Doa Qunut Subuh – Lafaz Rumi & Terjemahan Lengkap

Doa Qunut Subuh ialah doa yang dibaca pada rakaat kedua solat Subuh selepas bangun dari rukuk sebelum sujud. Dalam mazhab Syafi’i, membaca Doa Qunut Subuh adalah sunat ab’adh dan menjadi amalan yang sangat dituntut.

Artikel ini menyediakan lafaz Doa Qunut Subuh dalam tulisan Arab, bacaan rumi serta terjemahan penuh, termasuk hukum dan waktu bacaan yang betul.

Apa itu Doa Qunut

Definisi “qunut” dalam Bahasa Arab beerti berdiri lama, taat, doa dan khusyuk. Dalam istillah pula ia bermaksud sesuatu doa yang dibaca oleh seorang Muslim di dalam solat ketika sedang berdiri.

Imam Ahmad meriwayatkan daripada Anas RA, katanya yang bermaksud:

“Rasulullah SAW sentiasa membaca doa qunut pada solat Subuh sehingga baginda meninggal dunia.” – (Hadis Riwayat Ahmad).

Malah Al-Bukhari dan Muslim juga meriwayatkan daripada Anas RA bahawa:

Dia telah ditanya; “Adakah Rasulullah membaca ketika Subuh?”

Jawabnya: “Ya.”

Mereka bertanya lagi: “Adakah Baginda membaca qunut sebelum rukuk?”

Katanya: “Sebaik sahaja selepas rukuk.” – (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Lafaz Doa Qunut Subuh (Tulisan Arab)

Ini adalah bacaan lafaz bacaan dalam Arab:

اللَّهُمَّ اهْدِنِي فِيمَنْ هَدَيْتَ، وَعَافِنِي فِيمَنْ عَافَيْتَ، وَتَوَلَّنِي فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ، وَبَارِكْ لِي فِيمَا أَعْطَيْتَ، وَقِنِي شَرَّ مَا قَضَيْتَ، فَإِنَّكَ تَقْضِي وَلَا يُقْضَى عَلَيْكَ، وَإِنَّهُ لَا يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ، وَلَا يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ، تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ، فَلَكَ الْحَمْدُ عَلَى مَا قَضَيْتَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ، وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.

Teks Bacaan Qunut Subuh

Bacaan Doa Qunut Subuh Rumi

Allahummahdini fiman hadait,
wa ‘afini fiman ‘afait,
wa tawallani fiman tawallait,
wa barik li fima a’tait,
wa qini syarra ma qadait,
fa innaka taqdi wa la yuqda ‘alaik,
wa innahu la yazillu man walait,
wa la ya’izzu man ‘adait,
tabarakta rabbana wa ta’alait.

Falakalhamdu ‘ala maaqadzait,
wa astaghfiruka wa atubu Ilaik,
wa sallahu ‘ala saidina,
Muhammadinin nabiyil ummiyi,
Waala aalihi wasahbihi wassalam

Maksud Doa Qunut Subuh

Ya Allah berikanlah aku hidayah sebagaimana mereka yang telah Engkau beri hidayah. Berikan kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan.

Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan. Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan.

Dan selamatkan aku (dengan rahmat Allah) dari bahaya yang telah Engkau tentukan. Maka sesungguhnya, Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang kena hukum. Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin. Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi.

Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi. Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan.

Dan kami memohon ampun dari Mu dan kami bertaubat kepada Mu. Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya.

Bila Dibaca Doa Qunut Subuh?

Doa Qunut Subuh dibaca:

  • Pada rakaat kedua solat Subuh
  • Selepas bangun dari rukuk
  • Sebelum sujud
  • Dalam keadaan berdiri (iktidal)

Dalil hukum ini adalah berdasarkan kepada perbuatan Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah RA yang bermaksud:

“Nabi SAW bersolat Zuhur atau Asar bersama dengan kami, kemudian Baginda memberi salam (selepas dua rakaat). Lalu Zul-Yadain bertanya; ‘Wahai Rasulullah, adakah solat telah dikurangkan?’. Nabi SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya: ‘Benarkah apakah yang dikatakannya?’

Mereka menjawab: ‘Ya’. Lalu Baginda bersolat dua rakaat dan setelah itu bersujud sebanyak dua kali. Saad (bin Ibrahim) berkata: ‘Saya melihat ‘Urwah bin al-Zubair bersolat maghrib dua rakaat dan memberi salam.

Dia bercakap-cakap, kemudian bersolat rakaat yang tertinggal serta dua kali sujud’. Katanya: ‘Demikiankah yang dilakukan oleh Nabi SAW.” – (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Hukum Membaca Doa Qunut Subuh

Dalam mazhab Syafi’i:

  • Doa Qunut Subuh adalah sunat ab’adh
  • Jika tertinggal secara tidak sengaja, disunatkan melakukan sujud sahwi
  • Jika tertinggal secara sengaja, solat tetap sah tetapi kehilangan kesempurnaan

Pendapat ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam An Nasa’i, Imam Abu Daud, dan Imam Tirmidzi:

Maksudnya

“Rasulullah SAW senantiasa melakukan qunut pada solat subuh sampai beliau meninggalkan dunia,” – (Hadis Riwayat Ahmad).

Menurut Imam An-Nawawi dalam kitabnya tadi, hadis tersebut adalah sahih. Beliau juga berpendapat ia adalah sunat muakkad.

Mazhab lain seperti Hanafi tidak mengamalkan qunut secara berterusan dalam solat Subuh kecuali ketika berlaku musibah (qunut nazilah).

Bagaimana Jika Terlupa Membaca Doa Qunut Subuh Dalam Solat?

Jika seseorang terlupa atau tertinggal membaca Doa Qunut Subuh, maka dalam mazhab Syafi’i disunatkan untuk melakukan sujud sahwi sebelum memberi salam.

Sujud sahwi dilakukan selepas membaca tahiyat akhir dan sebelum salam sebagai tanda menampung kekurangan dalam solat.

Walau bagaimanapun, solat tetap sah kerana Doa Qunut Subuh adalah sunat ab’adh, bukan rukun solat.

Bila Perlu Lakukan Sujud Sahwi?

Selain terlupa membaca Doa Qunut Subuh, sujud sahwi juga disunatkan dalam keadaan berikut:

  • Tertinggal sunat ab’adh (seperti Doa Qunut Subuh atau tahiyat awal)
  • Ragu-ragu tentang bilangan rakaat
  • Melakukan rukun solat bukan pada tempatnya
  • Meninggalkan perbuatan yang dituntut dalam solat
  • Melakukan kesalahan kecil yang tidak membatalkan solat

Namun, jika tertinggal rukun solat, rukun tersebut wajib diganti kerana rukun adalah perkara asas yang menentukan sah atau tidaknya solat.

Cara Melakukan Sujud Sahwi

Sujud sahwi dilakukan sebanyak dua kali sujud seperti sujud biasa.

Langkah ringkas:

  1. Duduk tahiyat akhir
  2. Berniat sujud sahwi
  3. Sujud pertama
  4. Duduk antara dua sujud
  5. Sujud kedua
  6. Bangun duduk dan beri salam

Bacaan Sujud Sahwi

Bacaan yang masyhur ketika sujud sahwi ialah:

سُبْحَانَ مَنْ لَا يَنَامُ وَلَا يَسْهُو

Rumi:
Subhana man la yanamu wa la yas-hu

Maksud:
“Maha Suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa.”

Adakah Boleh Baca Doa Qunut Subuh Dalam Rumi?

Ya, bagi yang masih belajar, bacaan Doa Qunut Subuh dalam rumi boleh dijadikan panduan sementara. Namun, digalakkan untuk belajar bacaan Arab yang betul supaya lebih tepat dari segi tajwid dan makhraj.

Kelebihan Membaca Doa Qunut Subuh

Antara kelebihan Doa Qunut Subuh:

  • Memohon hidayah daripada Allah
  • Memohon perlindungan daripada keburukan
  • Memohon keberkatan dalam kehidupan
  • Menguatkan hubungan spiritual dengan Allah SWT

Semoga artikel kami ini memberi manfaat dan ilmu pengetahun yang berguna untuk anda semua.

Soalan Lazim Tentang Doa Qunut Subuh

1. Apa itu Doa Qunut Subuh?

Doa Qunut Subuh ialah doa yang dibaca pada rakaat kedua solat Subuh selepas rukuk sebelum sujud.

2. Wajibkah membaca Doa Qunut Subuh?

Tidak wajib, tetapi dalam mazhab Syafi’i ia adalah sunat ab’adh dan digalakkan membacanya.

3. Bolehkah tidak membaca Doa Qunut Subuh?

Boleh. Solat tetap sah, tetapi disunatkan sujud sahwi jika tertinggal secara tidak sengaja.

4. Adakah Doa Qunut Subuh sama setiap hari?

Ya, lafaz Doa Qunut Subuh adalah sama dan dibaca setiap hari dalam mazhab Syafi’i.

5. Bolehkah membaca Doa Qunut Subuh dalam bahasa Melayu?

Dalam solat, sebaiknya dibaca dalam bahasa Arab. Terjemahan hanya untuk memahami maksudnya.

6. Jika terlupa baca Doa Qunut Subuh, apa perlu buat?

Jika terlupa membaca Doa Qunut Subuh dalam mazhab Syafi’i, disunatkan melakukan sujud sahwi sebelum salam. Jika tidak dilakukan, solat tetap sah.

7. Perlukah angkat tangan ketika membaca Doa Qunut Subuh?

Ya, dalam mazhab Syafi’i disunatkan mengangkat kedua-dua tangan ketika membaca Doa Qunut Subuh seperti berdoa. (Irsyad Al-Hadith Siri Ke-327)

8. Perlukah sapu muka selepas membaca Doa Qunut Subuh?

Sebahagian ulama membenarkan sapu muka selepas doa, namun ia bukan perkara wajib. Jika tidak melakukannya, solat tetap sah.

9. Bolehkah imam membaca Doa Qunut Subuh secara kuat?

Ya, sunat bagi imam membaca Doa Qunut Subuh secara kuat (jahar) dan makmum mengaminkan doa tersebut.

10. Apa beza Qunut Subuh dan Qunut Nazilah?

Qunut Subuh dibaca setiap hari dalam solat Subuh (mazhab Syafi’i), manakala Qunut Nazilah dibaca ketika berlaku musibah atau bencana besar.

11. Adakah mazhab lain membaca Doa Qunut Subuh?

Mazhab Syafi’i mengamalkannya secara berterusan. Mazhab Hanafi dan Hanbali tidak membacanya setiap hari kecuali ketika qunut nazilah.

12. Bolehkah membaca Doa Qunut Subuh secara ringkas?

Ya, dibolehkan membaca sebahagian doa jika tidak mampu menghafal keseluruhan lafaz, namun digalakkan membaca secara lengkap.

13. Bolehkah membaca Doa Qunut Subuh ketika solat sendirian?

Ya, Doa Qunut Subuh dibaca sama ada solat berjemaah atau bersendirian.

14. Apakah maksud “sunat ab’adh” dalam Doa Qunut Subuh?

Sunat ab’adh ialah sunat yang sangat dituntut dalam solat dan jika tertinggal, disunatkan melakukan sujud sahwi.

15. Adakah sah solat jika tidak membaca Doa Qunut Subuh?

Ya, solat tetap sah kerana Doa Qunut Subuh bukan rukun solat.

16. Bagaimanakah lafaz bacaan Doa Qunut Subuh?

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.