11 Tokoh Wanita Islam Dalam Sejarah Dunia Islam

Siapakah tokoh wanita Islam yang sangat memberi pengaruh kepada perkembangan Islam dari zaman dulu sehingga hari ini?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan tokoh wanita Islam yang boleh anda jadikan sebagai role model dalam kehidupan anda.

Baca juga:

1. Siti Khadijah Binti Khuwailid

tokoh wanita islam

Siti Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qushi adalah isteri pertama Nabi Muhammad SAW.

Beliau berketurunan bangsawan Quraisy daripada Suku Bani A’Sad dan digelar sebagi Al-Thahirah yang bermaksud suci maruah diri.

Beliau berkahwin dengan Rasulullah SAW pada usia 40 tahun dan dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Qasim, Abdullah, Ruqayyah, Zainab, Ummul Kalsom, dan Fatimah.

Siti Khadijah adalah insan pertama yang memeluk agama Islam. Peranan penting beliau dalam membantu Rasulullah SAW menyebarkan agama Islam adalah satu perjuangan yang tidak ada taranya.

Nama Siti Khadijah tergolong sebagai seorang wanita penghulu syurga.

2. ‘Aishah binti Abu Bakar 

Aisyah adalah Aisyah binti Abu Bakar Al-Siddiq bin Abu Quhafah Utsman bin Amir bin Umar bin Ka’ab bin Sa’ad bin Taim bin Murrah bin Ka’ab bin Luai bin Fihr bin Malik adalah isteri kedua Rasulullah SAW selepas kewafatan Siti Khadijah.

Beliau digelar sebagai As-Siddiqha, bintu Siddiq, Ummul mukminin, Ummu Abdillah dan Humaira’.

Siti Aisyah mempunyai keilmuan yang sangat tinggi khususnya dalam bidang feqah, faraid, tafsir dan bahkan merupakan salah seorang periwayat hadis yang paling banyak.

Beliau mendapat pendidikan terus daripada Nabi Muhammad SAW dan sering dijadikan tempat rujukan buat para sahabat.

3. Nusaybah binti Ka’ab al-Ansariyyah

tokoh wanita islam

Nusaybah binti Ka’ab al-Ansariyyah adalah wanita pemberani yang tergolong antara wanita terawal memeluk agama Islam di Madinah.

Beliau merupakan anak perempuan kepada Kaab bin Amr dan Rubab binti Abdullah bin Habib.

Nusaybah merupakan salah seorang daripada serikandi Islam dan merupakan pejuang Muslimah Islam yang pertama.

Bahkan dikatakan beliau menjadi Perisai Rasulullah SAW dan kehebatannya sebanding seribu lelaki.

Antara sumbangan beliau adalah berjuang di medan perang dalam Perang Uhud, Perjanjian Hudaibiyyah, Perang Hunain dan Perang Yamamah serta menyaksikan Bait al-Aqabah.

Nusaybah binti Kaab dikenal dengan julukan Ummu Umarah. Kesungguhan Nusaybah melindungi Rasulullah begitu hebat, hinggakan Rasulullah berkata,

“Aku tidak menoleh ke kiri dan ke kanan kecuali melihat Ummu Umarah (Nusaybah) berperang dihadapanku.”

4. Fatimah binti Sa’d al-Khayr

Nama Fatimah binti Sa’d al-Khayr sangat terkenal sebagai ulama hadis wanita terkemuka pada kurun ke 6 Hijrah.

Gelaran beliau adalah Ummu Abdul Karim. Beliau hidup pada zaman terakhir zaman kegemilangan Islam, dan sempat hidup di bawah pemerintahan Salahuddin Al-Ayubbi (memerintah 569-589AH), dan Pertempuran Hittin (583H/1187M) yang telah membebaskan Jerusalem dari Tentara Salib.

5. Fatimah al-Fihri 

tokoh wanita islam

Tahukah anda pengasas Universiti tertua di dunia iaitu Universiti Al-Qarawiyyin di Fez, Maghribi adalah seorang wanita?

Pengasasnya bernama Fatimah al-Fihri. Beliau merupakan wanita dari anak seorang saudagar kaya yang telah berpindah ke satu bandar yang kini dikenali sebagai Bandar Tunisia.

Nama Al-Qarawiyyin diambil bersempena dengan nama beliau sendiri iaitu Kairouan. Siapa sangka, dari sebuah masjid untuk pusat aktiviti utama umat Islam, hari ini ia menjadi universiti terkemuka di dunia.

Menariknya, di dalam universiti ini anda boleh melihat dengan sendiri tinggalan-tinggalam sejarah dan manuskrip lama antaranya seperti Al-Quran versi lama yang ditulis dengan tulisan serta teknik kaligrafi kufi di atas kulit unta. Terdapat juga kitab-kitab lain seperti fiqh, astronomi dan sebagainya.

Universiti Al-Qarawiyyin telah melahirkan ramai cendekiawan dan para ulama seperti Ibnu Khuzaimah, Ibnu Khaldun dan ilmuan Yahudi serta Kristian seperti Pope Sylvester II.

Al-Qarawiyyin: The Oldest University in the World |
Crimean Tatars in English

6. Maryam al-Ijliya al-Astrulabiy

tokoh wanita islam

Maryam al-Ijliya al-Astrulabiy adalah satu-satunya muslimah yang tercatat di bidang astronomi. Murid Bitolus ini adalah pencipta bagi astrolab yang terkenal dari Baghdad, Iraq.

Astrolab adalah instrumen penentuan posisi global yang menentukan posisi matahari dan plant serta banyak digunakan di bidang astronomi, astrologi, dan horoskop.

Dalam Islam, Astrolab digunakan untuk umat Islam sebagai penentu arah kiblat, waktu solat dan penentu hari perayaan seperti Aidil Fitri.

7. Sutayta a-Mahmali 

Sutayta a-Mahmali adalah seorang ahli algebra, ahli matematik dan sarjana Islam pada abad ke-10 Baghdad.

Sebagai tokoh wanita Islam, beliau amat cemerlang dalam bidang seperti kesusasteraan Arab, hadis, fekah, hisab (aritmetik) dan fara’idh (pengiraan penggantian).

Bidang hisab dan ini merupakan cabang praktikal matematik yang berkembang dengan baik pada zamannya.

8. Arwa al-Sulayhi

Tokoh wanita Islam yang seterusnya adalah Arwa al-Sulayhi atau dikenali sebagai al-Malika al-Hurra.

Beliau merupakan seorang ratu dan pemerintah Yaman pada tahun 1067 hingga 1138. 

Kepakaran beliau adalah pada bidang ilmu agama, Al-Quran, hadis, dan juga puisi dan sejarah.

Ketokohan beliau dalam pemerintahan, dikagumi para ahli sejarah dan bahkan nama beliau disebut sejurus selepas nama khalifah di zaman Fatimi, iaitu al-Mustansir-billah dalam khutbah Jumaat.

Beliau turut menjadi wanita pertama dalam sejarah Islam yang mendapat penghormatan tertinggi dalam hierarki keagamaan Fatimi Yaman (iaitu gelaran hujja) oleh Khalifah al-Mustansir.

9. Lubna Cordoba

Lubna Cordoba merupakan seorang hamba dari Sepanyol yang kemudiannya menjadi seorang tokoh istana terpenting pada zaman Umayyah di Cordoba.

Bidang kepakaran beliau adalah dalam bidang sains, penyelesaian masalah geometri dan algebra yang paling kompleks, dan kesusasteraan umum. 

Atas kecerdikan beliau itu, beliau telah dilantik sebagai setiausaha swasta kepada Khalifah Al-Hakam II, dan bertugas sebagai pengerusi perpustakaan diraja yang mengandungi lebih daripada 500,000 buku. 

10. Razia Sultan

Razia Sultan merupakan Sultana Delhi di India pada zaman pemerintahan Jalalat-ud-Din Raziya bagi tempoh 10 November 1236 sehingga 14 Oktober 1240.

Bapa beliau adalah iltamush Shams-ud-din manakala ibunya bernama Qutub Begum.

Razia Sultan merupakan pemerintah yang cekap dan mempunyai segala sifat-sifat raja. Beliau seorang yang cerdik, adil, pemurah, suka belajar dan mempunyai kemahiran berperang.

Razia Sultan’s tomb: Delhi’s very own princess lies forgotten | The Hindu

11. Khawlah Binti Al-Azwar

Satu lagi sosok wanita pemberani yang berjuang di medan perang adalah Khawlah Binti Al-Azwar.

Menurut riwayat, beliau hidup pada 600-an Masihi dan terlibat melawan pasukan Kekaisaran Bizantium pada abad ke-7.

Beliau memimpin pasukannya sendiri di berbagai pertempuran, dan menjadi terkenal kerana keterampilan perang, keberanian, dan ketangguhannya sebagai seorang wanita besi.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan tokoh wanita Islam dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan untuk dijadikan panduan dalam hidup.

Sumber:

  1. Biografi 39 Tokoh Wanita Pengukir Sejarah Islam. Bassam Muhammad Hamami
  2. 100 Muslim Paling Berpengaruh dan Terhebat Sepanjang Sejarah. Teguh Pramono
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.