13 Rukun Solat – Maksud & Pembahagian Rukun Qauli, Qalbi & Fi’li
Pembahagian Rukun solat ini amatlah penting bagi menentukan Rukun Qalbi, Qauli, dan Fi’li untuk difahami dan diambil berat dalam menunaikan solat.
Oleh itu, artikel pada kali ini, akan saya akan menulis secara ringkas mengenai pembahagian 13 rukun solat tersebut yang terbahagi kepada 3 bahagian utama iaitu aitu Rukun Qalbi, Qauli, dan Fi’li.
Pembahagian 13 Rukun Solat
Pembahagian 13 rukun solat ini terdiri daripada tiga bahagian rukun iaitu rukun qalbi, fi’li dan qauli.
Rukun ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu Rukun Qalbi, qauli, dan Fi’li.
- Maksud qalbi ialah hati
- Maksud qauli pula ialah perkataan atau bacaan.
- Manakala fi’li ialah pergerakan atau perbuatan.
Rukun Qalbi (Hati)
Maksud bagi qalbi adalah (hati) ia meliputi sesuatu perkara yang perlu dilakukan melalui dalam hati.
Dua perkara yang terdapat dalam rukun qalbi antaranya adalah:
- Niat
- Tertib
Rukun Qauli (Bacaan)
Maksud qauli adalah (perkataan atau bacaan) iaitu rukun yang wajib didengari oleh telinga sendiri bagi setiap bacaan lafaznya.
5 bacaan yang terlibat dengan rukun qauli antaranya adalah:
- Takbiratul Ihram (ucapan Allahu Akbar)
- Bacaan Surah Al-fatihah
- Bacaan tasyahud akhir (Tahiyyat akhir)
- Selawat ke atas Nabi Muhammad pada tasyahud akhir (bacaan selawat pada tahiyat akhir)
- Memberi salam
Bacaan-bacaan inilah yang perlu kita melafazkannya melalui kata-kata dan tidak boleh menambah atau tersalah bacaannya. Jika ia berlaku, bimbang rosaknya solat dan boleh membawa kepada batalnya solat tersebut.
Rukun Fi’li (Pergerakan)
Manakala maksud bagi fi’li pula adalah pergerakan atau perbuatan.
Terdapat 6 pergerakkan atau perbuatan yang terlibat dalam Rukun Fi’li tersebut antaranya adalah:
- Berdiri (Qiam).
- Rukuk.
- Iktidal.
- Sujud.
- Duduk antara dua sujud.
- Duduk Tahiyat Akhir.
Jika terlupa atau tertinggal diantara rukun ini, maka perlu berpatah balik kepada perbuatan tersebut.
Namun, jika seseorang itu lupa atau tertinggal rukun yang sama pada rakaat seterusnya maka, perbuatannya tersebut akan menjadi kembali pada rakaat sebelumnya. Contoh: abu tertinggal rukuk ketika rakaat pertama, tetapi dia tersedar ketika telah pun melakukan rukuk pada rakaat kedua maka rukuknya ketika itu menjadi rukuk rakaat pertama.
Dan perbuatan sebelumnya itu tidak dikira (menjadi lagha).
Dalam solat berjemaah pula, jika seorang makmum itu tertinggal rukun fi’li, dia tidak boleh berpatah balik untuk melakukannya disebabkan kerana imam sedang sama rukun dengannya.
Ini kerana makmum tersebut telah terikat dengan pergerakan imamnya.
Penutup
Pembahagian rukun-rukun solat ini haruslah dititikberatkan dalam melaksanakan solat. Setiap pembahagian ini juga mempunyai peranan maksud yang tersendiri
Semoga apa yang dikongsikan dapat memberikan manfaat kepada anda semua.