4 Doa Anak Demam & Memohon Agar Cepat Sembuh

4 Doa Anak Demam & Memohon Agar Sembuh

Sebagai ibu bapa kita pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Bila anak demam mulalah rasa tidak senang duduk memikirkan untuk kesembuhannya.

Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda mengenai doa anak demam yang bagus untuk anda amal dan praktikkan dalam kehidupan seharian untuk kesejahteraan keluarga khususnya anak-anak.

Anak sakit, ibu bapa jangan panik!

Demam adalah salah satu dari penyakit biasa yang sering kali berlaku kepada golongan kanak-kanak. Demam biasanya tidak berbahaya melainkan jika ia mencapai 103°F (39.4°C) atau lebih tinggi.

Bagi golongan kanak-kanak kecil dan bayi, suhu yang sedikit tinggi berkemungkinan besar menunjukkan jangkitan yang serius. Tetapi tahap demam tidak semestinya menunjukkan betapa seriusnya keadaan umum.

Selain makan ubat yang diberikan oleh doktor, cara terbaik untuk ibu bapa yang sedang berhadapan dengan anak sakit adalah tenangkan diri dan jangan panik.

Semakin panik ibu bapa maka akan menyebabkan lebih sukar untuk kesembuhan anak. Biarkan sistem imun anak melawan demam itu untuk kembali normal seperti biasa.

Anda hanya perlu periksa suhu dan keadaannya dari semasa ke semasa sahaja. Dalam masa yang sama, boleh juga praktikkan doa anak demam ini untuk kesembuhan mereka.

Himpunan doa anak demam

doa anak demam

Terdapat beberapa kolekasi doa anak demam yang boleh anda amalkan. Antara doanya adalah seperti yang berikut:

Doa dari Nabi SAW

بِسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ، مِنْ كُلِّ شَيْءٍ يُؤْذِيكَ، مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْ
عَيْنٍ، أَوْ حَاسِدٍ اللَّهُ يَشْفِيكَ، بِسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ

Dengan nama Allah, aku membacakan doa kepadamu daripada sesuatu yang boleh mendatangkan kemudaratan kepadamu, sama ada daripada kejahatan, iaitu kejahatan mata atau nafsu yang keji. Tuhanlah yang menyembuhkanmu. Dengan nama Allah, aku mendoakanmu.” - (Misqat Al-Masabih, 1534. Sahih Oleh Albani)

Doa dan ayat Al-Quran di atas boleh dibacakan pada air dan dipercikkan kepada mereka yang sakit. Ini berdasarkan perbuatan Nabi SAW kepada Thabit bin Qais.

Doa kesembuhan anak yang sakit

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شَافِيَ إلَّا أَنْتَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقْمًا

Allāhumma rabban nāsi, adzhibil ba’sa. Isyfi. Antas syāfi. Lā syāfiya illā anta syifā’an lā yughādiru saqaman.

"Tuhanku, Tuhan manusia, hilangkanlah penyakit. Berikanlah kesembuhan kerana Kau adalah penyembuh. Tiada yang dapat menyembuhkan penyakit kecuali Kau dengan kesembuhan yang tidak meninggalkan rasa sakit."

Doa kesembuhan anak yang sakit dengan nama

اللَّهُمَّ اشْفِ سَعْدًا، اللَّهُمَّ اشْفِ سَعْدًا، اللَّهُمَّ اشْفِ سَعْدًا

Allāhummasyfi Sa‘dan. Allāhummasyfi Sa‘dan. Allāhummasyfi Sa‘dan.

“Tuhanku, sembuhkan Sa‘ad. Tuhanku, sembuhkan Sa‘ad. Tuhanku, sembuhkan Sa‘ad,” (Imam An-Nawawi, Al-Adzkar, [Damaskus: Darul Mallah, 1971 M/1391 H]). 

Anda boleh mengganti nama Sa‘ad dengan nama anak anda atau orang yang sakit di hadapan kita.

Doa kesembuhan anak yang sakit dibaca pada anggota yang sakit


بِسْمِ اللهِ بِسْمِ اللهِ بِسْمِ اللهِ أُعِيْذُكَ بِعِزَّةِ اللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ أَسْأَلُ اللهَ الْعَظِيْمَ رَبَّ العَرْشِ العَظِيْمِ أَنْ يَشْفِيَكَ

Bismillâh, bismillâh, bismillâh. U‘îdzuka bi izzatillâhi wa qudratihi min syarri mâ ajidu wa uhâdziru (dibaca tujuh kali). As’alullâhal ‘adhîma rabbal ‘arsyil ‘adhim an yasyfiyaka (dibaca tujuh kali).

"Dengan nama Allah, dengan nama Allah, dengan nama Allah, aku lindungi kamu berkat kemuliaan Allah dan qudrah-Nya dari kejahatan barang yang aku rasakan dan yang aku khawatirkan (dibaca tujuh kali). Aku memohon kepada Allah Yang Maha Besar, Tuhan Arasy yang maha besar agar Dia menyembuhkanmu (dibaca tujuh kali)," (Lihat Sayid Utsman bin Yahya, Maslakul Akhyar, Cetakan Al-‘Aidrus,

Selain membaca doa diatas, kita juga disunatkan membaca surah Al-Fatihah, Al Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas pada tubuh anak yang sakit.

Itu semua merupakan ikhtiar manusiawi sebagai bentuk kefakiran manusia kepada pencipta-Nya

Diharapkan semoga perkongsian kami mengenai doa anak demam ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Al-Kafi #560: Doa Supaya Anak Kecil Tidak Menangis Di Waktu Malam. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Al-Kafi #1024: Hukum Membaca Al-Quran Untuk Penyembuhan. Mufti Wilayah Persekutuan
  3. Demam Panas: Rawatan Awal. My Health
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.