Sambutan Maulidur Rasul 2023 / 1445H & Selawat Maulid Nabi
Artikel kita pada kali ini akan memberikan sedikit perkongsian mengenai sambutan Maulidur Rasul.
Ini adalah teks selawat Maulidur Rasul (maulid Nabi) yang selalu mengiringi umat islam bagi mengingati kita kepada Baginda Rasulullah SAW .
Teks selawat ini dikongsikan dengan iringan audio bagi membantu memudahkan anda untuk membacanya, terutama kepada mereka yang kurang mahir dalam tulisan arab yang baru belajar mengenai selawat Nabi.
Semoga panduan ini membantu anda semua.
Baca juga:
Pengenalan Maulidur Rasul
Apakah yang dimaksudkan dengan Maulidur Rasul?
Maksud Maulidur Rasul adalah hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, iaitu nabi yang terakhir yang diutuskan oleh Allah SAW dalam islam.
Oleh itu, sambutan Maulidur Rasul adalah sambutan yang diadakan oleh umat islam bagi memperingati kita kepada hari kelahiran Rasulullah SAW.
Tarikh Maulidur Rasul 2023
Tarikh Maulidur Rasul adalah jatuh pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah, iaitu pada hari Isnin bersamaan 20 April 571.
Pada setiap kali tarikh yang berkenaan, umat islam akan mengadakan sambutan maulid nabi ini bagi tujuan memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW.
Ia merupakan salah satu tanda bagimana seseorang itu menunjukkan rasa cintanya terhadap kelahiran Baginda Rasulullah SAW adalah dengan terselit rasa gembira dan bangga terhadap apa yang dibawa dan ditinggalkan oleh Nabi Muhamammad SAW kepada umat islam sehingga kini.
Bagi tahun 2023, ia akan disambut pada 28 September 2023 mengikut takwim yang dikeluarkan oleh JAKIM.
Hukum menyambut Maulid Nabi
Terdapat beberapa hukum yang bercanggah mengenai sambutan MaulidurRasul. Ada yang mengharuskannya dan ada pula yang sebaliknya.
Namun secara ringkasnya setelah mengamati pendapat-pendapat ulama, mengenai sambutan Maulidur Rasul ini adalah HARUS dan termasuk dalam BIDA’AH HASANAH iaitu (bida’ah: ia tidak dilakukan oleh Nabi SAW, hasanah: hukumnya baik).
Sambutan adalah dibenarkan, tetapi hendaklah meraikannya dengan beberapa syarat utama. Antaranya adalah seperti:
- Pengisian yang baik seperti tazkirah dan ceramah.
- Tiada percampuran lelaki dan perempuan.
- Menutup aurat.
- Tiada unsur maksiat.
- Mempelajari riwayat hidup Baginda SAW atau sirahnya dengan lebih baik dari tahun ke tahun.
- Penekanan kepada keperluan mengikuti Sunnah Rasulullah SAW.
- Disemarakkan dengan berselawat kepada Nabi SAW.
- Antara kelebihan selawat yang sahih sebagaimana sabda Nabi SAW:
Manakala munurut sebahagian ulama lain pula Menurut pandangan sebahagian ulamak seperti Imam al-Suyuti, beliau menyatakan bahawa amalan tersebut adalah baik dan akan diberi pahala serta ganjarannya.
Ini kerana bertujuan melahirkan rasa cinta dan sayang kepada junjungan Nabi Muhammad SAW.
Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Anas Bin Malik, Rasulullah SAW bersabda:
Tidak (sempurna) iman seseorang sehinggalah aku menjadi orang yang paling disayanginya melebihi ahli keluarganya sendiri dan hartanya dan manusia keseluruhannya”. – (Riwayat Muslim)
Teks Selawat Nabi Maulidur Rasul
Antara selawat yang sering dibaca semasa sambutan MaulidurRasul adalah:
*Iringan Audio Bacaan Selawat
Amalan sunat ketika Maulid Nabi
Terdapat beberapa amalan yang boleh dilaksanakan untuk menyambut kedatangan Maulidur Rasul antaranya adalah:
1. Berpuasa sunat
Antara amalan yang boleh dilakukan adalah dengan berpuasa.
Diriwayatkan dari Abu Qatadah, sesungguhnya Rasulullah SAW pernah ditanya tentang puasa Isnin? Maka Baginda menjawab:
“Padanya aku dilahirkan dan padanya diturunkan (al-Quran) ke atasku”. (Riwayat Muslim)
Hadis di atas memberikan isyarat bahawa Rasulullah SAW berpuasa pada hari Isnin bagi mensyukuri nikmat Allah SWT atas kelahirannya pada hari tersebut.
Hadis di atas memberikan isyarat bahawa Rasulullah SAW berpuasa pada hari Isnin bagi mensyukuri nikmat Allah atas kelahirannya pada hari tersebut.
Maka, jika Rasulullah SAW sendiri berpuasa pada hari Baginda dilahirkan begitulah juga yang sewajarnya dilakukan oleh umat Islam pada hari ini, sebagai tanda mensyukuri nikmat Allah kerana diutuskan Rasulullah SAW.
2. Berselawat
Berselawat juga merupakan salah satu antara amalan yang digalakkan pada sambutan Maulidur Rasul.
Menurut pandangan Syeikhul Islam Sayid Dahlan menyatakan bahawa selawat dan berdiri kerana membesarkan Nabi adalah amalan baik lagi mulia.
Perbuatan berhimpun di masjid atau di surau, di samping dapat solat fardu berjemaah.
Demikian juga amalan berzanji yang dimaklumi mengandungi pujian tertinggi kepada Nabi Muhammad SAW dan diikuti dengan selawat kepada baginda tidak dapat dinafikan mengandungi banyak kebaikan di dalamnya. Sabda Baginda yang bermaksud:
“Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali Allah S.W.T berselawat ke atasnya 10 kali” (Riwayat Muslim dan Abu Daud)
Semua ini merupakan antara amalan-amalan yang boleh dilakukan ketika menyambut Maulidur Rasul.
Sambut Maulidur Rasul, satu amalan bid’ah?
Imam al-Suyuti meriwayatkan daripada Imam Baihaqi dalam kitab Manaqib al-Syafii. Menurut Imam al-al-Syafii berkata:
Perkara-perkara baharu yang diadakan terbahagi kepada dua bentuk :
i. Perkara yang diadakan menyalahi al-Quran, al-Sunnah, pandangan ulamak salaf dan ijmak, maka ia adalah bid’ah (perkara baharu) yang sesat.
ii. jika perkara yang diadakan itu ada kebaikan yang tidak bertentangan dengan mana-mana daripada al-Quran, al-Sunnah, pandangan Ulamak Salaf Dan Ijmak, maka ia adalah bid’ah (perkara baharu) yang tidak tercela.
Oleh itu, berdasarkan pandangan ini sambutan Maulid Nabi tidak termasuk di dalam perkara bidaah (perkara baharu) yang menyesatkan.
Selagi mana ianya tidak bertentangan dengan syariat Islam dan menepati syariat baik daripada sudut akidah, syariah dan akhlak Ahli Sunnah Wal Jammah.
*Jangan lupa, dengarkan secara langsung Sambutan Maulidur Rasul 1445H/2023M dari Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC) Putrajaya bermula 7.40 pagi di stesen-stesen radio NasionalFM, SalamFM, AiFM, MinnalFM, TraxxFM, AsyikFM dan KLFM pada 28 September 2023 bersamaan 12 Rabiulawal 1445H (Khamis).
Sumber:
- Maulidur Rasul- Protal Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)
- Bayan Linnas Siri Ke-80: Hukum Menyambut Maulid Al-Rasul- mufti.gov.my