Doa Pemanis Wajah Petua Kaum Hawa Tampil Berseri

Definisi cantik bagi seorang wanita bukanlah sekadar rupa tetapi mereka juga mendambakan kecantikan sebenar secara semula jadi. Salah satu petuanya adalah dengan mengamalkan doa pemanis wajah.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan beberapa doa pemanis wajah yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian.

Baca juga:

1. Surah Yusuf, ayat 4

اِذْ قَالَ يُوْسُفُ لِاَبِيْهِ يٰٓاَبَتِ اِنِّيْ رَاَيْتُ اَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَّالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَاَيْتُهُمْ لِيْ سٰجِدِيْنَ

Idz qaalaa yuusufu li abiihi yaa abati inni ra aitu ahada’ asyara kaukabauw wasy syamsa wai qamara ra aituhum lii sajidin

(Ingatlah), ketika Yusuf berkata kepada ayahnya, “Wahai ayahku! Sungguh, aku (bermimpi) melihat sebelas bintang, matahari dan bulan; kulihat semuanya sujud kepadaku.”

2. Surah Taha, ayat 39

 ۗوَاَلْقَيْتُ عَلَيْكَ مَحَبَّةً مِّنِّيْ ەۚ وَلِتُصْنَعَ عَلٰى عَيْنِيْ ۘ

Wa alqaytu ‘alayka mahabbatan minnii walitushna’ ‘alaa ‘ainii

Aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dari-Ku; dan agar engkau diasuh di bawah pengawasan-Ku.

3. Surah Yusuf, ayat 31

فَلَمَّا سَمِعَتْ بِمَكْرِهِنَّ اَرْسَلَتْ اِلَيْهِنَّ وَاَعْتَدَتْ لَهُنَّ مُتَّكَاً وَّاٰتَتْ كُلَّ وَاحِدَةٍ مِّنْهُنَّ سِكِّيْنًا وَّقَالَتِ اخْرُجْ عَلَيْهِنَّ ۚ فَلَمَّا رَاَيْنَهٗٓ اَكْبَرْنَهٗ وَقَطَّعْنَ اَيْدِيَهُنَّۖ وَقُلْنَ حَاشَ لِلّٰهِ مَا هٰذَا بَشَرًاۗ اِنْ هٰذَآ اِلَّا مَلَكٌ كَرِيْمٌ

Falammaa sami’at bimakrihinna arsalat ilayhinna wa-a’tadat lahunna

muttaka-an waaatat kulla waahidatin minhunna sikkiinan waqaalati ukhruj

‘alayhinna falammaa ra-aynahu akbarnahu waqaththha’na aydiyahunna

waqulna haasya lillaahi maa haadzaa basyaran in haadzaa illaa malakun kariimun

Maka apabila ia (Zulaikha) mendengar cacian mereka, dia pun menjemput mereka dan menyediakan satu jamuan untuk mereka, serta memberi kepada - tiap seorang di antara mereka sebilah pisau. 

Dan pada ketika itu berkatalah ia (kepada Yusuf): "Keluarlah di hadapan mereka". Maka ketika mereka melihatnya, mereka tercengang melihat kecantikan parasnya, 

dan mereka dengan tidak sedar melukakan tangan mereka sambil berkata: "Jauhnya Allah dari kekurangan! 

Ini bukanlah seorang manusia, ini tidak lain melainkan malaikat yang mulia!"

4. Surah Al-Waqiyah, ayat 35 – 38

doa pemanis wajah

اِنَّآ اَنْشَأْنٰهُنَّ اِنْشَاۤءًۙ (35)

Innaaa anshaanaahunna inshaaa’aa

Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

فَجَعَلْنٰهُنَّ اَبْكَارًاۙ (36)

Faja’alnaahunna abkaaraa

Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

عُرُبًا اَتْرَابًاۙ (37)

‘Uruban atraabaa

Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.

لِّاَصْحٰبِ الْيَمِيْنِۗ ࣖ(38)

Li as haabil yameen

(Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;

Cara mengamalkan ayat penyeri wajah

Untuk mengamalkan surah atau doa pemanis wajah yang disenaraikan tadi, anda boleh baca ayat tersebut sebanyak tiga kali lalu kemudian sapu ke wajah anda.

Diingatkan, ini hanyalah sekadar ikhtiar kita sebagai manusia dengan amalan menggunakan ayat-ayat Al-Quran.

Sejauh mana keberkesanannya, semuanya berbalik kepada Yang Maha Kuasa iaitu Allah SWT jua.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan doa pemanis wajah dapat memberikan anda semua ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan amalan harian bersama.

Sumber:

  1. Al-Quran dan terjemahannya
  2. Doa Untuk Naikkan Seri Wajah & Supaya Orang Sayang. Hijabista
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.