Alasan Kukuh Untuk Hak Penjagaan Anak Selepas Bercerai

Bila berlaku penceriaan, apakah alasan kukuh untuk hak penjagaan anak yang boleh suami isteri ambil tindakan?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan alasan kukuh untuk hak penjagaan anak yang perlu anda tahu.

Baca juga:

Apa itu hadanah?

alasan kukuh untuk hak penjagaan anak

Hadanah adalah suatu bidang kuasa yang berasingan daripada penjagaan atau perwalian.

Ia juga merujuk kepada jagaan fizikal dan asuhan diri kanak-kanak yang dilaksanakan oleh pengasuh (hadin atau hadinah).

Pengasuh ini bertanggungjawab untuk mengasuh kanak-kanak atau seseorang yang tidak mampu menguruskan dirinya sendiri, iaitu mengasuhnya dengan apa-apa yang mendatangkan kebaikan dan melindunginya dari sesuatu yang memudaratkan.

Dalam pengertian lain, hadanah juga diertikan sebagai penjagaan kanak-kanak yang masih kecil dan belum berupaya untuk menguruskan dirinya sendiri.

Ini termasuklah sama ada mereka lelaki atau perempuan, sama ada dalam tempoh perkahwinan atau selepas penceraian.

Dalam Islam, kedudukan ibu diiktiraf sebagai yang paling layak untuk memelihara dan mengasuh anak, lebih-lebih lagi apabila berlaku penceraian di antara suami isteri.

Perkara yang dipertimbangan di makhamah

Bagi makhamah membuat keputusan hak penjagaan anak ini, terdapat beberapa faktor yang perlu dilihat. Antaranya seperti:

  • Hasrat ibu bapa kanak-kanak tersebut
  • Kemahuan kanak-kanak itu sendiri sekiranya dia berada dalam peringkat umur yang boleh menyatakan pendapatnya dengan bebas
  • Kemungkinan pihak-pihak berdamai
  • Kelebihan dari segi pendidikan dan material
  • Faktor kesihatan dan perubatan
  • Umur dan jantina kanak-kanak tersebut
  • Agama dan adat resam
  • Bangsa dan latar belakang budaya;
  • Kelakuan pihak-pihak yang membuat tuntutan;

Siapa yang lebih berhak jaga anak?

alasan kukuh untuk hak penjagaan anak

Sama ada dalam tempoh perkahwinan atau selepas berlakunya penceraian, ibu adalah individu yang paling berhak daripada orang lain untuk menjaga anak kecilnya sehingga anak tersebut mencapai umur mumaiyiz.

Namu jika ibu hilang kelayakan untuk diberi hak penjagaan, maka berikut adalah susunan keutamaan yang ditetapkan:

  1. Nenek sebelah ibu hingga ke atas
  2. Bapa
  3. Nenek sebelah bapa hingga ke atas
  4. Kakak atau adik perempuan seibu sebapa
  5. Kakak atau adik perempuan seibu
  6. Kakak atau adik perempuan sebapa
  7. Anak perempuan daripada kakak atau adik perempuan seibu sebapa
  8. Anak perempuan daripada kakak atau adik perempuan seibu
  9. Anak perempuan daripada kakak atau adik perempuan sebapa
  10. Emak saudara sebelah ibu
  11. Emak saudara sebelah bapa
  12. Waris lelaki yang boleh menjadi warisnya

Sebab syarat hadanah ibu hilang

  1. Sekiranya ibu telah berkahwin dengan seorang lelaki yang tiada pertalian dengan anak tersebut dan dilarang berkahwin dengan anak tersebut. Hak penjagaan anak untuk ibu akan dapat semula jika perkahwinan dengan lelaki itu dibubarkan.
  2. Sekiranya ibu berkelakuan tidak baik dan buruk secara terbuka dan keterlaluan.
  3. Sekiranya ibu menukar tempat bermastautinnya semata-mata kerana ingin mengelakkan bapa anak tersebut mengawasi anak tersebut (kecuali jika isteri yang bercerai ingin membawa anak ke tempat lahir isteri).
  4. Sekiranya ibu telah murtad.
  5. Sekiranya ibu telah menganiaya anaknya dan telah mencuaikannya.

Alasan kukuh untuk hak penjagaan anak

Berikut adalah antara kelayakan yang dikatakan boleh diberi hak hadanah:

  • Beragama Islam.
  • Baligh dan sempurna akalnya.
  • Umur yang melayakkan dia memberikan kanak-kanak itu kasih sayang dan pendidikan yang sempurna.
  • Dia berkelakuan baik dari segi akhlak Islamiah. Seseorang yang terkenal dengan kefasikannya seperti penzina, pencuri, peminum arak, penjudi, dan seumpamanya tidak harus mengendalikan hadanah anak-anak.
  • Dia tinggal di tempat kanak-kanak itu tidak mungkin menghadapi akibat buruk dari segi akhlak atau jasmani.

Gelaran pengasuh dan tanggungjawabnya

Ibu atau pengasuh perempuan yang mendapat hak hadanah, akan disebut sebagai hadinah.

Manakala, bapa atau penjaga yang tidak mendapat hak hadanah, maka akan disebut sebagai wali.

Hal ini kerana, mereka masih mempunyai tanggungjawab terhadap hak penjagaan diri kanak-kanak tersebut walaupun dia tidak tinggal bersama mereka.

Walaupun begitu, jika hadanah ini diserahkan kepada bapa, maka bapa akan berperanan menjadi hadin dan wali kepada kanak-kanak tersebut.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan alasan kukuh untuk hak penjagaan anak dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Al-Kafi #621: Hak Jagaan Anak Setelah Bercerai. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Bayan Linnas Ke-214: Solusi Rasulullah SAW dan Para Sahabat Terhadap Pertikaian Hadhanah. Mufti Wilayah Persekutuan
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.