Solat Sunat Wuduk: Niat dan Panduan Lengkap Solat

Artikel pada kali ini kami akan berkongsikan serba sedikit maklumat mengenai panduan lengkap bagaimanakah cara melaksanakan solat sunat wuduk.

Dalam panduan ini, anda akan dibimbing secara langkah demi langkah sehinggalah solat ini selesai.

Baca juga:

Apakah solat sunat wuduk?

solat sunat wuduk

Solat sunat wuduk atau juga dikenali sebagai solat syukur wuduk adalah solat sunat yang didirikan selepas sahaja seseorang itu selesai mengambil wuduk.

Dalil pensyariatan solat selepas wuduk

Daripada ‘Utsman bin ‘Affan RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:


مَنْ تَوَضَّأَ وُضُوئِي هَذَا، ثُمَّ يُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ، لاَ يُحَدِّثُ نَفْسَهُ فِيهِمَا بِشَىْءٍ، إِلاَّ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Sesiapa yang berwuduk seperti wuduk aku ini, kemudian dia menunaikan solat dua rakaat, yang mana dia tidak lalai di dalamnya, maka akan diampunkan dosa-dosa (kecilnya) yang terdahulu." - (Hadis Riwayat Al-Bukhari, No, 1934)

Waktu yang ditetapkan & bilangan rakaat

Solat sunat selepas wuduk ini perlu dilaksanakan selesai sahaja seseorang berwuduk. Manakala bilangan rakaatnya adalahh sebanyak dua rakaat.

Hukum solat sunat wuduk

Hukum asal solat sunat wuduk adalah sunat, iaitu perkara yang apabila dibuat dapat pahala dan jika ditinggalkan tidak berdosa.

Namun apabila solat ini dilakukan pada waktu-waktu yang dimakruhkan, hukumnya adalah harus.

Menurut Syeikh Taqiyuddin Al-Hisni dalam Kitab Kifayah Al-Akhyar, terdapat empat waktu yang dimakhruhkan untuk seseorang itu mendirikan solat sunat ini.

Antaranya adalah:

  • Selepas solat subuh sehingga matahari terbit.
  • Ketika matahari terbit sehingga sempurna dan meninggi dengan kadar tombak.
  • Selepas asar sehingga matahari terbenam.
  • Ketika matahari terbenam sehingga sempurna benamnya.

Cara mendirikan solat sunat ini

Solat sunat ini dilaksanakan sama sahaja seperti solat sunat yang lain. Bilangan rakaatnya adalah sebanyak 2 rakaat.

Berikut adalah tatacara yang boleh anda jadikan panduan:

Rakaat pertama:

1. Berdiri tengak menghadap kiblat kemudian baca lafaz niat dalam bahasa arab seperti ini.

أصلي سنة الوضوء ركعتين لله تعالى

Usolli sunnatal wudhuu-i rok’ataini lillahi Ta’ala

Sahaja aku solat sunat wuduk dua rakaat kerana Allah Taala.

2. Takbiratul ihram dan mengangkat kedua-dua belah tangan sambil menyebut:

solat sunat wuduk

الله أكبر

Allahuakbar

Allah Maha Besar

3. Membaca doa iftitah

اللهُ اَكْبَرُ كَبِرًا وَالْحَمْدُ لِلهِ كَشِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَاَصِيْلًا . اِنِّى وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ فَطَرَالسَّمَاوَاتِ وَالْااَرْضَ حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا اَنَا مِنَ الْمُشْرِكِيْنَ . اِنَّ صَلَاتِيْ وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِيْ لِلهِ رَبِّ الْعَا لَمِيْنَ . لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَبِذَ لِكَ اُمِرْتُ وَاَنَ مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

Allaahu akbaru kabiirawwalhamdu lillaahi katsiiraa. Wa subhaanallaahi bukratawwa aashiila.

Wajjahtu wajhiya lilladzii fatoros samaawaati wal ardha haniifam-muslimaa. Wamaa anaa minal musyrikiin.

Inna solaatii wa nusukii wa mahyaaya wa mamaatii lillaahi Rabbil ‘aalamiin. Laa syariikalahu wa bidzaalika umirtu wa anaa minal muslimiin

"Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang. Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, hal keadaannya bersih dalam Islam. 

Tidaklah aku dari golongan orang-orang yang mensyirikkan Tuhan. Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku bagi Allah, Tuhan yang memiliki alam keseluruhannya. 

Tidak ada bersekutu dengan-Nya sesuatu dan dengan demikian aku disuruh dan aku daripada golongan muslimin."

4. Membaca Al-Fatihah dengan tartil dan dilafazkan

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِیْمِاَلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِیْنَ(1) الرَّحْمٰنِ الرَّحِیْمِ(2) مٰلِكِ یَوْمِ الدِّیْنِﭤ(3) اِیَّاكَ نَعْبُدُ وَ اِیَّاكَ نَسْتَعِیْنُﭤ(4) اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِیْمَ(5) صِرَاطَ الَّذِیْنَ اَنْعَمْتَ عَلَیْهِمْ ﴰ غَیْرِ الْمَغْضُوْبِ عَلَیْهِمْ وَ لَا الضَّآلِّیْنَ(7)

Bismillahirahmanirahim. Alhamdulillah hirabbil alamin. Arrahmanirrahim. Maliki yaumiddin. Iyya kana’ budu iyya kanasta ‘in. Ihdinas sirotol mustaqim. Sirotollazina an’am ta’alaihim ghairil maghdu bi ‘alaihim waladhollin

“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah,Tuhan semesta alam. Maha Pemurah,Maha Penyayang. Memiliki hari Pembalasan. 

Hanya kepada Engkaulah kami menyembah,dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan. 

Tunjukilah kami jalan yang lurus, (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang murka, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.”

5. Membaca mana-mana surah pilihan dalam Al-Quran mengikut kemahuan.

6. Rukuk sambil bertakbir

solat sunat wuduk

سُبْحَانَ رَبِّىَ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ

Subhaa na rabbiyal a’zimi wabihamdih (diulang sebanyak tiga 3 kali)

"Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dengan segala sifat-Nya yang terpuji."

Dalam keadaan ini kedudukan kedua-dua belah tangan mestilah diletakkan di atas kedua-dua belah lutut kaki.

7. I’tidal sambil melafazkan bacaan ini:

 سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ

Sami’allahu liman hamidahu robbana lakalhamdu

 "Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian."

8. Sujud sambil bertakbir dengan lafaz ini

solat sunat wuduk

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Subhana rabbiyal a’la wabihamdih

"Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya."

9. Bacaan duduk antara dua sujud

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَاجْبُرْنِي وَارْفَعْنِي وَارْزُقْنِي وَاهْدِنِي وَعَافَنِي وَاعْفُ عَنِّي

Rabbigfirli warhamni wajburni warfagni warzuqni wahdini wa a’fini wa’fu anni

"Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku."

10. Sujud kembali sambil bertakbir. Selepas sujud kedua, bertakbir dan bangun untuk meneruskan rakaat kedua.

Rakaat kedua:

1. Bangun lalu meneruskan dengan rakaat kedua.

2. Membaca Al-Fatihah dengan tartil dan dilafazkan

3. Membaca mana-mana surah pilihan dalam Al-Quran mengikut kemahuan.

4. Rukuk sambil bertakbir.

5. I’tidal (bangun dari rukuk), sujud, duduk diantara dua sujud.

6. Membaca tahiyat akhir

solat sunat wuduk

اَلتَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللهِ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ اَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِاللهِ الصَّالِحِيْنَ، أَشْهَدُ اَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّاللهُ وَاَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهُ، اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى اِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ اِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَرَكْتَ عَلَى
اِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ اِبْرَاهِيْمَ فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ

Attahiyatul mubarakatush solawatuth thayyibatu lillah. Assalamu’alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullahi wabarakatuh. Assalamu’alayna wa ’alaa ‘ibadillahis solihin. Asyahadu allaa ilaha illallah.

Wa ’asyhadu anna muhammadar rasulullah. Allahumma solli ’alaa muhammad wa ’alaa ali muhammad. Kama sollayta ’ala ibrahim wa ’alaa ali ibrahim.

Wabarik ‘alaa muhammad wa ’alaa ali muhammad. Kama barakta ‘alaa ibrahim wa ’alaa ali ibrahim fil ‘alamin innaka hamidum-majid.

Segala ucapan selamat yang berkat-berkat (berganda-ganda) dan doa yang baik-baik semuanya untuk Allah.

Selamat sejahtera atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya. Dan selamat sejahtera atas kita dan juga hamba-hamba Allah yang baik-baik.

Aku mengaku bahawa tiada tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu utusan Allah.

Ya Allah anugerahkanlah kesejahteraan atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Nabi Muhammad. Seperti yang Engkau telah anugerahkan kesejahteraan atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim.

Dan berkatilah Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad. Seperti yang Engkau telah berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi.”

7. Memberikan salam.

Hikmah mendirikan solat sunat wuduk

Terdapat beberapa hikmah bila mana anda mendirikan solat sunat. Antara kebaikannya adalah seperti:

  • Menyempurnakan ibadah kepada Allah kerana solat sunat ini dapat menampung kekurangan dalam solat fardhu.
  • Menambah kesihatan badan melalui peningkatan aktiviti otot badan, peningkatan kadar metabolisma badan dan penurunan berat badan.
  • Menambah khusyuk untuk menunaikan solat fardhu kerana solat sunat wuduk merupakan persediaan sebelum solat fardhu.

Kesimpulannya, sebagai umat islam kita haruslah mengambil kesempatan ini dalam meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita sebagai hamba Nya kepada Allah SWT.

Ibadah sunat ini adalah seharusnya ditunaikan dengan sebaik mungkin seusai sahaja mengambil wuduk sebelum mendirikan solat fardhu atau solat sunat yang lain.

Sumber:

  1. Al-Kafi #1560: Hukum Mengerjakan Solat Sunat Wuduk. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Al-Kafi #1561: Hukum Mengerjakan Solat Sunat Wuduk Pada Waktu-Waktu Yang Dimakhruhkan Solat. Mufti Wilayah Persekutuan
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.