Doa Malam Nisfu Syaaban – Bacaan Panjang & Ringkas

Artikel ini menyenaraikan Doa Malam Nisfu Syaaban dalam teks Rumi bagi memudahkan umat Islam membaca dan mengamalkannya.

Bacaan doa ini boleh dijadikan amalan pada malam Nisfu Syaaban sebagai tanda pengharapan keampunan, keberkatan dan kebaikan hidup.

Dengan adanya teks Rumi, ia memudahkan semua golongan untuk membaca doa dengan lancar walaupun tanpa penguasaan tulisan Arab, sekali gus membantu menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan amalan yang lebih bermakna.

Kredit: TikTok @ustazlahofficial_

Apa itu Doa Malam Nisfu Syaaban

Malam Nisfu Syaaban merupakan salah satu malam yang istimewa dalam kalender Islam kerana ia penuh dengan keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT.

Pada malam ini, umat Islam digalakkan untuk memperbanyakkan doa, istighfar dan amal ibadah sebagai tanda pengharapan keampunan serta kebaikan hidup di dunia dan akhirat.

Doa malam Nisfu Syaaban sering diamalkan sebagai usaha memohon pengampunan dosa, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki serta ditetapkan uman yang kuat. Oleh itu, menghidupukan malam Nisfu Syaaban dengan doa dan ibadah menjadi peluang berharga untuk mendekatkatkan diri kepada Allah SWT.

Bilakah Malam Nisfu Syaaban 2026?

Nisfu Syaaban 2026 disambut pada hari Selasa, 3 Februari 2026. Manakala malam Nisfu Syaaban bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib pada Isnin, 2 Februari 2026.

Senarai Doa Malam Nisfu Syaaban

Doa Nisfu Syaaban Versi Panjang

Doa ini ma’thur dan masyhur. Daripada Ibn Mas’ud berkata:

“Tidaklah seseorang hamba yang berdoa dengan doa ini, melainkan akan diluaskan kehidupannya.”

Pada malam ini, umat Islam amat digalakkan untuk memperbanyakkan istighfar sebagai tanda memohon keampunan serta bertaubat daripada segala dosa, sama ada besar atau kecil, di samping berdoa agar Allah SWT mengampuni dosa ibu bapa dan seluruh ahli keluarga.

doa malam nisfu syaaban

Allahumma yā dhā al-manni wa lā yumannu ‘alayh, yā dhā al-jalāli wal-ikrām, yā dhā at-ṭawli wal-in‘ām, lā ilāha illā anta, ẓahra al-lāji’īn, wa jāra al-mustajīrīn, wa amāna al-khā’ifīn.

In kunta katabtani ‘indaka fī ummi al-kitābi shaqiyyan aw maḥrūman aw maṭrūdan aw muqattaran ‘alayya fī ar-rizq, famḥu Allāhumma bifaḍlika shaqāwatī wa ḥirmānī wa ṭardī wa taqtīra rizqī, wa athbitnī ‘indaka fī ummi al-kitābi sa‘īdan marzūqan muwaffaqan lil-khayrāt.

Fa’innaka taqūlu wa qawluka al-ḥaqq fī kitābika al-munzāl:
Yamḥullāhu mā yashā’u wa yuthbitu wa ‘indahu ummu al-kitāb.

Ilāhī bit-tajallī al-a‘ẓam fī laylatin-niṣfi min shahri Sha‘bān al-mukarram allātī yufraqu fīhā kullu amrin ḥakīm wa yubram, an takshifa ‘annā mina al-balā’i mā na‘lamu wa mā lā na‘lamu wa mā anta bihi a‘lam, innaka anta al-a‘azzu al-akram.

Wa ṣallallāhu ‘alā sayyidinā Muḥammadin an-nabiyyil-ummiyy wa ‘alā ālihi wa ṣaḥbihi wa sallam.

Maksudnya: “Ya Allah, wahai Tuhan yang mempunyai pemberian dan tidak ada sesiapa yang memberi kepada-Nya. Wahai Tuhan yang Maha Agung dan Maha Mulia, wahai Tuhan yang mempunyai kekuatan dan nikmat, tiada Tuhan melainkan Engkau.

Penolong bagi orang yang datang berlindung kepada-Mu, Penjaga orang yang meminta perlindungan, Pengaman orang-orang yang takut. Sekiranya Engkau menulis akan daku di sisi-Mu di dalam Ibu Segala Suratan sebagai orang yang celaka, maka padamkanlah namaku daripada kumpulan orang yang celaka itu dan tetapkanlah daku di sisi-Mu sebagai orang yang bahagia.

Sekiranya Engkau menulis namaku di sisi-Mu di dalam Ibu Segala Suratan sebagai orang yang diharamkan dari rezekiku, maka hapuskanlah pengharaman ke atasku itu dan permudahkanlah rezekiku serta tetapkanlah daku di sisi-Mu sebagai orang yang bahagia dan mendapat taufiq untuk melakukan kebaikan kerana Engkau telah berfirman di dalam Kitab-Mu yang telah Engkau turunkan

Allah menghapuskan apa jua yang dikehendaki-Nya dan Dia juga menetapkan apa jua yang dikehendaki-Nya. Dan ingatlah di sisi-Nya ada Ibu Segala Suratan.

Tuhanku dengan tajallimu yang Maha Agung pada malam Nisfu Sya‘ban yang mulia, yang pada malam itu dijelaskan kepada malaikat tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku (tidak berubah atau bertukar), kami memohon kepada-Mu agar Engkau menghapuskan daripada kami sebarang bala yang kami ketahui dan yang tidak kami ketahui dan yang lebih Engkau ketahui.

Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa dan Maha Mulia. Salawat dan salam ke atas penghulu kami Muhammad Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarganya serta sahabat-sahabatnya.”

Doa Nisfu Syaaban Versi Pendek

Doa 1

اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَارِكْ لَنَا وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ

Allahumma bārik lanā fī Rajab wa Sha‘bān, wa bārik (wa ballighnā) lanā fī Ramaḍān.

Maksudnya: “Ya Allah, Kau berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan Kau berkatikanlah kami dan sampaikanlah kami pada bulan Ramadhan.”

Doa 2

اللَّهُمَّ سَلِّمْنِي لِرَمَضَانَ، وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لِي، وَتَسَلَّمْهُ مِنِّي مُتَقَبَّلًا

Allahumma sallimnī li Ramaḍān, wa sallam Ramaḍāna lī, wa tasallamhu minnī mutaqabbalan.

Maksudnya:Ya Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadhan, sejahterakanlah Ramadhan bagiku dan terimalah dariku (ibadat pada bulan Ramadhan itu).”

Doa Memohon Keampunan Dosa (Rumi)

1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar – selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus.

2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (SAW).

4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi

10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan.

13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).

14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu.

15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh,

sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit-ungkit nikmat.

17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadaqatul Jariah.

22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..

28. Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

Kelebihan Malam Nisfu Syaaban

Daripada Mu’az bin Jabal RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

يطَّلِعُ اللهُ إلى خلقِه في ليلةِ النِّصفِ مِن شعبانَ فيغفرُ لجميعِ خلقِه إلَّا لمشركٍ أو مشاحنٍ

Maksudnya: “Allah SWT melihat makhluk Nya pada malam Nisfu Syaaban kemudian mengampunkan semua makhluk Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan.” – (Sahih Ibn Hibban, No. 5665)

Pendapat Imam As-Syafie berkaitan malam Nisfu Syaaban ini boleh dilihat dalam Kitab Al-Um yang mengatakan bahawa:

بَلَغَنَا أَنَّهُ كَانَ يُقَالُ: إِنَّ ٱلدُّعَآءَ يُسْتَجَابُ فِي خَمْسِ لَيَالٍ، فِي لَيْلَةِ ٱلْجُمُعَةِ، وَلَيْلَةِ ٱلْأَضْحَىٰ، وَلَيْلَةِ ٱلْفِطْرِ، وَأَوَّلِ لَيْلَةٍ مِنْ رَجَبٍ، وَلَيْلَةِ ٱلنِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ

“Doa mustajab adalah pada 5 malam iaitu malam Jumaat, malam al-Adha, malam al-Fitri, malam awal bulan Rejab, dan malam Nisfu Syaaban.”

Kelebihan malam Nisfu Syaaban adalah Allah SWT akan mengampunkan dosa-dosa hamba Nya. Semoga Allah SWT memberikan kekuatan kepada hamba Nya dalam melaksanakan ibadah.

Kredit: JAKIM

Soalan Lazim Berkaitan Doa Malam Nifsu Syaaban

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Malam Nisfu Syaaban?

Malam Nisfu Syaaban ialah malam ke-15 dalam bulan Syaaban menurut kalender Islam. Ia bermula selepas waktu Maghrib pada 14 Syaaban dan berakhir sebelum Subuh 15 Syaaban. Malam ini sering dikaitkan dengan keampunan dan rahmat Allah SWT.

2. Adakah terdapat doa khusus untuk Malam Nisfu Syaaban?

Tiada doa khusus yang diwajibkan secara sahih daripada Rasulullah SAW. Namun, umat Islam digalakkan untuk memperbanyakkan doa, istighfar, zikir dan memohon keampunan kepada Allah SWT dengan doa-doa yang baik dan bersesuaian.

3. Apakah amalan yang digalakkan pada Malam Nisfu Syaaban?

Antara amalan yang digalakkan ialah solat sunat, membaca al-Quran, berzikir, beristighfar, berselawat ke atas Nabi SAW serta berdoa memohon keampunan dan kebaikan hidup di dunia dan akhirat.

4. Bilakah waktu terbaik membaca doa Malam Nisfu Syaaban?

Doa boleh dibaca pada bila-bila masa sepanjang malam Nisfu Syaaban, terutamanya selepas solat Maghrib, selepas solat Isyak atau pada sepertiga malam terakhir yang merupakan waktu mustajab doa.

5. Bolehkah membaca doa Nisfu Syaaban secara berjemaah?

Membaca doa secara berjemaah dibenarkan selagi tidak dianggap sebagai amalan wajib atau sunnah khusus yang ditetapkan. Ia boleh dilakukan sebagai amalan umum untuk menghidupkan malam dengan ibadah.

6. Adakah Malam Nisfu Syaaban malam pengampunan dosa?

Terdapat hadis yang menyatakan Allah SWT mengampunkan hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban kecuali golongan tertentu seperti orang yang syirik dan bermusuhan. Namun, umat Islam digalakkan mengambil peluang ini untuk bertaubat dan memperbaiki diri.

Daripada Abu Musa al-Asy’ari RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
إِنَّ اللَّهَ لَيَطَّلِعُ فِي لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT melihat pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”. [Riwayat Ibn Majah, no. Hadith 1380] Imam al-Zahabi mengatakan hadith ini dhaif disebabkan terdapat pada sanadnya Ibn Lahi’ah. [Lihat: Talkhis al-‘ilal al-Mutanihiyah, 184]

Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
إنَّ اللهَ تعالى يَنْزِلُ ليلةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا ، فيَغْفِرُ لِأَكْثَرَ مِنْ عَدَدِ شَعْرِ غَنَمِ كلبٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT turun ke langit dunia pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan sebanyak bilangan bulu kambing pengawal”. [Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 670] Al-‘Aini mengatakan hukum hadith ini adalah munqathi’. [Lihat: ‘Umdah al-Qari, 11:116]

7. Perlukah berpuasa pada siang Nisfu Syaaban?

Puasa pada siang hari Nisfu Syaaban tidak diwajibkan, tetapi termasuk dalam puasa sunat bulan Syaaban yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Ia sangat digalakkan bagi mereka yang mampu.

8. Bolehkah memohon rezeki, jodoh dan kesihatan dalam doa Nisfu Syaaban?

Ya, umat Islam digalakkan memohon apa sahaja kebaikan seperti rezeki, kesihatan, jodoh, ketenangan jiwa serta keselamatan dunia dan akhirat dalam doa pada malam tersebut.

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.