Keliru Mencari Jodoh? Ini 5 Pertanda Jodoh Setelah Istikharah

Bagaimanakah caranya untuk mengetahui tentang pertanda jodoh setelah istikharah khusus bagi anda di luar sana yang sedang mencari pasangan terbaik?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan beberapa pertanda jodoh setelah istikharah.

Baca juga:

Apa itu solat istikharah?

pertanda jodoh setelah istikharah

Istikarah adalah antara cara yang digalakkan kepada umat Islam untuk memohon petunjuk dan jalan yang terbaik bagi apa jua keadaan, pilihan, atau masalah yang berlaku.

Hal ini secara tidak langsung menjelaskna bahawa solat istikharah dilakukan tidak tertumpu bila mana seseorang itu hendak memilih pasangan hidup sahaja.

Hukumnya adalah sunat. Nabi SAW kepada umatnya. Allah SWT menggalakkan hamba Nya untuk memohon petunjuk kepada-Nya dalam menentukan pilihan-pilihan yang harus dipilih olehnya. Allah SWT berfirman:

وَاستَعِينُواْ بِالصَّبرِ وَالصَّلَوةِ

"Dan kamu mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang." - (Surah Al-Baqarah, ayat 45)

Ketahui pertanda jodoh setelah istikharah

Sebelum anda mengetahui tentang pertanda jodoh setelah istikharah atau sebagainya, perlu anda tahu bahawa istikharah dilakukan bukan untuk memilih perkara ketaatan atau maksiat, halal atau haram, afdhal atau kurang afdhal namun ia untuk memilih dua perkara yang sukar dipilih kerana sama kedudukan dan kebaikannya. 

Justeru, setelah seseorang itu melakukan istikharah, Allah akan memberikannya taufiq dan hidayah untuk meneruskan urusanya dengan sebaik mungkin.

Beriku adalah antara pertanda jodoh setelah istikharah:

1. Dilapangkan dada dalam membuat keputusan

Para ulama’ menyatakan bahawa antara petunjuk yang diberikan Allah SWT kepada orang yang melaksanakan istikharah ialah dengan apa yang dilapangkan dadanya dalam membuat keputusan.

Hal ini disebutkan oleh Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Adzkar dengan berkata:

وَإِذَا اسْتَخَارَ مَضَى بَعْدَهَا لِمَا يَنْشَرِحُ لَهُ صَدْرُهُ ، والله أعلم

Dan apabila seseorang itu selesai melaksanakan istikharah, maka hendaklah dia melakukan urusannya menurut apa yang dilapangkan dadanya untuk membuat keputusan. WaAllahu a’lam." - (Lihat al-Azkar al-Nawawiyyah, 2/241)

Begitu juga, Imam al-Nawawi menyebutnya di dalam kitab al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab dengan berkata:

ثمَّ يَنْهَض بَعْد الاسْتِخَارَة لِمَا يَنْشَرِحُ لَهُ صَدْرُهُ

"Kemudian hendaklah dia bangkit daripada melakukan istikharah tersebut terhadap apa yang telah dilapangkan dadanya kepadanya." - (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 3/546)

2. Cenderung untuk ke arah pilihan tersebut

Sebelum kita diberikan kecenderungan kepada sesuatu pilihan setelah istikharah. Perlu kita sematkan dalam hati agar jangan terlalu cenderung kepada salah satu antara pilihan sebelum membuat istikharah.

Hal ini sebenarnya akan membuatkan pilihan kita bukanlah apa yang ditakdirkan kepada kita tetapi apa yang kita mahukan ia ditakdirkan kepada diri kita.

Jika ia berlaku, sudah tentu ini memberikan rasa kecewa yang sangat mendalam kerana meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada pilihan yang kita mahukan.

3. Dipermudahkan urusan

Pendapat lain dari para ulama pula seseorang akan diberikan pertanda jodoh setelah istikharah dengan dipermudahkan urusan tersebut.

Ulama menegaskan bahawa  tanda kita dijauhkan adalah apabila perkara itu tidak lagi kekal dalam hati kita selepas kita bertekad untuk melakukannya.

Hal ini bertepatan dengan doa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW:

"Seandainya Engkau (ya Allah) mengetahui bahawa urusan ini mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku, dan kesudahan urusanku sama ada cepat ataupun lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya.”

4. Mendapat ilham atau cetusan idea

Selain itu, jawapan kepada istikharah juga boleh datang dalam bentuk ilham atau cetusan idea.

Ilham itu pula dihadirkan dengan beberapa cara sama ada melalui rasa hati, kata-kata dari orang lain, atau tanda yang diberikan oleh Allah SWT sendiri.

5. Melalui mimpi

Sudah menjadi kepercayaan masyarakat kita jawapan istikharah yang dilakukan oleh seseorang mestilah datang dalam bentuk mimpi ketika dia tidur.

Sebenarnya, tiada sandaran di dalam syarak dan tidak disyaratkan jawapan tersebut melalui mimpi sahaja.

Namun ia tidak mustahil berlaku atas izin Allah juga. Apa yang boleh kita lakukannya adalah memohonlah petunjuk daripada Allah SWT, susuli dengan amal perbuatan dan bertawakal kepada Nya.

Bersihkan hati, pertunjuk menghadirkan diri

Istikharah ini berkait rapat dengan hati. Jika hati kita kotor, mana mungkin mendapat pertunjuk daripada Allah.

Contohnya, orang yang bersungguh-sungguh melakukan istikharah tetapi tidak menjaga solat fardhu yang wajib, mana mungkin mereka mendapat pertunjuk jodoh setelah istikharah yang diharapkan itu.

Namun, seandainya hati kita bagus dan bersih iaitu orang yang melaksanakan dan tidak pernah meninggalkan perintah Allah, maka Allah akan mempermudahkan jawapan dan berikan petunjuk kepada kita mana yang baik serta tidak baik.

Kesimpulannya, istikharahlah dengan berlapang dada dan bersangka baik dengan setiap pilihan yang telah Allah berikan dan tetapkan dalam hidup kita.

Yakinilah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Dalam Dalam rekod At-Thobrani (980), dikatakan bahawa Rasulullah berkata,

“Tidak akan kecewa bagi yang melaksanakan Istikharah dan tidak akan menyesal bagi orang yang suka berIstisyarah”.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini mengenai pertanda jodoh setelah istikharah dapat memberikan anda semua ilmu pengetahuan dan informasi yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. #411: Jawapan Istikharah Melalui Mimpi. Maktabah Al Bakri
  2. Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-342: Adakah Disyaratkan Bermimpi Sebagai Jawapan Istikharah. Mufti Wilayah Persekutuan
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.