Niat Zakat Fitrah dan Cara Kiraannya Yang Betul

Zakat fitrah merupakan kewajipan bagi setiap umat Islam yang mampu dan perlu ditunaikan pada bulan Ramadan sebelum solat sunat Aidilfitri. Namun, masih ramai yang ingin mengetahui niat zakat fitrah yang betul serta cara kiraannya mengikut kadar yang ditetapkan di Malaysia.

Di Malaysia, kadar zakat fitrah ditentukan oleh Majlis Agama Islam negeri berdasarkan harga beras yang dimakan. Oleh itu, jumlah bayaran mungkin berbeza mengikut negeri dan jenis beras.

Artikel ini akan menerangkan lafaz niat zakat fitrah serta cara mengira jumlah bayaran dengan betul supaya kewajipan ini dapat ditunaikan dengan sempurna.

Apa itu Zakat Fitrah?

Zakat berasal dari kalimah زَكَى yang bermaksud suci dan subur. Dari segi syarak, zakat adalah mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu.

Zakat fitrah pula adalah sedekah yang wajib dikeluarkan selepas berbuka untuk beraya dan selesainya Ramadan. 

Hukum Membayar Zakat Fitrah

Hukum membayar zakat ini adalah lima hukum yang berbeza sebenarnya. Berikut adalah penjelasan yang lengkap:

  • Harus:  Membayar zakat fitrah setelah masuknya bulan Ramadan.
  • Wajib: Pada malam satu Syawal.
  • Sunat: Membayar pada pagi hari raya iaitu setelah terbitnya matahari sebelum menunaikan Solat Sunat Aidilfitri.
  • Makruh: Membayar selepas selesai solat sunat Aidilfitri.
  • Haram: Melewatkan pembayaran sehingga luput 1 Syawal.

Dalil Pensyariatan Zakat Fitrah

niat zakat fitrah

Pendapat yang masyhur menurut Sunnah menyatakan bahawa zakat fitrah difardhukan pada tahun ke-2 Hijrah iaitu pada tahun yang difardhukan puasa Ramadan.

Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah SAW:

أَنَّ رَسولَ الله صَلَّى الله عَلَيهِ وَسَلَّمَ فَرْضَ زَكَاةَ الفِطْرِ مِنْ رَمَضَانَ عَلَى النَّاسِ صَاعًا مِنْ تَمْرٍ أَو صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ عَلَى كُلِّ حُرِّ أَوْ عَبْدٍ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Maksudnya:

Rasulullah SAW telah memfardhukan zakat fitrah iaitu satu gantang tamar atau satu gantang sya’ir pada bulan Ramadan ke atas setiap orang Islam, sama ada yang bebas atau hamba lelaki atau perempuan.” – (Hadis Riwayat Bukhari, No, 1433 dan Muslim, No. 984)

Waktu Membayar Zakat Fitrah

Zakat fitrah boleh dibayar secara online atau hadir ke mana-mana Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ) seluruh Malaysia.

Berikut adalah waktu-waktu yang dikhususkan untuk membayar zakat fitrah.

1. Waktu wajib

Mazhab Syafie mengikut yang azhar dan Hanbali berpendapat bahawa waktu wajib zakat fitrah bermula dengan tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadan (malam Raya). Ini juga menjadi pendapat sebahagian juga dari fahaman Mazhab Maliki.

2. Waktu sunat

Mazhab Syafie berpendapat sunat dikeluarkannya sebelum solat hari raya dan makruh mentakhirkannya sehingga selesai solat.

3. Waktu haram

Al-Hasan bin Ziyad dari ulama Hanafi berpendapat waktu menunaikannya bersifat setempat dan terhad seperti hari korban. Justeru siapa yang menunaikannya selepas hari raya tanpa uzur, ia dianggap sebagai berdosa.

Pendapat ini juga adalah pendapat Mazhab Maliki, Syafie, dan Hanbali. Tetapi tetap wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira sedekah.

Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

Niat Zakat Fitrah

Berikut adalah lafaz niat zakat fitrah dalam Bahasa Arab, Rumi dan terjemahan maksudnya:

1. Lafaz Zakat Fitrah untuk Diri Sendiri

ﻧَﻮَﻳْﺖُ أَﻥْ أُﺧْﺮِﺝَ ﺯَﻛَﺎﺓَ ﺍﻟْﻔِﻄْﺮِ ﻋَﻦْ ﻧَﻔْسيْ ﻓَﺮْﺿًﺎ ﻟﻠﻪِ ﺗَﻌَﺎﻟَﻰ

Nawaytu an ukhrija zakaata al-fitri ‘an nafsi fardhan lillahi ta’ala

Aku niat mengeluarkan zakat fitrah untuk diriku sendiri fardhu kerana Allah Taala.”

2. Lafaz Zakat Fitrah untuk Isteri

ﻧَﻮَﻳْﺖُ ﺃَﻥْ ﺃُﺧْﺮِﺝَ ﺯَﻛَﺎﺓَ ﺍﻟْﻔِﻄْﺮِﻋَﻦْ ﺯَﻭْﺟَﺘِﻲْ ﻓَﺮْﺿًﺎ ﻟﻠﻪِ ﺗَﻌَﺎﻟَﻰ

Nawaytu an ukhrija zakaata al-fitri ‘an zaujati fardhan lillahi ta’ala

Aku niat mengeluarkan zakat fitrah untuk isteriku fardhu kerana Allah Taala

3. Lafaz Zakat Fitrah untuk Anak Lelaki

ﻧَﻮَﻳْﺖُ ﺃَﻥْ ﺃُﺧْﺮِﺝَ ﺯَﻛَﺎﺓَ ﺍﻟْﻔِﻄْﺮِ ﻋَﻦْ ﻭَﻟَﺪِﻱْ … ﻓَﺮْﺿًﺎ ﻟﻠﻪِ ﺗَﻌَﺎﻟَﻰ

Nawaytu an ukhrija zakaata al-fitri ‘an waladi fardhan lillahi ta’ala

Aku niat mengeluarkan zakat fitrah untuk anak lelakiku … (sebutkan nama), fardhu kerana Allah Taala

4. Lafaz Zakat Fitrah untuk Anak Perempuan

ﻧَﻮَﻳْﺖُ ﺃَﻥْ ﺃُﺧْﺮِﺝَ ﺯَﻛَﺎﺓَ ﺍﻟْﻔِﻄْﺮِﻋَﻦْ ﺑِﻨْﺘِﻲْ … ﻓَﺮْﺿًﺎ ﻟﻠﻪِ ﺗَﻌَﺎﻟَﻰ

Nawaytu an ukhrija zakaata al-fitri ‘an binti (……) fardhan lillahi ta’ala

Aku niat mengeluarkan zakat fitrah untuk anak perempuanku … (sebutkan nama), fardhu kerana Allah Taala

5. Lafaz Zakat Fitrah untuk Diri Sendiri dan Seluruh Keluarga

ﻧَﻮَﻳْﺖُ ﺃَﻥْ ﺃُﺧْﺮِﺝَ ﺯَﻛَﺎﺓَ ﺍﻟْﻔِﻄْﺮِ ﻋَنِّيْ ﻭَﻋَﻦْ ﺟَﻤِﻴْﻊِ ﻣَﺎ ﻳَﻠْﺰَﻣُنِيْ ﻧَﻔَﻘَﺎﺗُﻬُﻢْ ﺷَﺮْﻋًﺎ ﻓَﺮْﺿًﺎ ﻟﻠﻪِ ﺗَﻌَﺎﻟَﻰ

Nawaytu an ukhrija zakaata al-fitri anni wa an jami’i ma yalzimuniy nafaqatuhum syar’an fardhan lillahi ta’ala

Aku niat mengeluarkan zakat fitrah untuk diriku dan seluruh orang yang nafkahnya menjadi tanggunganku fardhu kerana Allah Taala

6. Lafaz Zakat Fitrah untuk Orang yang Diwakilkan

ﻧَﻮَﻳْﺖُ ﺃَﻥْ ﺃُﺧْﺮِﺝَ ﺯَﻛَﺎﺓَ ﺍﻟْﻔِﻄْﺮِ ﻋَﻦْ (..…) ﻓَﺮْﺿًﺎ ﻟﻠﻪِ ﺗَﻌَﺎﻟَ

Nawaytu an ukhrija zakaata al-fitri ‘an (……) fardhan lillahi ta’ala

Aku niat mengeluarkan zakat fitrah untuk … (sebutkan nama spesifik), fardhu kerana Allah Taala

Kadar Zakat Fitrah 2026 Setiap Negeri

Berikut adalah jadual lengkap Kadar Zakat Fitrah 2026 (1447H) beserta pecahan wajib dan galakan:

NegeriWajib (RM)Galakan (RM)
Johor8.0010.00, 20.00
Melaka8.0015.00, 22.00
Negeri Sembilan7.5012.00, 20.00
Pahang8.0014.00, 21.00
Kedah9.0015.00, 23.00
Pulau Pinang10.0015.00, 25.00
Wilayah Persekutuan8.0015.00, 25.00
Selangor8.0016.00, 25.00
Perak10.0016.00, 25.00
Terengganu10.0020.00
Kelantan10.0022.00
Sabah7.5015.00
Perlis9.00
Sarawak7.50
zakat fitrah

Cara Bayaran Zakat Fitrah Online

  1. Negeri Johor
  2. Negeri Kedah
  3. Negeri Melaka
  4. Negeri Kelantan 
  5. Negeri Pahang
  6. Negeri Sembilan
  7. Pulau Pinang
  8. Negeri Perlis 
  9. Negeri Perak
  10. Negeri Sabah
  11. Negeri Sarawak 
  12. Negeri Selangor
  13. Negeri Terengganu
  14. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Hikmah Membayar Zakat

Pembayaran zakat memiliki banyak hikmah (manfaat) baik dari segi agama mahupun sosial. Berikut adalah beberapa hikmah membayar zakat:

1. Ketaatan Kepada Allah

Membayar zakat merupakan salah satu rukun Islam yang penting. Dengan membayar zakat, seseorang menunjukkan ketaatannya kepada Allah SWT dan mentaati perintah-Nya dalam mengurus harta dan mengelolanya dengan cara yang betul.

2. Penyucian Harta

Zakat berfungsi sebagai galakan untuk menyucikan harta yang kita miliki. Dengan membayar zakat, harta kita akan terbebas dari elemen kepemilikan yang bermasalah, seperti sifat kikir, tamak, atau tidak adil dalam berniaga.

3. Keseimbangan Sosial

Zakat berfungsi sebagai mekanisma berkongsi kekayaan dalam masyarakat. Dengan memberikan zakat kepada yang berhak menerimanya, jurang sosial dapat dikurangi.

Mereka yang kurang beruntung akan mendapatkan dukungan untuk keperluan asas mereka, sehingga menciptakan keseimbangan dalam masyarakat.

4. Membantu Fakir dan Miskin

Salah satu tujuan utama zakat adalah untuk membantu orang-orang yang memerlukan, seperti fakir, miskin, yatim, dan janda.

Dengan membayar zakat, kita berkerjasama dalam memenuhi keperluan hidup orang-orang yang memerlukan bantuan, sehingga memberikan kesan positif pada kehidupan mereka.

5. Membentuk Sikap Empati dan Rasa Sosial

Zakat mengajarkan kepada kita tentang rasa empati dan peduli terhadap sesama masyarakat.

Dengan membayar zakat, kita menjadi lebih peka terhadap kesulitan dan penderitaan orang lain, serta menyumbang secara aktif untuk meningkatkan kualitas hidup mereka.

Soalan Lazim Bayar Fitrah

1. Apakah yang dimaksudkan dengan zakat fitrah?

Zakat fitrah ialah zakat yang wajib dikeluarkan oleh setiap umat Islam pada bulan Ramadan sebelum menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri. Ia bertujuan menyucikan diri orang yang berpuasa serta membantu golongan fakir dan miskin.

2. Siapakah yang wajib membayar zakat fitrah?

Zakat fitrah wajib dibayar oleh setiap Muslim yang mempunyai lebihan makanan atau harta pada malam dan hari raya Aidilfitri. Ketua keluarga juga wajib membayar bagi tanggungan seperti isteri dan anak-anak.

3. Bilakah waktu untuk membayar zakat fitrah?

Zakat fitrah boleh dibayar bermula dari awal Ramadan sehingga sebelum solat sunat Aidilfitri. Namun, sebaiknya dibayar lebih awal bagi memudahkan agihan kepada golongan yang memerlukan.

4. Berapakah kadar zakat fitrah yang perlu dibayar?

Kadar zakat fitrah berbeza mengikut negeri dan jenis beras yang dimakan. Biasanya kadar ini ditetapkan oleh Majlis Agama Islam negeri setiap tahun.

Untuk kadar zakat fitrah 2026 adalah seperti berikut:

Johor – RM8.00, RM10.00, RM20.00
Pulau Pinang – RM10.00, RM15.00, RM25.00
Kelantan – RM10.00, RM22.00
Melaka – RM8.00, RM15.00, RM22.00
Wilayah Persekutuan – RM8.00, RM15.00, RM25.00
Sabah – RM7.50, RM15.00
Negeri Sembilan – RM7.50, RM12.00, RM20.00
Selangor – RM8.00, RM16.00, RM25.00
Perlis – RM9.00
Pahang – RM8.00, RM14.00, RM21.00
Perak – RM10.00, RM16.00, RM25.00
Sarawak – RM7.50
Kedah – RM9.00, RM15.00, RM23.00
Terengganu – RM10.00, RM20.00

5. Bolehkah zakat fitrah dibayar secara dalam talian?

Ya, kini zakat fitrah boleh dibayar secara dalam talian melalui portal rasmi zakat negeri, aplikasi perbankan, atau platform pembayaran yang diiktiraf.

6. Siapakah yang layak menerima zakat fitrah?

Zakat fitrah diberikan kepada golongan asnaf terutamanya fakir dan miskin bagi membantu mereka membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

7. Apakah hukum jika terlupa membayar zakat fitrah sebelum solat raya?

Terdapat lima waktu dan hukum berbeza yang berkaitan dengan pembayaran zakat fitrah. Yang pertama adalah harus iaitu membayar zakat fitrah setelah masuknya bulan Ramadan.

Waktu wajib pula ialah pada malam satu syawal dan afdal pula membayar pada pagi hari raya iaitu setelah terbitnya matahari sebelum menunaikan solat sunat aidilfitri.

Manakala selepas selesai solat sunat Aidilfitri hukumnya adalah makruh sementara melewatkan pembayaran sehingga luput satu Syawal hukumnya adalah haram.

8. Adakah bayi yang baru lahir perlu dibayar zakat fitrah?

Jika bayi lahir ketika matahari sedang terbenam, zakat fitrah wajib dibayar untuknya kerana pada waktu itu matahari masih belum terbenam sepenuhnya dan bayi tersebut sempat melalui sebahagian waktu Ramadan dan Syawal.

Namun, jika bayi lahir selepas matahari terbenam sepenuhnya pada malam Hari Raya, maka tidak wajib zakat fitrah ke atasnya.

Ini kerana salah satu syarat wajib zakat fitrah ialah seseorang itu hidup pada sebahagian hari terakhir bulan Ramadan dan juga sebahagian malam Hari Raya Aidilfitri.

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.