Bilal Bin Rabah: Biodata & Riwayat Hidup Lengkap

Siapakah Bilal bin Rabah yang dikenali sebagai muazzin pertama dalam sejarah Islam? Mengapakah beliau disebut-sebut sebagai insan mulia yang banyak menerima ujian dan rintangan disebabkan memeluk Islam?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi secara lengkap mengenai latar belakang dan biodata sahabat Nabi Muhammad SAW iaitu Bilal Bin Rabah.

Biodata lengkap Bilal bin Rabah

bilal bin rabah
  • Nama: Bilal bin Rabah atau Bilal Al Habasyi
  • Tempat lahir: Kota Mekah
  • Wafat: Meninggal di Damsyik pada tahun ke-20 Hijrah ketika umur 63 tahun iaitu pada zaman khalifah Umar al-Khattab
  • Tarikh lahir: Pada tahun 43 sebelum berhijrah
  • Nama ibu: Hamama yang berketurunan Abasyiah
  • Nama bapa: Rabah yang berketurunan Arab
  • Status: Hamba kepada Amit bin Khalaf

Insan terawal memeluk Islam

Bilal merupakan antara sahabat terawal memeluk agama Islam. Sebenarnya pada saat beliau memeluk Islam, hanya terdapat beberapa orang sahaja yang sudah memeluk Islam seperti Khadijah Binti Khuwailid, Abu Bakar Al-Siddiq, Ali bin Abi Talib, Ammar bin Yasir serta ibunya Sumaiyah, Suhaib al-Rumi dan al-Miqdad bin al-Aswad.

Penerimaan beliau kepada Islam bermula dari seorang sahabat yang bernama Al Fadhil, insan inilah yang telah mengajak Bilal untuk memeluk Islam di Syam.

Seusainya beliau mengubah keimanan untuk bersama Allah, ujian, rintangan dan seksaan terhadap beliau silih ganti datang. Penyeksaan dan kekejaman yang diterima itu adalah dari kaum musyrikin sendiri.

Hal ini kerana beliau termasuk dalam golongan hamba yang tidak memiliki keluarga. Justeru orang-orang musyrik Quraisy sangat berani memperlakukannya sesuka hati atas alasan benci kepada Islam.

Bilal diseksa oleh Umaiyyah bin Khalaf

Keislamannya Bilal menyebabkan beliau mengalami banyak penderitaan dan kesengsaraan akibat perbuatan orang-orang kafir. Umaiyyah bin Khalaf adalah seorang kafir yang paling keras memusuhi Islam.

Umaiyyah pernah membaringkan Bilal di atas padang pasir yang panas membakar ketika matahari sedang terik sambil menindih batu besar di atas dadanya sehingga Bilal tidak dapat menggerakkan badannya sedikit pun.

Umayah berkata “Apakah kamu bersedia matidalam keadaan seperti ini? Ataukah kamu mau terus hidup, dengansyarat kamu tinggalkan agama Islam?” 

Walaupun Bilal diseksa seperti itu namun ia berkata “Ahad!!! Ahad!!!” yang ertinya Esa (maksudnya Allah Maha Esa).

bilal bin rabah

Pada malam harinya, Bilal diikat dengan rantai, kemudian dicambuk terus menerus hingga badannya luka-luka.

Pada siang harinya, beliau dibaringkan kembali di atas padang pasir yang panas dengan niat agar Bilal mati dalam keadaan derita seperti itu.

Satu persatu orang kafir menyeksa Bilal termasuklah Abu Jahal, dan beberapa yang lain. Mereka berusaha sekuat tenaga untuk menyeksa Bilal dengan seksaan yang lebih berat lagi.

Namun setiap kali diseksa, Bilal terus sahaja menyebut “Ahad!!! Ahad!!!” Bibirnya tidak pernah serik dan berputus asa dari memohon pertolongan Allah Yang Maha Esa.

Bilal dibeli oleh Abu Bakar dan merdeka

Sehinggalah Abu Bakar RA mengajukan penawaran kepada Umaiyyah bin Khalaf untuk membeli Bilal darinya. Umaiyyah menaikkan harga berlipat ganda.

Ia mengira Abu Bakar tidak akan mahu membayarnya. Tetapi ternyata, Abu Bakar setuju, walaupun harus mengeluarkan 9 tahil emas.

Dalam hati Umaiyyah beliau berbisik, “Sekiranya Abu Bakar tidak mahu membelinya dengan harga tersebut, aku tetap akan menjualnya walaupun dengan harga 1 tahil emas.”

bilal bin rabah

Sedangkan Abu Bakar turut berkata dalam hatinya, “Sekiranya dia tidak mahu menjual dengan harga tersebut, aku tetap akan membelinya walaupun dengan harga 100 tahil emas.”

Bilal akhirnya merdeka dan beliau bersama-sama rombongan umat Islam yang lain mengikuti hijrah ke Madinah.

Muazzin Islam yang pertama

Apabila syariat azan telah diperintahkan oleh Allah, orang yang pertama dalam sejarah Islam yang disuruh oleh Rasulullah SAW untuk melaungkan azan adalah Bilal bin Rabah.

Tugas beliau sebagai muazzin adalah sehingga baginda wafat.

Tangis Bilal kerana Rasulullah wafat

bilal bin rabah

Sebelum Rasulullah SAW wafat, Bilal ditugaskan sebagai juru azan di masjid Nabi. Setelah Rasulullah SAW wafat pada mulanya beliau tetap tinggal di Madinah dan mengumandangkan azan.

Namun setiap kali beliau sampai kepada perkataan yang bermaksud: “Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah Rasulullah”, beliau menangis tersedu-sedu.

Kerana tidak kuat menahan kesedihan setiap kali melewati makam Rasulullah SAW. Maka Bilal meninggalkan Madinah sampai beberapa waktu lamanya.

Umat Islam menangis kerana azan Bilal

Pernah pada suatu hari, Bilal bermimpi bertemu Rasulullah SAW. Dalam mimpinya itu Nabi SAW bersabda kepadanya “Wahai Bilal, apayang menghalangimu sehingga engkau tidak pernah berziarah kepadaku.”

Setelah bangun dari tidurnya, Bilal segera pergi ke Madinah. Setiba di Madinah, Hasan dan Husain meminta Bilal agar mengumandangkan azan.

Bilal tidak dapat menolak permintaan orang-orang yang dicintainya itu. Ketika Bilal mulai melaungkan azan, maka terdengarlah suara azan seperti pada zaman Rasulullah SAW.

Hal ini sangat menyentuh hati penduduk Madinah, sehingga kaum wanita pun keluar dari rumah masing-masing sambil menangis untuk mendengarkan suara azan Bilal RA.

Setelah beberapa hari lamanya Bilal tinggal di Madinah, akhirnya beliau meninggalkan kota Madinah dan kembali ke Damaskus dan wafat di sana pada tahun kedua puluh Hijrah.

Sifat-sifat mulia

Bilal bin Rabah adalah seorang sahabat yang memiliki sifat-sifat mulia yang menginspirasi banyak orang. Beberapa sifat mulia Bilal bin Rabah antara lain:

1. Keimanan yang kuat

Bilal bin Rabah adalah seorang yang memiliki iman yang sangat kuat dan teguh.

Meskipun mengalami perlakuan buruk dan penyeksaan kerana keyakinannya, Bilal tidak pernah berpaling dari agama Islam. Ia selalu mempertahankan keyakinannya dan berserah diri sepenuhnya kepada Allah.

2. Ketabahan

Bilal bin Rabah menunjukkan ketabahan yang luar biasa dalam menghadapi cubaan dan kesulitan.

Meskipun diseksa oleh orang Quraisy, Bilal tidak pernah mengeluh atau menyerah. Ia tetap teguh dalam keyakinannya dan tidak menyerah kepada tekanan dan ancaman.

3. Kesetiaan yang tak tergoyahkan

Bilal bin Rabah adalah seorang sahabat yang setia kepada Nabi Muhammad SAW. Ia selalu mendukung dan membela Nabi dalam segala situasi.

Kesetiaannya yang tidak tergoyahkan kepada Nabi menunjukkan dedikasi dan cinta yang mendalam kepada agama Islam dan Rasulullah.

4. Keadilan

Bilal bin Rabah adalah orang yang adil dalam sikap dan perlakuannya. Ia tidak membezakan orang berdasarkan status sosial, suku, atau kekayaan.

Bilal memperlakukan semua orang dengan hormat dan keadilan, dan tidak pernah membiarkan prasangka atau diskriminasi mempengaruhi hubungannya dengan orang lain.

5. Kecintaan kepada Allah

Bilal bin Rabah memiliki kecintaan yang besar kepada Allah SWT. Ia sentiasa mengingat Allah dalam setiap langkah hidupnya dan berusaha untuk hidup sesuai dengan petunjuk-Nya.

Kecintaan dan ketundukan Bilal kepada Allah terlihat dalam pengabdian dan pengorbanannya untuk menyebarkan agama Islam.

Sumbangan kepada Islam

Bilal bin Rabah adalah seorang tokoh penting dalam sejarah Islam. Beliau memberikan banyak sumbangan kepada agama Islam, di antaranya:

1. Pengorbanan peribadi

Bilal bin Rabah adalah seorang hamba yang diperbudak oleh orang Quraisy di Mekah sebelum masuknya Islam.

Namun, setelah memeluk agama Islam, beliau menderita perlakuan buruk dan penyeksaan karena keyakinannya.

Bilal menahan dengan sabar dan teguh dalam imannya, menunjukkan pengorbanan peribadi yang luar biasa untuk mempertahankan agama Islam.

2. Muazzin pertama

Bilal bin Rabah diangkat sebagai muazzin pertama dalam sejarah Islam. Tugasnya adalah memanggil umat Muslim untuk solat dengan azan.

Azan adalah panggilan yang sangat penting dalam agama Islam, dan Bilal berperanan dalam memperkenalkan praktik ini kepada umat Muslim.

3. Keterlibatan dalam perang

Bilal bin Rabah juga terlibat dalam perang dan memperjuangkan agama Islam. Beliau terlibat dalam Peperangan Badar, Uhud, dan Khandaq.

Ketekunan dan keberanian Bilal dalam medan perang merupakan sumbangan yang signifikan dalam mempertahankan Islam.

4. Kesetiaan kepada Nabi Muhammad SAW

Bilal bin Rabah adalah salah satu sahabat terdekat dan pengikut setia Nabi Muhammad SAW. Ia selalu mendukung dan membela Nabi dalam berbagai situasi, bahkan di saat-saat sulit.

Kesetiaan dan pengabdian Bilal kepada Nabi Muhammad merupakan contoh teladan bagi umat Muslim.

5. Penyebaran Islam

Setelah penaklukan Mekah, Bilal bin Rabah juga berperanan dalam menyebarkan agama Islam ke berbagai wilayah.

Beliau menjadi duta agama Islam yang mengajarkan prinsip-prinsip agama kepada masyarakat yang belum mengenalnya.

Hadis berkaitan Bilal bin Rabah

Terdapat satu hadis yang popular yang menceritakan tentang kisah Nabi SAW yang mendengar bunyi telapak kaki Bilal yang berjalan di syurga.

Menurut sumber yang sahih, status berkenaan dengan hadis tersebut adalah sahih. Ini berdasarkan dari riwayat oleh Imam al-Bukhari (256 H) di dalam kitab sahihnya:

Daripada Abu Hurairah RA berkata, telah berkata Nabi SAW kepada Bilal ketika solat Fajar:


يَا بِلاَلُ حَدِّثْنِي بِأَرْجَى عَمَلٍ عَمِلْتَهُ فِي الإِسْلاَمِ، فَإِنِّي سَمِعْتُ دَفَّ نَعْلَيْكَ بَيْنَ يَدَيَّ فِي الجَنَّةِ. قَالَ: مَا عَمِلْتُ عَمَلًا أَرْجَى عِنْدِي: أَنِّي لَمْ أَتَطَهَّرْ طَهُورًا، فِي سَاعَةِ لَيْلٍ أَوْ نَهَارٍ، إِلَّا صَلَّيْتُ بِذَلِكَ الطُّهُورِ مَا كُتِبَ لِي أَنْ أُصَلِّيَ

Maksudnya: “Wahai Bilal! Khabarkan kepadaku amalan yang paling utama telah kamu lakukan sejak memeluk Islam. Ini kerana, aku mendengar gerakan kaki di sisiku di dalam Syurga. Bilal menjawab: Tidak ada amalan utama yang aku amalkan kecuali aku akan berwudhuk pada waktu malam atau siang melainkan aku akan solat dengan wudhuk tersebut di samping solat-solat yang diwajibkan ke atasku.” - (Hadis Riwayat al-Bukhari, No. 1149)]

Pengajaran yang boleh kita pelajari dari hadis ini adalah untuk menetapkan waktu beribadah (menetapkan waktu khusus dalam sesuatu ibadah) adalah dibenarkan kerana Bilal telah melakukannya kerana ia terhasil daripada istinbatnya sendiri lalu Nabi SAW membenarkan perkara tersebut.

Selain itu, hadis ini juga menjadi dalil berkenaan dengan tuntutan bagi menunaikan solat sunat selepas daripada berwuduk seperti mana pendapat dari Imam Ibn al-Jauzi.

Kesimpulan

Sumbangan Bilal pada agama Islam sangatlah besar. Bahkan sehingga hari ini kalimah-kalimah kebesaran azan terus berkumandang di muka bumi ini untuk umat Islam segera menunaikan perintah wajib sujud kepada Allah setiap 5 waktu.

Sumber:

  1. Bilal bin Rabah al-Habasyi R.A. Zulkifli Al Bakri
  2. Irsyad Al-Hadith Siri Ke-482: Kisah Tapak Kaki Bilal Di Dalam Syurga. Mufti Wilayah Persekutuan
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.