12 Biodata Isteri Nabi Muhammad & Akhlak Untuk Dicontohi

Setiap isteri Nabi Muhammad memberikan contoh terbaik kepada semua kaum wanita berkenaan isteri solehah, jihad, kebijaksanaan pemikiran dan keilmuan yang luas.

Mereka memiliki empati yang tinggi terhadap permasalahan orang di sekelilingnya dan keindahan kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian kehidupan.

Dari Abdullah bin Amr, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah isteri yang solehah.”

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai beberapa biodata isteri Nabi Muhammad dan peribadi mulia yang sebagai wanita boleh kita contohi dalam kehidupan.

Baca juga:

Senarai Isteri-isteri Nabi & biodata ringkas

Khadijah binti Khuwailid


  • Nama sebenar beliau ialah Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qushi.
  • Bapanya bernama Khuwailid bin Asad dan ibunya bernama Fatimah binti Za’idah. 
  • Berketurunan bangsawan Quraisy daripada Suku Bani A’Sad.
  • Digelar sebagi Al-Thahirah yang bermaksud suci maruah diri.
  • Beliau berkahwin dengan Rasulullah SAW pada usia 40 tahun dan dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Qasim, Abdullah, Ruqayyah, Zainab, Ummul Kalsom, dan Fatimah.
  • Memulakan kerjaya sebagai tokoh perniaaan yang kaya dan berjaya.
  • Beliau merupakan insan pertama yang memeluk Islam.
  • Wafat pada tahun ke-10 kerasulan pada usia 65 tahun.
  • Beliau seorang yang bijak.
  • Beliau mempunyai semangat pengorbanan yang tinggi.
  • Beliau memberi sokongan penuh dalam semua tindakan Rasulullah SAW.
  • Beliau menjadi pendorong dan penyokong perjuangan Rasulullah SAW menyebarkan Islam.
  • Beliau membantu orang yang kesusahan dengan hasil perniagaan.

Terdapat sebuah hadis yang mengatakan bahwa Allah SWT dan malaikat Jibril menyampaikan salam kepadanya. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang berbunyi, 

عن أبي هريرة – رضي الله عنه – قال  أَتَى جِبْرِيلُ النَّبِيَّ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ! هَذِهِ خَدِيجَةُ قَدْ أَتَتْ مَعَهَا إِنَاءٌ فِيهِ إِدَامٌ أَوْ طَعَامٌ أَوْ شَرَابٌ، فَإِذَا هِيَ أَتَتْكَ؛ فَاقْرَأْ عَلَيْهَا السَّلامَ مِنْ رَبِّهَا – وَمِنِّي -، وَبَشِّرْهَا بِبَيْتٍ فِي الْجَنَّةِ مِنْ قَصَبٍ، لا صَخَبَ 

Dari Abu Hurairah RA, disebutkan bahwa pada suatu ketika Jibril pernah datang kepada Rasulullah SAW sambil berkata, 

“Wahai Rasulullah, ini dia Khadijah. Ia datang kepada engkau dengan membawa wadah berisi lauk pauk, atau makanan atau minuman. Apabila dia datang kepada engkau, maka sampaikanlah salam dari Allah dan dariku kepadanya. 

Selain itu, beritahukan pula kepadanya bahwa rumahnya di surga terbuat dari emas dan perak, yang di sana tidak ada kebisingan dan kepayahan di dalamnya.”

Terdapat juga sebuah hadis yang mengatakan beliau adalah salah seorang wanita penghulu syurga, hadis ini merupakan riwayat Ahmad, 

أَفْضَلُ نِسَاءِ أَهْلِ الْجَنَّةِ خَدِيجَةُ بِنْتُ خُوَيْلِدٍ وَفَاطِمَةُ بِنْتُ مُحَمَّدٍ وَآسِيَةُ بِنْتُ مُزَاحِمٍ امْرَأَةُ فِرْعَوْنَ وَمَرْيَمُ ابْنَةُ عِمْرَانَ

Wanita-wanita yang paling utama sebagai penduduk syurga adalah Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad, Asiah binti Muzahim (isteri Firaun) dan Maryam binti ‘Imran.

Saudah Binti Zam’ah


  • Nama panjang Saudah adalah Saudah binti Zum’ah bin Abdi Syamsin bin Abdud dari Suku Quraisy Amiriyah. 
  • Saudah adalah puteri dari Zam’ah bin Qais dari Suku Quraish Mekah. 
  • Beliau berasal keturunan Luiy, salah satu nenek moyang dari Nabi Muhammad SAW. Nasabnya ini bertemu dengan Rasulullah pada Luay bin Ghalib.
  • Ayahnya adalah salah satu orang pertama yang memeluk Islam pada awal diutusnya Nabi SAW.
  • Saudah adalah seorang janda tua.
  • Suami pertamanya ialah al-Sakran bin Amr.
  • Sayyidah SAudah binti Zam’ah wafat pada tahun 54 H atau sekitar tahun 674 M.
  • Beliau sangat sabar. Kekuatan dan keteguhannya dalam menanggung derita, seperti pengusiran, penganiayiaan, dan bentuk kezaliman lainnya, baik yang datangnya dari kaum Quraisy maupun dan keluarganya sendiri.
  • Beliau murah hati dan suka bersedekah. Pada sebagian riwayat dikatakan bahwa Saudah paling gemar bersedekah di jalan Allah, baik ketika Rasulullah masih hidup maupun pada masa berikutnya, yaitu pada masa kekhalifahan Abu Bakar dan Umar.
  • Membantu perjuangan dakwah Rasulullah SAW.
  • Saudah menetap bersama keluarga Nabi Muhammad SAW dan menjaga urusan rumahtangga dan anak-anak perempuan baginda sementara Aisyah binti Abu Bakar yang baru ditunangkan dengan baginda masih tinggal di rumah ayahandanya.
Daripada oleh Aisyah RA dia berkata, “Tidak ada seorang wanita yang lebih aku sukai sebagai contoh teladan selain Saudah binti Zam’ah, iaitu seorang yang berfikiran tajam.” (Hadis Riwayat Muslim, No. 1463)

Terbukti bahawa Saudah binti Zam’ah menjadi isteri yang memiliki keperibadian terbaik apabila beliau memberikan hak gilirannya kepada Aisyah melalui petikan hadis berikut.

Daripada Aisyah RA bahawasanya, “Saudah binti Zam’ah, menghibahkan giliran harinya kepada Aisyah. 

Kerana itu, Nabi ﷺ membahagi harinya untuk Aisyah dan giliran Saudah juga untuknya.” (Hadis Riwayat Bukhari [No. 5212] dan Muslim [No. 1463])

Dalam riwayat lain menyatakan bahawa Baginda sedang melakukan undian bersama isteri-isterinya. Jika salah seorang terpilih, maka dialah yang akan menjadi teman seperjalanan di sisi Rasulullah SAW. Akan tetapi, Saudah tetap mendahulukan Aisyah.

Bahawa Aisyah isteri Nabi SAW berkata, “Rasulullah SAW apabila hendak berpergian, baginda mengundi di antara para isterinya, siapa di antara mereka yang keluar undiannya maka baginda keluar bersamanya. 

Dan beliau membahagi-bahagikan untuk setiap isteri satu hari satu malam, hanya saja Saudah binti Zam’ah telah memberikan harinya untuk Aisyah. (Hadis Riwayat Abu Daud, No. 2138]

Aisyah Binti Abu Bakar 


  • Nama panjang Aisyah adalah Aisyah binti Abu Bakar Al-Siddiq bin Abu Quhafah Utsman bin Amir bin Umar bin Ka’ab bin Sa’ad bin Taim bin Murrah bin Ka’ab bin Luai bin Fihr bin Malik.
  • Beliau digerar sebagai As-Siddiqha, bintu Siddiq, Ummul mukminin, Ummu Abdillah dan Humaira’
  • Bapa beliau adalah Abu Bakar As-Siddiq manakala Ibunya Ummu Ruman.
  • Beliau berbangsa Arab Quraisy.
  • Lahir pada Syawal tahun ke-9 sebelum Hijrah 674 Masihi.
  • Wafat pada 17 Ramadhan 58 Hijrah ketika berusia umur 67 tahun.
  • Bersungguh-sungguh menuntut ilmu
  • Sabar, cekal dan tabah
  • Taat menjalankan perintah agama
  • Suka menderma
  • Qanaah
Saidatina Aisyah RA tergolong dalam kalangan 7 orang yang paling banyak memberi fatwa. 
  • Memperkaya bidang tafsir Al-Quran.
  • Dijadikan tempat rujukan para sahabat dalam bidang tafsir Al-Quran.
  • Benyak meriwayatkan hadis daripada Rasulullah.
  • Menyampaikan ilmu pengetahuan kepada orang lain.
  • Memberi fatwa kepada agama terutama tentang kewanitaan.
  • Pejuang Islam yang bersama Rasulullah SAW dalam peperangan menentang musuh.
Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW : “Siapakah manusia yang paling engkau kasih ? Rasulullah SAW menjawab : Aisyah RA. Aku bertanya lagi : Kalau dalam kalangan lelaki ? Rasulullah SAW menjawab : Ayahnya (Abu Bakar RA)”.
Atha’ RA telah berkata : “Aisyah RA adalah antara orang yang faqih, orang yang paling tahu tentang sesuatu perkara dan orang yang paling baik dalam memberi pendapat”.
Apabila Masruq RA berkata tentang Aisyah RA : “Telah berkata kepadaku as-Siddiqah anak kepada as-Siddiq, kekasih Rasulullah SAW yang dibebaskan daripada langit”.
Al-Zuhri RA telah berkata : “Jika dihimpunkan ilmu Aisyah RA dengan ilmu para isteri Nabi SAW dan ilmu wanita-wanita lain, nescaya ilmu Aisyah RA itu lebih baik”.

Hafsah Binti Umar


  • Nama panjang beliau adalah Hafshah binti Umar bin Khatthab bin
  • Naf’al bin Abdul-Uzza bin Riyah bin Abdullah bin Qurt bin Rajah bin Adi bin Luay.
  • Bapanya adalah Urnar bin Khaththab.
  • Ibunya adalah Zainab binti Madh’un bin Hubaib bin Wahab bin Hudzafah, saudara perempuan Utsman bin Madh’un.
  • Perkahwinannya dengan Rasulullah bermaksud mengangkat darjat kaum wanita.
  • Sepanjang perkahwinan ini, beliau pernah diceraikan oleh Rasulullah lalu datang malaikat Jibrail memerintahkannya untuk rujuk semula.
  • Beliau wafat pada tahun ke empat puluh tujuh pada masa pemerintahan Mu’awiyah bin Abu Sufyan. Beliau dikuburkan di Baqi’, bersebelahan dengan kubur isteri-isteri Nabi yang lain.
  • Berilmu luas, faqih dan bertakwa.
  • Ahli puasa dan solat malam.
  • Berminda kelas tinggi hingga menjadi tempat rujukan hukum, hadis dan ibadah hingga zaman Khulafa’ rasyidin.
  • Pandai menulis dan membaca pada zaman di mana amat sedikit orang memiliki dua kelebihan ini.
  • Seorang yang amanah. Diamanahkan oleh Saidina Abu Bakar untuk menjaga lembaran-lembaran al-Quran yang telah berhasil dikumpulkan oleh Zaid bin Tsabit. Hinggalah ke zaman Saidina Ustman.
  • Karya besar Hafshah bagi Islam adalah terkumpulnya Al-Quran di tangannya setelah mengalami penghapusan kerana dialah satu-satunya isteri Nabi yang pandai membaca dan menulis. 
  • Mengasihi suami. Hafsah sentiasa berada di sisinya dan mengubati luka yang suaminya Khunais. Namun Allah berkehendak memanggil Khunais sebagai syahid dalam peperangan pertama melawan kebatilan dan kezaliman, sehingga Hafshah menjadi janda.
Hafshah Ummahatul Mukminin Radiallahu Anha menduduki tempat yang menonjol di kalangan isteri-isteri Nabi yang mulia.  

Ummahatul Mukminin Aisyah pernah berkata tentang beliau, “Dialah yang pernah diperbandingkan denganku di antara para isteri Rasulullah” [Siyar A’lamin Nubala; 2/227]
Abu Nu’aim Al-Ashbahany membuka biografi Hafshah Radhiallahu Anha dengan berkata, “Seorang wanita yang banyak berpuasa dan solat malam, yang suka mencela dirinya sendiri, dialah Hafshah bintu Umar bin Al-Khattab, pewaris shahifah yang menghimpun Al-Quran” [Al-Hilyah, 2/50]

Zainab Binti Khuzaimah


  • Nama panjang beliau adalah Zainab binti Khuzaimah bin Haris bin Abdillah bin Amru bin Abdi Manaf bin Hilal bin Amir bin Sha’shaah al-Hilaliyah. Ibunya bemama Hindun binti Auf bin Harits bin Hamathah.
  • Zainab binti Khuzaimah termasuk kelompok orang yang pertama-tama masuk Islam dari kalangan wanita.
  • Beliau digelar Ummul Al-Masakin iaitu orang-orang miskin kerana sikap penyayang dan kelembutannya terhadap mereka.
  • Zainab binti Khuzaimah wafat pada tahun 1 Hijrah iaitu ketika Rasulullah masih hidup. Isteri Nabi saw yang pertama meninggal dunia di Madinah.
  • Beliau sangat singkat mendampingi Rasulullah SAW kerana hanya beberapa bulan selepas perkahwinannya, ajal telah menjemput.
  • Terkenal dengan sifat kemurah-hatiannya, kedermawanannya, dan sifat santunnya terhadap orang-orang miskin yang dia utamakan daripada kepada dirinya sendiri.
  • Rajin berpuasa, solat dan beribadah kepada Allah SWT.
  • Beliau sentiasa menekankan kepada seluruh umat Islam agar bersedekah kepada orang fakir dan miskin serta terus menggalakkannya sehingga mencapai tahap itsar (mendahulukan keperluan orang lain daripada keperluan sendiri).
Imam Thabrani rahimahullah mengatakan, “Ummul Masaakiin meninggal dunia ketika Rasulullah saw masih hidup. Dia tinggal bersama Rasulullah saw dalam masa yang sangat singkat.”

Ummu Salamah Hindun Binti Abu Umayyah


  • Nama sebenarnya adalah Hindun binti Hudzaifah (Abu Umayyah) bin Mughirah bin Abdullah bin Amr bin Makhzum. 
  • Beliau berasal dari keluarga yang terhormat kerana beliau berasal dari Bani Makhzum.
  • Lahir 24 tahun sebelum Hijrah dan wafat pada tahun 61H. 
  • Ayahnya, Abu Umayyah seorang tokoh Quraisy yang dikenali dengan kedermawanannya sehingga diberi gelaran Zad ar rakib.
  • Ibunya bernama Atikah binti Amir bin Rabi’ah al-Kinaniyah dari Bani Farras yang terhormat.
  • Ummu Salamah seorang wanita terhormat, berhijab dan suci. 
  • Beliau merupakan sepupu kepada Khalid bin Walid yang digelar Saifullah (Pedang Allah) dan Abu Jahal bin Hisyam.
  • Beliau termasuk wanita pertama sekali berhijrah ke Madinah.
  • Pernah berkahwin dengan Abdullah bin Abdul Asaad bin Hilal bin Makhzum, seorang Sahabat yang mulia serta seorang lelaki yang soleh dan terkenal dengan kemampuan menunggang kuda. 
  • Beliau wafat ketika berumur lingkungan 84 tahun dan sempat bersama pemerintahan Khulafah ar-Rasyidin hingga pemerintahan Yazid bin Mu’awiyyah. 
  • Sangat menyokong suaminya di dalam perjuangan di medan jihad.
  • Hebat dan bijaksana.
  • Sangat menyayangi orang-orang yang di sekelilingnya.
  • Sekiranya beliau bermusafir bersama teman-temannya, beliau akan menanggung semua bekal secukupnya kepada seluruh teman-teman seperjalanannya.
  • Beliau telah berusaha dengan sebaiknya menyelamatkan para Sahabat dari ingkar arahan Nabi SAW. 
  • Pernah dianggap sebagai ulamak di generasi para Sahabat. 
Dalam Sirah Nabawiyah Ibnu Kathir, Ummu Salamah menceritakan bahawa ketika kesedihannya menerima ujian dari Allah SWT dengan kewafatan Abu Salamah, beliau mengadu kepada Allah SWT dengan berdoa, 

“Ya Allah, berilah pahala atas musibahku ini. Dan gantikanlah dengan yang lebih baik darinya.” Dan selepas itu aku berfikir semula dan bertanya diriku, “Adakah untukku yang lebih baik dari Abu Salamah?”

Setelah iddahnya selesai, Abu Bakar dan Umar bin al-khattab meminang Ummu Salamah, namun kedua-duanya ditolak. Kemudian Ummu Salamh dipinang oleh Rasulullah SAW. Ummu Salamah berkata, “Wahai Rasulullah, siapa aku ini untuk tidak menerimamu. Tetapi aku adalah seorang wanita yang sangat pencemburu. Aku bimbang, kamu melihat pada diriku sesuatu yang menyebabkan aku diazab oleh Allah SWT Dan aku adalah wanita yang sudah berusia dan memiliki anak-anak.”

Lalu Rasulullah S.A.W menjawab yang bermaksud:

Mengenai kecemburuanmu, Aku akan berdoa kepada Allah untuk menghilangkannya darimu. 

Mengenai umurmu, Aku pun sudah berumur sebagaimana engkau. Dan mengenai anak-anakmu, anak-anakmu juga anak-anakku.”

Zainab Binti Jahsy 


  • Nama dan nasabnya adalah Zainab binti Jahsy bin Ra-ib bin Ya’mar bin Shabrah bin Murrah bin Kubair bin Ghanam bin Dudan bin Asad bin Khuzaimah al-Asadi.
  • Beliau lahir 33 tahun sebelum hijrah dan wafat pada tahun.
  • Ayahnya adalah Jahsy bin Ri’ib, dia tergolong pemimpin Quraisy yang dermawan dan berakhlak baik.
  • Ibu dari Zainab bernama Umaimah binti Abdul-Muthalib bin Hasyim bin Abdi Manaf bin Qushai (ibu saudara Nabi Muhammad)
  • Sering disebut sebagai wanita Quraisy yang cantik.
  • Suaminya yang terdahulu iaitu Zaid bin Harithah.
  • Perkahwinan Rasulullah dengan Zainab merupakan perintah langsung daripada Allah, bukan atas dorongan nafsu syahwat.
  • Dermawan
  • Waraq dan bertakwa
  • Semasa hidupnya, kedermawanan Zainab binti Jahsy ini kerap mendatangkan pujian dari berbagai kalangan. Bahkan isteri-isteri Nabi pun tak segan memuji kedermawanan wanita tersebut.
  • Berkat kedermawanannya, banyak dari kalangan kaum miskin, anak yatim, dan dhuafa yang merasa terbantu dan tertolong atas huluran tangannya.

Salah satu dari isteri Rasulullah SAW yang disebutkan di dalam Al-qur’an dan Al-hadits yang memiliki banyak keutamaan adalah Zainab binti Jahsy bin Ri’ab radhiyallahu’anha

Diriwayatkan dari ‘Aisyah radhiyalahu’anha, ia berkata, “Diantara istri-istri Nabi Shallallahu Alaihi Wasallam, Zainablah yang menyamai (kedudukanku di mata beliau). 

Tidak pernah aku melihat seseorang wanitapun yang lebih baik dalam agama, lebih bertakwa kepada Allah, lebih jujur dalam bertutur kata, lebih menyambung tali kekeluargaan, lebih besar shadaqohnya, lebih tidak memperhatikan diri sendiri dalam bekerja yang hasilnya ia shadaqahkan dan untuk mendekatkan diri kepada Allah melebihi Zainab. 

Hanya saja ia sedikit pemarah. Jika sedang marah, ia dengan cepat meninggalkan amarah (dan tidak terus-terusan marah) - (Hadis Riwayat Muslim)

Juwairiyah Binti Al-Harith 


  • Nama beliau ialah Juwairiyah binti al-Harith bin Abu Dhirar bin Habib bin ‘A’iz bin Malik bin Juzaimah iaitu al-Mustaliq bin ‘Amr bin Rabi‘ah bin Harithah bin ‘Amr al-Khuza‘iyyah al-Mustaliqiyyah.
  • Dulu beliau dikenali dengan nama Barrah.
  • Beliau  adalah seorang wanita yang cantik.
  • Dilahirkan empat belas tahun sebelum hijrah. 
  • Tawanan perang Bani Mustalaq yang dibebaskan oleh Rasulullah dan kemudian dinikahinya.
  • Juwairiyah adalah seorang puteri pemimpin Banil Musthaliq yang bernama al-Harits bin Abi Dhiraar yang sangat memusuhi Islam.
  • Pernah berkahwin dengan Musafi bin Shafwan bin Malik bin Juzaimah, yang tewas dalam pertempuran Muraisi’ melawan kaum muslimin.
  • Juwairiyah wafat pada masa kekhalifahan Mu`awiyah bin Abu Sufyan iaitu 50 Hijrah, pada usianya yang keenam puluh.
  • Dikenal sebagai perempuan yang memiliki kecerdasan akal, ketepatan pendapat, keindahan akhlak, kefasihan ucapan, dan kecermatan berbicara.
  • Dikenal sebagai orang yang berhati bersih, berkepribadian baik, bertakwa, bersih dari kesalahan, bersikap warak, banyak ibadah, doa, dan zikirnya.
  • Beliau ada meriwayatkan hadis. Menurut Imam al-Zahabi, jumlah hadith yang diriwayatkan daripada jalur Juwairiyah adalah sebanyak tujuh hadis.
Aisyah berkata: “Juwairiyah seorang yang berwajah manis dan cantik pada pandangan, sehinggakan hampir tidak ada seorangpun yang melihatnya melainkan akan jatuh cinta.” 

Safiyyah Binti Huyay


  • Nama sebenarnya adalah Safiyah binti Huyay binti Akhthan bin Sa’yah.
  • Gelaran Safiyah bermaksud harta rampasan perang yang terbaik untuk ketua kaum Arab.
  • Beliau merupakan seorang wanita yang cerdas, dihormati dan mempunyai paras rupa yang cantik. 
  • Dibesarkan dalam keluarga kaya yang sangat berpengaruh di kalangan masyarakatnya
  • Safiyyah telah dijadikan sebagai tawanan setelah suaminya Kinanah bin Abi Al-Haqiq dibunuh kerana pengkhianatannya.
  • Kemudian, Rasulullah SAW menawarkan Islam kepada Safiyyah dan beliau menerima serta memeluk Islam. Maka dengan itu, Rasulullah membebaskannya dan berkahwin dengannya.
  • Beliau meninggal dunia semasa berumur sekitar 50 tahun, pada zaman Muawiyah.
  • Berhati lembut, tenang dan sopan santun
  • Pemurah dan penyabar
  • Sebelum beliau meninggal dunia, beliau telah mewasiatkan 1/3 daripada harta pusaka yang bernilai 100,000 dirham untuk anak lelaki adik perempuannya yang masih Yahudi. Sikapnya yang prihatin ini menunjukkan bahawa beliau sangat mengambil perhatian terhadap hubungan kekeluargaannya.
  • Sangat menyanyangi Rasulullah SAW sehingga rela menanggung beban kesakitan yang dialami Rasulullah jika diizinkan Allah.

Terdapat juga sejumlah hadith yang diriwayatkan daripada Safiyah. Terdapat juga imam-imam yang terkenal mengambil hadith daripada beliau. Antaranya ialah Muslim bin Safuan, Yazid bin Makhtab, Ishaq bin Abdullah dan ramai lagi. Abdul Birr pernah berkata:

“Safiyah adalah seorang wanita yang bijaksana, berpengetahuan dan lemah lembut.”

Ummu Habibah Ramlah Binti Abi Sufyan 


  • Nama sebenarnya Ramlah Binti Abu Sufyan.
  • Merupakan anak kepada musuh besar kaum Muslimin iaitu Abu Sufyan Sokhr bin Harb bersama Safiyyah bin Abi Al-Ash.
  • Beliau juga merupakan saudara perempuan Muawiyah bin Abu Sufyan, pengasas Dinasti Umayyah.
  • Beliau menikah dengan pemuda bernama Ubaidullah bin Jahsy dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Habibah.
  • Beliau antara golongan terawal memeluk Islam dan menyaksikan kekejaman orang Quraisy Mekah terhadap kaum muslimin. 
  • Beliau telah masuk Islam bersama suaminya dan berhijrah ke Habsyah bersama suaminya.
  • Beliau wafat pada zaman pemerintahan adiknya, Muawiyah bin Abu Sufyan pada tahun 44 Hijrah ketika berumur 70 tahun.
  • Dikenali sebagai peribadi yang sentiasa meletakkan akidahnya sebagai perkara yang pertama. 
  • Terkenal sebagai ahli ilmu dan cendikiawan pada zamannya.
  • Teguh menjaga agama Allah dalam dirinya.

Ketika Abu Sufyan mendengar khabar pernikahan puterinya dengan Rasulullah SAW, beliau berasa marah dan pada masa yang sama mengakui kelayakan puterinya untuk berdamping dengan Rasulullah SAW. Beliau berkata, “

“Muhammad merupakan seorang lelaki mulia dan Ummu Habibah adalah seorang wanita yang kuat keimanannya terhadap Allah dan RasulNya”

Sempena perkahwinan Ramlah dengan Rasulullah SAW, Allah SWT menurunkan firmanNya yang berbunyi:

عَسَى ٱللَّهُ أَن يَجْعَلَ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَ ٱلَّذِينَ عَادَيْتُم مِّنْهُم مَّوَدَّةً ۚ وَٱللَّهُ قَدِيرٌ ۚ وَٱللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Maksudnya: Mudah-mudahan Allah menimbulkan kasih sayang antaramu dengan orang-orang yang kamu musuhi antara mereka. Dan Allah adalah Maha Kuasa. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah Al-Mumtahanah:7)

Maimunah Binti Al-Harith Al-Hilaliyah


  • Nama sebenarnya adalah Maimunah binti Al-Harits bin Hazn bin Bujair bin Al-Huzm bin Ruwaibah bin Abdullah bin Hilal bin Amir. Ibunya bernama Hindun binti Auf bin Zuhair bin Al-Harits.
  • Beliau adalah adalah wanita terakhir yang dinikahi Nabi Muhammad SAW pada tahun ketujuh Hijriyah.
  • Beliau dilahirkan di Makkah Al-Mukarramah, enam tahun sebelum masa kenabian.
  • Dalam jihadnya di jalan Allah, dia pernah terkena panah musuh ketika sedang membawakan air untuk prajurit Islam yang telah lemah. 
  • Beliau wafat ketika berusia 80 tahun, bertepatan dengan tahun ke 61 Hijriyah. 
  • Paling bertakwa dan bersungguh-sungguh dalam menyambung silaturrahim.
  • Terlibat dalam peperangan dengan membantu mengubati tentara Islam yang terluka, membawa air dan menuangkannya ke mulut para mujahid yang kehausan di medan tempur.
  • Maimunah meriwayatkan sekitar 76 hadis dari Nabi Muhammad SAW.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menyebut Ummul Mukminin Maimunah dan saudari-saudarinya sebagai wanita yang beriman. Dari Abdullah bin Abbas RA, Rasulullah SAW bersabda,

الأَخَوَاتُ مُؤْمِنَاتٌ: مَيْمُونَةُ زَوْجُ النَّبِيِّ، وَأُمُّ الْفَضْلِ بنتُ الْحَارِثِ، وسَلْمَى امْرَأَةُ حَمْزَةَ، وَأَسْمَاءُ بنتُ عُمَيْسٍ هِيَ أُخْتُهُنَّ لأُمِّهِنَّ

“Saudara-saudara perempuan yang beriman adalah Maimunah istri Nabi, Ummul Fadhl binti al-Harits, Salma istri dari Hamzah, dan Asma binti Umais yang merupakan saudara se-ibu mereka.” (HR. al-Hakim dalam al-Mustadrak 6801. Ia mengatakan shahih sesuai dengan syarat Muslim).

Mariah binti Syam’un


  • Nama beliau ialah Mariah binti Syam’un.
  • Beliau merupakan seorang hamba yang dihadiahkan oleh pembesar Mesir iaitu al-Muqawqas.
  • Beliau juga dikenali sebagai Mariah al-Qibtiyyah kerana beliau berasal daripada Qibt (Mesir).
  • Perkahwinan ini merupakan hadiah daripada Raja Muqawqis.
  • Keistimewaan Mariah ialah beliau merupakan isteri Rasulullah yang mempunyai zuriat selepas perkahwinan Rasulullah dengan Siti Khadijah iaitu Ibrahim.
  • Beliau wafat lima tahun setelah wafatnya Rasulullah, yaitu pada tahun ke-46 hijrah, pada masa pemerintahan Khalifah Umar bin Khattab.
  • Mariah adalah sosok wanita yang memiliki pemahaman agama yang baik. Dia telah disucikan Allah dari prasangka buruk manusia.
  • Melahirkan anak lelaki untuk Rasulullah SAW iaitu Ibrahim.

Rasulullah SAW terpesona dengan paras dan akhlak Maria al-Qibthiyah, seorang perempuan dari kalangan Kristen Koptik yang cantik dan anggun.

Dan keterpesonaan Rasulullah kepada Maria ini membuat istri-istri yang lain merasa cemburu.

Diharapkan semoga perkongsian kami mengenai biodata ringkas isteri Nabi Muhammad ini dapat memberikan anda semua pengajaran yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan dalam kehidupan.

Untuk mengenali lebih lanjut tentang isteri Nabi Muhammad ini, anda boleh dapatkan buku sirah terlengkap: Ummahat Al-Mu’minin

Sumber:

  1. Di Sebalik Praktik Poligami Rasulullah. YADIM
  2. Irsyad Al-Hadith Siri Ke-471: Siapakah Ummul Mukminin Yang Paling Akhir Meninggal Dunia? Mufti Wilayah Persekutuan
  3. Al-Kafi #1154: Dua Orang Isteri Nabi SAW Yang Bernama Zainab. Mufti Wilayah Persekutuan
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.