Bacaan Wirid Selepas Solat Berdasarkan Hadis Sahih

Isi Kandungan

Artikel pada kali ini akan berkongsi kepada anda doa dan wirid selepas solat yang boleh diamalkan dan menjadi benteng perlindung buat kita semua.

Bacaan-bacaan ini berdasarkan hadis sahih.

Secara ringkasnya, berikut antara amalan & bacaan Nabi SAW selepas solat fardhu:

Apa pentingnya berdoa?

Berdoa merupakan salah satu ibadah yang sangat digalakkan bagi tujuan mendekatkan diri setiap hamba kepada Allah SWT. Ini bertepatan dengan firman Allah dalam Al-Quran:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

Maksudnya: “Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.” – (Surah Ghafir, ayat 60)

Kata Ibnu Rajab al-Hanbali (w.795 H) :

“Sesungguhnya doa itu dituntut (untuk dilakukan) dan dijanjikan untuk ditunaikan (doa tersebut) seperti firman Allah SWT:” Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.”

Daripada Abu Umamah : Beliau berkata bahawa Rasulullah pernah ditanya tentang apakah doa yang paling didengari. Rasulullah SAW menjawab :

جَوْفَ اللَّيْلِ الْآخِرِ وَدُبُرَ الصَّلَوَاتِ الْمَكْتُوبَاتِ

Maksudnya: ”(Doa yang paling didengari ialah) ketika satu pertiga malam yang terakhir dan ketika selesai solat fardu.” – (Hadis Riwayat al-Tirmizi ( 3499)

Hukum bangun dari solat fardhu tanpa berzikir / wirid atau doa selepas solat?

Imam al-Nawawi menyatakan:

“Para ulama bersepakat terhadap keharusan zikir selepas menunaikan solat.” – (Rujuk al-Azkar, hlmn 57)

Banyak sekali riwayat yang menyatakan akan kelebihan zikir dan selawat selepas selesai mendirikan solat fardhu. Bahkan ia menjadi amalan yang dilazimi oleh Rasulullah SAW.

Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Fudhalah Bin Ubaid, Rasulullah SAW pernah menegur seorang lelaki yang tergesa-gesa berdoa selepas solat tanpa ada pujian kepada Allah dan selawat. Baginda bersabda:

إِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ ، فَلْيَبْدَأْ بِتَمْجِيدِ رَبِّهِ جَلَّ وَعَزَّ ، وَالثَّنَاءِ عَلَيْهِ ، ثُمَّ يُصَلِّي عَلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم ، ثُمَّ يَدْعُو بَعْدُ بِمَا شَاءَ

Maksudnya: ” Jika salah seorang dari kalian selesai menunaikan solat maka mulakanlah (doa selepas solat ) dengan mengagungkan dan memuji Allah. Kemudian berselawat ke atas Nabi dan barulah berdoa selepas itu apa yang dia ingini.” – (Hadis Riwayat Abu Daud, 1481)

Elakkan untuk bangun dan tergesa-gesa selepas menunaikan solat fardhu. Ambil masa sedikit untuk berwirid, berdoa, berzikir, dan berselawat.

Panduan bacaan wirid selepas solat

Cara-cara bacaan wirid selepas solat adalah seperti di bawah:

1. Istighfar 3 kali

Astagfirullah hal azim allazi laa ila ha illa huwal hayyul qoyyum wa atu bu illaih.

Maksudnya: “Aku memohon keampunan daripada Allah, Tuhan Yang Maha Agung, tiada Tuhan melainkan Allah. Dia hidup, berdiri dengan sendirinya, dan aku memohon keampunan daripada Nya.”

2. Lafazkan kalimah berikut sebanyak 3 kali atau 10 kali

Laa ilaha illallahu wahdahu laa syarikalah, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wayumitu wahuwa a’la kulli syai’in qadirr

Maksudnya: “Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Tuhan Yang Maha Esa tiada sekutu bagi Nya. Bagi Nya segala kerajaan dan bagi Nya segala pujian. Dia Yang menghidupkan dan mematikan. Dialah Yang Maha Kuasa ke atas segala sesuatu.”

3. Lafazkan kalimah berikut sebanyak 3 atau 7 kali

Allahumma ajirna minannarr

Maksudnya: “Ya Allah, jauhkanlah kami daripada azab neraka.”

4. Teruskan dengan kalimah ini

Allahumma antassalam, wamin kassalam, walaika ya ‘udussalam, fahayyina rabbana bissalam, wa adhilna jannata daa rassalam, tabarakta rabbana wata a’laita ya zal jala li wal ikram

Maksudnya: “Ya Allah, Engkau yang menyelamatkan, daripada Mu keselamatan, kepada Mu kembali keselamatan. Maka hidupkanlah kami wahai Tuhan, dalam keselamatan. Masukkan kami ke syurga, negara keselamatan. Maka sucilah Engkau wahai Tuhan kami, Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.”

5. Membaca Al-Fatihah

Maksudnya: “Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

6. Membaca surah Al-Baqarah ayat 163

Wa ila hukum ilaahum’ wahidullaa ila ha illa huwarrahmanurrahim

Maksudnya: “Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.”

7. Membaca surah Al-Baqarah ayat 255

Allaahu la ilaaha illa huwal hayyul Qayyum, la ta ‘khudzuhu sinatun walaa naumun lahu maa fissamaawaati wama fil ardhi, man dzal ladziiyasy fa ‘u ‘indahu illaa biidznih, ya ‘lamu maa baina aydiihim wa maa khalfahum, walaayuhiithuuna bisyai in min’ilmihi illaa bimaa syaa a, wasi’a kursiyuhus samaawaati wal ardhi, walaa yauuduhu hifzuhumaa wa huwal’aliyuul ‘azhiim.

Maksudnya: “Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhluk Nya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisi Nya melainkan dengan izin Nya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmu Nya dan kekuasaan Nya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaan Nya), lagi Maha Besar (kekuasaan Nya).”

8. Membaca surah Al-Baqarah ayat 285 & 286

Maksudnya: “Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikat Nya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasul Nya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunan Mu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali.

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.”

9. Membaca surah Ali-Imran ayat 18 & 19

Maksudnya: “Allah menerangkan (kepada sekalian makhluk Nya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbir (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya, (perselisihan itu pula) semata-ata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar dan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisab Nya.”

10. Membaca surah Ali-Imran ayat 26 & 27

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Engkau (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya.”

11. Membaca tiga qul (surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas)

Maksudnya: “Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Katankanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tidak beranak, dan ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapa pun yang serupa dengan Nya.”

Maksudnya: “Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk. Dari bencana makhluk-makhluk yang ia ciptakan. Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk. Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan). Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya.”

Maksudnya: Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.”

12. Membaca Al-Fatihah

Maksudnya: “Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

13. Tasbih dengan lafaz

Tuhanku, penjagaku Maha Suci Allah

14. Tasbih sebanyak 33 kali

Maha Suci Allah

15. Teruskan dengan bacaan

Maha Suci Allah dan segala puji bagi Nya yang kekal selama-lamanya.

16. Tahmid sebanyak 33 kali

Segala puji bagi Allah

17. Sambung dengan bacaan ini

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam ke atas setiap keadaan dan dalam setiap keadaan dan nikmat.

18. Takbir sebanyak 33 kali

Allah Maha Besar

19. Bacaan penutup wirid

Maksudnya: “Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang. Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, tidak ada bersekutu dengan Nya sesuatu. Baginya kerajaan, baginya segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan mematikan. Dialah Yang Maha Kuasa ke atas segala sesuatu dan kepada Allah jualah tempat kembali. Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung. Aku mohon keampunan daripada Allah.”

Contoh doa selepas solat

Doa 1

“Bismillahirrahmanirrqahim, alhamdulillahirobbil ‘alamin, wassolatu wassalaamu ‘alaa sayyidina muhammadin ashrofil mursalin, wa’alaa aalihi wasohbihi ajma’in. Allahumma ahyina bil iimaan, wa amitna bil iimaan, wa adkhilnal jannata ma’al iimaan. Allahummaghfirlana zunuubana waliwaa lidaina warhamhuma kamaa robbayaanaa soghiro. Allahummakhtim lanaa bi husnil khotimah, wala takhtim ‘alaina bi suu’il khotimah.Robbana laa tuzigh qulubana ba’daiz hadaitana wahablana milladunka rohmatan innaka antal wahhab. Robbana aatinaa fiddunya hasanah wafil aakhirotihasanah waqinaa ‘azaabannar, wasollallahu ‘ala sayyidina muhammadin wa’ala aalihi wasohbihi wasallam. Walhamdulillahirobbil ‘alamiin.”

Maksudnya: “Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. Ya Allah! Hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah! Ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua ibubapa kami. Kasihanilah kedua ibubapa kami sepertimana mereka berdua mengasihani kami sewaktu kami masih kecil. Ya Allah! Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah Engkau akhiri umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah! Janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Peliharalah kami daripada azab neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga serta sahabat-sahabat Baginda. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.”

Doa 2

“Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahirobbil ‘alamin, wassolatu wassalaamu ‘alaa asyrofil anbiyaa iwalmursalin sayyidina muhammadin wa’alaa aalihi wasohbihi ajma’in. Allahumma taqobbalminnaa solaatana wadhu’aa ana innaka antassami’ul ‘alim, watub ‘alainaa innaka antattawwaburrohim. Allahummaj ‘aldinanaa diinannabiyyi muhammadin sollallahu ‘alaihi wasallam. Wa islaamana islaamal muslimiin, wa iimananaa iimanal mu’minin, wasolaatana solaatal khoosyi’in, wa a’maalana a’maalassolihin. Waniyyaa tana niyyatal mukhlisin, wazunuubana ya Allahu zunuubal mustaghfirin. Wahayaatana hayaatal ‘ulama’, wamautana bimautissyuhada, wa adkhilnal jannata ma’al anbiyaa’i ‘alaihimusoolatu wassalam. Robbona aatina fiddunya hasanah, wafil aakhiroti hasanah, waqina ‘azaabannar. Wasollallahu ‘ala khoiri khoqihi sayyidina muhammadin wa’ala aalihi wasohbihi wasallam. Subhaana robbika robbil ‘izzati ‘amma yasifun. Wasalaamun ‘alal mursalin, walhamdulillahi robbil ‘alamin.”

Maksudnya: “Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam atas semulia-mulia para nabi dan rasul, junjungan kami Muhammad dan ats keluarga dan sahabat Baginda seluruhnya. Ya Allah, ya Tuhan kami! Terimalah solat dan doa kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Berilah keampunan kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Ya Allah, jadikanlah agama kami agama Nabi Muhammad. Keislaman kami, Islam yang sebenar-benarnya. Keimanan kami, iman yang sempurna. Solat kami, solat yang khusyuk. Amal kami, amal yang soleh. Niat kami, niat yang ikhlas. Jadikanlah dosa-dosa kami, dosa-dosa yang terampun. Jadikanlah hidup dan kehidupan kami, hidup dan kehidupan para ulama. Mati kami dengan mati syahid. Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam syurga bersama dengan para Nabi. Ya Tuhan kami, kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat. Jauhkanlah kami daripada seksaan neraka. Semoga Allah mencurahkan kesejahteraan ke atas sebaik-baik makhluknya, junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya. Maha suci Tuhan yang Maha Mulia daripada sebarang kekurangan. Salam sejahtera ke atas para rasul dan segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam.”

Doa 3

اَللهُمَّ اِنَّا نَسْئَلُكَ سَلاَمَةً فِى الدِّيْنِ وَالدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ وَعَافِيَةً فِى الْجَسَدِ وَصِحَّةً فِى الْبَدَنِ وَزِيَادَةً فِى الْعِلْمِ وَبَرَكَةً فِى الرِّزْقِ وَتَوْبَةً قَبْلَ الْمَوْتِ وَرَحْمَةً عِنْدَ الْمَوْتِ وَمَغْفِرَةً بَعْدَ الْمَوْتِ. اَللهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا فِىْ سَكَرَاتِ الْمَوْتِ وَالنَّجَاةَ مِنَ
النَّارِ وَالْعَفْوَ عِنْدَ الْحِسَابِ

“Allahumma innaa nas ‘aluka. Salamatan ftddiini waddun yaa wal aakhirah. Wa ‘aafiya tan fil jasadi wa shihhatan fil badani wa ziyaadatan fil ‘ilmi wabarakatan firrizqi wa taub atab. Qablal maut wa rahamatan ‘indalmaut wa maghfiratan ba’dal maut. Allaahumma hawwin ‘alainaa fii sakaraatil maut wan najaata minan naari wal’ afwa ‘indal hisaab.”

Maksudnya: “Wahai Allah! Sesungguhnya kami memohon kepada-Mu kesejahteraan dalam agama, dunia dan akhirat, keafiatan jasad, kesihatan badan, tambahan ilmu, keberkatan rezeki, taubat sebelum datang maut, rahmat pada masa datang maut, dan ampunan setelah datang maut. Wahai Allah! Sediakan pencapaian kami dalam menghadapi sakratul maut, (berilah kami) keselamatan dari api neraka, dan keampunan pada saat dilaksanakan hisab.”

Doa 4


اَللهُمَّ اِنَّا نَعُوْذُبِكَ مِنَ الهَمِّ والحَزَنِ, و نَعُوْذُبِكَ مِنَ الْعَجْرِ وَالْكَسَلِ و نَعُوْذُبِكَ مِنَ الجُبْنِ و الْبُخْلِ و نَعُوْذُبِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ  وَقَهْرِ الرِّجَالِ

“Allalaahumma innaa na’uudzu bika min al hammi wal hazani. Wa wa ‘uudzubika minal ‘ajzi wal kasali. Wa na’uudzunika minal jubni wal bukhli. Wan’uudzunika min gholabatid daini wa qohrir rijaali.”

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung kepada Mu dari kegelisahan dan kesedihan, dan kami berlindung kepadaMu dari sifat lemah dan malas, dan kami berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan bakhil, dan kami berlindung kepadaMu dari hutang dan paksaaan orang.”

Doa 5

“Allahumma ajirnii minan-nar .“ (sebanyak 7 kali)

Maksudnya: “Ya Allah, lindungilah aku daripada api neraka” (sebanyak 7 kali). Sesungguhnya apabila engkau mengucapkannya kemudian engkau mati malam itu, engkau pasti dilindungi daripada neraka. Dan ucapkan juga selepas solat subuh. Sesungguhnya jika engkau mengucapkan kemudian engkau mati pada hari itu, engkau pasti dilindungi daripada neraka.”

Doa 6

“Laa Ilaha Illallahu wahdahu laa syariiKalah. Lahul mulku walahul hamdu yuhyi wayumitu wahuwa ‘ala kulli syai’in qodir.“ (sebanyak 10 kali).

Maksudnya: “Siapa yang membaca, “Tiada tuhan yang patut disembah selain Allah semata yang tiada sekutu bagiNya. MilikNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian. Dia Maha Menghidupkan lagi Maha Mematikan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu” (sebanyak 10 kali) selepas Maghrib, pasti Allah akan mengirimkan sepasukan malaikat bersenjata yang menjaganya daripada syaitan sehingga pagi hari, Allah akan memberikan 10 pahala yang menghantarnya ke syurga, menghapuskan 10 dosa yang mencelakakannya, dan bacaan itu sama nilainya dengan memerdekakan 10 orang hamba mukmin.”

Adab berdoa

Antara adab berdoa yang boleh kita amalkan adalah seperi:

  • berdoa ikhlas dari hati kerana Allah.
  • mentauhidkan Allah pada nama dan sifat Nya.
  • menyebut nama-nama Allah Yang Mulia.
  • memuji Allah dan selawat kepada Rasulullah SAW.
  • menghadap kiblat.
  • angkat kedua-dua belah tangan.
  • berdoa dari hati dan yakin akan dimakbulkan.

Sumber:

  1. Irsyad Al-Fatwa Ke-9: Bacaan Wirid Dan Doa. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Wirid Doa dan Selepas Solat Serta Amalan Zikir Waktu Pagi. Mehrajbook
  3. Al-Kafi #713: Hukum Bangun Dari Solat Fardhu Tanpa Berzikir atau Doa. Mufti Wilayah Persekutuan
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.