Zikir Selasa Dalam Rumi, Fadhilat Dengan Terjemahannya

Zikir harian adalah amalan zikir yang sangat dianjurkan untuk umat Islam baca setiap hari. Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda zikir Selasa untuk dibaca, dihafal, dan diamalkan.

Himpunan Zikir Selasa yang boleh diamalkan

Panduan zikir Selasa ini disertakan dalam Bahasa Arab, Bahasa Rumi, terjemahan zikir, serta kelebihan atau fadhilat dalam pengamalannya. Berikut ini adalah antara zikir yang boleh dibaca.

Zikir 1

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Allahumma solli ‘ala sayidina muhammad. Wa ‘ala sayyidina muhammad

Maksudnya: “Ya Allah semoga rahmat sentiasa tercurah kepada Nabi Muhammad dan juga kepada keluarga Nabi Muhammad.”

Kelebihan Zikir 1

Dari hadis Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Barangsiapa berselawat kepadaku sekali, maka Allah akan berselawat (melimpahkan rahmat) kepadanya sepuluh selawat, menghapuskan darinya sepuluh dosa dan mengangkat darjatnya sepuluh darjat.” – (Hadis Riwayat Al-Nasa’i)


Rasulullah SAW bersabda:

كُلُّ دُعَاءٍ مَحْجُوبٌ حَتَّى يُصَلِّيَ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Maksudnya: “Semua permohonan doa akan dihijab (terhalang) sehinggalah dibacakan selawat ke atas Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad SAW.” – (Hadis Riwayat Al-Tabrani)


Rasulullah SAW bersabda:

أولى النَّاس بي يوم القيامة أكثرُهم عليَّ صلاةً

Maksudnya: “Manusia yang paling utama di sisiku di hari akhirat kelak adalah yang paling banyak berselawat ke atas ku.” – (Hadis Riwayat Al-Tirmizi)


إِذًا تُكْفَى هَمَّكَ، وَيُغْفَرُ لَكَ ذَنْبُكَ

Maksudnya: “Jika demikian, Allah akan mencukupkan segala keperluanmu dan mengampunkan dosamu.” – (Hadis Riwayat Al-Tirmizi)


Daripada Abdullah bin al-‘Ash r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali, maka Allah berselawat ke atasnya sebanyak sepuluh kali.” – [Hadis riwayat Muslim (1530), an-Nasa’i (1295) dan at-Tirmizi (485)]

zikir selasa
Sumber: Kisah Zakat Malaysia

Zikir 2

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْنَّبِيِّ الْأُمِّيِّ  وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ

Allahumma solli ‘ala sayyidina. Muhammadin nabiyyil ummiyyi. Wa’ala alihi wasohbihi wasallim

Maksudnya: “Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad Nabimu yang Ummi dan ke atas keluarganya serta sahabat-sahabatnya dan ucapkan salam kepada mereka.”

Kelebihan Zikir 2

Daripada Sayyidina Abu Ad-Darda’ RA, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

Sesiapa yang berselawat ke atasku ppada waktu pagi sebanyak 10 kali dan pada waktu petang sebanyak 10 kali, dia akan mendaapt syafaatku pada hari kiamat.” – (Hadis Riwayat Ath-Thabrani)


Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda;

“Tiada seseorang pun yang memberikan salam kepadaku (setelah kewafatanku), melainkan Allah mengembalikan rohku sehinggalah aku dapat menjawab salam orang itu.” – (Hadis Riwayat Abu Daud dan Ahmad, Riyadus Solihin)


Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ صَلَّى عَلَىَّ صَلاَةً وَاحِدَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ عَشْرَ صَلَوَاتٍ وَحُطَّتْ عَنْهُ عَشْرُ خَطِيئَاتٍ وَرُفِعَتْ لَهُ عَشْرُ دَرَجَاتٍ

Maksudnya: “Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali, nescaya Allah berselawat kepadanya sepuluh selawat, menghapus darinya sepuluh dosa dan mengangkat darjatnya sepuluh darjat.” – (Hadis Riwayat An-Nasa’i)


Daripada Ali bin Abu Talib RA, Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Orang yang bakhil ialah orang yang mendengar namaku disebut tetapi tidak berselawat ke atasku.” – (Hadis Riwayat Al-Tirmizi)


Dari Ubai bin Ka’ab, RA katanya:

Ya Rasulullah! Aku banyak menggunakan masa berdoa, memohon rahmat untuk diriku, sekarang aku hendak untukkan masa berselawat bagi tuan maka sebanyak mana yang elok aku untukkan?” Baginda SAW, menjawab: “Sekadar mana yang engkau suka”; Aku berkata: “Aku hendak untukkan sesuku dari masaku”; Baginda SAW, bersabda: “Sekadar mana yang engkau suka, dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik untukmu”;

Aku berkata: “Kalau begitu aku untukkan setengah dari masaku” Baginda SAW bersabda: “Suka hatimulah dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik untukmu”; Aku berkata: “Kalau demikian, aku untukkan dua pertiga dari masaku” Baginda SAW, bersabda: “Suka hatimulah, dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik – untukmu”;

Aku berkata: “(Kalau begitu) aku jadikan masa berdoaku semuanya untuk berselawat kepada tuan”; Baginda SAW, bersabda: “Jika demikian, terpeliharalah dan terselamatlah engkau dari apa yang mendukacitakan dan membimbangkanmu, sama ada perkara dunia mahu pun perkara akhirat dan diampunkan dosamu” – (Hadis Riwayat Tirmizi, Imam Ahmad, dan Hakim)

Diharapkan semoga perkongsian kami berkenaan dengan zikir Selasa ini dapat memberikan anda ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan amalan zikir harian sepanjang hari.

Sesungguhya zikir kita kepada Allah adalah untuk diri kita sendiri agar hati lebih tenang, fikiran dan jiwa lebih tenteram, diampunkan segala dosa, dan diberi kemudahan hidup di dunia dan akhirat.

Sumber:

  1. Irsyad Al-Hadith Siri Ke-506: Kedudukan Selawat Berbanding Zikir. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Irsyas Al-Hadith Siri Ke-444: Dibentangkan Selawat Kepada Rasulullah SAW Pada Setiap Hari Jumaat. Mufti Wilayah Persekutuan
  3. 40 Hadis Amalan Sedikit Pahala Berganda, Ustaz Muhadir Haji Joll
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.