Solat Sunat Rawatib- Panduan Lengkap ( Ba’diyyah & Qabliyyah)

Solat sunat rawatib merupakan satu amalan yang sangat digalakkan untuk dilaksanakan sebagai pelengkap kepada solat fardu dalam kehidupan seharian kita.

Solat ini tidak wajib, tetapi sangat dianjurkan untuk dilakukan sebagai ibadah tambahan bagi mendapatkan pahala dan keberkatan daripada Allah SWT.

Artikel pada kali ini, kami akan berkongsikan kepada anda semua mengenai solat sunat rawatib beserta panduan lengkap dalam melaksanakannya.

Baca juga:

Pengenalan

Solat sunat rawatib adalah merupakan solat-solat sunat yang didirikan sebelum atau sesudahnya solat fardhu lima waktu.

Solat sunat rawatib ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

  1. Solat sunat Qabliyyah (solat sunat sebelum solat fardu).
  2. Solat sunat Ba’diyyah (solat sunat selepas solat fardu).

Waktu perlaksanaan bagi solat sunat rawatib merupakan waktu bagi melakukan solat fardu.

Ini kerana, sebaik sahaja masuknya waktu solat fardu, maka solat sunat rawatib boleh dilaksanakan dan berterusan sehingga habis waktu bagi solat fardu tersebut.

Solat ini boleh dilakukan kepada sesiapa sahaja ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja, termasuk golongan musafir yang mendirikan solat fardu secara qasar.

Sunat Rawatib tidak didahului dengan azan ataupun iqamah. Ia juga hanya didirikan secara bersendirian, dan iainya tidak didirikan secara berjemaah.

Waktu solat sunat rawatib

Solat sunat qabliyyah dikerjakan selepas azan iaitu apabila (masuknya waktu) solat fardu dan dilakukan sebelum iqamah jika seseorang itu menunaikan solat di masjid.

Jika ia dilakukan di rumah, maka ia tidak terikat dengan waktu antara azan dan iqamah.

Solat sunat ba’diyyah pula dilakukan setelah kita selesai mengerjakan solat fardu.

Jenis solat sunat rawatib (muakkad & ghairu mu’akkad)

SOLAT-SUNAT-RAWATIB

Solat sunat rawatib tergolong dalam amalan muakkad (amat dituntut) yang mana ia terdiri daripada solat sunat yang berjumlah sepuluh rakaat, iaitu:

  1. Dua rakaat sebelum fardu subuh.
  2. Dua rakaat sebelum solat fardu zohor
  3. Dua rakaat selepas solat fardu zohor.
  4. Dua rakaat selepas solat fardu maghrib.
  5. Dua rakaat selepas solat fardu isyak.

Solat sunat rawatib bukan muakkad

Solat sunat rawatib bukan muakkad (ghairu muakkad) terdiri daripada solat-solat sunat yang berjumlah dua belas rakaat iaitu:

  1. Solat sunat tambahan dua rakaat sebelum solat fardu zuhur atau solat fardu jumaat.
  2. Solat sunat tambahan dua rakaat selepas solat fardu zuhur atau solat fardu jumaat.
  3. Empat rakaat sebelum Asar
  4. Dua rakaat sebelum Maghrib.
  5. Dua rakaat sebelum Isya

Niat solat sunat rawatib

Di bawah merupakan langkah demi langkah bagi mengerjakan solat sunat ini untuk setiap waktu bagi solat fardu:

Solat Sunat Subuh


Niat Solat Sunat Qabliyah Subuh

Solat sunat ini dilakukan apabila telah masuknya waktu subuh iaitu setelah azan subuh berkumandang sehinggalah iqamat iaitu (sebelum solat fardu subuh) sebanyak dua rakaat.

Hukum bagi menunaikan solat sunat ini adalah sunat muakad iaitu sunat yang diberatkan untuk umat Nabi Muhammad SAW dalam mengerjakannya.

Cara melaksanakan solat sunat ini adalah sama sebagaimana solat sunat dua rakaat yang lain.

Lafaz niatnya adalah:

أُصَلِّي سُنَّةَ الصُبْحِ رَكْعَتَيْنِ قَبْلِيَّةً لِلهِ تَعَالَى

Usolli sunatas subhi rak’atainu qobliatan lillahi taala

Sahaja aku solat sunat subuh dua rakaat sebelum kerana Allah taala.

Solat Sunat Zohor


Niat Solat Sunat Qabliyah Zohor

Solat sunat ini dilakukan apabila telah masuknya waktu zohor iaitu setelah azan zohor berkumandang sehinggalah iqamat iaitu (sebelum solat fardu zohor) sebanyak dua rakaat.

Solat Sunat sebelum fardu zohor ini merupakan sunat muakad untuk dilakukan.

Lafaz niatnya adalah:

أُصَلِّي سُنَّةَ الظُّهْر رَكْعَتَيْنِ قَبْلِيَّةً لِلهِ تَعَالَى

Usolli sunnataz zuhri rak’ataini Qabliyatan lillahi taala

Sahaja aku solat sunat sebelum Zohor dua rakaat kerana Allah Taala“

Niat Solat Sunat Ba’diyah Zohor

Selesai sahaja menunaikan solat fardu zohor dan sesudah bacaan wirid dan doa, kita digalakkan untuk melaksanakan solat sunat rawatib ba’diyah yang merupakan sunat muakkad jika melaksanakannya.

Cara mengerjakannya sama sebagaimana solat sunat dua rakaat yang lain.

Lafaz niatnya adalah:

أُصَلِّي سُنَّةَ الظُّهْر رَكْعَتَيْنِ بَعْدِيَّةً لِلهِ تَعَالَى

Usolli sunnataz zuhri rak’ataini ba’diatan lillahi taala.

Sahaja aku solat sunat selepas Zohor dua rakaat kerana Allah Taala

Solat Sunat Asar


Niat Solat Sunat Qabliyah Asar

Solat sunat ini dilakukan apabila telah masuknya waktu subuh iaitu setelah azan subuh berkumandang sehinggalah iqamat iaitu (sebelum solat fardu asar) sebanyak dua rakaat.

Solat sunat ini merupakan solat sunat rawatib ghairu muakad iaitu sunat melaksanakannya tetapi tidak diberatkan untuk melakukannya.

Cara melaksanakan solat sunat ini adalah sama sebagaimana solat sunat dua rakaat.

Lafaz niatnya adalah:

أُصَلِّي سُنَّةَ العَصْرِ رَكْعَتَيْنِ قَبْلِيَّةً لِلهِ تَعَالَى

Usolli sunnatal ‘asri rak’ataini Qobliyatan lillahi taala

Sahaja aku solat sunat sebelum Zohor dua rakaat kerana Allah Taala

Selepas salam, jika iqamat belum berkumandang , jika berkeinginan anda boleh melakukan 2 rakaat lagi solat sunat qabliyyah ini dengan niat yang sama.

Tiada solat rawatib selepas solat fardu asar.

Solat Sunat Maghrib


Niat Solat Sunat Qabliyah Maghrib

Solat sunat ini dilakukan apabila telah masuknya waktu subuh iaitu setelah azan subuh berkumandang sehinggalah iqamat iaitu (sebelum solat fardu maghrib) sebanyak dua rakaat.

Solat sunat ini merupakan solat sunat ghairul muaakad.

Lafaz niatnya adalah:

أُصَلِّي سُنَّةَ المَغْرِبِ رَكْعَتَيْنِ قَبْلِيَّةً لِلهِ تَعَالَى

Usolli sunnatal maghribi rak’ataini qabliatan lillahi taala

Sahaja aku solat sunat maghrib dua rakaat sebelum kerana Allah taala.

Niat Solat Sunat Ba’diyah Maghrib

Selesai sahaja menunaikan solat fardu maghrib dan sesudah bacaan wirid dan doa, kita digalakkan untuk melaksanakan solat sunat rawatib ba’diyah yang merupakan sunat muakkad jika melaksanakannya.

Cara melaksanakan solat sunat ini adalah sama sebagaimana solat sunat dua rakaat.

Lafaz niatnya adalah:

أُصَلِّي سُنَّةَ المَغْرِبِ رَكْعَتَيْنِ بَعْدِيَّةً لِلهِ تَعَالَى

Usolli sunnatal maghribi rak’ataini ba’diatan lillahi taala

Sahaja solat sunat maghrib dua rakaat selepas kerana Allah taala.

Solat Sunat Isyak

Niat Solat Sunat Qabliyah Isyak

Solat sunat ini dilakukan apabila telah masuknya waktu subuh iaitu setelah azan subuh berkumandang sehinggalah iqamat iaitu (sebelum solat fardu Isyak) sebanyak dua rakaat.

Ia merupakan solat sunat ghairu muakad yang kurang diberatkan untuk perlaksanaan.

Lafaz niatnya adalah:

أُصَلِّي سُنَّةَ العِشَاءِ رَكْعَتَيْنِ قَبْلِيَّةً لِلهِ تَعَالَى

Usolli sunatal ‘Isya i rak’ataini qobliatan lillahi taala

Sahaja aku solat sunat isyak dua rakaat sebelum kerana Allah taala.

Laksanakanlah solat sunat ini dua rakaat ini sepertimana solat sunat yang lain.

Niat Solat Sunat Ba’diyah Isyak

Selesai sahaja menunaikan solat fardu isyak dan sesudah bacaan wirid dan doa, kita digalakkan untuk melaksanakan solat sunat rawatib ba’diyah yang merupakan sunat muakkad jika melaksanakannya.

Cara melaksanakan solat sunat ini adalah sama sebagaimana solat sunat dua rakaat.

Lafaz niatnya adalah:

أُصَلِّي سُنَّةَ العِشَاءِ رَكْعَتَيْنِ بَعْدِيَّةً لِلهِ تَعَالَى

Usolli sunatal ‘Isya i rak’ataini ba’diatan lillahi taala

Sahaja aku solat sunat isyak dua rakaat selepas kerana Allah taala.

Hikmah dan kelebihannya

Menurut perkongsian yang dikongsikan oleh Dr Ahmad Sanusi menerusi lawang media sosialnya mengenai kelebihan solat sunat rawatib yang tersingkap banyak keistimewaan yang tidak terdapat pada ibadat-ibadat lain.

Hikmah disebalik pensyariatan solat sunat ini adalah bertujuan bagi menampung segala kekurangan serta dapat membantu menyempurnakan pelaksanaan solat fardhu.

Hal ini disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA sebelum ini bahawa Allah SWT akan menjadikan solat-solat sunat sunat seorang hamba itu sebagai pelengkap kepada kekurangan yang ada pada solat fardunya.

Solat sunat ini juga dapat membantu menyempurnakan pelaksanaan solat fardhu. Solat sunat rawatib dapat membantu meningkatkan kualiti solat fardhu dan membuatnya lebih khusyuk.

Rasulullah SAW telah menjelaskan bahawa solat sunat empat rakaat sebelum zohor dan sesudahnya akan menyelamatkan seseorang itu dari neraka. Sabda Rasulullah SAW yang membawa maksud:

Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas Zuhur sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka”

– Hadis Riwayat Abu Daud & Tirmidzi

Kepada sesiapa yang sering menjaga solat sunat rawatib ini ( termasuk dua rakaat selepas Maghrib dan Isyak) maka, akan dikurniakan kepadanya rumah yang dibina di syurga kelak. Hal ini berdasarkan Sabda Rasulullah SAW:

Sesiapa yang sentiasa (berterusan) mengerjakan  solat (sunat) 12 rakaat, Allah SWT akan membina rumah baginya di syurga, iaitu; 4 rakaat sebelum solat Zuhur dan 2 rakaat selepas Zuhur, serta 2 rakaat sesudah Maghrib, 2 rakaat  selepas Isyak dan 2 rakaat lagi sebelum solat Subuh.” 

-Hadis riwayat Tirmizi

Secara keseluruhannya, solat sunat ini adalah bertujuan bagi menampung segala kekurangan dan kelalaian solat fardhu lima waktu.

Solat sunat ini juga bertujuan bagi membantu seseorang itu dalam penyucian jiwa dari dosa-dosa kecil dan kelemahan-kelemahan yang sering dilakukan dalam kehidupan sehari-hari.

Sumber:

  1. Al-Kafi #1029: Solat Sunat Rawatib Yang Muakkad dan Tidak Muakkad. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Solat Sunat Rawatib. Masjid Wilayah
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.