Senarai Wirid & Doa Selepas Solat Berdasarkan Hadis Sahih

Antara amalan yang boleh diamalkan selepas solat adalah seperti doa, zikir dan wirid yang boleh dijadikan sebagai amalan harian kita selepas menunaikan solat.

Berikut dikongsikan beberapa wirid dan doa selepas solat yang boleh anda amalkan.

Bagi memudahkan anda, sila dapatkan set bacaan doa selepas solat di sini.

Amalan zikir dan membaca doa selepas menunaikan solat fardu merupakan satu amalan yang amat digalakkan untuk melakukannya.

Dengan melakukan amalan-amalan seperti zikir, wirid dan berdoa boleh menjadi salah satu asbab sebagai penghapus dosa.

Maka dengan itu, tidak digalakkan kita sebagai muslim yang bertaqwa tergesa-gesa bangun selepas daripada melaksanakan solat fardu untuk duduk sejanak berzikir dan berdoa bagi mendekatkan diri kita kepada penciptaNya.

Artikel ini membantu anda mengenai wirid dan doa selepas menunaikan solat fardu dalam teks arab dengan bantuan tulisan rumi serta bagi memudahkan anda yang kurang mahir membaca dalam tulisan arab.

Apakah doa, zikir dan wirid yang boleh kita amalkan selepas solat?

Pengenalan

Doa merupakan senjata senjata orang mukmin yang boleh menjadi satu amalan selepas menunaikan solat fardu.

Dengan berdoa juga, ia boleh dijadikan sebagai salah satu ibadah yang bertujuan untuk mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

Firman Allah SWT:

Maksudnya: Dan Tuhan kamu berfiman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. (Surah Ghafir: 60) (Surah Ghafir: 60)

Kata Ibnu Rejab al-Hanbali (w.795 H):

“Sesungguhnya doa itu dituntut (untuk dilakukan) dan dijadikan untuk ditunaikan (doa terdebut) seperti firman Allah: :”  Dan Tuhan kamu berfiman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.

Wirid Selepas Solat

Amatlah digalakkan kepada kita sebagai umat islam meluangkan masa beberapa saat untuk bermunajat, berwirid, atau membaca doa kepada Allah SWT dengan mengucap tasbih, tahmid dan takbir serta istighfar untuk tujuan menyucikan hati serta mendekatkan diri kepada Allah SWT, khususnya selepas solat.

Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ سَبَّحَ اللَّهَ فِى دُبُرِ كُلِّ صَلاَةٍ ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ وَحَمِدَ اللَّهَ ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ وَكَبَّرَ للَّهَ ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ فَتِلْكَ تِسْعَةٌ وَتِسْعُونَ وَقَالَ تَمَامَ الْمِائَةِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ غُفِرَتْ خَطَايَاهُ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ    

Maksudnya:Sesiapa yang bertasbih sebanyak 33 kali, bertahmid 33 kali, bertakbir 33 kali, dan kesemuanya 99 kali dan Baginda berkata mencukupkan seratus dengan membaca: ‘ Tidak ada Tuhan selain Allah Yang Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya pujian dan Dia berkuasa ke atas segala-galanya’ diampunkan kesalahan-kesalahannya walaupun sebanyak buih di lautan.

Panduan Wirid dan Doa yang disusun Secara Ringkas dan Lengkap

Memulakan Wirid Dengan Beristiqfar Sebanyak

Astaqfirrullahhal-‘azim allazii la illaaha illaa huwal-hayyuu qayyuum wa atu-bu’illaihi (3Kali)

Maksudnya: ” Aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Besar tiada Tuhan selain Dia, yang hidup lagi sentiasa berkuasa dan aku bertaubat kepada-Nya.”

Membaca Pengakuan Tauhid

doa selepas solat
Laa ilaaha illallahu wahdahu laa syariika lahu, lahul-mulku, wa lahul-hamdu yuhyii wayumiitu wahuwa ‘alaa kulli syai-in qodirr (3 atau 10 Kali)

Maksudnya: ” Tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah, tiada sekutu bagi-Nya, bagi Allah seluruh kekuasaan dan untuk Allah segala kepujian, Dia menghidupkan dan mematikan, Dialah amat berkuasa atas segala ssuatu.”

Seterusnya, Menyambung Pembacaan Dengan Memohon Dijauhkan Daripada Azab Api Neraka

Allahumma ajirna minannar (3 atau 7 Kali)

Maksudnya: “Ya Allah, ya Tuhan kami, jauhkanlah kami daripada azab api neraka.”

Nota:

  • Boleh ganti Ajirna (أَجِرْنَا) dengan AjirNi (أَجِرْنِى) jika solat sendirian
  • Baca sebanyak 7 kali untuk Solat Subuh dan Maghrib

Zikir Memohon Keselamatan

doa selepas solat
Allahumma antas-salam, Wa minkas-salam, Wa ilayka ya ‘uudus-salam, Fahayyina rabbana bissalam, Wa adhilnal-jannata daaras-salam, Tabaarakta rabbana Wa ta’aalaita yaa dzal-jalaali wal ikram.

Maksudnya: ” Ya Allah, Engkaulah penyelamat sejahtera, daripada Engkaulah datangnya kesejahteraan, Engkaulah kembalinya sejahtera itu. Oleh yang demikian hidupkanlah kami dengan selamat sejahtera dan masukkan kami ke syurga, negara negara yang aman sejahtera, bertambah-tambah berkat-Mu ya Allah Tuhan kami dan Maha Tinggi, Ya Allah Tuhan yang empunya segala kebesaran dan kemulian.”

Membaca Ta’awuz

doa selepas solat
Auuzubillahi minasy-syaithoni rojim

Maksudnya: ” Aku memohon perlindungan Allah daripada syaitan yang direjam.”

Kemudian, Membaca Surah Al-Fatihah

doa selepas solat
Bismillahir-raḥmaanir-raḥiim. Al-hamdu lillahi rabbil-‘aalamiin. Ar-raḥmaanir-raḥiim. Maaliki yaumid-diin. Iyyaaka na‘budu wa iyyaaka nasta‘iin. Ihdinaṣ-siraaṭal-mustaqiim. Ṣiraaṭallażiina an‘amta ‘alaihim, Gairil-Magḍuubi ‘alaihim wa laḍ-dālliin.

Maksudnya: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari pembalasan (hari akhirat). Engkaulah sahaja (ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkau sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus iaitu jalan orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka. Bukan jalan orang yang Engkau Murkai, dan bukan pula jalan orang yang sesat.

Kemudian, Membaca Surah Al-Baqarah ayat ke 163

doa selepas solat
Wa ilaahukum ilaahuw waaḥid, lā ilaaha illaa huwar-raḥmaanur-raḥiim

Maksudnya: ” Tuhan kamu Tuhan Yang Esa, tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Dia. Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.”

Kemudian Membaca Surah Al- Baqarah ayat 255 (Ayatul Kursi)

doa selepas solat
Allahu lā ilaaha illaa huwal-ḥayyul-qayyuum, laa ta’khużuhuu sinatuw wa laa naum, lahuu maa fis-samaawaati wa maa fil-arḍ, man żallażii yasyfa‘u ‘indahū illaa bi’iżnih, ya‘lamu maa baina aidiihim wa maa khalfahum, wa laa yuḥiiṭuuna bisyai’im min ‘ilmihī illaa bimā syā’, wasi‘a kursiyyuhus-samaawaati wal-arḍ, wa laa ya’uuduhuu ḥifẓuhumaa, wa huwal-‘aliyyul-‘aẓiim.

Maksudnya: Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbir (sekalian makhluk-Nya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisi-Nya melainkan dengan izin-Nya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belkang mereka, sedangkan mereka tidak mengetahui sesuatu pun daripada (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya kursi Allah ilmu-Nya dan kekuasaan-Nya meliputi langit dan bumi, dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara kedua-duanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (dapat kemulian-Nya). Lagi Maha Besar (kekuasaan-Nya).

Kemudian, Membaca Surah Al-Baqarah ayat 284

doa selepas solat
lillahi maa fis-samaawaati wa maa fil-arḍ, Wa in tubduu maa fī anfusikum au tukhfuuhu yuḥaasibkum bihillāh, fa yagfiru limay yasyā’u wa yu‘ażżibu may yasyā’, Wallahu ‘alaa kulli syai’in qadiir

Maksudnya: Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi ialah Kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu sembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakan kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan menyeksa sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa ke atas sesuatu.

Kemudian, Membaca Surah Al-Baqarah ayat 285

doa selepas solat
Aamanar-rasuulu bimā unzila ilaihi mir rabbihii wal-mu’minuun, kullun aamana billāhi wa malā’ikatihii wa kutubihii wa rusulih, laa nufarriqu baina aḥadim mir rusulih, wa qaaluu sami‘naa wa aṭa‘naa gufraanaka rabbanaa wa ilaikal-maṣiir

Maksudnya: Para rasul telah beriman kepada apa yang telah diturunkan daripada Tuhannya, dan juga orang yang beriman; Sesungguhnya beriman kepada Allah, dan malaikat-malaikat-Nya, (Mereka berkata) “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain daripada rasul-rasul-Nya.” mereka berkata lagi: ” Kami dengar dan kami taat.” (Kami pohonkan) keampunan-Mu wahai Tuhan kami, dan kepada-Mu jualah kami kembali.”

Kemudian, Membaca Surah Al-Baqarah ayat 286

doa selepas solat
laa yukallifullāhu nafsan illaa wus‘ahaa, lahaa maa kasabat wa ‘alaihaa maktasabat, rabbanaa laa tu’aakhiżnā in nasiinā au akhṭa’naa, rabbanaa wa laa taḥmil ‘alainā iṣran kamaa ḥamaltahuu ‘alallażiina min qablinaa, rabbanaa wa laa tuḥammilnaa maa laa ṭaaqata lanaa bih, wa‘fu ‘annaa, wagfir lanaa, warḥamnā, anta maulaanaa fanṣurnaa ‘alal qaumil-kaafiriin

Maksudnya: Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan apa yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakan. (Mereka berdoa dan berkata); “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah bebankan kami dengan bebanan yang berat sebagaimana Engkau telah bebankan orang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak terdaya kami memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berikanlah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami; oleh itu; tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum kafir.”

Kemudian, Membaca Surah Ali ‘Imran ayat 18

doa selepas solat
Syahidallāhu annahuu lā ilaaha illaa huwa wal-malā’ikatu wa ulul-‘ilmi qā’imam bil-qisṭ, lā ilaaha illā huwal-‘azīzul-ḥakīm

Maksudnya: Allah mnerangkan (kepada) sekalian makhluk-Nya dengan dalil-dalildan bukti, bahawasanya tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, yang sentiasa mentadbir (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian). Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.

Kemudian, Membaca Surah Ali ‘Imran ayat 19

Innad-diina ‘indallāhil-islaam

Maksudnya: Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah adalah agama Islam.

Kemudian, Membaca Surah Ali ‘Imran ayat 26 & 27

doa selepas solat
Qulillāhumma maalikal-mulki tu’til-mulka man tasyā’u wa tanzi‘ul-mulka mim man tasyā’u wa tu‘izzu man tasyā’u wa tużillu man tasyā’, biyadikal-khaiir, innaka ‘alaa kulli syai’in qadīr. Tuulijul-laila fin-nahaari wa tuulijun-nahāra fil-laili wa tukhrijul-ḥayya minal-mayyiti wa tukhrijul-mayyita minal-ḥayyi, wa tarzuqu man tasyā’u bigairi ḥisaab

Maksudnya: Katakanlah (wahai) Muhammad, ” Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang pemberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan daripada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina terhadap sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkau sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas seyiap sesuatu, ” Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga mngeluarkan sesuatu yang hidup daripada benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati daripada sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya.”

Kemudian, Membaca Surah Al-Ikhlas.

Bismillahhir-Rahmanir-rahiim. Qul huwallāhu aḥad. Allāhuṣ-ṣamad. Lam yalid wa lam yuulad. Wa lam yakul lahuu kufuwan aḥad.

Maksudnya: Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad), ” Tuhan ialah Allah Yang Maha Esa; Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat, Ia tidak beranak dan tidak diperanakkan, dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya.”

Kemudian, Membaca Surah Al-Falaq.

Bismillahhir-Rahmanir-rahiim. Qul a‘uużu birabbil-falaq. min syarri maa khalaq. wa min syarri gaasiqin iżaa waqab. wa min syarrin-naffaaṡāti fil-‘uqad. wa min syarri ḥaasidin iżaa ḥasad.

Maksudnya: Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad), ” Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, daripada bencana makhluk-makhluk yang diciptakan dan daripada kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus (pada simpulan-simpulan) dan ikatan-ikatan, dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan kedengkiannya.”

Kemudian, Membaca Surah An-Nas.

Bismillahhir-Rahmanir-rahiim. Qul A‘uużu birabbin-naas. Malikin-nās. ilaahin-naas. min syarril-waswaasil-khannaas. Allażii yuwaswisu fī ṣuduurin-naas. Minal jinnati wan-naas

Maksudnya: Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad), ” Aku berlindung kepada (Allah) pemelihara sekalian manusia; Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia; dan daripada kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tenggelam, yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (iaitu pembisik dan penghasut) daripada kalangan jin dan manusia.

Membaca Tasbih

Ilaahii yaa rabbi — subhaanallah

Maksudnya: Ya Allah Ya Tuhanku- Maha Suci Allah

Subhaanallah (33x)

Maksudnya: Maha Suci Allah

Kemudian, Membaca Tahmid

Subhaanallahi wa bihamdihi daa imann abadaa 

Maksudnya: Maha suci Allah, aku bertasbih sambil memuji-muji kekal sentiasa selama-lamanya.

Alhamdulillah (33x)

Maksudnya: Segala puji bagi Allah

Kemudian, Membaca Takbir

Alhamdulillahi rabbil-‘Aalamin ‘alaa kulli haalin wa ni’matin

Maksudnya: Segala puji pujian bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam atas mana-mana juga keadaan dan nikmat pengurniaan-Nya

Allahu- akbar (33x)

Akhir sekali, Membaca Pelangkap bagi Tasbih, Tahmid dan Takbir

Allahu Akbar kabiiraw walhamdulillahi katsiraw wasubhaanallahi bukrataw Wa asiilaa. Laa ilaaha iilallahu wahdahu laa syariika lahu, lahul-mulku walahul-hamdu yuhyi wa yumiitu wahuwa ‘Alaa kulli syai-in qadir wa ilaihil masiir. Walaa hawla walaa quwwwata illaa billahil-‘aliyyil ‘azim, Astaghfirullah hal-‘aziim.

Maksudnya: Allah Maha Besar, sungguh Maha Besar, segala puji untuk Allah sebanyak-banyaknya, Maha Suci Allah pagi dan petang, Tiada Tuhan yang disembah sebenar-benarnya melainkan Allahdengan ketunggalan-Nya, tiada skutu bagi-Nya, untuk Allah segala kerajaan dan bagi-Nya segala kepujian. Dia yang menghidupkan dan yang mematikan dan Dialah Allah yang berkuasa atas segala sesuatu, tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan pertolongan Allah Tuhan yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.

Di sini terdapat beberapa doa dan wirid secara ringkas yang boleh dibaca selepas menunaikan solat fardu.

Anda boleh memilih salah satu daripada doa selepas solat tersebut mengikut kesesuaian diri.

Wirid & Doa Selepas Solat 1

Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahirobbil ‘alamin, wassolatu wassalaamu ‘alaa sayyidina muhammadin ashrofil mursalin, wa’alaa aalihi wasohbihi ajma’in.
Allahumma ahyina bil iimaan, wa amitna bil iimaan, wa adkhilnal jannata ma’al iimaan, Allahummaghfirlana zunuubana waliwaa lidaina warhamhuma kamaa robbayaanaa soghiro,
Allahummakhtim lanaa bi husnil khotimah, wala takhtim ‘alaina bi suu’il khotimah, robbana laa tuzigh qulubana ba’daiz hadaitana wahablana milladunka rohmatan innaka antal wahhab. Robbana aatinaa fiddunya hasanah wafil aakhirotihasanah waqinaa ‘azaabannar, wasollallahu ‘ala sayyidina muhammadin wa’ala aalihi wasohbihi wasallam, walhamdulillahirobbil ‘alamiin.

Maksudnya: Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. Ya Allah! Hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah! Ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua ibubapa kami. Kasihanilah kedua ibubapa kami sepertimana mereka berdua mengasihani kami sewaktu kami masih kecil. Ya Allah! Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah Engkau akhiri umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah! Janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk.  Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Peliharalah kami daripada azab neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga serta sahabat-sahabat Baginda. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Doa 2

Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahirobbil ‘alamin, wassolatu wassalaamu ‘alaa asyrofil anbiyaa iwalmursalin sayyidina muhammadin wa’alaa aalihi wasohbihi ajma’in.
Allahumma taqobbalminnaa solaatana wadhu’aa ana innaka antassami’ul ‘alim, watub ‘alainaa innaka antattawwaburrohim. Allahummaj ‘aldinanaa diinannabiyyi muhammadin sollallahu ‘alaihi wasallam, wa islaamana islaamal muslimiin, wa iimananaa iimanal mu’minin, wasolaatana solaatal khoosyi’in. Wa a’maalana a’maalassolihin, waniyyaa tana niyyatal mukhlisin, wazunuubana ya Allahu zunuubal mustaghfirin. Wahayaatana hayaatal ‘ulama’, wamautana bimautissyuhada, wa adkhilnal jannata ma’al anbiyaa’i ‘alaihimusoolatu wassalam. Robbona aatina fiddunya hasanah, wafil aakhiroti hasanah, waqina ‘azaabannar, wasollallahu ‘ala khoiri khoqihi sayyidina muhammadin wa’ala aalihi wasohbihi wasallam, subhaana robbika robbil ‘izzati ‘amma yasifun, wasalaamun ‘alal mursalin, walhamdulillahi robbil ‘alamin.

Maksudnya: “Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam atas semulia-mulia para nabi dan rasul, junjungan kami Muhammad dan ats keluarga dan sahabat Baginda seluruhnya.”

“Ya Allah, ya Tuhan kami! Terimalah solat dan doa kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Berilah keampunan kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

“Ya Allah, jadikanlah agama kami agama Nabi Muhammad. Keislaman kami, Islam yang sebenar-benarnya. Keimanan kami, iman yang sempurna. Solat kami, solat yang khusyuk. Amal kami, amal yang soleh. Niat kami, niat yang ikhlas. Jadikanlah dosa-dosa kami, dosa-dosa yang terampun. Jadikanlah hidup dan kehidupan kami, hidup dan kehidupan para ulama. Mati kami dengan mati syahid.”

“Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam syurga bersama dengan para Nabi. Ya Tuhan kami, kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat. Jauhkanlah kami daripada seksaan neraka. Semoga Allah mencurahkan kesejahteraan ke atas sebaik-baik makhluknya, junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya. Maha suci Tuhan yang Maha Mulia daripada sebarang kekurangan. Salam sejahtera ke atas para rasul dan segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam.”

Doa Selepas Solat 3

Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahi robbil ‘alamin, wassolatu wassalam ‘ala saiyyidil mursalin wa imamil muttaqin, wa ‘ala alihi ahli baitihi wasohbihi ajmain.
Allahumma inna nas aluka salamatan fiddin wa afiyatan fil jasad, wa ziyadatan fil ilmi wabarakatan fil rizki, watau batan qoblal maut warahmatan indal maut, wa magfiratan ba’dal maut.
Allahumma hauwin alaina fil sakaratil maut, wannaja ti minannar wa afwa indal hisab.
Rabbana laa tuzig kulubana ba’ da iz hadaitana wa hablana min ladunka rahmah, innaka antal wahhab.
Allahhuma ahyina bil imaan, wa amitna bil imaan, wa adkhilnal-jannata ma’al imaan.
Allahumagfirlana zunubana waliwa-lidaina war hamhumma kama robbayana soghri-ro.
Allahummahtim lana bi husnil-khotimah, wala tahtim alaina bi suu-il-khotimah.
Rabbana atina fiddunya hasanatan, wafil-a-khiroti hasanatan wakina azab-bannar.
Wassalallhu ‘ala saiyidina muhammadin wa ala alihi wa sohbihi wassalam, walhamdulillahi robbil alamin.

Maksudnya: “Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas penghulu para rasul dan ikutan orang-orang bertakwa (Nabi Muhammad), serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.”

“Ya Allah! Ringankanlah ke atas kami semasa sakaratul maut, lepaskanlah daripada api neraka dan kemaafan semasa diadakan perhitungan (hisab). Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah mana Engkau berikan petunjuk kepada kami. Berikanlah kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau adalah Tuhan Maha Pemberi.”

Ya Allah! Hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman.”

“Ya Allah! Ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua-dua ibu bapa kami. Kasihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa kami masih kecil.”

“Ya Allah! Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Wahai Tuhan kami, kurniakan kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Peliharalah kami daripada azab api neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga serta sahabat-sahabat baginda. Segala puji itu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh Alam.”

DOA 4

Bismillahir-rahmanir-rahim. Al-hamdulilaahi rabbil- ‘aalamin, Wassalaatu was-salaa mu’alaa saiyyidinaa Muhammadin wa’alaa aalihi wasahbihi ajma ‘in. Allahhummagh firlana zunubanaa waliwalidiinaa, warham-huma kamaa rabbayaanaa soghiriraa, Allahhumma a ‘innaa na alaa dzikrika wa syukrika wa husni ibaadatik. Allahhumma innaa na‘uzhubika minal-hammi walhazan, wa na ‘uzhubika minal ‘ajzi wal kasal, wa na ‘uzhubika minal jubni wal bukhl, wa na ‘uzhubika min ghalabatid dayni waqahrir rijaal. Rabbanaa zhalamnaa anfunaa wa in lam taghfir lanaa wa tarhamnaa lanakuunna minal-khaasiriin. Rabbana laa tuzigh quluubanaa ba ‘daidz hadaitanaa Wahab lanaa min ladunka rahmatan innaka antal-wahhaab. Rabbana aatina fid-dun ‘yaa hasanatan wa fil- aakhirati hasanatan wa qinaa ‘adzaaban-naar. Allahummaghfir lanaa dzunuubanaa wa kaffir ‘annaa sayyi ‘aatinaa wa tawaffanaa ma ‘al-abrar.

Maksudnya: Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, Segala puji bagi Allah Tuhan Pentadbir seluruh alam. Rahmat dan sejahtera ke atas penghulu kami Nabi Muhammad serta ke atas keluarga dan para sahabat Baginda. Ya Allah! A mpunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua ibubapa kami. Kasihanilah kedua ibu bapa kami sepertimana mereka berdua mengasihi kami sewaktu kami masih kecil. Ya Allah kami berlindung dengan-Mu dari kerisauan dan kesedihan, kami berlindung dengan-Mu dari sifat lemah dan malas, kami berlindung dengan-Mu dari sifat penakut dan bakhil, kami berlindung dengan-Mu dari bebanan hutang dan penindasan orang. Ya Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri, Jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi. Ya Tuhan kami janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah rahmat dari sisi-Mu sesungguhnya Engkau Maha Pemberi. Ya Tuhan kami, berikanlah kami kebahagian di dunia dan kebaikan di akhirat, dan lindungilah kami dari azab neraka. Ya Allah ampunilah dosa kami, dan semoga kami mati nanti bersama-sama dengan orang yang baik-baik.

Penutup

Banyak kebaikan dan kelebihan bagi sesiapa yang sering mengamalkan Tasbih, Tahmid dan Takbir ini setiap selepas solat atau pada bila-bila masa sahaja.

Zikir ini juga dikenali sebagai Zikir Fatimah yang manyelesaikan bebanan hidup. (Zikir ini juga boleh diamalkan sebelum tidur).

Ia merupakan penawar ringkas yang Nabi SAW ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka. Saidatina Ali terus mengulang-ulaang kalimah-kalimah Rasulullah SAW ini Tasbih sebanyak 33 kali, tahmid sebanyak 33 kali dan takbir sebanyak 33 kali.

Sumber Video: Tiktok Dr Kamilin Jamilin

Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.