Solat Subuh Panduan Niat & Cara Solat Yang Lengkap

Solat fardhu mempunyai lima waktu yang wajib dilaksanakan mengikut waktu-waktunya yang tertentu. Pada kali ini artikel akan berkongsi kepada anda panduan lengkap cara solat subuh dengan betul dan tertib mengikut syariat Islam. Bacaan akan dilengkapi dengan dua teks iaitu dalam Arab dan Rumi untuk kemudahan semua khususnya kepada mereka yang baru sedang belajar mengenal solat dan tidak berapa kukuh penguasaan jawi.

Apa itu solat subuh?

Solat subuh adalah salah satu daripada solat fardhu yang diwajibkan ke atas seluruh umat Islam yang beragama Islam. Ia boleh dilakukan sama ada berseorangan ataupun berjemaah mengikut imam.

Solat ini adalah solat kedua dalam turutan solat lima waktu iaitu selepas mendirikan solat subuh.

Bila waktu mendirikan solat subuh?

Umumnya, waktu solat subuh adalah bermula ketika terbitanya fajar sadiq iaitu dari munculnya warna putih yang merata (horizontal) di ufuk (horizon), dan waktu yang dibolehkan untuk melakukan solat ini terus berlangsung hingga nampak timbulnya bulatan terawal matahari.

Solat ini mempunyai jumlah rakaat sebanyak dua rakaat dan wajib untuk dilaksanakan dalam apa keadaan dan situasi sekalipun. Waktu Malaysia, ia kira-kira dilakukan pada pukul 5.50 pagi sehingga 7.00 pagi.

Cara solat yang betul

Tatacara solat fardhu dalam waktu subuh yang betul adalah seperti yang berikut:

1. Niat solat

Usolli fardhas subhi raka’atin ada’an lillahi ta’ala. 

Maksudnya: “Sahaja aku solat fardu subuh dua rakaat tunai kerana Allah Ta’ala.”

Di rakaat pertama:

1. Berdiri tengak menghadap kiblat kemudian baca lafaz niat dalam bahasa arab seperti di atas.

2. Takbiratul ihram dan mengangkat kedua-dua belah tangan sambil menyebut:

الله أكبر

Allahuakbar

Maksudnya: Allah Maha Besar

3. Membaca doa iftitah

“Allaahu akbaru kabiirawwalhamdu lillaahi katsiiraa. Wa subhaanallaahi bukratawwa aashiila. Wajjahtu wajhiya lilladzii fatoros samaawaati wal ardha haniifam-muslimaa. Wamaa anaa minal musyrikiin. Inna solaatii wa nusukii wa mahyaaya wa mamaatii lillaahi Rabbil ‘aalamiin. Laa syariikalahu wa bidzaalika umirtu wa anaa minal muslimiin”

Maksudnya: Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang. Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, hal keadaannya bersih dalam Islam. Tidaklah aku dari golongan orang-orang yang mensyirikkan Tuhan. Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku bagi Allah, Tuhan yang memiliki alam keseluruhannya. Tidak ada bersekutu dengan-Nya sesuatu dan dengan demikian aku disuruh dan aku daripada golongan muslimin.

4. Membaca Al-Fatihah dengan tartil dan dilafazkan

Bismillahirahmanirahim. Alhamdulillah hirabbil alamin. Arrahmanirrahim. Maliki yaumiddin. Iyya kana’ budu iyya kanasta ‘in. Ihdinas sirotol mustaqim. Sirotollazina an’am ta’alaihim ghairil maghdu bi ‘alaihim waladhollin

Maksudnya: “Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah,Tuhan semesta alam. Maha Pemurah,Maha Penyayang. Memiliki hari Pembalasan. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah,dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus, (iaitu) jalan orang –orang yang telah Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang murka, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.”

5. Membaca mana-mana surah pilihan dalam Al-Quran mengikut kemahuan.

6. Rukuk sambil bertakbir

“Subhaa na rabbiyal a’zimi wabihamdih” (diulang sebanyak tiga (3) kali)

Maksudnya: “Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dengan segala sifat-Nya yang terpuji.”

Dalam keadaan ini kedudukan kedua-dua belah tangan mestilah diletakkan di atas kedua-dua belah lutut kaki.

7. I’tidal sambil melafazkan bacaan ini:

“Sami’allahu liman hamidahu robbana lakalhamdu”

Maksudnya: “Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian.”

8. Sujud sambil bertakbir dengan lafaz ini

“Subhana rabbiyal a’la wabihamdih”

Maksudnya: “Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.”

9. Bacaan duduk antara dua sujud

“Rabbigfirli warhamni wajburni warfagni warzuqni wahdini wa a’fini wa’fu anni “

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.”

10. Sujud kembali sambil bertakbir. Selepas sujud kedua, bertakbir dan bangun untuk meneruskan rakaat kedua.

Di rakaat kedua:

1. Bangun lalu meneruskan dengan rakaat kedua.

2. Membaca Al-Fatihah dengan tartil dan dilafazkan

3. Membaca mana-mana surah pilihan dalam Al-Quran mengikut kemahuan.

4. Rukuk sambil bertakbir.

5. I’tidal (bangun dari rukuk).

6. Membaca doa qunut:

“Allah humah dini fiman hadait. Wa’a fini fiman ‘afait. Watawallani fiman tawalait. Wabarikli fimaa a’tait. Waqinii syarramaa qadhait. Fainnaka taqdhi wala yuqdha ‘alaik. Wainnahu layadziluman walait. Walaa ya’izzuman ‘adait. Tabaa rakta rabbana wata’alait. Falakalhamdu ‘ala maaqadzait. Wa astaghfiruka wa atubu Ilaik. Wa sallahu ‘ala saidina. Muhammadinin nabiyil ummiyi. Waala aalihi wasahbihi wassalam.”

Maksudnya: “Ya Allah berikanlah aku hidayah sebagaimana mereka yang telah Engkau beri hidayah. Berikan kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan. Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan. Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan.

Dan selamatkan aku (dengan rahmat Allah) dari bahaya yang telah Engkau tentukan. Maka sesungguhnya, Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang kena hukum. Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin. Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi. Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi.

Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan. Dan kami memohon ampun dari-Mu dan kami bertaubat kepada-Mu. Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya.”

7. Sujud sambil bertakbir.

8. Sujud kedua. Bertakbir lalu sujud sekali lagi. Kedudukan dan bacaan sama seperti sujud pertama. Selepas sujud kedua, bertakbir dan bangun untuk sempurnakan tahiyat akhir.

9. Bacaan tahiyat akhir:

Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu lillah. Assalamu’alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh. Assalamu’alaina wa’la ‘ibadillahis salihin. Asyahadu alla illaha illallah. Wa’asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Allahumma solli’ala Muhammad wa’ala ali Muhammad. Kama sollaita’ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim. Wabarik ‘ala Muhammad wa’ala ali Muhammad. Kama barakta ‘ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim. Fil ‘alamina innaka hamidummajid.

Maksudnya: “Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah.

Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.”

10. Memberikan salam

11. Berdoa mengikut kemahuan masing-masing.

Diharapkan dengan panduan solat kali ini sedikit sebanyak dapat membantu anda semua dalam menunaikan solat fardhu dengan betul dan sempurna. Sesungguhnya ibadah solat adalah ibadah yang paling tinggi dari mana-mana ibadah di dunia ini. Ia akan menjadi penentu atau kunci kepada amalan baik kita selama hidup sama ada diterima oleh Allah atau tidak.

Sumber:

  1. Ensiklopedia Solat: A-Z tentang solat, Dr. Nik Yusri Musa
  2. Niat & Cara Solat Subuh (Panduan lengkap). Aku Muslim Asia
  3. Cara Solat Fardhu Subuh. The Aqra
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.