7 Doa Anxiety, Sedih dan Gelisah Agar Hati Tenang

Doa anxiety adalah satu ikhtiar yang boleh dilakukan oleh penghidap anxiety untuk mendapat ketenangan jiwa sentiasa.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda beberapa doa anxiety dalam rumi dan terjemahannya untuk anda istiqamah amal dalam kehidupan.

Baca juga:

Apa itu anxiety?

doa anxiety

Anxiety adalah perasaan takut, gerun, dan tidak senang. Kesan anxiety mungkin akan menyebabkan anda mudah berpeluh, berasa gelisah dan tegang, dan mempunyai degupan jantung yang cepat. 

Sebagai contoh, anda mungkin berasa panik apabila menghadapi kesukaran semasa di tempat kerja, sebelum mengambil ujian, atau sebelum membuat keputusan penting. 

Dari anxiety biasa ia boleh bertambah teruk dari semasa ke semasa bila dibiarkan begitu sahaja.

Gejala ini boleh mengganggu aktiviti harian seperti prestasi kerja, kerja sekolah, dan perhubungan.

Gejala anxiety

Antara gejala anxiety boleh anda lihat adalah seperti berikut:

  • Perasaan cemas, takut, dan risau yang berlebihan dan tidak wajar.
  • Sukar untuk bertenang dalam satu-satu masa.
  • Perilaku berubah dan sukar untukmenjalankan aktiviti seharian dalam hidup.
  • Merasa gelisah tanpa sebab dan mudah lelah.
  • Kesulitan untuk berfikir dan memberi fokus.
  • Susah tidur selama berhari-hari, berminggu-minggu (atau lebih lama dari itu).
  • Mengalami ketegangan di otot, seperti otot rahang yang mengeras, otot tangan, otot perut, dan lainnya. Keadaan ini umumnya akan disedari setelah beberapa hari.
  • Mengalami serangan panik tanpa penyebab yang jelas. Keadaan ini kerap disertai dengan keluarnya peluh dingin, jantung berdebar, mual, rasa ingin pengsan, sakit di bahagian perut atau dada, sukar mengawal diri, dan tiba-tiba tidak boleh bernafas hingga pengsan.
Penyakit anxiety (Ketakutan Berlebihan) | Ustaz Azhar Idrus

Doa anxiety dalam rumi

Berikut adalah himpunan doa penenang hati dari Al-Quran dan hadis yang boleh diamalkan. Ianya pendek dan mudah dihafal.

1. Doa hilangkan stress

اَللّٰهُمَّ اِنِّىْ اَعُوْذُبِكَ مِنْ جَهْدِالْبَلَاءِ وَدَرْكِ الشَّقَاءِ وَسُوْءِ الْقَضَاءِ و شَمَاتَةِ الْاَعْدَاءِ

Allahumma inni a’uuzubika min jahdil bala’. Wa darkish shaqa’. Wa suu il qadhaa’. Wa shamaamatil a’daa’

“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari menemui penderitaan, dari takdir yang buruk & dari keberhasilan musuh.” – (Sahih Bukhari)

2. Doa kuatkan hati

يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْث

Yaa hayyu yaa qayyuumm. Bi rahmatika astaghiiths

Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku meminta pertolongan.” – (Hadis Riwayat Tirmidzi)

3. Doa Hilangkan Kesedihan & Kesusahan

اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا

Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla wa anta taj’alul hazna iza syi’ta sahla

Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau mengkehendakinya.” – (Sahih Ibnu Hibban)

4. Doa Mengelakkan Hutang Yang Banyak

اَللَّهُمَّ اِنِّى اَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ

وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ

وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ

وَاَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّ جَالِ

Allahumma inni a’uuzubika minal hammi wal hazan. wa a’udzubika minal ajzi wal kasali, wa a’udzubika minal jubni wal bukhli, wa a’udzubika min ghalabatid daini wa qahrir rijaal

Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.” – (Sahih Bukhari)

5. Doa Ketika Menghadapi Kesulitan

لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ

Laa ilaaha illa anta subhaanaka inni kuntu minaz zholimin.

Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari pada orang-orang yang menganiaya diri sendiri.” – (Surah Al-Anbiya’ Ayat 87)

6. Doa Untuk Kecerdikan

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي

Rabbish rahli sadri. Wayassirli amri. Wahlul uqdatam millisani. Yafqahu qauli

“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku, dan lancarkanlah lidahku supaya mereka faham ucapanku.” – (Surah Taha Ayat 25-28)

7. Doa Penerang Hati

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

Hasbunallah wanikmal wakil

Cukuplah Allah sebagai Pelindung kami.” – (Surah Al-Imran Ayat 173)
Apa itu doa anxiety?

Doa anxiety adalah amalan zikir dari ayat-ayat Al-Quran dan hadis sahih yang disarankan untuk kita baca bagi mengubati rasa gelisah, takut dan sedih.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan doa anxiety dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Dapatkan warkah cinta dari nukilan Qalbun Salim Ustaz Muhadir Syarah penawar bagi hati anda.

Sumber:

  1. Anxiety. Medline Plus
  2. Islam dan Penyakit Mental. Prof Dr Ramli Musa
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.