Imam Ahmad: Biografi dan Sejarah Hidupnya

Artikel pada kali ini, kita akan mengupas tentang sejarah dan kehidupan tokoh Imam Ahmad secara lengkap tetapi ringkas.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsian artikel ini sehingga ke penghujung.

Baca juga:

Biodata Imam Ahmad

Imam Ahmad
  • Nama sebenar: Ahmad bin Muhammad bin Hanbal bin Hilal bin Asad bin Idris bin ‘Abdillah bin ibnu Hayyan bin ‘Abdillah bin Anas bin ‘Auf bin Qasit bin Mukhazin bin Syaiban bin Zahl bin Sa’labah bin Ukabah bin Sa’ab bin Ali bin Bakr bin Wa’il bin Qasit bin Hanb  bin Aqsa bin Du’ma bin Jadilah bin Asad bin Rabi’ah.

  • Panggilan Hanbal sebenarnya berasal dari ayahnya tetapi diambil daripada nama datuk beliau yang bernama Ahmad. Sejak kecil sudah digelar sebagai Ahmad bi Hanbal.

  • Tempat lahir: Iraq.

  • Tarikh dilahirkan: bulan Rabiulawal 164 Hijrah bersamaan 780 masihi, ketika zaman pemerintahan Abbasiyyah yang dipimpin oleh khalifah Al-Mahdi.

  • Keturunan: keturunan Rasulullah SAW.

  • Tarikh meninggal dunia: hari Jumaat bersamaan 12 Rabiulawal 241 Hijrah diusia 77 tahun.

  • Tempat dimakamkan: Baghdad, Iraq

  • Pengasas: Mazhab Hanbali.

  • Mazhab Hanbali berkembang di Baghdad, Najd, Palestin, Syiria, Iraq, dan Mesir.

Sifat peribadi

Berikut adalah sifat peribadi Imam Ahmad yang boleh kita contohi.

1. Sentiasa menuntut ilmu

Imam Ahmad

Kerana semangatnya yang kuat dalam menuntut ilmu, Imam Ahmad digelar sebagai Al-Hakim kerana telah menghafaz lebih 700 000 hadis.

Imam Syafi‘i pernah berkata,

“Aku keluar (meninggalkan) Bagdad, sementara itu tidak aku tinggalkan di kota tersebut orang yang lebih wara’, lebih faqih, dan lebih bertakwa daripada Ahmad bin Hanbal.”

2. Memiliki sifat tawaduk yang tinggi

Yahya bin Ma’in berkata, “Saya tidak pernah melihat orang yang seperti Imam Ahmad bin Hambal, saya berteman dengannya selama lima puluh tahun dan tidak pernah menjumpai dia membanggakan sedikitpun kebaikan yang ada padanya kepada kami.”

Beliau (Imam Ahmad) mengatakan, “Saya ingin bersembunyi di lembah Makah hingga saya tidak dikenal, saya diuji dengan populariti”.

Al Marrudzi berkata, “Saya belum pernah melihat orang fakir di suatu majlis yang lebih mulia kecuali di majlis Imam Ahmad, beliau perhatian terhadap orang fakir dan agak kurang perhatiannya terhadap ahli dunia (orang kaya), beliau bijak dan tidak tergesa-gesa terhadap orang fakir.

Ia sangat rendah hati, begitu tinggi ketenangannya dan sangat memuka kharismanya”. Beliau pernah bermuka masam karena ada seseorang yang memujinya dengan mengatakan,

“Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan atas jasamu kepada Islam?” beliau mengatakan, “Jangan begitu tetapi katakanlah, semoga Allah membalas kebaikan terhadap Islam atas jasanya kepadaku, siapa saya dan apa (jasa) saya?!”

3. Kuat beribadah

Imam Ahmad

Imam Ahmad sangat kuat beribadah. Malah dikatakan beliau melakuakn sehingga 300 rakaat sehari. Hanya selepas dijatuhkan hukuman, beliau solat sebanyak 150 rakaat sehari.

4. Sanggup dipenjarakan kerana mempertahankan akidah

Di masa khalifah Al-Ma’mun, orang-orang jahiliyah berjaya menjadikan fahaman jahmiyyah sebagi ajaran rasmi negara.

Ajaran itu membawa kepercayaan bahawa Al-Quran adalah makhluk. Kemudian, seluruh kerajaan memaksa rakyatnya khususnya para ulama menyatakan bahawa Al-Quran adalah makhluk.

Siapa yang menuruti ajaran ini, maka dia selamat. Dan siapa yang ingkar akan dikenakan siksaan dan penderitaan. Banyak ulama yang mula “menjual akidahnya” agar tidak dihukum.

Ramai yang membisikkan agar Imam Ahmad bin Hambal menyembunyikan keyakinannya agar selamat dari segala siksaan dan penderitaan, namun beliau menjawab,

“Bagaimana kalian menyikapi hadis “Sesungguhnya orang-orang sebelum Khabbab, yaitu sabda Nabi Muhammad ada yang digergaji kepalanya namun tidak membuatnya berpaling dari agamanya”. – (Hadis Riwayat Bukhari)

Lalu beliau menegaskan,

“Saya tidak peduli dengan kurungan penjara, penjara dan rumahku sama saja”.

5. Zuhud

Imam Ahmad memakai pakaian yang dijahitnya sendiri. Bahkan kadang kala beliau pergi bekerja dengan kapak di tangan. Pergi ke kedai dan membawa pulang barang-barang dengan tangan.

Sehinggakan Al-Maimuni pernah berkata,” Rumah Abu Abdillah Ahmad bin Hambal sempit dan kecil.”

Ujian dan cabaran

Beliau dipenjara oleh pemerintah dan dirotan belakangnya hingga hampir terlucut kainnya kerana mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengan kehendak pemerintah.

Pemerintah pula menganggap mereka lebih betul dan arif daripada para ulama.

Latar belakang pendidikan

Sungguhpun hidupnya miskin dan yatim sejak kecil, namun tugas dalam menuntut ilmu tidak sesekali disia-siakan.

Baghdad yang ketika itu telah pun menjadi pusat kepesatan dan perkembangan ilmu pengetahuan, digunakan beliau untuk mempelajari ilmu Al-Quran, Hadis, Bahasa Arab, dan sebagainya dengan ulama-ulama di sana.

Bagi menampung hidupnya sehari-hari, beliau melakukan kerja seperti menjahit dan menjual baju, menulis, mengutip gandum, dan mengangkut barang.

Ketika umurnya mencecah umur 16 tahun, beliau belajar pula dengan Hasyim bin Basyr bin Khazin al-Wasiti untuk mempelajari ilmu hadis.

Zakariya bin Yahya pernah bertanya kepada beliau, 

“Berapa hadits yang harus dikuasai oleh seseorang hingga bisa menjadi mufti? Apakah cukup seratus ribu hadits? Beliau menjawab,

“Tidak cukup”. Hingga akhirnya ia berkata, “Apakah cukup lima ratus ribu hadits?” beliau menjawab. “Saya harap demikian”.

Kerana semangatnya untuk menghimpunkan hadis, beliau telah mengambil keputusan untuk mengembara ke Basrah, Yaman, Makkah, Kufah, dan Hijaz.

Beliau banyak mempelajari tentang fikah, ilmu fikah, ilmu nasikh, dan mansukh serta beberapa cabang ilmu disiplin hadis.

Guru-guru dan pendidik Imam Ahmad

Dikatakan Imam Ahmad pernah berguru tidak kurang dari 100 orang ulama besar sama ada di Baghdad sendiri ataupun kota-kota lain.

Antara guru beliau adalah seperti:

  • Imam Syafie
  • Imam Isma’il bin Aliyyah
  • Hasyim bin Basyir
  • Hammad bin Khalil
  • Mansyur bin Salamah
  • Mudlaffar bin Mudrik
  • Utsman bin Umar
  • Masyim bin Qashim
  • Abu Said Maula Bani Hasyim
  • Muhammad bin Yazid
  • Muhammad bin ‘Ady
  • Yazid bin Harun
  • Muhammad bin Jaffar
  • Ghundur
  • Yahya bin Said al-Cathan
  • Abdurrahman bin Mahdi
  • Basyar bin al-Fadhal
  • Muhammad bin Bakar
  • Abu Daud ath-Thayalisi
  • Ruh bin ‘Ubaidah, Wakil bin al-Jarrah
  • Mu’awiyah al- Aziz
  • Abdullah bin Muwaimir
  • Abu Usamah
  • Sufyan bin Uyainah
  • Yahya bin Salim
  • Muhammad bin Syafi’i
  • Ibrahim bin Said
  • Abdurrazaq bin Humam
  • Musa bin Thariq
  • Walid bin Muslim
  • Abu Masar al-Dimasyqy
  • Ibnu Yaman
  • Mu’tamar bin Sulaiman
  • Yahya bin Zaidah
  • Abu Yusuf al-Qadi

Murid-murid Imam Ahmad

Imam Ahmad mula menyampaikan ilmu ketika usia 40 tahun di Masjid Jami’ yang terletak di Kota Baghdad.

Maka ramailah orang yang datang untuk mempelajari ilmu hadis dengannya.

Kebanyakkan murid-muridnya datang kerana mahu menuntut ilmu, meminta nasihat, mengambil berkat, dan mempelajari adab dan akhlak beliau.

Antara murid beliau yang terkenal adalah seperti:

  • Sholeh ibn Ahmad ibn Hanbal
  • Abdullah ibn Ahmad ibn Hanbal
  • Ahmad ibn Muhammad ibn Hani Abu Bakar al-Atsran
  • Abdul Malik ibn Abdul Hamid ibn Mihran al-Maimuni
  • Ahmad ibn Muhammad ibn al-Hajjaz Abu Bakar al-Marwazi
  • Harab ibn Ismail al-Handholi al-Kirami
  • Ibrahim ibn Ishaq al-Harbi                     

Karya yang dihasilkan

Karya yang paling mahsyur dihasilkan oleh Imam Ahmad adalah Kitab Al-Musnad. Kitab tersebut merupakan himpunan hadis-hadis Rasulullah SAW yang berjumlaj 4000 hadis.

Selain itu beliau juga menulis kitab lain seperti:

  • kitab Tafsir al-Qur’an
  • Kitab al-Nasikh wa al-Mansukh
  • Kitabb al- Muqaddam wa al-Muakhkhar fi al-Qur’an
  • Kitab Jawabatu al-Qur’an
  • Kitab al-Tarikh
  • Kitab Manasiku al-Kabir
  • Kitab Manasiku al-Saghir
  • Kitab Tha’atu al-Rasul
  • Kitab al-‘Illah
  • Kitab al-Shalah.24

Kesimpulannya, Imam Ahmad adalah seorang tokoh yang sangat hebat tetapi zuhud dalam perjuangannya memartabatkan Islam.

Sumbangan beliau pastinya meninggalkan kesan yang sangat besar kepada umat Islam di seluruh dunia.

Sumber:

  1. Abdullah ibn ‘Abd al-Muhsin at-Turki, Usul Mazhab al-Imam Ahmad, (Riyad: Maktabah ar-Riyad al-Hadisah, 1980 M/1400 H),
  2. Biografi Imam Ahmad Ibn Hambal. Karya Dr. Tariq Suwaidan
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.