11 Doa Mohon Zuriat Untuk Mudah Menimang Cahaya Mata
Apakah doa mohon zuriat yang boleh kita amalkan khususnya kepada pasangan suami isteri yang masih belum dikurniakan cahaya mata yang didambakannya?
Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda beberapa doa mohon zuriat yang boleh anda amalkan bersama.
Baca juga:
Kurniaan anak dalam rumah tangga
Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga tentunya mahukan kurniaan cahaya mata bagi penyeri rumah tangga mereka.
Dari perkahwinan maka akan berkembanglah sebuah keturunan dan meramaikan lagi keturunan Nabi Adam AS dan umat Nabi Muhammad SAW.
Namun hakikat yang pasti anak itu adalah rezeki dari Allah. Jika sekuat mana pun manusia berusaha, namun jika masih belum ditakdirkan Allah mereka memilikki anak maka belumlah lagi.
Lantaran itu ambillah inisiatif dengan menyatukan usaha bersama doa mohon zuriat yang diajarkan dalam Al-Quran dan hadis.
Doa mohon zuriat yang mudah diamalkan
Terdapat beberapa doa mohon zuriat yang boleh dibaca, dan dihafal oleh pasangan suami isteri yang mahu memperoleh cahaya mata.
Berikut adalah doa mohon zuriat yang ada di dalam Al-Quran:
1. Doa Nabi Zakaria AS
هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهٗ ۚ قَالَ رَبِّ هَبْ لِيْ مِنْ لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۚ اِنَّكَ سَمِيْعُ الدُّعَاۤءِ
“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepada Ku dari sisi Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya, Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan.” – (Surah Ali-Imran, ayat 38)
2. Doa Nabi Zakaria AS
وَزَكَرِيَّآ اِذْ نَادٰى رَبَّهٗ رَبِّ لَا تَذَرْنِيْ فَرْدًا وَّاَنْتَ خَيْرُ الْوٰرِثِيْنَ
“Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi.” – (Surah Anbiya, ayat 89)
3. Doa Nabi Ibrahim AS
رَبِّ هَبْ لِيْ مِنَ الصّٰلِحِيْنَ
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!” – (Surah Saaffat, ayat 100)
4. Doa Nabi Ibrahim AS
رَبِّ اجْعَلْنِيْ مُقِيْمَ الصَّلٰوةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِيْۖ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاۤءِ
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenanlah doa permohonanku.” – (Surah Ibrahim, ayat 40)
5. Surah Al-Furqan, ayat 74
وَالَّذِيْنَ يَقُوْلُوْنَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ اَزْوَاجِنَا وَذُرِّيّٰتِنَا قُرَّةَ اَعْيُنٍ وَّاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ اِمَامًا
“Wahai Tuhan kami, berilah Kami dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyenangkan hati melihatnya, dan jadikanlah Kami pemimpin ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.” – (Surah Al-Furqan, ayat 74)
6. Zikir Al-Musowwir
Zikir “al-musowwir” yang bermakna Maha Pembentuk / Maha Menjadikan Rupa Bentuk adalah salah satu dari 99 nama-nama Allah yang diambil dari ayat Al-Quran.
Amalkan zikir ini sebanyak-banyaknya setiap hari. Ia adalah doa mohon zuriat untuk mempercepatkan isteri untuk hamil.
7. Surah Maryam
Surah Maryam adalah surah yang mempunyai 98 ayat keseluruhannya dan diturunkan di Makkah. Ia juga merupakan surah ke sembilan belas dalam turutan surah Al-Quran.
Surah ini dijadikan doa minta zuriat yang mujarab bagi membantu pasangan memperoleh zuriat dengan segera.
8. Selawat
Umar bin Khattab RA berkata:
“Saya mendengar bahwa doa itu ditahan di antara langit dan bumi, tidak akan dapat naik, sehingga dibacakan selawat atas Nabi Muhammad SAW.” – (Hadis Riwayat Tirmidzi)
9. Berdoa ketika solat hajat
Solat hajat biasanya dilaksanakan apabila seseorang itu mempunyai keinginan atau kemahuan kepada Allah SWT.
Begitu juga soal pemberian rezeki cahaya mata kepada pasangan suami isteri.
Banyakkan berdoa dalam solat khususnya dalam sujud terakhir semoga kita memperoleh segala keinginan yang dimohon kepada Allah.
10. Banyak beristighfar
Disamping berdoa, anda juga digalakkan agar memperbanyakkan istighfar. Bertepatan dengan hadis nabi SAW:
“Barang siapa yang memperbanyak istighfar, niscaya Allah akan melapangkan kesusahannya, memberi jalan keluar pada setiap kesuakarannya, dan memberi rezeki tanpa diduga-duga.” – (Hadis Riwayat Abu Daud dan Nasa’i)
11. Doa dikongsikan Ustaz Mujahidin Al-Banjiri
“Ya Allah… Ya Rahman… Ya Rahim…
Di kau adalah Segala Pemilik segala hati. Maka di Kau pasti mengerti apa keinginan kami. Sesungguhnya kami telah lama mendambakan kehadiran seorang insan yang menjadi pelengkap hidup kami.
Ya Allah…
Berikanlah kami rasa itu untuk memiliki seorang anak. Anak yang soleh dan solehah. Anak yang dapat mendoakan kami bila kami sudah tiada nanti. Akan kami menjaga amanah yang diberi sebaiknya.
Ya Allah…
Jadikanlah zuriat dalam rahim kecil ku in. Aku juga ingin merasaka gerakan dan keajaiban bayi dalam rahimku.
Ya Allah…
Aku ingin hamil. Berkatilah langkahku. Ya Allah aku ingin hamil. Kau kurniakanlah aku zuriat agar aku dapat menikmati bagaimana menjadi seorang ibu. Semoga saat itu pasti akan tiba. Aamiin Ya Rabbal Allamiin…”
*Sedikit nota Ustaz Mujahidin Al Banjiri adalah pengasas kepada Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin
Sumber:
- Al-Kafi #856: Doa Orang kerap Dibaca Oleh Nabi SAW. Mufti Wilayah Persekutuan
- Soalan Dalam Al-Quran Untuk Memohon Zuriat Keturunan Yang Soleh. Tzkrh