Imam Mahdi: Ciri-Ciri & Tanda Kemunculannya Di Akhir Zaman

Imam Mahdi adalah invidu yang sangat berkait rapat dengan peristiwa akhir zaman yang diceritakan di dalam hadis.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan Imam Mahdi yang perlu anda tahu.

Baca juga:

Siapakah Imam Mahdi?

imam mahdi

Imam Mahdi adalah sosok dari kalangan Ahlul Bait yang akan keluar nantinya di akhir zaman untuk menjadi pemimpin dalam agama Islam dan memerintah bumi ini dengan penuh keadilan.

Setiap umat manusia akan menikmati kenikmatan yang luar biasa dikurniakan oleh Allah contohnya seperti bumi mengeluarkan pelbagai tumbuhan, langit menurunkan hujan dan harta dilimpah-ruahkan tanpa batas

Ciri-ciri Al-Mahdi

  • Berasal dari Ahli Bait Rasulullah
  • Bernama sama dengan nama Nabi SAW
  • Di bahagian bahunya ada tanda yang sama pada bahu Nabi SAW
  • Kedatangannya akan menguatkan agama Islam
  • Menegakkan keadilan
  • Diikuti umat Islam
  • Menguasai negeri-negeri Islam
  • Bergelar Al Mahdi
  • Penduduk bumi akan merasa cukup pada zaman kekuasaannya dan banyaknya keberkatan dari bumi akan keluar
  • Kemunculannya diikuti kemunculan dajjal
  • Lalu ke kemunculan Nabi Isa
  • Isa menjadi makmum solat Al-Mahdi
  • Beliau akan menanam satu batang kayu di atas tanah yang kering lalu ia akan menjadi hijau dan berdaun.

Sifat-sifat keperibadian Al-Mahdi

  • Beliau merupan seorang anak Adam
  • Dahinya luas dan hidungnya mancung
  • Kedua-dua matanya bercelak
  • Wajahnya bercahaya seakan-akan beliau adalah bintang yang menyinar
  • Di bahagian bahunya ada tanda seperti yang terdapat pada Rasulullah SAW
  • Warna kulitnya adalah warna orang Arab dan tubuh badannya seperti tubuh orang Israel
  • Umurnya 40 tahun dan dalam sebahagian riwayat 30 hingga 40 tahun
  • Akhlak beliau menyerupai akhlak Nabi SAW

Hadis sahih yang berkaitan Al-Mahdi

imam mahdi

1. Daripada Abdullah bin Mas’ud RA beliau berkata, Rasulullah SAW telah bersabda:

لاَ تَذْهَبُ الدُّنْيَا حَتَّى يَمْلِكَ الْعَرَبَ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ بَيْتِي يُوَاطِئُ اسْمُهُ اسْمِي

Maksudnya: Dunia tidak akan berlalu pergi sehinggalah bangsa Arab akan dikuasai oleh seorang lelaki dari kalangan ahli baitku yang namanya bersamaan dengan namaku.

Riwayat al-Tirmizi (2230) Beliau berkata: Hasan Sahih

2. Daripada Abdullah bin Mas’ud R.A beliau berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

‏ لَوْ لَمْ يَبْقَ مِنَ الدُّنْيَا إِلاَّ يَوْمٌ لَطَوَّلَ اللَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ  حَتَّى يَبْعَثَ فِيهِ رَجُلاً مِنِّي  أَوْ ‏‏ مِنْ أَهْلِ بَيْتِي يُوَاطِئُ اسْمُهُ اسْمِي وَاسْمُ أَبِيهِ اسْمَ أَبِي ‏يَمْلأُ الأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلاً كَمَا مُلِئَتْ ظُلْمًا وَجَوْرًا

Maksudnya: Sekiranya tidak berbaki daripada dunia itu melainkan hanya satu hari nescaya Allah akan memanjangkan hari tersebut sehinggalah Dia mengutuskan seorang lelaki pada hari tersebut yang mana lelaki itu dari kalangan aku – atau dari ahli baitku – Namanya berbetulan dengan namaku dan nama bapanya berbetulan dengan nama bapaku. Dia akan memenuhi bumi dengan penuh adil dan saksama sebagaimana ia (bumi) dahulunya dipenuhi oleh kegelapan dan kezaliman.

Riwayat Abu Dawud (4282)

3. Daripada Abu Sa’id al-Khudri R.A beliau berkata, Rasulullah SAW telah bersabda:

‏ الْمَهْدِيُّ مِنِّي أَجْلَى الْجَبْهَةِ أَقْنَى الأَنْفِ يَمْلأُ الأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلاً كَمَا مُلِئَتْ جَوْرًا وَظُلْمًا يَمْلِكُ سَبْعَ سِنِينَ

Maksudnya: Al-Mahdi dariku. Dahinya luas dan hidungnya mancung. Dia akan memenuhkan bumi dengan keadilan sebagaimana ia dahulunya dipenuhi dengan kezaliman dan dia akan menguasai selama tujuh tahun.

Riwayat Abu Dawud (4285)

4. Dari Ummu Salamah R.Anha berkata, Rasulullah SAW telah bersabda:

‏ الْمَهْدِيُّ مِنْ عِتْرَتِي مِنْ وَلَدِ فَاطِمَةَ

Maksudnya: Al-Mahdi dari itrah (keturunan) ku dari anak Fathimah.

Riwayat Abu Dawud (4284)

5. Dari Saidina Ali bin Abi Thalib R.A beliau berkata, Rasulullah SAW telah bersabda:

‏ الْمَهْدِيُّ مِنَّا أَهْلَ الْبَيْتِ يُصْلِحُهُ اللَّهُ فِي لَيْلَةٍ 

Maksudnya: Al-Mahdi dari kalangan kami – ahli bait – yang Allah perbaiki dirinya pada satu malam.

Riwayat Ibn Majah (4085)

6. Diriwayatkan daripada Thauban R.A beliau berkata, Rasulullah SAW telah bersabda:

إِذَا رَأَيتُمْ الرَّايَاتَ السُّودِ قَدْ جَاءَتْ مِنْ قِبَلِ خُرَاسَانَ فَأتوهَا، فَإِنَّ فِيهَا خَلِيفَة الله المَهْدِي

Maksudnya: Apabila kalian melihat panji-panji hitam telah datang dari arah Khurasan maka datangilah ia. Kerana sesungguhnya padanya terdapat Khalifah Allah al-Mahdi.

Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak (4/502)

7. Daripada Abdullah bin Mas’ud R.A beliau berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

لَوْ لَمْ يَبْقَ مِنَ الدُّنْيَا إِلاَّ يَوْمٌ لَطَوَّلَ اللَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ  حَتَّى يَبْعَثَ فِيهِ رَجُلاً مِنِّي  أَوْ ‏‏ مِنْ أَهْلِ بَيْتِي يُوَاطِئُ اسْمُهُ اسْمِي وَاسْمُ أَبِيهِ اسْمَ أَبِي ‏يَمْلأُ الأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلاً كَمَا مُلِئَتْ ظُلْمًا وَجَوْرًا

“Sekiranya tidak berbaki daripada dunia itu melainkan hanya satu hari nescaya Allah akan memanjangkan hari tersebut sehinggalah Dia mengutuskan seorang lelaki pada hari tersebut yang mana lelaki itu dari kalangan aku – atau dari ahli baitku – Namanya berbetulan dengan namaku dan nama bapanya berbetulan dengan nama bapaku. Dia akan memenuhi bumi dengan penuh adil dan saksama sebagaimana ia (bumi) dahulunya dipenuhi oleh kegelapan dan kezaliman.” – (Hadis Riwayat Abu Daud, No. 4282)

8. Daripada Abu Sa’id al-Khudri R.A beliau berkata, Rasulullah SAW telah bersabda:

‏الْمَهْدِيُّ مِنِّي أَجْلَى الْجَبْهَةِ أَقْنَى الأَنْفِ يَمْلأُ الأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلاً كَمَا مُلِئَتْ جَوْرًا وَظُلْمًا يَمْلِكُ سَبْعَ سِنِينَ

“Al-Mahdi dariku. Dahinya luas dan hidungnya mancung. Dia akan memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana ia dahulunya dipenuhi dengan kezaliman dan dia akan menguasai selama tujuh tahun.” – (Hadis Riwayat Abu Daud, No. 4285)

Siapa Yang Terpilih Menjadi Tentera Elit Imam Mahdi – Ustaz Wadi Anuar

Kaitan Imam Mahdi dan akhir zaman

Kemunculan Imam Mahdi dikaitkan dalam peristiwa akhir zaman. Al-Mahdi akan keluar dari arah timur berdasarkan kepada hadis dari Thauban RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda:

يَقْتَتِلُ عِنْدَ كَنْزِكُمْ ثَلاَثَةٌ؛ كُلُّهُمْ اِبْنُ خَلِيْفَةٍ، ثُمَّ لاَ يَصِيْرُ إِلَـى وَاحِدٍ مِنْهُمْ، ثُمَّ تَطْلُعُ الرَّايَاتُ السُّوْدُ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ، فَيَقْتُلُوْنَكُمْ قِتْلاً لَمْ يَقْتُلْهُ قَوْمٌ… (ثُمَّ ذكر شَيْئًا لاَ أَحْفَظُهُ، فَقَالَ:) فَإِذَا رَأَيْتُمُوْهُ؛ فَبَايِعُوْهُ، وَلَوْ حَبْوًا عَلَى الثَّلْجِ؛ فَإِنَّهُ خَلِيْفَةُ اللهِ اَلْمَهْدِيُّ.

Maksudnya: “Ada tiga orang yang akan saling membunuh di sisi simpanan kamu; mereka semua adalah putera khalifah, kemudian ia tidak akan kembali kepada salah seorang dari mereka.

Akhirnya, muncullah bendera-bendera hitam dari arah timur, lalu mereka akan memerangi kamu dengan peperangan yang tidak pernah dilakukan oleh satu kaum pun.. (lalu Baginda menuturkan sesuatu yang tidak aku fahami, kemudian bersabda): Jika kamu melihatnya, maka bai’ahlah dia. Walaupun dengan merangkak di atas salji, kerana sesungguhnya dia ialah khalifah Allah, al-Mahdi.” – (Hadis Riwayat Ibn Majah, 4084)

Menurut kitab al-Fitan wal- Malahim, al-Imam al-Hafiz Ibn Kathir Rahimahullah berkata: Aku menyangka bahawa keluarnya al-Mahdi berlaku ketika turunnya Nabi Isa AS.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abd Allah Radhiallahu anhu beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:

فَيَنْزِلُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ صلى الله عليه وسلم فَيَقُولُ أَمِيرُهُمْ تَعَالَ صَلِّ لَنَا ‏.‏ فَيَقُولُ لاَ ‏.‏ إِنَّ بَعْضَكُمْ عَلَى بَعْضٍ أُمَرَاءُ ‏.‏ تَكْرِمَةَ اللَّهِ هَذِهِ الأُمَّةَ

Maksudnya: “Isa bin Maryam SAW turun lalu berkata pemimpin mereka (Al-Mahdi): Marilah solat bersama kami. Lalu Isa berkata: Tidak, sesungguhnya sebahagian kalian menjadi pemimpin atas sebahagian yang lain. Kemuliaan Allah kepada umat ini.” – (Hadis Riwayat Muslim, No. 247)

Beliau akan berada dalam tempoh pemerintahan sekitar 7 atau 8 atau 9 tahun seperti mana yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud:

إِنَّ فِي أُمَّتِي الْمَهْدِيَّ يَخْرُجُ يَعِيشُ خَمْسًا ، أَوْ سَبْعًا ، أَوْ تِسْعًا ‏‏

“Sesungguhnya, pada umatku terdapat al-Mahdi. Dia akan muncul, hidup (berkuasa) selama lima, tujuh, ataupun sembilan (yakni terdapat keraguan daripada salah seorang periwayat hadith ini, iaitu Zaid berkenaan bilangan tahun yang disebutkan). – (Hadis Riwayat al-Tirmizi, No. 2232)

Pada peringkat awal, hanya 313 orang sahaja yang berbalah dengan beliau kemudian semakin bertambah.

Imam Mahadi Muncul 2024? – Ustaz Azhar Idrus

Beza antara Al-Mahdi Ahli Sunnah dan Syiah

Ciri-ciriAhli SunnahSyiah
Siapa Imam Mahdi?Sosok dari kalangan Ahlul Bait yang akan keluar nantinya
di akhir zaman untuk
menjadi pemimpin dalam agama Islam dan memerintah bumi ini dengan penuh keadilan.
Imam yang ke-12 (terakhir), yang digelar Muhammad bin al-Hasan al-Askari.
KeturunanDari keturunan Hasan bin AliDari keturunan Husain bin Ali
Iktikad1. Akan memerintah umat manusia sekitar 7 atau 8 atau 9 tahun.

2. Keluar dari arah timur.
1. Masuk ke dalam Gua Samira’ sejak lebih seribu seratus tahun dalam usianya ketika itu 5 tahun.

2. Hadir di banyak tempat walaupun ghaib pada mata kasar.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan Imam Mahdi ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan panduan bersama.

Sumber:

  1. Bayan Linnas Siri Ke-43: Imam Mahdi Menurutp Pandangan Ahlus Sunnah. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. #521 Hakikat Sebenar Imam Mahdi. Maktabah Al Bakri
  3. #2235: Sifat-Sifat Imam Mahdi. Maktabah Al Bakri
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.