Doa Selamat Ringkas: Panduan Teks Rumi & Terjemahan
Apakah doa selamat yang ringkas dan mudah boleh anda baca serta amalkan dalam kehidupan seharian?
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan beberapa doa selamat yang boleh anda baca.
Baca juga:
Apa itu doa selamat?
Doa selamat adalah doa yang dibaca oleh umat Islam untuk meminta perlindungan dari Allah SWT.
Doa ini sering dibaca ketika kenduri kesyukuran, dan majlis kenduri selamat setiap kali sebelum memulakan majlis bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar dan selamat.
Selain perlindungan, doa ini turut diamalkan bagi memperoleh keselamatan diri dan keluarga.
Kerana hakikatnya, manusia tidak akan mampu untuk hidup tanpa sandaran kepada Allah SWT.
Seorang manusia itu bersifat lemah dan banyak melakukan kesilapan dalam hidupnya.
Lantaran itu, melazimi membaca doa selamat sangat disarankan untuk meminta bantuan dan perlindungan kepada Allah SWT.
Justeru, kita sangat disarankan untuk berdoa kepada Allah SWT pada setiap masa dan di mana jua.
Ini berdasarkan kepada firman Allah SWT dalam surah Ghafir, ayat 40:
Maksudnya: “Berdoalah kamu kepada Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.”
Himpunan doa selamat
Doa tersebut mempunyai beberapa versi yang boleh diamalkan. Berikut adalah beberapa himpunan doa selamat yang boleh dibaca.
Doa 1 (ringkas dan pendek)
اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ تَبَارَكْتَ ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ
‘Allaahumma antas salaam, wa minkas salaam, tabaaròkta dzal jalaali wal ikròòm’
Maksudnya: "Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang memberi keselamatan. Dari keselamatan. Maha Suci Allah, Pemilik Kebesaran dan Kemuliaan."
Doa 2 (selamat dunia dan akhirat)
اَللّٰهُمَّ اِنَّا نَسْئَلُكَ سَلَامَةً فِى الدِّيْنِ
وَعَافِيَةً فِى الْجَسَدِ
وَزِيَادَةً فِى الْعِلْمِ
وَبَرَكَةً فِى الرِّزْق
ِ وَتَوْبَةَ قَبْلَ الْمَوْتِ
وَرَحْمَةً عِنْدَ الْمَوْتِ
وَمَغْفِرَةً بَعْدَ الْمَوْت
ِ اَللّٰهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا فِيْ سَكَرَاتِ الْمَوْتِ
وَنَجَاةً مِنَ النَّارِ
وَالْعَفْوَعِنْدَ الْحِسَابِ
Allahumma inna nas’aluka salamatan fiddin, wa afiyatan fil jasadi, wa ziyadatan fil ilmi, wa barakatan fir rizqi.
Wa taubatan qablal maut, wa rahmatan indal maut, wa maghfiratan ba’dal maut.
Allahumma hawwin alaina fii sakaratil maut, wa najatan minan naari, wal afwa indal hisab’
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya kami meminta kepada engkau akan keselamatan pada agama, afiyah pada jasad, pertambahan pada ilmu, keberkahan pada rezeki, taubat sebelum kematian, rahmat ketika mati, dan ampunan setelah kematian."
Doa 3 (selamat dari tipu daya orang kafir)
رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ وَنَجِّنَا بِرَحْمَتِكَ مِنَ الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
‘Ròbbanaa laa taj’alnaa fitnatal lil qòumidh dhòòlimiin wa najjinaa biròhmatika minal qòumil kaafiriin’
Maksudnya: “Ya Tuhan kami, jangan jadikan kami sasaran fitnah dan jauhkanlah kami dari sasaran fitnah bagi kaum yang zalim, dan selamatkanlah kami dengan rahmat Mu dari tipu daya orang-orang yang kafir." - (Surah Yunus, ayat 85-86)
Doa 4 (selamat dari pemimpin zalim)
رَبِّ ابْنِ لِي عِنْدَكَ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ وَنَجِّنِي مِنْ فِرْعَوْنَ وَعَمَلِهِ وَنَجِّنِي مِنَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ
Ròbbibni lii ‘indaka baitan fil jannati wa najjinii min fir’auna wa ‘amalihi wa najjinii minal qòumidh zhòlimiin’
Maksudnya: “Wahai Ya Rabbku, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam surga, dan selamatkanlah aku dari Firaun dan perbuatannya, dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim."
Doa 5 (doa Nabi Luth)
رَبِّ نَجِّنِى وَأَهْلِى مِمَّا يَعْمَلُونَ
‘Rabbi najjinī wa ahlī mimmā ya’malụn’
Maksudnya: “Ya Tuhanku, tolonglah aku (dengan menimpakan azab) atas kaum yang berbuat kerusakan itu.” - (Surah Al-A’raf, ayat 30)
Kelebihan baca doa ini
Banyak sebenarnya kelebihan yang boleh diperoleh apabila seseorang itu membaca doa ini.
Berikut adalah beberapa kelebihan membaca doa selamat:
- Diberikan keselamatan di dunia dan akhirat
- Terhindar dari bencana dan malapetaka
- Dijauhkan dari tipu daya orang kafir
- Dilindungi dari kejahatan orang zalim
- Diselamatkan dari pemimpin yang zalim
- Dijauhkan dari azab neraka
Diharapkan perkongsian mengenai doa selamat dapat memberikan anda semua informasi yang berguna dan bermanfaat untuk dijadikan panduan dalam kehidupan seharian.
Doa menjadi ikatan seorang hamba dengan Tuhannya. Semoga dengan sentiasa mengamalkan doa setiap masa, kita dapat mendekatkan lagi kasih sayang Allah SWT kepada kita.
Sumber:
- Himpunan Doa dan Hadis Pilihan, Doa Selamat Ringkas. Himpunan Doa dan Hadis
- Bacaan Doa Selamat Paling Mudah, Semua Orang Mesti Hafal (Feb, 2019) Aynorablogs