitu) jalan orang –orang yang telah Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang murka, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.”

Cara hilangkan sakit perut

Masalah sakit perut boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan pada bila-bila masa. Sakit perut dikaitkan dengan masalah dalam sistem pencernaan.

Terdapat beberapa cara hilangkan sakit perut yang boleh anda cuba di rumah. Antaranya seperti yang berikut:

1. Perut kembung

  • Makan perlahan-lahan.
  • Kurangkan minum air berkarbonat dan air manis.
  • Elak makanan yang berangin.
  • Kurangkan makanan yang tinggi lemak.
  • Elak pada makanan yang anda alah.

2. Pedih ulu hati

  • Makan perlahan-lahan
  • Elak baring selepas makan.
  • Elak pakai pakaian yang ketat.
  • Makan dalam kuantiti yang kecil.
  • Kurangkan kafein, makanan pedas, berlemak dan berminyak.
  • Berhenti merokok.
  • Kurangkan berat badan.

3. Senggugut ketika haid

  • Bersenam sebelum datang haid
  • Tuam panas
  • Minum teh herba seperti Chamomole, Fennel dan halia ketika haid.

4. Radang perut

  • Banyak minum air untuk kekal terhidrasi.
  • Makan probiotik untuk menggantikan bakteria yang baik dalam usus.
  • Basuh tangan dengan kerap.
  • Elakkan makanan pedas, berlemak, kafein, dan produk tenusu.
  • Jumpa doktor dan dapatkan ubat antibiotik yang sesuai.

5. Sembelit

  • Banyak makan makanan yang tinggi serat setiap hari.
  • Minum banyak air.
  • Banyak bersenam.
  • Makan ubat untuk kurangkan masalah sembelit.

6. Batu hempedu

  • Rujuk doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut yang bersesuaian.

7. Apendisitis

  • Rujuk doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut yang bersesuaian.
Home remedies for Stomach Ache | Medanta

Diharapkan artikel berkenaan dengan doa sakit perut dapat memberikan anda informasi yang bermanfaat dan berguna untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Doa Untuk Menyembuhkan Sakit Perut.
  2. Pedih Perut Dan Selalu Loya? Ini Mungkin Tanda Gastrik Angin! My Sihat
  3. Bahaya! Ini Antara #6 Punca Sakit Perut Sebelah Kiri. Ecentral
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.