8 Cara Mengawal Kemarahan Dengan Cepat Elak Dikuasai Iblis

Bagaimanakah cara mengawal kemarahan setiap kali diri kita bergelut dengan masalah atau ujian yang mendatang?

Artikel pada hari ini kami akan berkongsi kepada anda beberapa cara mengawal kemarahan dengan cepat.

Baca juga:

Apa akan terjadi bila manusia marah?

cara mengawal kemarahan

Setiap kali anda marah, tubuh anda akan mencetuskan tindak balas tertentu.

Kelenjar adrenal akan dirembeskan ke seluruh badan dengan hormon tekanan, seperti adrenalin dan kortisol.

Otak memberi arahan agar darah menjauh dari usus dan ke arah otot, sebagai persediaan untuk melakukan senaman fizikal.

Kadar jantung, tekanan darah dan pernafasan meningkat, suhu badan meningkat dan kulit berpeluh.

Fikiran anda pula akan lebih fokus ketika sedang marah.

Dalil tentang larangan marah

Umumnya, terdapat beberapa hadis yang ada menyebutkan tentang larangan daripada marah. Berikut adalah hadis yang berkaitan:

Daripada Abu Hurayrah RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:


أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «لَيْسَ الشَّدِيدُ بِالصُّرَعَةِ، إِنَّمَا الشَّدِيدُ الَّذِي يَمْلِكُ نَفْسَهُ عِنْدَ الغَضَبِ»

Orang kuat itu bukanlah orang yang kuat bergusti, akan tetapi orang kuat adalah orang yang dapat menahan dirinya ketika marah.” – (Hadis Riwayat Bukhari, No, 6114)

Selain itu, Abu Hurayrah RA juga meriwayatkan bahawa:

أَنَّ رَجُلًا قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَوْصِنِي، قَالَ: «لاَ تَغْضَبْ» فَرَدَّدَ مِرَارًا، قَالَ: «لاَ تَغْضَبْ»

Seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: “Sampaikanlah pesan kepadaku”, Baginda menjawab: “Jangan marah”. Kemudian lelaki tersebut mengulangi perkataannya. Nabi SAW tetap berkata: “Jangan marah.” – (Hadis Riwayat Al-Bukhari, No. 6116)

Kemudian, dalam hadis yang lain pula, ada diriwayatkan daripada ʻAṭiyyah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ الْغَضَبَ مِنَ الشَّيْطَانِ، وَإِنَّ الشَّيْطَانَ خُلِقَ مِنَ النَّارِ، وَإِنَّمَا تُطْفَأُ النَّارُ بِالْمَاءِ، فَإِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَتَوَضَّأْ

Sesungguhnya marah itu daripada syaitan, dan syaitan diciptakan daripada api neraka, dan api akan dipadam dengan air. Maka, jika salah seorang daripada kamu marah hendaklah berwuduk.” – (Hadis Riwayat Abu Dawud, No. 4784)

Allah SWT juga berfirman dalam surah At-Taubah, ayat 73 yang berbunyi:

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ جَاهِدِ الْكُفَّارَ وَالْمُنَافِقِينَ وَاغْلُظْ عَلَيْهِمْ ۚ وَمَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ ۖ وَبِئْسَ الْمَصِيرُ

Wahai Nabi, berjihadlah menentang orang-orang kafir dan orang-orang munafik, dan bertindak keras terhadap mereka. Dan (sebenarnya) tempat mereka ialah neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.

Cara mengawal kemarahan

Terdapat beberapa cara mengawal kemarahan yang boleh anda amalkan ketika berdepan dengan situasi yang tegang. Antaranya adalah seperti:

1. Tarif nafas dalam-dalam

cara mengawal kemarahan

Tarik nafas dalam kiraan 10 baru anda hembuskan perlahan-lahan. Lakukan beberapa kali sehingga anda mula berasa tenang.

2. Pergi jalan-jalan

Rasulullah SAW bersabda:

“Jika salah seorang dari kalian marah dan ia dalam keadaan berdiri, hendaklah ia duduk. Jika rasa marahnya hilang (maka itu yang dikehendaki), jika tidak hendaklah ia berbaring.” – (Hadis Riwayat Abu Daud, No. 4151)

Dalam hadis ini jelaslah bahawa, keperluan untuk kita tidak berada dalam situasi setempat ketika marah adalah sangat penting.

Cuba keluar dan tenangkan fikiran di tempat lain agar suasana emosi yang anda rasai ketika marah tadi boleh hilang.

3. Bersenam

Lakukan senaman atau lakukan aktiviti meditasi yang lain seperti yoga, pilates atau sebagainya.

4. Mendiamkan diri atau “pause” sekejap

Ketika marah, kita akan mudah untuk mengeluarkan kata-kata atau bertindak tanpa sedar sehingga menyebabkan situasi bertambah tegang.

Justeru, cuba latih diri anda untuk pause sekejap ketika marah. Tenangkan fikiran, ambil masa untuk berfikir apa yang anda mahu luahkan, dan respon dengan berhati-hati jika diperlukan.

5. Latih diri banyakkan bersabar

Allah SWT ada berfirman dalam surah Ali-Imran, ayat 134 yang bermaksud:

“Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.”

Sabar memang mudah disebut tetapi sukar dilakukan. Ia memerlukan latihan yang berterusan.

Namun sedarlah kita bahawa pahala dan kemanisan iman yang Allah beri semuanya memerlukan pengorbanan dan salah satunya adalah sifat sabar.

6. Lakukan hobi yang mengembirakan

Setiap dari kita mempunyai hobi yang digemari. Manfaat hobi selain menjadikan kita lebih kreatif dan sihat, ia juga boleh menjadi terapi bagi mengimbangkan tahap emosi yang lebih baik.

7. Bercakap pada orang lain

Elakkan dari terus memendam masalah atau perasaan apa yang anda rasai tatkala marah.

Hal ini sebenarnya boleh menyebabkan anda lebih terganggu dari segi emosi dan seterusnya membawa masalah mental yang lebih teruk seperti kemurungan, stress, anxiety dan sebagainya.

8. Banyakkan berzikir pada Allah

Setiap kali dalam kaedaan marah lafazkan istia’zah atau ta’awuz.

Lafaz istia’zah atau ta’awuz adalah bacaan yang membawa maksud meminta perlindungan Allah SWT daripada syaitan yang direjam.

Antara lafaz istia’zah adalah seperti:

  • A’uuzubillahi Minasy Syaithoonir Rajiim
  • A’uuzubillahil Qoodiri Minasy Syaithoonil Ghoodir
  • A’uuzubillahil Qowiyyi Minasy Syaithoonil Ghoowiyy
  • A’uuzubillahil A’zhiimi Minasy Syaithoonir Rajiim
  • A’uuzubillahis Samii’il A’liimi Minasy Syaithoonir Rajiim
  • A’uuzubillahi Minasy Syaithoonir Rajiimi Innnallaha Huwas Samii’ul A’liim

Di samping itu, Rasulullah SAW juga memberi saranan kepada kita untuk mengawal sifat marah iaitu dengan sentiasa berwuduk.

Hal ini kerana, wuduk itu sendiri boleh membersihkan kekotoran hati, menyejukkan hati, melahirkan ketenangan serta dapat menghapuskan dosa-dosa kecil

Kepentingan mengawal marah

cara mengawal kemarahan

Marah yang tidak terkawal akan memacu kepada pelbagai kesan khususnya kepada kesihatan seseorang.

Menurut kajian yang dijalankan, manusia yang mengalami marah terus menerus dalam tempoh 2 jam, berisiko untuk masalah kesihatan seperti sakit dada angina, serangan jantung, strok dan aritmia.

Tambahan lagi, masalah kesihatan akan bertambah teruk bila mana anda mempunyai masalah berkaitan dengan plak kolesterol. Ini kerana ia boleh menyebabkan saluran darah anda menjadi sempit.

Kesimpulannya, jelaslah bahawa sifat marah manusia adalah perkara normal yang biasa berlaku.

Namun marah yang tidak dikawal dengan baik boleh memberi kesan yang buruk kepada diri dan orang disekeliling.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan berkenaan tips cara mengawal kemarahan ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat.

Sumber:

  1. Al-Kafi #877: Nasihat dan Tips Untuk Mengawal Kemarahan. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Irsyad Al-Hadith Siri Ke-522: Adakah Terdapat Hadis Larangan Marah. Mufti Wilayah Persekutuan
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.