6 Fakta Tentang Kucing Nabi Muhammad SAW (Muezza)

Benarkah kucing Nabi Muhammad SAW itu benar-benar wujud dan ada?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan tentang kucing Nabi Muhammad SAW yang tidak ramai orang tahu kisahnya.

Baca juga:

Kisah kucing Nabi Muhammad SAW

kucing nabi muhammad

Terdapat sebuah kisah yang menjadi buah mulut dari seorang ke seorang pendengar dan pencerita yang menyatakan Nabi Muhammad SAW pernah memiliki kucing.

Kucing tersebut diberi nama Muezza atau ada sesetengah menulisnya sebagai Mu’izzah.

Peristiwa pertama, diceritakan ketika Rasulullah SAW pulang ke rumah.Kepulangan baginda membangunkan Muezza sehingga haiwan tersebut terus tunduk dan sujud kepada tuannya.

Sebagai balasan, Rasulullah menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing baginda itu sebanyak 3 kali.

Peristiwa kedua, berlaku di mana ketika Rasulullah menerima tetamu di rumahnya. Baginda akan selalu menggendong Muezza dan diribakan di atas paha.

Bahkan satu lagi kisah Rasulullah SAW bersama kucing yang agak terkenal adalah cerita baginda menggunting sebahagian rida’ (selendang) atau serbannya gara-gara tidak mahu mengejutkan kucing yang sedang tidur di atas kain itu.

Status berkenaan kisah kucing Nabi

Dinyatakan, tidak terdapat mana-mana riwayat sahih atau kitab-kitab hadis terkenal yang mengatakan bahawa Rasulullah SAW pernah membela ataupun memiliki seekor kucing bermana Mu’izzah atau Muezza, meskipun ia masyhur kedengaran.

Walaupun demikian, kisah baginda memiliki kucing menjadi kisah yang begitu mahsyur dalam kalangan masyarakat.

Dalam hal ini, kita tidak boleh menyebarkan kisah-kisah yang tidak sahih apatah lagi jika disandarkan atas Nabi Muhammad SAW. Ia dikhuatiri perkara ini termasuk dalam perbuatan berbohong atas nama Rasulullah SAW.

“Sesungguhnya pendustaan ke atas aku tidak sama seperti pendustaan ke atas orang lain. Sesiapa yang berdusta ke atasku secara sengaja maka siap sedialah tempat duduknya di dalam neraka.” – (Hadis Riwayat Al-Bukhari, No. 1291

Namu begitu, dari segi tuntutan berbuat baik kepada kucing dan pengharaman menzalimi serta menyakiti kucing, kita tetap perlu mentaatinya.

Hukum memelihara kucing

kucing nabi muhammad

Umumnya, hukum memelihara kucing adalah harus. Sungguhpun begitu, tidak terdapat nas daripada syarak yang menyuruh seseorang itu membelanya, begitu juga tidak terdapat larangan syarak ke atas perbuatan tersebut. 

Dalam kata lain, berlaku ihsan kepadanya adalah wajib dan menyakitinya adalah haram. 

Benarkan kucing haiwan kesayangan Nabi?

Selalu kita dengar orang berkata, “Kucing adalah haiwan kesayangan Nabi”.

Namun begitu, kenyataan berkenaan tidak mempunyai sandaran atau hadis yang boleh ditsabitkan.

Nabi Muhammad SAW menyayangi semua binatang dan tidak mempunyai kucing khusus dalam hidup baginda.

Kisah sahabat Nabi yang suka kucing

Sahabat Rasulullah SAW iaitu Abu Hurairah RA adalah seorang pencinta kucing. Beliau bahkan diberi gelaran bapa kucing.

Beliau digelar seperti itu kerana sering dilihat kucing bersamanya. Beliau juga pernah berkata:

“Aku pernah menternak binatang ternakan keluargaku, dan aku membela seekor kucing kecil, pada waktu malam aku meletakkannya di bawah pokok, manakala waktu siang aku membawanya berjalan bersamaku, aku bermain dengannya dan mereka menggelarkan aku kerananya”.

Gelaran Abu Hurairah yang bermaksud bapa seekor kucing diberikan kerana pernah menjumpai seekor kucing lalu dimasukkan ke dalam lengan jubah beliau.

Fakta unik tentang kucing

Sejauh manakah anda mengenali si bulus anda di rumah? Jom semak 10 fakta tentangnya.

  • Kucing dewasa mempunyai 30 batang gigi.
  • Kebanyakkan kucing tidak toleran terhadap laktosa dan tidak boleh diberi susu lembu.
  • Purata kucing tidur adalah selama 16 hingga 18 jam sehari.
  • Kucing mempunyai lebih daripada 100 bunyi vokal yang berbeza.
  • Kucing tidak boleh merasa makanan manis.
  • Seekor kucing boleh melompat hampir tujuh kali lebih tinggi.
  • Mata kucing melihat sehingga sudut 200 darjah.
  • Dalam sehari, kucing boleh menghabiskan masa untuk membersihkan diri.
  • Bahasa tubuh kucing biasa mengikut keadaan perasaan kucing.
  • Mengurut juga kegiatan yang dilakukan oleh kucing.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan status kucing Nabi Muhammad SAW ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Al-Kafi #1707: Benarkah Rasulullah SAW Pernah Memiliki Kucing Bernama Muezza? Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Al-Kafi #1534: Benarkah Ada Tuntutan Syarak Untuk Membela Kucing? Mufti Wilayah Persekutuan
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.