Bacaan Tahiyat Awal Dan Cara Kedudukannya Dalam Solat
Bagaimanakan cara bacaan dan kedukan tahiyat awal dengan betul?
Artikel ini akan mengkongsikan panduan yang mudah dan lengkap mengenai cara bacaan dan kedudukan yang betul dalam tahiyat awal dengan bantuan ejaan rumi bagi membantu anda yang kurang mahir dalam bacaan tulisan arab.
Bantuan video bacaan yang betul juga disediakan bagi memudahkan anda dalam menyebut setiap makhraj huruf dengan betul dan bertajwid
Apa Itu Tahiyat Awal?
Tahiyat awal merupakan salah satu daripada perkara sunat ab’adh ketika mendirikan solat. Jika tertinggal atau sengaja ditinggalkan tahiyat awal ini maka tidaklah terbatalnya sembahyang tersebut, akan tetapi sunat untuk melakukan sujud sahwi bagi menambal kekurangaan tersebut.
Bacaan tahiyat awal sering dibaca dalam rakaat kedua seperti solat Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak manakala bagi bacaan tahiyat akhir ia sering kali dibaca pada akhir rakaat dalam setiap solat lima waktu.
Cara Duduk
Kedudukan semasa tahiyat awal adalah sama seperti duduk antara dua sujud. Sunnah duduk dalam tahiyat awal dan akhir adalah berbeza yang mana untuk duduk semasa tahiyat akhir ia digelar sebagai iftirash / iftirasy. Manakala, bagi kedudukan pada tahiyat akhir pula digelar sebagai tawarruk.
Iftirasy ini membawa maksud seseorang itu duduk dengan meletakkan bahagian punggungnya di atas kaki kiri manakala tapak kaki kanannya pula itu ditegakkan jari jemarinya untuk menghadap ke arah kiblat.
Tawarruk pula membawa maksud seseorang itu duduk dalam keadaan tapak kaki kanannya berdiri tegak dan jari jemarinya dengan menghadap kea rah kiblat. Manakala, kaki kirinya dilipatkan ke arah kaki kanan dan melatakkan bahagian punggungnya di atas lantai atau tanah.
Menurut para Fuqaha Syafieyyah yang menjelaskan bahawa tidak ditentukan duduk untuk mengatakan bahawa duduk yang bagaimana pun dianggap sebagai sah. Akan tetapi yang sunah ketika duduk semasa tahiyat akhir adalah duduk secara tawarruk dan kedudukan bagi tahiyat awal adalah secara iftirasy.
Bacaan Tahiyat Awal
Attahiyyaatul Mubaarakaatush solaawaatuth thayyibayu lillaah, Assalaamu’alaika Ayyuhan nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh, Assalaamu’alaina wa’alaa ‘ibaadillaahish shoolihiin. Asyhadu allaa ilaaha illallaah, Waasyhadu anna Muhammadan Rasuulullaah. AllahHumma Solli ‘alaa Sayyidina Muhammad.
Makna Bacaan Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat dan mulia adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan Rahmat Allah serta keberkatanNya.
Sejahtera keatas kami dan hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada tuhan Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu pesururuh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.