Lafaz Azan, Cara Jawab Azan & Doa Selepas Azan

Lafaz Azan, Cara Jawab Azan & Doa Selepas Azan

Menjawab seruan azan setelah azan dilaungkan adalah sangat dituntut dalam islam. Perkara yang nampak mudah seperti menjawab azan ini ramai umat islam kita mengambil sambil lewa terhadap perkara asas dalam kehidupan seharian.

Di sini kami kongsikan bagaimanakah cara jawab azan dengan betul. Artikel Ini ditulis dengan lengkap bagi menerangkan bagaimakah cara menjawab azan dengan betul setiap kali azan dilaungkan pada setiap waktu termasuk waktu subuh yang terdapat beberapa kelainan dari segi jawab azan tersebut.

Apa yang menarik pada penulisan artikel ini adalah:

Setiap bacaan azan dan lafaz menjawabnya dipermudahkan dengan ejaan rumi bagi membantu kepada sesiapa yang menghadapi kesukaran untuk membaca dalam tulisan arab.

Lafaz Azan : Pengenalan


Apa Maksud Azan?

Azan bermaksud seruan atau laungan yang menandakan telah masuk waktu solat.

Azan hanya boleh dilakukan oleh muazzin atau bilal(orang yang meneriakkan azan) iaitu dari kalangan lelaki yang boleh melakukan laungan azan.

Perempuan tidak boleh melaungkan seruan azan.

Azan dari segi bahasa adalah berasal dari perkataan “al-i-lam” yang membawa maksud (pemberitahuan) atau an-nida’ iaitu (seruan).

Manakala Azan dari segi istilah pula bermaksud satu gabungan perkataan-perkataan tertentu untuk memaklumkan kepada orang ramai tentang masuknya waktu solat fardu.

Penandaan ini dibuat dengan melaungkan dengan lafaz-lafaz tertentu.

Hukum Jawab Azan


Hukum menjawab azan adalah sunat Muakkad (sunat yang dituntut). Ketika azan dilaungkan, kita sebagai umat Islam dianjurkan agar meninggalkan segala aktiviti yang sedang dilakukan serta dalam masa yang sama perlulah menjawab azan sebagai satu bentuk penghormatan.

Daripada Abu Sa’id al-Khudri bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا سَمِعْتُمُ النِّدَاءَ، فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ المُؤَذِّنُ

Maksudnya: “Apabila kalian mendengar adzan maka ucapkanlah seperti yang sedang diucapkan muadzin”. 

[Riwayat al-Bukhari (576)]

Perkara Sunat Dilakukan Sebelum Melaungkan Azan


  1. Berwuduk.
  2. Menghadap ke arah Kiblat.
  3. Berdiri sewaktu azan.
  4. Dilakukan di tempat yang tinggi supaya mudah didengari oleh semua.
  5. Muazzin haruslah mengeluarkan suaranya yang nyaring.
  6. Mengulang-ngulang lafaz syahadatain (dua kalimah syahadat.
  7. Muazzin menutup kedua-dua telinganya dengan jari telunjuk ketika mengucap “Haiyya a’lassolah” sambil memalingkan muka ke arah kanan dan berpaling ke arah kiri ketika mengucapkan “Haiyya ‘alalfalah”

Lafaz Azan


Di bawah merupakan kalimah seruan azan yang dilaungkan oleh muazzin untuk semua waktu solat kecuali bagi solat subuh:

Lafaz laungan Azan dalam ejaan rumi.


Allah u Akbar
Allah u Akbar

Ash-hadu allāilāha illallāh
Ash-hadu allāilāha illallāh

Ash-hadu anna Muhammadan rasūlullāh
Ash-hadu anna Muhammadan rasūlullāh

Hayya ‘alas-salāh
Hayya ‘alas-salāh

Hayya ‘alal-falāh
Hayya ‘alal-falāh

Allāhu akbar
Allāhu akbar

Lā ilāha illallāh
Lā ilāha illallāh

Maksud Azan yang berkumandang:


Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah.
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah.

Aku bersaksi bahawa Nabi Muhamad itu pesuruh Allah.
Aku bersaksi bahawa Nabi Muhamad itu pesuruh Allah.

Marilah mendirikan solat.
marilah mendirikan solat.

Marilah kepada kejayaan.
Marilah kepada kejayaan.

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.

Tiada Tuhan melainkan Allah.

Kalimah Seruan Azan Solat Subuh


Di bawah merupakan kalimah seruan azan yang dilaungkan oleh muazzin untuk solat subuh:

Lafaz laungan Azan dalam ejaan rumi.


Allah u Akbar
Allah u Akbar

Ash-hadu allāilāha illallāh
Ash-hadu allāilāha illallāh

Ash-hadu anna Muhammadan rasūlullāh
Ash-hadu anna Muhammadan rasūlullāh

Hayya ‘alas-salāh
Hayya ‘alas-salāh

Aṣ-ṣalātu khayru min an-naūm
Aṣ-ṣalātu khayru min an-naūm

Hayya ‘alal-falāh
Hayya ‘alal-falāh

Allāhu akbar
Allāhu akbar

Lā ilāha illallāh
Lā ilāha illallāh

Maksud Azan yang berkumandang:


Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah.
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah.

Aku bersaksi bahawa Nabi Muhamad itu pesuruh Allah.
Aku bersaksi bahawa Nabi Muhamad itu pesuruh Allah.

Marilah mendirikan solat.
marilah mendirikan solat.

Marilah kepada kejayaan.
Marilah kepada kejayaan.

Solat itu lebih baik daripada tidur.
Solat itu lebih baik daripada tidur.

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.

Tiada Tuhan melainkan Allah.

Cara Jawab Azan


Apabila kita mendengan laungan seruan azan kita disunatkan untuk menjawab panggilan azan tersebut.

Cara menjawab azan adalah dengan mengikut atau mengulangi seruan azan tersebut secara perlahan-lahan yang dilaunkan oleh muazzin dalam azan tersebut kecuali pada beberapa kalimat berikut:

1- Kalimah :

Hayya ‘alas-salāh

Hendaklah dijawab dengan :

La Haula wala quwwata illa billah

Maksudnya:

Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah.

2- Kalimah:

Hayya ‘alal-falāh

Hendaklah dijawab dengan kalimah:

lafaz azan cara jawab doa
La Haula wala quwwata illa billah

Maksudnya:

Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah

3- Kalimah

lafaz azan cara jawab doa
Aṣ-ṣalātu khayru min an-naūm

Hendaklah dijawab dengan:

sodaqta wa bararta

Maksudnya:

Benar dan Engkau mendapat kebaikan.

Doa Selepas Azan


Selepas sahaja muazzin selesai melaungkan azan, kita disunatkan untuk membaca doa selepas azan sebagai salah satu untuk mendoakan selamat sejahtera atas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Berikut merupakan doa selepas solat disunatkan untuk membacanya:

lafaz azan cara jawab doa
Allahumma rabba hazihid da’ watittamah.
Wassolatil qaimah.
Ati saiyidana Muhammadanil wasilata wal fadhilah.
Wassyarafa waddarajatal ‘aliatar rafi’ah.
Wab’athhul maqamal mahmudal lazi wa’adtah.
Innaka laatukhliful mi’ad.

Maksudnya:

Ya Allah, Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan.

Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang Engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan,

Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.

kelebihan doa selepas azan
Sumber infografik: JAKIM

Kelebihan Membaca Doa Selepas Azan

Rasulullah SAW bersabda:
Barangsiapa yang mendengar azan, kemudian dia membaca (doa azan setelah selesai azan);

اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلَاةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ

«Wahai Allah, Tuhan kepada panggilan sempurna ini dan solat yang didirikan, berikan kepada Muhammad kemuliaan dan keutamaan serta kurniakan kepada Baginda tempat terpuji sebagaimana yang Engkau janjikan.» Maka dia akan mendapat syafaatku.

HR Al-Bukhari, 614

KESIMPULAN


Diharapkan dengan perkongsian ini dapat memberi pembelajaran yang bermanfaat serta memudahkan urusan kepada anda untuk menjawab azan dengan sempurna.

Diharapkan dengan perkongsian yang diberi dapat memberi serba sedikit pendedahan yang tepat mengenai Lafaz azan, Cara jawab azan dan doa selepas azan yang tepat kepada pembaca sekalian.

Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.