Ayat Kursi Lengkap Bacaan Rumi Jawi, Makna & Kelebihannya

Semua umat Islam pastinya pernah dengar mengenai ayat kursi. Bahkan sudah tentu ramai juga yang telah menghafalnya. Hafal bukan sekadar hafal, ayat ini mengandungi makna yang sangat mendalam. Ianya juga terkandung pelbagai kelebihan bagi sesiapa yang istiqamah mengamalkannya. Apakah yang perlu anda tahu mengenai ayat tersebut? Ikuti perkongsian kali ini sehingga ke penghujungnya.

Apa itu ayat kursi?

Ayatul kursi adalah merupakan salah satu dari potongan ayat dalam Al-Quran. Lebih tepat ianya adalah ayat ke-255 dalam Surah Al-Baqarah. Dikenali dengan gelaran penghulu segala ayat Al-Quran.

Ayat ini sangat istimewa bagi sesiapa yang membaca dan mengamalkannya. Apa yang membuatkan ayat ini dianggap sebagai ayat paling agung di dalam Al-Quran adalah kerana 10 bahagian utama seperti yang diterangkan oleh Sheikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi.

إن آية الكرسي تميزت بكونها خاصة بالثناء على الذات العليا لله عز وجل وتنزيهه ووصفه بكل كمال يليق

“Sesungguhnya ayat Kursi itu mempunyai kelebihan dari aspek struktur ayatnnya yang memuji dan mengagungkan zat Allah yang Maha Tinggi, menyucikan Nya serta menyifatkan Nya dengan sifat yang layak bagi zat Allah.”

Kesemua sepuluh bahagian ini mengandungi elemen yang mengagungkan Zat Allah. Kata beliau:

إن آية الكرسي بها عشر جمل كلها ثناء على الله عز وجل، والجملة الأولى «الله لا إله إلا هو» وهي تثبت التوحيد، لا شريك لله

“Sesungguhnya ayat Kursi ini memiliki sepuluh bahagian ayat, kesemua pembahagian ini memuji Allah. Kenyataan pertama dari ayat ini dimulakan dengan nama Allah yang mana ia mengesahkan keesaan Allah dan tiada sekutu bagi Allah.”

Dalil mengenai ayatul kursi

Dari Anas bin Malik RA. berkata, “Rasulullah SAW bersabda : Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh Al-Quran sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia.”

Berkata Anas bin Malik, “Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?”

Sabda Rasulullah SAW, ” Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat.”

Selain itu, terdapat juga dalil tentang kelebihannya yang membawa maksud:

Kelebihan ayat ini Kursi ini adalah disebabkan padanya terhimpun segala usul nama-nama dan sifat-sifat Allah seperti Wahdaniyyah (Maha Esa), al-Hayah (Maha Hidup), al-Qayyumiyyah (Maha Kekal), al-‘Ilm (Maha Mengetahui), al-Mulk (Maha Menguasai), al-Qudrah (Maha Berkuasa) dan juga al-Iradah (Maha Berkehendak)”. (Lihat: Subul al-Salam, 297/1)

Bacaan ayat kursi jawi

Bacaan ayat kursi rumi

Allahu la ilaha illa huwa, al haiyul qaiyum

La ta’khuzhuhu sinatun wa la nawm,

lahu ma fis samawati wa ma fil ‘ard

Man zhal lazhi yashfa’u ‘indahu illa bi izhnihi

Ya’lamu ma baina aidihim wa ma khalfahum,

wa la yuhituna bi shai’im min ‘ilmihi illa bima sha’a

Wasi’a kursiyuhus samawati wal ard,

wa la ya’uduhu hifdzhuhuma wa huwal ‘aliyul azheem

Makna bacaan tersebut

Maksudnya: “Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.

Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).

Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).”

Kelebihan beramal dengannya selepas solat

Ayatul kursi begitu istimewa berdasarkan apa yang dicatatkan oleh Imam Al-San’ani.


وَاخْتَصَّتْ آيَةُ الْكُرْسِيِّ بِذَلِكَ لِمَا اشْتَمَلَتْ عَلَيْهِ مِنْ أُصُولِ الْأَسْمَاءِ وَالصِّفَاتِ الْإِلَهِيَّةِ، وَبِالْوَحْدَانِيَّةِ، وَالْحَيَاةِ، وَالْقَيُّومِيَّةِ، وَالْعِلْمِ، وَالْمُلْكِ، وَالْقُدْرَةِ، وَالْإِرَادَةِ

Maksudnya: “Kelebihan ayat ini Kursi ini adalah disebabkan padanya terhimpun segala usul nama-nama dan sifat-sifat Allah seperti Wahdaniyyah (Maha Esa), al-Hayah (Maha Hidup), al-Qayyumiyyah (Maha Kekal), al-‘Ilm (Maha Mengetahui), al-Mulk (Maha Menguasai), al-Qudrah (Maha Berkuasa) dan juga al-Iradah (Maha Berkehendak)”. (Subul al-Salam, 297/1)

Kelebihan bagi sesiapa yang membaca ayat ini adalah:

  • Sebagai perisai dari gangguan makhluk halus sebelum tidur
  • Terselamat dari terkena sihir, santau, ubat pengasih, penipuan, dan sebagainya
  • Menunjukkan keagungan Allah SWT dengan nama-namanya yang indah
  • Merupakan ayat yang paling agung dalam Al-Quran
  • Mendapat syafaat Al-Quran
  • Mendekatkan diri dengan rahmat Allah SWT
  • Allah SWT akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.
  • Digeruni oleh syaitan khususnya rumah yang penghuninya mengamalkan ayat ini.

Sumber:

  1. Irsyad Al-Hadiyh Siri Ke-136: Kelebihan Membaca Ayat Al-Kursi. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Rahsia Ayat Kursi (Februari, 2013). Kerana Kasih Nabi, penulis Ustaz Roslan Mohamed
  3. Amalkan ayat Kursi elak gangguan kerana syaitan datang dalam pelbagai bentuk semata-mata nak sesatkan anak Adam! (Februari, 2022). MStar
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.