Solat Gerhana Bulan: Niat & Panduan Lengkap Solat

Artikel pada kali ini kami akan berkongsikan serba sedikit maklumat mengenai panduan lengkap bagaimanakah cara melaksanakan solat gerhana bulan apabila terjadinya fanomena tersebut.

Dalam panduan ini, anda akan dibimbing secara langkah demi langkah sehinggalah solat ini selesai.

Baca juga:

Pengenalan

solat gerhana bulan

Solat gerhana bulan adalah solat sunat yang dilakukan ketika berlakunya gerhana bulan. Solat ini juga dikenali sebagai solat khusuf.

Umat Islam boleh mendidirikan solat ini secara bersendirian atau berjemaah.

Apabila berlakunya gerhana bulan, sunat kepada orang Islam bagi mendirikan solat sunat tersebut yang dilakukan apabila:

  • Gerhana bulan biasanya berlaku pada pertengahan bulaan hijriah.
  • Kebiasaannya ia berlaku pada waktu malam.
  • Fenomena ini sering berlaku.
  • Ia disunatkan membaca Al-Fatihah dan surah secara kuat (jahar) dalam melakukan Solat Gerhana tersebut.

Tujuan solat ini dilakukan adalah untuk menunjukkan rasa kagum akan kehebatan betapa besarnya ciptaan Allah SWT, dan ianya tidak dilakukan kerana membesarkan bulan yang sedang mengalami gerhana itu.

Panduan lengkap berkaitan Solat Sunat Gerhana Matahari boleh dirujuk pada pautan ini: Solat Gerhana Matahari Lengkap Dalam Rumi (Bergambar)

Pengertian Gerhana Bulan (Khusuf)

“Sesungguhnya matahari dan bulan itu kedua-duanya adalah sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Allah. Tidaklah terjadi gerhana kerana matinya seseorang dan tidak pula kerana lahirnya. Apabila kamu telah menyaksikannya maka berdoalah kepada Allah dan solatlah kamu hingga cuaca telah terang kembali.”

Hadis direkodkan oleh al-Bukhari dan Muslim

Khusuf‘ (الخُسُوفِ) dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya bulan, sama ada terlindungnya itu hanya sebahagian atau keseluruhan cahayanya.

Walaubagaimanapun, kedua-dua perkataan ini digunakan adalah bagi menggambarkan gerhana matahari dan bulan, namun perkataan khusuf ini digunakan bagi gerhana bulan.

Menurut hadis, ketika berlaku gerhana matahari iaitu pada hari kematian puteranya Ibrahim, galakan mengerjakan ibadah solat sunat gerhana ini berdasarkan Rasulullah SAW bersabda:

solat gerhana bulan

Hukum solat gerhana

Hukum bagi melaksanakan solat gerhana ini sama ada gerhana matahari atau gerhana bulan adalah sunat muakkad.

Dalam kata lain, ibadah ini adalah sunat yang sangat dituntut dalam mengerjakannya dan besar juga pahalanya.

Jumlah rakaat solat gerhana bulan

Solat sunat gerhana bulan ini didirikan sebanyak 2 rakaat sama seperti solat-solat sunat yang lain.

Apa yang membezakannya adalah ia mempunyai 4 Al-Fatihah, 4 rukuk dan 4 sujud dalam 2 rakaat.

Lafaz niat solat gerhana bulan

solat gerhana bulan
Usolli Sunnatal Khusuu-fi Rak’ataini Lillahi Taala 

Sahaja aku solat sunat Gerhana Bulan dua rakaat kerana Allah Taala.

Cara mengerjakan solat gerhana bulan

Cara mengerjakan solat sunat gerhana ini mempunyai sedikit perbezaan daripada solat-solat sunat yang lain.

Ia boleh dilakukan secara bersendirian dan lebih afdalnya dilakukan secara berjemaah.

Solat ini mempunyai 2 kali rukuk pada setiap rakaat. Bacaan tasbih pada setiap rukuk dan sujud diperbanyakkan sehingga 100 kali.

Cara mengerjakan solat sunat ini adalah seperti berikut:

1. Solat Dimulakan dengan mengangkat takbiratul ihram.

Semasa mengangkat takbir, bacakan niat dalam hati.

solat gerhana bulan
Usolli Sunnatal Khusuu-fi Rak’ataini Lillahi Taala 

Sahaja aku solat sunat Gerhana Bulan dua rakaat kerana Allah Taala.

2. Kemudian, tangan diletakkan di antara pusat dan dada. Selepas itu, membaca doa iftitah.

3. Seterusnya, diikuti dengan membaca surah al-Fatihah

4. Kemudian, baca mana-mana surah pilihan dalam Al-Quran mengikut kemahuan.

5. Selesai sahaja membaca surah, ia diteruskan dengan rukuk pertama dengan membaca tasbih sebanyak 100 kali.

solat gerhana bulan
Subhana Rabbiyal ‘AziiMi Wa Bihamdih (100 Kali) 

6. Kemudian, selesai sahaja dari rukuk pertama maka, lakukanlah qiyam (berdiri sekali lagi) untuk kali kedua pada Rakaat Pertama.

  • Iktidal sambil tangan diletakkan di antara pusat dan dada. Selepas itu, diikuti dengan membaca surah Al-Fatihah.
  • Kemudian, baca mana-mana surah pilihan dalam Al-Quran mengikut kemahuan.

7. Selesai sahaja membaca mana-mana surah pilihan, teruskan pula dengan melakukan rukuk kedua pada rakaat pertama dengan membaca tasbih sebanyak 90 kali.

solat gerhana bulan

8. Selesai sahaja rukuk, maka bangunlah untuk melakukan iktidal.

9. Kemudian, lakukan sujud sambil membaca tasbih sebanyak 100 kali.

 Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih (100 Kali) 

10. Selepas itu, duduk antara dua sujud ( sunat dipanjangkan tempohnya ketika duduk antara dua sujud ini).

11. Kemudian, lakukan sujud kedua pada rakaat pertama dengan membaca tasbih sebanyak 90 kali.

 Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih (90 Kali) 

Selesai tasbih sujud 90 kali, maka bangunlah berdiri untuk rakaat kedua.

12. Rakaat kedua dimulai dengan lafar takbir intiqalat.

(takbir intiqalah ini adalah takbir permulaan bagi rakaat kedua).

13. Kemudian, diikuti pula dengan membaca surah Al-Fatihah.

14. Kemudian, baca mana-mana surah pilihan dalam Al-Quran mengikut kemahuan.

15. Seterusnya, Lakukan rukuk ketiga pada rakaat kedua dengan membaca tasbih sebanyak 70 kali.

Subhana Rabbiyal ‘AziiMi Wa Bihamdih (70 Kali) 

16. Kemudian, selesai sahaja dari rukuk ketiga pada rakaat kedua maka, lakukanlah qiyam (berdiri sekali lagi) untuk kali kedua pada Rakaat kedua.

  • Iktidal sambil tangan diletakkan di antara pusat dan dada. Selepas itu, diikuti dengan membaca surah Al-Fatihah.
  • Kemudian, baca mana-mana surah pilihan dalam Al-Quran mengikut kemahuan.

17. Selesai sahaja membaca mana-mana surah pilihan, teruskan pula dengan melakukan rukuk keempat pada rakaat kedua dengan membaca tasbih sebanyak 70 kali.

Subhana Rabbiyal ‘AziiMi Wa Bihamdih (70 Kali) 

18. Selesai sahaja rukuk, maka bangunlah untuk melakukan iktidal.

19. Kemudian, lakukan sujud ketiga pada rakaat kedua sambil membaca tasbih sebanyak 70 kali.

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih (70 Kali) 

20. Selepas itu, duduk antara dua sujud ( sunat dipanjangkan tempohnya ketika duduk antara dua sujud ini).

21. Kemudian, lakukan sujud ketiga pada rakaat kedua dengan membaca tasbih sebanyak 50 kali.

solat gerhana bulan
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih (50 Kali) 

22. Solat diteruskan dengan duduk tahiyyat akhir.

23. Akhir sekali, solat diakhiri dengan memberi salam.

Salam pertama diucapkan sambil berpaling ke kanan dan salam kedua sambil berpaling ke kiri.

Selepas selesai sahaja melaksanakan solat gerhana bulan ini kita disarankan untuk membaca khutbah gerhana jika solat tersebut dilakukan secara berjemaah.

Penutup

Sebagai umat islam kita haruslah mengambil kesempatan ini dalam meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita sebagai hamba Nya kepada Allah SWT.

Ibadah sunat ini adalah seharusnya ditunaikan dengan sebaik mungkin apabila terjadinya fenomena-fenomena seperti ini tidak kiralah sama ada gerhana bulan atau matahari.

Sumber:

  1. Cara Solat Sunat Gerhana Bulan. Jabatan Mufti Negeri Terengganu.
  2. Kaifiat Solat Sunat Gerhana Matahari dan Bulan. Mufti Perak
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.