Niat Puasa Hari Asyura Dalam Rumi dan Manfaatnya

Bulan Muharram sudah tiba. Dalam bulan ini, umat Islam sangat digalakkan untuk berpuasa contohnya di hari asyura. Justeru apakah niat puasa hari asyura tersebut?

Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan niat puasa hari asyura dan manfaat yang boleh kita dapatkan dari amalan ini.

Baca juga:

Apa itu hari asyura?

Asyura adalah perkataan yang berasal dari bahasa Arab iaitu “asyara” bermaksud sepuluh. Ini bertepatan dengan hari tersebut yang merupakan har kesepuluh di dalam kalender Islam iaitu 10 Muharram.

Pada hari asyura ini, umat Islam menyaksikan peristiwa dan sejarah terbesar yang berlaku ke atas Nabi seperti:

1. Nabi Musa diselamatkan daripada dikejar Firaun

Peristiwa ini ada ditulis dalam kitab Injil. Oleh kerana itulah, orang-orang Yahudi turut melakukan  puasa pada 10 Muharam sebagai tanda syukur Nabi Musa dan Bani Israil telah diselamatkan oleh Firaun.

2. Allah menerima taubat Nabi Adam

Nabi Adam dan Hawa diturunkan ke bumi disebabkan oleh beliau melanggar larangan Allah dengan memakan salah satu buah di dalam syurga.

Atas penyelesan itu, Nabi Adam berdoa dan menyesali perbuatan tersebut,

“Wahai Rabb kami, sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami sendiri. Dan apabila Engkau tidak mengampuni kami, tentunya kami termasuk dari orang-orang yang rugi”. 

3. Allah selamatkan Nabi Yunus daripada perut ikan

Selama 40 hari Nabi Yunus terperangkap di dalam perut ikan nun. Kemudian, Nabi Yunus berdoa ketika berada di dalam perut ikan tersebut.

“Tiada Tuhan melainkan Engkau (Ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada teraniaya, tolonglah daku! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang zalim”. 

Dalil tentang puasa hari asyura

Daripada Abu Qatadah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

“Berpuasa pada hari asyura sesunggunya aku mengharapkan kepada Allah supaya ia dapat menghapuskan dosa-sosa setahun sebelumnya.” – (Hadis Riwayat Ibn Majah, No, 1738)

Maka berdasarkan hadis di atas, jelaslah bahawa puasa hari asyura adalah amalan yang diperintahkan kepada umat Islam dan hukumnya adalah sunat.

Namun yang demikian, umat Islam juga diperintahkan untuk berpuasa sunat pada hari sebelum atau selepas 10 Muharam.

Hal ini bertujuan untuk  membezakan golongan Yahudi yang hanya berpuasa pada 10 Muharam secara tunggal.

Daripada Ibn Abbas R.Anhuma beliau berkata bahawa Nabi SAW bersabda:

“Berpuasalah kalian pada hari asyura dengan golongan Yahudi. Berpuasalah sehari sebelumnya ataupun sehari selepasnya.” – (Hadis Riwayat Ahmad, No. 2154)

Begitu juga dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abbas R.anhuma, sabda Nabi SAW:

“Sekiranya aku masih hidup pada tahun hadapan nescaya aku akan berpuasa pada hari ke-9 (Muharram).” – (Hadis Riwayat Muslim, No. 1134)

Niat puasa hari tasu’a (hari ke-9 Muharram)

Berikut adalah lafaz niat puasa hari tasu’a:

نَوَيْتُ صَوْم تَاسُعَاء سُنَّة لله تَعَالى

Nawaitu Sauma Tasu’a Sunnatal Lillahita’ala

"Sahaja Aku Puasa Sunat Hari Tasu’a Esok Hari Kerana Allah Ta’ala.”

Niat puasa hari asyura (hari ke-10 Muharram)

Berikut adalah lafaz niat puasa hari asyura:

نَوَيْتُ صَوْم عشرسُنَّة لله تَعَالى

Nawaitu Sauma Asyura Sunnatal Lillahita’ala

“Sahaja Aku Puasa Sunat Hari Asyura Esok Hari Kerana Allah Ta’ala”

Hikmah puasa hari asyura

niat puasa hari asyura

Rasulullah SAW menceritakan kelebihan berpuasa pada hari Asyura. Perkara ini direkodkan dalam hadis Muslim yang menyebutkan:

سُئل النبي صلى الله عليه وسلم عن صيام يوم عاشوراء ، فقال أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ

“Rasulullah ditanya tentang puasa hari Asyura. Maka baginda bersabda: Sungguhnya aku mengira bahawa Allah akan menghapuskan dosa setahun yang sebelumnya.” – (Hadis Riwayat Muslim)

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan niat puasa hari asyura dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. #1065 Puasa Hari ‘Asyura. Maktabah Al Bakri
  2. Irsyad Al-Hadith Siri Ke-413: Peringkat Puasa Asyura. Mufti Wilayah Persekutuan
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.