Puasa Zulhijjah: Niat, Hukum, Cara, dan Kelebihannya

Apakah amalan puasa Zulhijjah yang boleh kita lakukan dan keistimewaan yang terdapat pada 10 awal Zulhijjah?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda tentang amalan puasa Zulhijjah yang boleh dilakukan, beberapa amalan sunat lain yang digalakkan berserta dengan kelebihannya.

Baca juga:

Pengertian bulan Zulhijjah

puasa zulhijjah

Zulhijjah  (ذو الحجة) adalah bulan terakhir atau nama bulan ke-12 dalam kalender Islam (Hijriyah), setelah Zulkaedah dan sebelum Muharram.

Bulan ini mempunyai makna yang sangat penting bagi setiap umat Islam. Ketika bulan ini, umat Islam yang berkemampuan akan menyempurnakan Rukun Islam kelima iaitu, menunaikan ibadah Haji ke Tanah Suci Mekah.

Maka tidak hairanlah, Zulhijjah ini juga disebut-sebut sebagai “Bulan Haji”.

Tambahan lagi, ia juga merupakan salah satu bulan yang dimuliakan oleh Allah SWT dan terdapat di dalamnya banyak keutamaan dan kelebihan-kelebihan, terutamanya 10 hari terawal daripadanya. 

Amalan 10 hari awal Zulhijjah

puasa zulhijjah

Di dalam bulan Zulhijjah ada hari-hari yang dipilih oleh Allah sebagai hari-hari terbaik sepanjang tahun. Allah SWT berfirman:

وَالْفَجْرِ  وَلَيَالٍ عَشْرٍ

Demi fajar, dan malam yang sepuluh.” – (Surah Al-Fajr, ayat 1 – 2)

Berdasarkan ayat di atas ini, para ulama berbeza pendapat dalam menentukan 10 malam yang dimaksudkan oleh Allah.

Ulama ahli tafsir membahagikannya kepada 3 pendapat iaitu:

  • Pertama: 10 hari pertama bulan Zulhijjah.
  • Kedua:  10 malam terakhir bulan Ramadhan.
  • Ketiga: 10 hari pertama bulan Muharram.

Namun begitu, pendapat yang kuat adalah yang dinyatakan tentang 10 hari pertama bulan Zulhijjah.

Ini berdasarkan kepada hadis riwayat Jabir R.Anhuma, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إنَّ العَشْرَ عَشْرُ الأضْحى، والوِترَ يومُ عَرَفةَ، والشَّفعَ يومُ النَّحرِ.

“Sesungguhnya yang dimaksud dengan 10 itu adalah 10 hari al-Adha (bulan Dzulhijjah), dan yang dimaksud dengan “ganjil” adalah hari Arafah, dan yang dimaksud dengan “genap” adalah hari raya Eid al-Adha.” – (Hadis Riwayat al-Nasaie)

Tarikh-tarikh penting Zulhijjah

Berikut adalah tarikh-tarikh penting di bulan Zulhijjah beserta dengan amalan yang digalakkan untuk kita sebagai umat Islam buat.

1 – 8 Zulhijjah (Mulai puasa sunat)

“Rasulullah SAW biasa berpuasa pada sembilan hari awal Zulhijjah, pada hari Asyura berpuasa tiga hari setiap bulannya.” – Hadis Riwayat Abu Daud

9 Zulhijjah (Puasa sunat Arafah)

“Puasa Arafah dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.” – (Hadis Riwayat Muslim)

10 Zulhijjah (Hari Raya Aidiladha)

“Sesungguhnya Kami telah membrikan kurnia yang sangat banyak kepadamua, maka solatlah untuk Tuhanmu dan sembelihkan korban.” – (Surah Al-Kauthar, ayat 1 – 2)

11 – 13 Zulhijjah (Hari Tasyrik)

“Dan sebutlah kamu akan Allah dalam beberapa hari yang tertentu bilangannya.” – (Surah Al-Baqarah, ayat 203)

14 – 16 Zulhijjah (Puasa sunat hari Putih)

Sekiranya engkau berpuasa tiga hari dalam sebulan, puasalah pada 13, 14, dan 15 haribulan.” – (Hadis Riwayat Al-Tirmizi)

Niat puasa Zulhijjah

Berikut adalah niat puasa Zulhijjah yang perlu dibaca:

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ ذِيْ الْحِجَّةِ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

Nawaitu sauma syahri zil hijjati sunnatan lillahi ta’ala

“Sahaja aku puasa sunat di bulan Zulhijjah kerana Allah Ta’ala”

Niat puasa sunat Tarwiyah

Berikut adalah niat puasa sunat Tarwiyah yang perlu dibaca:

نَوَيْتُ صَوْمَ تَرْوِيَةَ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

Nawaitu sauma tarwiyata sunnatan lillahi ta’ala

“Sahaja aku niat puasa sunat Tarwiyah kerana Allah Ta’ala”

Niat puasa sunat hari Arafah

Berikut adalah niat puasa sunat hari Arafah yang perlu dibaca:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ مِنْ يَوْمِ الْعَرْفَةَ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

Nawaitu sauma ghodin min yawmil ‘arfata sunnatan lillahi ta’ala

“Sahaja aku niat puasa sunat hari Arafah kerana Allah Ta’ala”

Kelebihan 10 hari pertama bulan Zulhijjah

  • Keutamaan hari-harinya: Menurut sebuah Hadis dari Sahih Bukhari, tidak ada hari-hari yang amal kebaikan di dalamnya lebih disukai oleh Allah daripada 10 hari pertama Zulhijjah.

  • Hari Arafah: Hari kesembilan Zulhijjah dikenal sebagai Hari Arafah. Hari ini sangat penting kerana puasa pada hari ini mampu menghapus dosa dua tahun, tahun sebelumnya dan tahun yang akan datang.

  • Aidil Adha: Hari kesepuluh Zulhijjah adalah Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Korban, yang merupakan salah satu hari raya terpenting dalam Islam.

  • Korban atau penyembelihan haiwan: Ini adalah sunnah yang dikerjakan pada tiga hari terakhir dalam 10 hari ini.

  • Haji: Ibadah Haji, salah satu dari lima Rukun Islam, dilakukan dalam 10 hari pertama ini.

  • Takbir Tashriq: Mulai dari Fajr hari Arafah hingga Asr pada hari ketiga Tashriq (13 Zulhijjah), umat Islam diwajibkan untuk mengucapkan takbir setelah setiap salat wajib.

  • Zikir dan ibadah: Dalam 10 hari pertama Zulhijjah, zikir dan ibadah lebih ditekankan dan memiliki keutamaan khusus.

  • Hari-Hari yang diisi dengan kegembiraan: Hari-hari ini adalah hari kegembiraan dan makan minum, terutama hari Tashriq (11, 12, dan 13 Zulhijjah).

  • Taubat: Seperti Ramadan, 10 hari pertama Zulhijjah juga memberikan kesempatan bagi umat Islam untuk meminta ampun dan memperbaiki diri.

  • Pembuka pintu rahmat: 10 hari pertama Zulhijjah adalah pintu pembuka rahmat dan kebaikan yang luar biasa bagi umat Islam.

Jadi, 10 hari pertama Zulhijjah memiliki banyak keutamaan dan adalah waktu yang tepat untuk meningkatkan amal baik dan ibadah.

Kesimpulan

Kesimpulannya, para ahli tafsir dan majoriti ulama’ bahawa 10 hari awal Zulhijjah merupakan hari yang terbaik dan dianjurkan untuk memperbanyakkan amal soleh sepanjang 10 hari ini sebagaimana yang terdapat dalam nas.

Sumber:

  1. #1052 Amalan yang Patut Dilakukan dalam Bulan Dzulhijjah. Maktabah Al Bakri
  2. #1048 Amalan 10 Hari Awal Dzulhijjah: Amalan Yang Disukai Allah. Maktabah Al Bakri
  3. Bayan Li Al-Haj Siri Ke-31: Keistimewaan dan Fadhilat 10 Awal Zulhijjah; Marilah Kita Beramal. Mufti Wilayah Persekutuan
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.