Doa Abu Darda: Panduan Lengkap Rumi Beserta Maksud

Ini merupakan panduan lengkap Doa Abu Darda yang boleh diamalkan untuk memohon perlindungan daripada Allah SWT untuk diri sendiri, keluarga ataupun harta benda.

Panduan ini turut disediakan secara lengkap dengan ejaan rumi dan tersusun bagi memudahkan pembaca sering mengamalkannya.

Semoga panduan ini membantu untuk mengamalkannya.

Doa Abu Darda


Abu Darda merupakan seorang sahabat Rasulullah SAW dan ahli ibadah yang sangat terkenal dengan nama Abu Darda’ beliau telah mengamalkan doa ini pada setiap hari setiap lepas Subuh dan Maghrib untuk memohon perlindungan dan keselamatan daripada Allah SWT bagi dirinya, ahli keluarganya dan juga harta bendanya daripada gangguan dan kejahatan jin, syaitan, haiwan dan manusia.

Menurut Riwayat, beliau sering mengamalkan doa di bawah ini yang didapatinya daripada Rasulullah SAW.

Doa tersebut adalah:

Doa Abu Darda (Teks Rumi)


Doa turut tersedia dalam ejaan rumi bagi memudahkan pembacaan mereka yang kurang mahir dapat dijadikan sebagaikan panduan.

doa abu darda
“Bismillahir rahmanirrahim. Alhamdulillahi Robbil ‘Alamin. Wassolatu Wassalamu ‘ala sayyidina muhammadin ashrofil ‘anbiya’i wal mursalin. Wa ‘ala aalihi wasohbihi ajmain. 
Allahumma anta robbi. Laa ilaha illa anta. ‘Alaihi tawakkaltu, wa anta robbul ‘arsyil ‘azim. 
doa abu darda
Masyaa Allahu kaa na. Wa maa lam yasha’ lam yakun. Laa haula wala quwwata illa billahil ‘azim. A’lamu annallaha ‘ala kulli syai’in qodir. Wa annallaha kod aha tho bikulli syai’in ill ma. 
doa abu darda
Allahumma inni ‘auzubika min syarri nafsi. Wa man syarri kulli dabbatin anta aakhizun binasiyatiha inna robbi sirotin mustaqim. 
Wasollallahu ‘ala sayyidina muhammadin wa ‘ala aalihi wasohbihi wassalam. Walhamdulillahi robbil ‘alamin.”

Maksud Doa


Maksudnya:

” Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang mentadbir seluruh alam.

Rahmat dan kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhamaad SAW semulia-mulia Rasul dan juga ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya sekalian. Ya Tuhan kami, Engkau Tuhan, tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Engkau. Kepada Engkaulah kami bertawakal dan Engkaulah Tuhan Arasy yang besar.

Sesuatu yang dikehendaki Allah pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki Allah pasti tidak akan berlaku.

Tiada daya upaya dan tiada sebarang kekuatan yang dapat menjayakan dan menggagalkan sesuatu melainkan dengan izin Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. Kami mengetahui sesungguhnya Allah (atas tiap-tiap sesuatu) amat berkuasa dan sesungguhnya Allah meliputi pengetahuannya pada tiap-tiap sesuatu.

Ya Allah. Tuhan Kami sesungguhnya kami memohon perlindungan Engkau daripada kejahatan/keburukan pada diri kami dan daripada kejahatan daripada tiap-tiap makhluk yang melata (jin, syaitan, binatang dan manusia). Engkau yang mengawasi ubun-ubunya (segala gerak-gerinya). Sesungguhnya Tuhan kami di atas jalan yang benar.

Dan cucurilah rahmat dan kesahteraan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW keluarganya serta sahabat-sahabatnya sekalian.

Segala puji tertentubagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.”

Siapakah Abu Darda RA?


Nama sebenar Abu Darda adalah Uwaimir bin Zaid bin Qais, bin Umayyah bin Amir bin Adi bin Ka`b bin Khazraj bin al-Harits.

Beliau digelar sebagai Abu Darda kerana beliau mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Darda. Isterinya dikenali sebagai Ummu Darda.

Abu Darda ini juga merupakan seseorang yang sangat bijaksana, faqih dan pandai sehinggakan Nabi Muhammad SAW mengatakan bahawa:

Uwaimir adalah Hakimul Ummah (seorang yang sangat bijaksana).” – (Rujuk Usudul Ghabah 5/97)

Abu Darda merupakan sahabat kepada Khalifah Umar bin Khattab. Ia juga merupakan seorang ahli hikmah yang cukup masyur dan hidup di zaman Rasulullah SAW. Beliau juga merupakan orang yang paling terakhir memeluk agama islam.

Beliau juga merupakan salah seorang yang juga mengumpulkan Al-Quran dan menjadikan ia sebagai sumber utama para pembaca di daerah Damaskus.

Sumber: Youtube Ustaz Habib Khairul Nizam

Semoga dengan selalu mengamal Doa Darda’ ini dapat menjadi perlindung diri, ahli keluarga dan harta benda daripada sebarang gangguan.

Rujukan:

  1. Indahnya Amalan Doa – Dato’ Ismail Kamus
  2. Audio bacaan daripada https://akuislam.com/blog/doa/doa-abu
  3. Aku Muslim: Abu Darda RA: Biodata dan Kisah Hidupnya
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: