Surah Al-Asr : Teks Arab / Rumi & Kelebihannya

Artikel pada kali ini akan mengkongsikan serba sidikit mengenai inti pati Surah al-Asr yang mempunyai pelbagai keistimewaan di dalamnya.

Disini juga, disediakan bantuan teks rumi beserta audio yang boleh dijadikan sebagai panduan bagi memudahkan para pembaca untuk membacanya bagi sesiapa yang kurang mahir dalam pembacaan melalui teks arab.

Pengenalan Surah


Surah Al-Asr ini merupakan ( سورة العصر ) merupakan surah ke-103,surah Al – Asr juga mengandungi 3 ayat. dari Al Quran. Surah ini tergolong surah makkiyah dan terdiri atas 3 ayat.

Kata Al ‘Ashr ini bermaksud waktu atau masa dan diambil dari ayat pertama surah ini.

Isi surah ini menggambarkan memgenai bahawa sesungguhnya semua manusia itu berada dalam keadaan kerugian kecuali dia termasuk mereka yang selalu beramal soleh, saling menasihati dalam kebenaran dan kesabaran.

Ringkasan Mengenai Surah Al-Asr


Surah Al-Asr ini merupakan surah yang terpendek yang terdapat di dalam al-Quran. Surah ini diturunkan di Mekkah dan hanya mempunyai 3 ayat sahaja di dalamnya. Surah ini memperingatkan kita mengenai ciri-ciri orang yang berjaya dalam kehidupan seharian dan bagaimana seseorang itu dapat menuju ke syurga.

Surah ini juga, merupakan antara surah yang mana Allah telah bersumpah atas nama “Masa” bahawa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian.

Masa ada perkara yang sering disesali oleh manusia. Terdapat sesetengah daripada kita ingin memutarkan kembali masa yang telah berlalu untuk menebus segala kesilapan yang pernah dilakukannya. Ada orang ingin memutar masa lalu untuk kembali mendapatkan kembali nikmat kesihatan mereka dari sakit kepada sihat. Ada yang ingin memutar masa untuk kembali memanfaatkan masa bersama-sama dengan insan yang disayanginya. Ada juga sesetengah orang yang ingin memutar masa kembali ke zaman kanak-kanak yang penuh kegembiraan dan ketelusan.

Malah dengan sebab masa ini, orang yang telah meninggal dunia pun memohon hidup semula untuk beramal soleh sepanjang kehidupannya, malah orang kafir memohon hidup semula untuk kembali beriman.

Demikianlah betapa berharganya makhluk bernama yang bernama dengan “masa” ini kerana, Allah SWT telah bersumpah dengannya.

Teks Bacaan Surah Al-Asr


Berikut merupakan teks bacaan dalam arab, rumi serta maksudnya dengan bantuan audio yang diberikan bagi setiap ayat bagi memudahkan para pembaca untuk membacanya:

surah al-asr
Bismillah hir-rahmanir Rahim

surah al-asr
Wal ‘Asr

Maksudnya: Demi Masa!!


surah al-asr
Innal Insaana Lafi Khusr

Maksudnya: Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian.


surah al-asr
Illallaziina Aamanuu Wa’ amilus
Solihaati Watawaa Saubil Haqqi
Watawaa Saubis Sobr

Maksudnya: Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan sabar.

Kelebihan Surah Al-Asr


Terdapat beberapa kelebihan dan manfaat yang dapat kita perolehi jika sering mengamalkan surah al-asr ini dalam kihidupan seharian kita antaranya adalah seperti:

Pertama : Allah menyuruh kita untuk menghargai masa.

Orang yang sentiasa menghargai masa merupakan orang yang sentiasa taat dan patuh dengan perintah yang dilaksanakan oleh Allah S.W.T seperti solat diawal waktu, tidak membuang masa dengan perkara-perkara melalaikan.

Kedua: Menguatkan keimanan kepada Allah S.W.T.

Ia bermula dengan sifat keimanan yang mana ia adalah sifat asas yang merangsang dan menggerakkan seseorang serta menggalakkan proses pemerahan umur dan penyusunan waktu.

Dengan terdapatnya nilai keimanan di dalam diri seseorang itu dapat membuatkan nilai keimannya sebagai bekalan rohani yang diperlukan bagi seorang mukmin untuk memulakan langkahnya. Maka jika sesuatu amalan itu tidak terbit daripada sifat keimanan seseorang, akibatnya amalan tersebut akan tertolak.

Ketiga: Mempunyai matlamat hidup yang jelas.

Masa kita di dunia adalah singkat. Manusia lebih banyak mengejar kepentingan dunia sehingga lupa untuk bersedia untuk kehidupan di akhirat kelak. Oleh itu, kita haruslah menjaga keseimbangan kerja untuk dunia dan akhirat.

Keempat: Mempunyai sifat sabar dan saling mengajak kepada kebaikan.

 Sifat yang keempat yang disebut di dalam surah al-‘Asr ialah berpesan-pesan antara satu sama lain dengan penuh kesabaran.

Sifat ini adalah sifat yang keempat yang perlu ada bagi setiap orang mukmin. Berpesan-pesan ini umpama satu perjanjian dalam kalangan orang-orang mukmin yang mana mereka perlu berpegang dengan kebenaran dan sabar di atas segala kesusahan dan keperluan sama ada dalam bentuk masa, tenaga mahupun wang ringgit.

Jalan menuju kebenaran adalah satu jalan yang amat sukar kerana ia perlu dibayar dengan harga yang mahal iaitu harga mujahadah diri, harga perjalanan, dan harga untuk menentang musuh-musuh Islam.

Justeru, itu bagi sesiapa yang memiliki sifat-sifat ini, mereka adalah tergolong dengan orang-orang yang berjaya dan beruntung di dunia dan di akhirat. Sebaliknya mereka ini adalah orang-orang yang rugi kerana mereka telah mensia-siakan umur mereka tanpa ‘diperah’ sebaiknya dan mereka rugi segala-galanya.

Kesimpulan

Perkara di atas inilah hakikat rahsia yang dapat dibongkarkan daripada surah al-’Asr ini yang mana ia mengajak kita untuk melengkapkan kita dengan sifat-sifat tersebut.

Semoga dengan adanya sifat-sifat tersebut, kita dapat memanfaatkan setiap jam dalam kehidupan seharian kita dan memperbanyakkan pesan-memesan sesama kita dan juga menjadikan ia sebagai syiar dalam sepanjang perjalanan hidup kita menuju Allah SWT.

Semoga perkongsian pada kali ini dapat memberikan sedikit manfaat kepada kita semua.

Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.