Solat Istikharah Yang Ringkas Berserta Doa, Mencari Petunjuk Daripada Allah
Apakah makna istikharah dan bagaimana pula seseorang boleh mencari petunjuk melalui solat istikharah? Perkongsiaan artikel ini ada jawapannya.
Pengertian istikharah
Perkataan istikharah adalah dari perkataan خير beerti kebaikan. Sedangkan penambahan hurur Alif, Sin, dan Ta mengubah maknanya menjadi استخار iaitu memohon pilihan.
Solat istikharah adalah salah satu dari sunnah yang telah diajarkan oleh baginda Rasulullah SAW. Berdasar sebuah hadis daripada Jabir Bin Abdullah:
Maksudnya :” Rasulullah saw pernah mengajarkan kami tentang memohon pilihan bagi semua perkara (istikharah) sepertimana Baginda mengajarakan kami surah daripada Al-Quran. Baginda bersabda : Jika salah seorang dari kalian gusar tentang satu perkara maka rukuklah dua rakaat selain dari yang fardu. Kemudian katakanlah : Ya Allah, aku memohon pilihan dengan ilmu Mu, aku memohon kekuatan dengan kekuatan Mu, Aku juga memohon daripada limpahan Mu yang Agung. Engkau mampu sedangkan aku tidak. Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak tahu. Engkau Maha Tahu tentang perkara yang ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untuk untuk agamaku, kehidupanku dan penghujungku. Ataupun Nabi bersabda : sama ada perkara yang segera atau yang lambat. Maka permudahkanlah urusanku dan berkatilah aku dalam urusan tersebut. Jika Engkau tahu bahawa perkara ini buruk bagiku pada agamaku, kehidupanku dan penghujung hidupku. Ataupun Baginda bersabda : sama ada yang segera atau yang lambat. Maka, jauhkanlah ia dariku dan jauhkan aku darinya. Dan tentukan bagiku yang terbaik kemudian redhailah aku dengannnya. Kemudian Baginda bersabda : Orang itu (boleh) menyatakan hajatnya.” – (Hadis Riwayat Al-Tirmizi, no: 480, Ibnu Majah, no: 1383)
Tatacara solat istikharah
Solat istikharah ini dilaksanakan sama sahaja seperti solat sunat yang lain juga. Sebelum mengetahui lebih lanjut mengenai cara mendirikannya, adalah lebih baik kita tahu niatnya dahulu:
Usolli sunnatal istikharati rak’ataini lillahi ta’ala
Maksudnya: “Sahaja aku solat sunat istikharah dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”
Rakaat Pertama
1. Dimulakan dengan takbir dan berniat dalam hati.
2. Membaca doa iftitah.
3. Membaca surah al-Fatihah.
4. Dianjurkan membaca surah al-Kafirun.
5. Rukuk dan iktidal.
6. Sujud, duduk antara dua sujud dan sujud kali kedua.
Rakaat Kedua
1. Dimulakan dengan lafaz takbir permulaan rakaat kedua.
2. Membaca surah al-Fatihah.
3. Dianjurkan membaca surah al-Ikhlas.
4. Rukuk dan iktidal.
5. Sujud, duduk antara dua sujud dan sujud kali kedua.
6. Membaca doa istikarah ketika sujud akhir.
7. Duduk tahiyyat akhir.
8. Memberi salam.
9. Baca surah al-Fatihah dan berwirid. Perbanyak istigfar dan memohon keampunan Allah SWT.
10. Membaca doa solat sunat istikharah.
Doa istikharah teks arab & rumi
Allahumma innii astakhiiruka bi’ilmika
Wa astaqdiruka biqudrotika
Wa as aluka min fadhlikal azhiim
Fainnaka taqdiiru wa laa aqdiru
Wata’lamu wa laa a’lamu
Wa anta ‘allaamul ghuyuub
Allaahumma in kunta ta’lamu
Anna haadzal amro khoirun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibati amri
Faqdurhu lii wayassirhu lii
Tsumma baarikli fiihi
Wa in kunta ta’lamu
Anna haadzal amro syarrun lii fii diini
Wa ma’aasyii wa ‘aaqibati amri
Fashrifhu ‘annii washrifnii ‘anhu
Waqdur liyal khairahaytsu kaana
Tsumma aor dhinii bih
Maksudnya: “Ya Allah, aku memohon agar memilih mana yang baik menurut Engkau ya Allah. Aku juga memohon diberikan kepastian dengan ketentuanMu dan aku memohon dengan kemurahan Mu Tuhan yang Maha Agung.
Sesungguhnya Engkau Tuhan yang Berkuasa, sedangkan aku tidak tahu. Engkau Tuhan yang amat mengetahui segala sesuatu yang masih tersembunyi.
Ya Allah! Jika menurut pendapat Mu urusan ini (sebutkan perkara tersebut) memberi kebaikan bagiku untuk agamaku, kehidupanku, dan pekerjaanku, maka takdirkanlah ia bagiku dan berkatilah ia padaku.
Jika menurut pengetahuan Mu bahawa urusan ini (sebutkan perkara tersebut) memberi keburukan bagiku untuk agamaku, kehidupanku dan pekerjaanku, maka ku mohon agar Engkau jauhkan ia daripadaku dan kurniakanlah bagiku hanya kebaikan di mana sahaja aku berada. Jadilah aku orang yang redha atas anugerah Mu.”
Doa istikharah ini boleh dibaca pada 3 waktu iaitu:
1. Selepas memberi salam
Kebanyakkan ulama memberi pendapat bahawa doa istikharah perlu dibaca selepas memberi salam. Maksudnya di sini sejurus sahaja selepas memberi salam pada rakaat kedua/terakhir, kita boleh membaca doa tersebut.
2. Sebelum memberi salam
Ada juga sebagian ulama yang lainnya mengharuskan ia dibaca ketika sujud terakhir solat istikharah yakni selepas tahiyat akhir.
3. Tiada waktu khas
Imam Ibnu Taimiyah contohnya memberi pendapat bahawa tidak ada sama sekali waktu tertentu untuk doa ini dibaca. Kita boleh berdoa sama ada sebelum memberikan salam atau selepas solat.
Diharapkan sedikit perkongsian ini dapat memberikan anda informasi yang bermanfaat untuk dipraktikkan dan dikongsikan kepada orang lain.
Sumber:
- Al-Kafi #829: Apa Itu Istikharah. Mufti Wilayah Persekutuan
- Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-342: Adakah Disyaratkan Bermimpi Segera Jawapan Istikharah. Mufti Wilayah Persekutuan
- Adakah Solat Istikharah Pemutus Kepada Pemilihan? Mufti Kerajaan Negeri Sembilan