8 Doa Kebahagiaan Rumah Tangga Elak Dari Bercerai

Apakah doa kebahagiaan rumah tangga yang boleh kita amalkan untuk menambahkan lagi kasih sayang dan cinta sesama ahli keluarga?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda beberapa doa kebahagiaan rumah tangga yang boleh anda amalkan bersama suami setiap kali selepas solat.

Baca juga:

1. Doa semakin “intim” dengan pasangan

doa kebahagiaan rumah tangga

اللَّهُمَّ أَلِّفْ بَيْنَ قُلُوبِنَا ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِنَا ، وَاهْدِنَا سُبُلَ السَّلَامِ ، وَنَجِّنَا مِنْ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ ، وَجَنِّبْنَا الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ ، وَبَارِكْ لَنَا فِي أَسْمَاعِنَا وَأَبْصَارِنَا وَقُلُوبِنَا وَأَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا ، وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ ، وَاجْعَلْنَا شَاكِرِينَ لِنِعْمَتِكَ ، مُثْنِينَ بِهَا ، قَابِلِيهَا ، وَأَتِمَّهَا عَلَيْنَا

“Ya Allah, satukanlah hati kami, perbaikilah hubungan silaturrahim antara kami, tunjukkanlah kami jalan keselamatan, selamatkanlah kami dari kegelapan kepada cahaya, jauhkan kami dari segala keburukan, yang nampak dan yang ghaib.

Berkatilah kami pada pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, isteri kami dan keturunan kami.

Terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.

Jadikanlah kami bersyukur atas nikmat-Mu, orang-orang yang memuji nikmat-Mu, orang-orang yang menerima nikmat-Mu, dan sempurnakanlah nikmat-Mu kepada kami.”

2. Doa elak gangguan orang ketiga

مَنْ جَاۤءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهٗ خَيْرٌ مِّنْهَاۚ وَمَنْ جَاۤءَ بِالسَّيِّئَةِ فَلَا يُجَّلَا يُجَّلَا اٰتِ اِلَّا مَا كَانُوْا يَعْمَلُوْنَ

“Sesiapa yang datang dengan membawa kebaikan (pada hari kiamat) maka dia akan mendapat balasan yang lebih baik daripadanya.

Dan sesiapa yang datang dengan amal yang buruk, maka orang yang melakukan kejahatan tidaklah dibalas melainkan apa yang mereka kerjakan.”

3. Doa untuk meningkatkan kasih sayang

وَاَلْقَيْتُ عَلَيْكَ مَحَبَّةً مِّنِّيْ ەۚ وَلِتُصْنَعَ عَلٰى عَيْنِيْ ۘ

“Dan Aku telah menanamkan dari kemurahan-Ku perasaan belas kasihan kepada kamu, dan supaya kamu dilindungi dan dipelihara di bawah pengawasanKu.”

4. Doa ditambah ketakwaan ahli keluarga

doa kebahagiaan rumah tangga

وَالَّذِيْنَ يَقُوْلُوْنَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ اَزْوَاجِنَا وَذُرِّيّٰتِنَا قُرَّةَ اَعْيُّن ٍ نَ اِمَامًا

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami, isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang (ahli keluarga) yang bertakwa.”

5. Doa melembutkan hati pasangan

مَآ اَنْزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْاٰنَ لِتَشْقٰٓى ۙ اِلَّا تَذْكِرَةً لِّمَنْ يَّخْشٰى تَنَّْٰٰمْلَيْتَنْزِي ى ۗ اَلرَّحْمٰنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوٰى

“Kami (Allah) tidak menurunkan Al-Quran ini kepada kamu supaya kamu dicederakan! Tetapi untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut. (Al-Quran) diturunkan dari Tuhan,

yang menciptakan bumi dan beberapa langit yang tinggi. Tuhan cinta, bersemayam di atas takhta. Dia mempunyai apa yang ada di langit, dan di bumi, dan di antara keduanya, dan apa yang ada di bawah tanah.”

6. Doa dipermudahkan urusan

رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

“Ya Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini).”

7. Doa dilimpahkan rezeki

قَالَ عِيْسَى ابْنُ مَرْيَمَ اللهم رَبَّنَآ اَنْزِلْ عَلَيْنَا مَاۤىِٕدَةً مِّنَ السَّمَاْءَوِ تَلَكُمْ َوَّلِنَا وَاٰخِرِنَا وَاٰيَةً مِّنْكَ وَارْزُقْنَا وَاَنْتَ خَيْرُ الرّٰزِق ِيْنَ

“Ya Tuhan kami, turunkanlah kepada kami hidangan dari langit (pada hari ia turun) menjadi hari raya bagi kami, iaitu orang-orang yang bersama kami,

dan orang-orang yang datang sesudah kami, dan menjadi tanda bagi kekuasaan-Mu. Berikanlah kami, dan Engkaulah pemberi rezeki.”

8. Doa cepat diberikan zuriat

ۚوَزَكَرِيَّآ اِذْ نَادٰى رَبَّهٗ رَبِّ لَا تَذَرْنِيْ فَرْدًا وَّاَنْتَ خَيْرُ الْوٰرِثِيْن

“Ya Tuhanku, janganlah Engkau biarkan aku hidup seorang diri, dan Engkaulah sebaik-baik pewaris.”

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan doa kebahagiaan rumah tangga dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Al-Quran dan Terjemahannya
  2. Doa Rumah Tangga Berkekalan Sepanjang Masa. The Asian Parent
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.