Panduan Niat Solat Fardhu & Qada Solat Dalam Rumi

Solat adalah tiang agama bagi semua umat Islam. Mendirikan solat adalah rukun islam kedua yang perlu kita laksanakan. Oleh kerana terlalu penting ibadah ini, maka sangat penting untuk kita menjaganya dan mematuhi kewajipan tersebut. Artikel pada kali ini akan berkongsi kepada anda panduan niat solat fardhu serta qada solat yang boleh anda rujuki.

Sebab mengapa perlu solat?

Kita diajarkan solat sejak kecil. Dipaksa untuk menghafal bacaan-bacaan dalam solat. Kemudian, kita dibiasakan pula untuk mendirikan solat sama ada secara berjemaah atau bersendirian. Mengapa ibadah ini sangat penting?

Antara 5 sebab utama mengapa kita perlu solat adalah kerana:

  • Solat menjadi peluang kepada kita untuk berinterasi dengan Allah.
  • Solat dapat mengandakan pahala dan menghapuskan dosa.
  • Solat dapat membentuk diri menjadi mukmin yang kuat dan sihat.
  • Solat dapat membentuk kemantapan rohani dalam diri.
  • Solat menambah keupayaan mental dan kekuatan dalaman.

Niat solat fardhu

Niat solat fardhu merupakan salah satu daripada 13 rukun solat yang wajib kita patuhi. Jika tertinggal niat solat ini, maka tidak sah solat yang didirakan. Dan kita wajib untuk mengulanginya lagi.

Berikut adalah lafaz niat solat fardhu dalam teks arab dan rumi yang boleh dijadikan panduan semasa solat.

Solat fardhu zohor

Bersendirian

اُصَلّى فَرْضَ الظُّهْرِاَرْبَعَ رَكَعَاتٍ اَدَاءً ِللهِ تَعَالَى

Usolli fardoz zuhri arba’a raka’atin ada’an lillahi ta’ala

Sahaja aku solat fardu zohor empat rakaat tunai kerana Allah Ta’ala


Berjemaah

اُصَلّى فَرْضَ الظُّهْرِاَرْبَعَ رَكَعَاتٍ اَدَاءً مَأْمُوْمًا ِللهِ تَعَالَى

Usolli fardoz zuhri arba’a raka’atin ada’an ma’muman lillahi ta’ala

Sahaja aku solat fardhu zohor empat rakaat sebagai makmum tunai kerana Allah Ta’ala

Solat fardhu asar

Bersendirian

اُصَلّى فَرْضَ الْعَصْر ِاَرْبَعَ رَكَعَاتٍ اَدَاءً ِللهِ تَعَالَى

Usolli fardhal asri arba’a raka’atin ada’an lillahi ta’ala  

Sahaja aku solat fardu asar empat rakaat tunai kerana Allah Ta’ala


Berjemaah

اُصَلّى فَرْضَ الْعَصْرِاَرْبَعَ رَكَعَاتٍ اَدَاءً مَأْمُوْمًا ِللهِ تَعَالَى

Usolli fardhal asri arba’a raka’atin ada’an ma’muman lillahi ta’ala

Sahaja aku solat fardhu asar empat rakaat sebagai makmum tunai kerana Allah Ta’ala

Solat fardhu maghrib

Bersendirian

اُصَلّى فَرْضَ الْمَغْرِبِ ثَلاَثَ رَكَعَاتٍ اَدَاءً ِللهِ تَعَالَى

 Usolli fardhal maghribi salasa raka’atin adaan lillahi ta’ala  

Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat tunai kerana Allah Ta’ala


Berjemaah

اُصَلّى فَرْضَ الْمَغْرِبِ ثَلاَثَ رَكَعَاتٍ اَدَاءً مَأْمُوْمًا ِللهِ تَعَالَى

Usolli fardhal maghribi salasa raka’atin ada’an ma’muman lillahi ta’ala

Sahaja aku solat fardhu maghrib tiga rakaat sebagai makmum tunai kerana Allah Ta’ala

Solat fardhu isyak

Bersendirian

اُصَلّى فَرْضَ الْعِشَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ اَدَاءً ِللهِ تَعَالَى

Usolli fardol Isya’i arba’a raka’atin ada’an lillahi ta’ala 

Sahaja aku solat fardhu ‘isyak empat rakaat tunai kerana Allah Ta’ala


Berjemaah

اُصَلّى فَرْضَ الْعِشَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ اَدَاءً مَأْمُوْمًا ِللهِ تَعَالَى

Usolli fardol Isya’i arba’a raka’atin ada’an ma’muman lillahi ta’ala 

Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat sebagai makmum tunai kerana Allah Ta’ala

Solat fardhu subuh

Bersendirian

اُصَلّى فَرْضَ الصُّبْحِ رَكْعَتَيْنِ اَدَاءً ِللهِ تَعَالَى

 Usolli fardhas subhi rak’ataini ada’an lillahi ta’ala  

Sahaja aku solat fardu subuh dua rakaat tunai kerana Allah Ta’ala.


Berjemaah

اُصَلّى فَرْضَ الصُّبْحِ رَكْعَتَيْنِ اَدَاءً مَأْمُوْمًا ِللهِ تَعَالَى

Usolli fardhas subhi rak’ataini ada’an ma’muman lillahi ta’ala  

Sahaja aku sembahyang fardhu subuh dua rakaat sebagai makmum tunai kerana Allah Ta’ala

Hukum orang meninggalkan solat

Hukum bagi orang yang meninggalkan solat adalah tergantung kepada keadaan sama ada ia ditinggalkan dengan sengaja atau tidak sengaja.

Jumhur ulama’ mengatakan wajib untuk bersegera dalam mengqadha solat samada ditinggalkan kerana uzur syari’e atau tidak. Ia berdasarkan keumuman hadis baginda nabi: Sesiapa yang tertinggal solat kerana lupa maka hendaklah dia menunaikannya apabila dia teringat akannya.” – [Hadis Riwayat Bukhari (597) dan Muslim (1598)]

Mengikut Mazhab Syafie, para ulamak telah memperincikan masalah ini kepada dua keadaan:

1. Sunat

Sekiranya seseorang meninggalkan solat kerana uzur syari’e seperti tertidur atau lupa, maka dihukum sunat baginya untuk segera menqadha’ solat.

2. Wajib

Sekiranya seseorang meninggalkan solat tanpa uzur syar’ie maka wajib baginya untuk segera menqadha’ solatnya.” – (Rujuk: Al-Majmu’ Syarh al-Muhadzzab, 3/70-71)

Niat qada solat

Berikut adalah lafaz niat qada solat dalam teks arab dan rumi yang boleh dijadikan panduan semasa solat.

Qada solat zohor

 Usolli fardhoz zuhri arba’a raka’atin  qadaan lillahi ta’ala    

Sahaja aku solat fardu zuhur empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala

Qada solat asar

Usolli fardhol ‘asri arba’a raka’atin qadaan lillahi ta’ala    

Sahaja aku solat fardu asar empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta’ala

Qada solat maghrib

Usolli fardhol maghribi salasa raka’atin qadaan lillahi ta’ala    

Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala

Qada solat isyak

Usolli fardhol ‘isya’i arba’a raka’atin qadaan lillahi ta’ala    

Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala

Qada solat subuh

Usolli fardhos subhi rak’ataini qadaan lillahi ta’ala 

Sahaja aku solat fardu subuh dua rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala

Diharapkan panduan niat solat ini dapat memudahkan anda untuk mengerjakan ibadah solat setiap hari.

Sumber:

  1. Panduan Lengkap Solat Fardhu & Solat-Solat Sunat. Ustaz Muhammad Hatta Selamat. Pustaka Azhar.
  2. Ensiklopedia Solat. Rohidzir, Fuad & Wahid. Telaga Biru
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.