9 Selawat Nabi Dalam Rumi Beserta Maksudnya

Selawat Nabi adalah merupakan satu bentuk pujian dan doa kepada Nabi Muhammad SAW.

Amalan berselawat ini nampak biasa dipandang orang namun hakikatnya tidak ramai yang sedar akan khasiatnya dalam hidup.

Dan bahkan menurut Imam Al-Halimi berpendapat bahawa mengagungkan Nabi SAW dengan berselawat kepadanya merupakan sebahagian dari cabang-cabang iman.

Artikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda mengenai beberapa bacaan selawat Nabi yang tepat dan betul.

Baca juga:

Apa itu selawat?

Selawat dari segi bahasa adalah doa atau seruan kepada Allah SWT.

Manakala dari segi istilah pula, selawat bererti mendoakan atau memohon berkat kepada Allah SWT dan melimpahkan rahmat Nya untuk Nabi dengan ucapan, kenyataan, pengharapan, agar baginda Nabi sentiasa sejahtera.

Tuntutan untuk umat Islam berselawat

Allah memuji baginda Rasulullah SAW dalam kalangan para malaikat yang dekat darjat mereka dengan Nya dan para malaikat juga berselawat kepadanya.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Ahzab, ayat 56:

إِنَّ اللَّـهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan malaikat Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW);

wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”

Dalam mentafsirkan ayat di atas ini, Syeikh Al-Maraghi berkata: “Wahai orang beriman, doakanlah supaya Nabi SAW mendapat rahmat, muliakan Baginda walau dengan apa cara yang kamu mampu lakukan.

Umpamanya mengikut Baginda secara baik atau mematuhi setiap arahannya. Begitu juga, dengan cara mengucapkan selawat dan salam kepada Baginda dengan lidahmu.” – Tafsir al-Maraghi, 11/5511)

Allah memerintahkan semua makhluk di bumi agar berselawat kepadanya sehinggalah bersatulah pujian selawat kepada Baginda SAW antara penduduk langit dan bumi.

Himpunan selawat Nabi yang biasa dibaca

Terdapat beberapa lafaz selawat Nabi yang boleh kita baca. Berikut ini kami kongsikan selawat Nabi untuk panduan bersama.

Selawat Nabi 1

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Allahumma solli ‘ala muhammad wa ‘ala ali muhammad

Maksudnya:

“Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.” – (Hadis Riwayat An-Nasae’i)

Selawat Nabi 2

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Allahumma solli ‘ala muhammad wa ‘ala ali muhammad. Kama sollaita ‘ala ibrahim wa ‘ala ali ibrahim. Innaka hamidum majid. Allahumma barik ‘ala muhammad wa ‘ala ali muhammad. Kama barakta ‘ala ibrahim wa ‘ala ali ibrahim. Innaka hamidum majid

Maksudnya:

“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim,
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.

Ya Allah, Berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” – (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Selawat Nabi 3

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

“Allahumma solli ‘ala muhammad wa ‘ala ali muhammad. Kama sollaita ‘ala ali ibrahim. Wabarik ‘ala muhammad wa ‘ala ali muhammad. Kama barakta ‘ala ali ibrahim. Fil ‘alamina innaka hamidum majid“

Maksudnya:

“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim,

dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim atas sekalian alam, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” – (Hadis Riwayat Muslim)

Selawat Nabi 4

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Allahumma solli ‘ala muhammad wa ‘ala azwa jihi wazur raiyatihi. Kama sollaita ‘ala ali ibrahim. Wa barik ‘ala muhammad wa ‘ala azwa jihi wazur raiyatihi. Kama barakta ‘ala ali ibrahim. Innaka hamidum majid

Maksudnya:

“Ya Allah,berilah selawat kepada Muhammad dan kepada isteri-isteri Baginda dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim.
Ya Allah, berkatilah Muhammad dan isteri-isteri Baginda dan keturunannya,

sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” – (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Selawat Nabi 5

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَعَلَى أَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَعَلَى أَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Allahumma solli ‘ala muhammad wa ‘ala ahli baytihi wa ‘ala azwajihi wazur raiyatihi. Kama sollaita ‘ala ali ibrahim. Innaka hamidum majid. Wa barik ‘ala muhammad wa ‘ala ahli baytihi azwa jihi wazur raiyatihi. Kama barakta ‘ala ali ibrahim. Innaka hamidum majid

Maksudnya:

“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada ahli baitnya (keluarganya) dan isteri-isterinya dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.

Dan berkatilah Muhammad dan kepada ahli baitnya dan isteri-isterinya dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” – (Hadis Riwayat Ahmad)

Selawat Nabi 6

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ

Allahumma solli ‘ala muhammad ‘abdika warasu lika. Kama sollaita ‘ala ali ibrahim. Wabarik ‘ala muhammad wa ‘ala ali muhammad. Kama barakta ‘ala ibrahim

Maksudnya:

“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad hamba-Mu dan Rasul-Mu, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim.

Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim.” – (Hadis Riwayat Bukhari)

Selawat Nabi 7

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Allahumma solli a’la muhammadin nabiyil ummiyi wa ‘ala ali muhammad. Kama sollaita ‘ala ibrahim wa ali ibrahim. Wabarik ‘ala muhammadin nabiyil ummiyi. Kama barakta ‘ala ali ibrahim wa ‘ala ali ibrahim. Innaka hamindum majid

Maksudnya:

“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad nabi yang ummi dan kepada keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberi selawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim.

Dan berkatilah Muhammad, nabi yang ummi sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” – (Hadis Riwayat Abu Daud)

Selawat 8

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ وبَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Allahumma solli ‘ala muhammad wa ‘ala ali muhammad. Wabarik ‘ala muhammad wa ‘ala ali muhammad. Kama sollaita wabarakta ‘ala ibrahim. Wa ‘ala ali ibrahim. Innaka hamidum majid

Maksudnya:

“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad,

sebagaimana Engkau telah berselawat dan memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” – (Hadis Riwayat At-Tohawi)

Selawat 9

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Allahumma solli ‘ala muhammad wa ‘ala ali muhammad. Kama sollaita ‘ala ibrahim. Innaka hamidum majid. Wabarik ‘ala muhammad wa ‘ala ali muhammad. Kama barakta ‘ala ali ibrahim. Innaka hamidum majid

Maksudnya:

“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.

Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah telah memberkati keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” – (Hadis Riwayat Imam Ahmad)
Hari apa yang digalakkan untuk berselawat?


Secara umumnya, tidaklah ada hari yang dikhususkan untuk berselawat kerana kita digalakkan untuk berselawat setiap masa dan walau di mana jua kita berada.

Namun demikian, Rasulullah SAW mengalakkan kita untuk banyak berselawat pada hari Jumaat:

إنَّ مِنْ أفضَلِ أيّامِكُمْ يَوْمَ الجُمُعة فأكْثِرُوا عَليّ مِنْ الصّلاَةِ فِيهِ فِإنّ صَلاَتكُمْ مَعْرُوْضَةٌ عَلي

“Sesungguhnya antara hari yang paling baik adalah Hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat ke atasku. Sesungguhnya selawat kamu akan dibentangkan kepadaku.” – (Hadis Riwayat Abu Daud)

Diharapkan semoga perkongsian mengenai himpunan selawat Nabi ini dapat memudahkan anda semua untuk lebih memperbanyakkan berselawat setiap hari.

Sumber:

  1. Selawat Ke Atas Nabi SAW: Kelebihan & Lafaz Yang Sahih. Abu Anas Madani
  2. Fadhilat Selawat Kepada Nabi Muhammad SAW. My Wilayah
  3. Al-Kafi #1274: Maksud Selawat dan Salam Kepada Rasulullah SAW. Mufti Wilayah Persekutuan
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.