Tahlil Arwah Ringkas Dengan Panduan Teks Rumi & Doanya
Tahlil arwah adalah bacaan doa atau dan wirid zikir yang dilakukan bagi tujuan menghadiahkan pahalanya kepada orang yang meninggal dunia. Artikel pada kai ini akan berkongsi kepada anda teks lengkap panduan tahlil arwah beserta Bahasa Rumi untuk memudahkan bagi yang baru ingin belajar.
Bacaan tahlil ringkas
1. Bermula dengan membaca ayat pembuka Al-Fatihah
Ilaa hadrotin nabiyyi sollallaahu ‘alaihi wassallama wa alihi wasohbihi syai’un lillahi lahumul faatihah
Maksudnya: “Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Untuk yang terhormat Nabi Muhammad SAW, segenap keluarga, dan para sahabatnya. Bacaan Al-Fatihah ini kami tujukan kepada Allah dan pahalanya untuk mereka semua. Al-Fatihah.”
2. Baca Al-Fatihah
Bismillahir rahmani rahim. Al hamdu lillahi rabbil ‘alamin. Ar rahmanir rahim. Maliki yaumid din. Iyyaka na’ budu wa iyyaka nasta‘in. Ihdinas sirayal mustaqim. Siratallazina an‘amta ‘alaihim, gairil maghdubi ‘alaihim wa lad dallin.
Maksudnya: “Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.“
3. Baca Surah Al-Ikhlas (3 kali)
Qul huwallahu ahad. Allahus samad. Lam yalid wa lam yulad. Wa lam yakul lahu kufuwan ahad
Maksudnya: “Dengan menyebut nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Katakanlah, ‘Dialah yang maha esa. Allah adalah tuhan tempat bergantung oleh segala sesuatu. Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan. Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Nya.”
4. Tahlil dan takbir
Laa ilaha illallaahu wallahuakbar
Maksudnya: “Tiada tuhan yang layak disembah kecuali Allah. Allah maha besar.”
5. Baca Surah Al-Falaq
Qul a’uu birabbil falaq. Min syarri ma khalaq. Wa min syarri gssiqin iza waqab. Wa min syarrin naffasati fil ‘uqad. Wa min syarri hasidin iza hasad
Maksudnya: “Dengan menyebut nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Katakanlah, ‘Aku berlindung kepada tuhan yang menguasai waktu subuh dari kejahatan makhluk-Nya. Dari kejahatan malam apabila telah gelap gelita. Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan);. Dan dari kejahatan orang-orang yang dengki apabila ia mendengki.”
6. Tahlil dan takbir
Laa ilaha illallaahu wallahuakbar
Maksudnya: “Tiada tuhan yang layak disembah kecuali Allah. Allah maha besar.”
7. Baca Surah An-Nas
Qul a’uzu birabbin nas. Malikin nas. Ilahin nas. Min syarril waswssil khannas. Allazi yuwaswisu fī sudurin nas. Minal jinnati wan nas
Maksudnya: “Dengan menyebut nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.”Yang Menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.”
8. Tahlil dan takbir
Laa ilaha illallaahu wallahuakbar
Maksudnya: “Tiada tuhan yang layak disembah kecuali Allah. Allah maha besar.”
9. Baca Surah Al-Fatihah
Bismillahir rahmani rahim. Al hamdu lillahi rabbil ‘alamin. Ar rahmanir rahim. Maliki yaumid din. Iyyaka na’ budu wa iyyaka nasta‘in. Ihdinas sirayal mustaqim. Siratallazina an‘amta ‘alaihim, gairil maghdubi ‘alaihim wa lad dallin.
Maksudnya: “Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.“
10. Baca Surah Al-Baqarah (Ayat 1-5)
Alif lam mim. Zalikal kitabu la raiba fih hudal lil muttaqin. Allazina yu’minuna bil gaibi wa yuqimunas salata wa mimma razaqnahum yunfiqun. Wallazina yu’minuna bima unzila ilaika wa ma unzila min qablik, wa bil ‘akhirati hum yuqinun. Ula’ika ‘ala hudam mir rabbihim wa ula’ika humul muflihun
Maksudnya: “Dengan menyebut nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Alif lam mim. Demikian itu kitab ini tidak ada keraguan padanya. Sebagai petunjuk bagi mereka yang bertakwa. Yaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat, dan menafkahkan sebagian rezeki yang kami anugerahkan kepada mereka. Dan mereka yang beriman kepada kitab Al-Qur’an yang telah diturunkan kepadamu (Muhammad SAW) dan kitab-kitab yang telah diturunkan sebelumnya, serta mereka yakin akan adanya kehidupan akhirat. Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari tuhannya. Merekalah orang orang yang beruntung.”
11. Baca Surah Al-Baqarah (Ayat 163)
Wa ilaahukum ilaahuw waahid, laa ilaaha illaa huwar-rahmaanur-rahiim
Maksudnya: “Dan Tuhan kalian adalah Tuhan yang maha esa. Tiada tuhan yang layak disembah kecuali Dia yang maha pengasih lagi maha penyayang.”
12. Baca ayatul kursi (Surah Al-Baqarah, ayat 255)
Allahu la Ilaha Illa huw al-hayyul qayyum. La ta’khuzuhu sinatuw wa la naum. Lahu ma fis samawati wa ma fil ard. Man zallazi yasyfa‘u ‘indahu Illa bi’iznih. Ya‘lamu ma baina aidihim wa ma khalfahum. Wa la yuhituna bisyai’im min ‘ilmihīi illa bima sya’. Wasi‘a kursiyyuhus samawati wal ard. Wa la ya’uduhu hifzuhuma. Wa huwal ‘aliyyul ‘azim
Maksudnya: “Allah, tiada yang layak disembah kecuali Dia yang hidup kekal lagi berdiri sendiri. Tidak mengantuk dan tidak tidur. Milik Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberikan syafa’at di sisi Nya kecuali dengan izin Nya. Dia mengetahui apa yang ada di hadapan dan di belakang mereka. Mereka tidak mengetahui sesuatu dari ilmu Nya kecuali apa yang dikehendaki Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dia tidak merasa berat menjaga keduanya. Dia maha tinggi lagi maha agung.”
13. Baca Surah Al-Baqarah (Ayat 284-286)
Lillahi ma fis samawati wa ma fil ard. Wa in tubdu ma fī anfusikum au tukhfuhu yuhasibkum bihillah. Fa yagfiru limay yasya’u wa yu ‘azzibu may yasya’. Wallahu ‘aala kulli syai’in qadīr
Maksudnya: “Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendaki Nya dan menyeksa sesiapa yang dikehendaki Nya (menurut undang-undang peraturan Nya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”
Amanar Rasulu bima unzila ilaihi mir rabbihi wal mu’minun. Kullun amana billahi wa mala’ikatihi wa kutubihi wa rusulih. La nufarriqu baina ahadim mir rusulih. Wa qalu sami‘na wa ata‘na gufranaka rabbana wa ilaikal masir
Maksudnya: “Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikat Nya, dan Kitab-kitab Nya, dan Rasul-rasul Nya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunan Mu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali.”
La yukallifullahu nafsan illa wus ‘aha. Laha ma kasabat wa ‘alaiha maktasabat. Rabbana la tu’akhizna in nasina au akhta’na. Rabbana wa la tahmil ‘alaina isran kama hamaltahu ‘alallazina min qablina. Rabbana wa la tuhammilna ma la taqata lana bih. Wa‘fu ‘anna, wagfir lana, warhamna, anta maulana fansurna ‘alal qaumil kafirin
Maksudnya: “Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.”
14. Baca Surah Hud (ayat 73)
Yaa arhamar raa himii nar hamna (ulang 3 kali)
Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha kasih, kasihani kami.” (3 kali)
Rahmatullaahi wa barakaatuhuu ‘alaykum ahlal bayt. Innahuu hamii dum majiid
Maksudnya: “Dan rahmat Allah serta berkah Nya (kami harapkan) melimpah di atas kamu sekalian wahai ahlul bait. Sungguh Dia maha terpuji lagi maha pemurah.” (Surat Hud, ayat 73).
15. Baca surah Al-Ahzab (ayat 33)
Inna maa yurii dullahu liyudz hiba ‘ankumur rijsa ahlal bayt. Wa yu thah hira kum that hiiraa
Maksudnya: “Sungguh Allah berkehendak menghilangkan segala kotoran padamu, wahai ahlul bait, dan menyucikanmu sebersih-bersihnya.” (Surat Al-Ahzab ayat 33)
16. Baca surah Al-Ahzab (ayat 56)
Innallaaha wa malaa ‘ikatahuu yushalluuna ‘alan nabiyy. Yaa ayyuhallaziina aamanuu sollu ‘alaihi wa sallimuu tasliimaa
Maksudnya: “Sungguh Allah dan para malaikat-Nya bershalawat untuk nabi. Wahai orang-orang yang beriman, bacalah shalawat untuknya dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.”
17. Selawat ke atas Nabi (3 kali)
Allahumma solli afdhola solatin ‘alaa as ‘adi mahluuqotika habiibillah sayyidina muhammadin wa ‘alaa aalihi wasohbihi wassalim. ‘Adada ma’luumatika wamidaada kalimaatika kullamaa zakarakaz zaakiruuna wa ghofala ‘andzikrikal ghoofilunn
Maksudnya: “Ya Allah, berilah sebaik-baik rahmat kepada makhlukMu yang paling bahagia, yang menjadi Kekasih Allah, penghulu dan pemimpin kami, iaitu Nabi Muhammad dan kepada kepada keluarganya sebanyak bilangan barang yang Engkau ketahui, dan bilangan tinta untuk mencatat kalimahMu, selama masih ada orang yang ingat dan orang yang lupa kepadaMu”
Allahumma solli afdholas solatin ‘alaa as ‘adi mahluuqotika syamsid dhuha Sayyidina muhammadin wa ‘alaa aalihi wasohbihi wassalim. ‘Adada ma’luumatika wamidaada kalimaatika kullamaa zakarakaz zaa kiruuna wa ghofala ‘anzikrikal ghhoofilunn
Maksudnya: “Ya Allah, berilah sebaik-baik rahmat kepada makhlukMu yang paling bahagia, yang menjadi penerang laksana matahari di waktu Duha, penghulu dan pemimpin kami, iaitu Nabi Muhammad dan kepada kepada keluarganya sebanyak bilangan barang yang Engkau ketahui, dan bilangan tinta untuk mencatat kalimahMu, selama masih ada orang yang ingat dan orang yang lupa kepadaMu”
Allahumma solli afdhola solatin ‘alaa as ‘adi mahluuqotika badrid dujaa sayyidina muhammadin wa ‘alaa aalihi wasohbihi wassalim. Adada ma’luumatika wamidaada kalimaatika kullamaa zakarakaz zaakiruuna wa ghofala ‘anzikrikal ghoofilunn
Maksudnya: “Ya Allah, berilah sebaik-baik rahmat kepada makhluk Mu yang paling bahagia, yang menjadi penerang laksana bulan purnama di waktu gelap, penghulu dan pemimpin kami, iaitu Nabi Muhammad dan kepada kepada keluarganya sebanyak bilangan barang yang Engkau ketahui, dan bilangan tinta untuk mencatat kalimahMu, selama masih ada orang yang ingat dan orang yang lupa kepada Mu”
18. Salam ke atas Nabi
Wasallim warodhiyallahhu ta’ala ‘an ashaabi sayyidina rasuulillahi ajmaiin
Maksudnya: “Semoga Allah yang maha suci dan tinggi meredhai para sahabat dari pemimpin kami (Rasulullah).”
19. Baca Surah Ali Imran ayat 173 & Surat Al-Anfal ayat 40
Subhanallahu wani’mal wakil. Ni’mal maulaa wani’man nassiir
Maksudnya: “Cukup Allah bagi kami. Dia sebaik-baik wakil.” (Surat Ali Imran ayat 173). Dia sebaik-baik pemimpin dan penolong.” (Surat Al-Anfal, ayat 40)
20. Hauqalah
Walaa haula walaa quwwata illaa billahil ‘aliyyil ‘adziim
Maksudnya: “Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang maha tinggi dan agung.”
21. Baca Istighfar (3 kali)
Astagfirullahal adziim
Maksudnya: “Saya mohon ampun kepada Allah yang maha agung.” (3 kali). (Allah) yang tiada tuhan selain Dia yang maha hidup, lagi terjaga. Aku bertaubat kepada Nya.”
22. Kemudian, baca ayat tersebut
Afdoluz zikri fa’lam annahu laa ilaha illallah
Maksudnya: “Sebaik-baik zikir ketahuilah adalah lafal ‘La ilaha illallah’, (tiada tuhan selain Allah)
23. Tahlil 33 atau 100 kali
Laa ilaha illallaah
Maksudnya: “Tiada tuhan selain Allah.” (100 kali)
24. Mengucapkan kalimah syahadah
Laa ilaha illaallahu muhammadur rasulullah sollallahu ‘alaihi wassalam
Maksudnya: “Tiada tuhan selain Allah. Nabi Muhammad SAW utusan-Nya.”
‘Alayha nahyaa wa ‘alaihaa namuutu wa ‘alayhaa nub ‘atsu ‘insyaaAllahu ta’ala minal aaminiin
Maksudnya: “Dengan kalimat itu, kami hidup. Dengannya, kami wafat. Dengannya pula insya Allah kelak kami dibangkitkan termasuk orang yang aman.”
25. Baca Surah Al-Fatihah
Bismillahir rahmani rahim. Al hamdu lillahi rabbil ‘alamin. Ar rahmanir rahim. Maliki yaumid din. Iyyaka na’ budu wa iyyaka nasta‘in. Ihdinas sirayal mustaqim. Siratallazina an‘amta ‘alaihim, gairil maghdubi ‘alaihim wa lad dallin.
Maksudnya: “Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.”
Doa tahlil
Doa tahlil arwah ini boleh dibaca dari artikel lalu melalui pautan ini.
Sumber:
- Tahlil Ringkas & Doa Tahlil Arwah (Panduan Lengkap Rumi). Aku Islam.com
- Kenduri Arwah dan Tahlil. Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunie