Selawat Maulidur Rasul Rumi Dengan Terjemahan & Audio

Apakah itu selawat Maulidur Rasul rumi dan kelebihannya apabila diamalkan bagi setiap umat Islam?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai selawat Maulidur Rasul rumi yang bagus dijadikan amalan harian setiap masa.

Baca juga:

Apa itu Maulidur Rasul?

selawat maulidur rasul rumi

Maulidur Rasul adalah hari kelahiran Rasulullah SAW. Sambutan Maulidur Rasul disambut setiap tahun di Malaysia ini.

Setiap kali sambutan ini diadakan, umat Islam akan beramai-ramai membaca selawat Maulidur Rasul.

Sambutan Maulidur Rasul tahun 2023 akan disambut pada 28 September 2023, Khamis (12 Rabiulawal 1444H).

Bacaan selawat Maulidur Rasul rumi

Berikut adalah bacaan lengkap selawat Maulidur Rasul rumi dalam audio dan terjemahannya.

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد

Sollallahu ‘ala muhammad

Selawat Allah ke atas Muhammad

‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Sollallahu ‘alahi wasallam

Selawat salam dipohon lagi

‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد

Sollallahu ‘ala muhammad

Selawat Allah ke atas Muhammad

‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Sollallahu ‘alahi wasallam

Selawat salam dipohon lagi

يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ

Ya Nabi salamun ‘alaika

Wahai Nabi salam atasmu

‎يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ

Ya Rasul salamun ‘alaika

Wahai Rasul, salam atasmu

‎يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ

Ya habibu salamun ‘alaika

Wahai kekasih, salam atasmu

‎صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ

Solawa tullah ‘alaika

Selawat Allah ke atasmu

أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا

Ashro qol badru ‘alaina

Bulan purnama menyinari kita

‎فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ

Fakh tafat minhul buduru

Hilang segala cahaya

‎مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا

Misla husnika maa roainaa

Indah menawan tak pernah dilihat

قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ

Qotthu ya wajhas-sururi

Wajah gembira sepanjang hayat

‎أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ

 Anta syamsun anta badru

Kaulah matahari, kaulah bulan

أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ

 Anta nuurun fauqa nuuri

Kaulah cahaya mengatasi cahaya

‎‎أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي

 Anta iksiirun wargholii

Kaulah rahsia hidup mulia

أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ

 Anta misbaahus-suduuri

Kaulah menyuluhi jiwa

‎يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد

 Ya Habibi Ya Muhammad

Wahai kekasihku, ya Muhammad

‎يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ

 Ya ‘Arusal khofi qoini

Wahai pendamping indah sejagat

‎يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ

Ya Muayyadu ya mumajjad

Wahai Nabi dijulang dipuja

‎يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ

 Ya imamal Qiblataini

Wahai imam 2 kiblat

‎مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد

Man ra’A wajhaka yas’ad

Bahagialah orang memandang wajahmu

‎يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ

Ya Karimal walidaini

Wahai penghulu keturunan mulia

‎حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد

 Haudukas sofil mubarrad

Kolam airmu sejuk jernih

‎وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ

 Wirdunaa yauman nusyurii

Kunjungi kami pada hari akhirat

‎عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى

 ‘Alimussirri wa ahfaa

Allah mengetahui rahsia sulit

‎مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ

 Mustajibud da ‘awati

Dialah menyahut semua seruan

‎رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا

 Robbi irhamna jamii’a

Wahai Tuhan Rahmatilah kami

‎بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ

 Bijami’is solihati

Dengan segala amalan soleh

‎وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد

Wasolatullah ‘ala ahmad

Selawat Allah ke atas Muhammad

عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ

 Adda tahriris suthuri

Sebanyak baris kertas ditulis

‎أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد

 Ahmadul hadii Muhammad

Ahmad Muhammad petunjuk jalan

صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ

 Sohibul wajhil muniri

Empunya wajah berseri menawan

Audio selawat maulidur rasul:

Teks selawat Maulidur Rasul (PDF)

Muat turun teks selawat Maulidur Rasul pada pautan berikut: Selawat Maulidur Rasul

selawat maulidur rasul rumi
selawat maulidur rasul rumi

Video Selawat Maulid Nabi

Kelebihan selawat Maulidur Rasul

Nabi SAW bersabda:

مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً وَاحِدَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ عَشْرَ صَلَوَاتٍ، وَحُطَّتْ عَنْهُ عَشْرُ خَطِيئَاتٍ، وَرُفِعَتْ لَهُ عَشْرُ دَرَجَاتٍ

“Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).” – (Hadis Riwayat al-Nasa’i, No. 1297)

Secara umumnya, kelebihan selawat ini sama sahaja seperti selawat-selawat yang lain antaranya seperti:

  • Diampunkan dosa dan diangkat darjatnya oleh Allah
  • Dimakbulkan segala doa
  • Yang paling dekat dengan Rasulullah pada hari kiamat
  • Diberikan kecukupan hidup oleh Allah
  • Allah membalas selawat hamba Nya
  • Mendapat syafaat Rasulullah di akhirat kelak
  • Rasulullah membalas ucapan salam
  • Diberikan 10 kali pahala
  • Memudahkan diri ke syurga
  • Hilang rasa risau dan dukacita

Tema & perarakan Maulidur Rasul 2023

Tema Maulidur Rasul 1445H/2023M: Perpaduan Teras Malaysia Madani

Pelbagai program dijalankan antaranya forum perdana, perarakan, dan penyampaian anugerah kepada tokoh-tokoh yang dipilih.

Siaran langsung perarakan Maulidur Rasul akan dapat ditonton melalui saluran televisyen dan radio utama pada hari tersebut.

Sambutan Maulidur Rasul SAW – 9 Oktober 2022

Diharapkan semoga perkongsian kami mengenai selawat Maulidur Rasul rumi ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan panduan meningkatkan amal ibadah setiap hari.

Sumber:

  1. Maulidur Rasul- Protal Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)
  2. Bayan Linnas Siri Ke-80: Hukum Menyambut Maulid Al-Rasul. Mufti Wilayah Persekutuan
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.