Maksud Darah Nifas, Ciri-ciri, Hukum & Tempoh

Maksud darah nifas yang akan dikongsikan ini adalah secara ringkas mengenainya.

Artikel pada kali ini akan membawakan penjelasan secara ringkas mengenai maksud darah nifas yang diulas lengkap mengenainya.

Sungguh istimewa sekali insan yang bergelar Wanita yang mana ia boleh mengeluarkan tiga jenis darah yang berbeza daripada saluran yang sama. Setiap darah yang keluar itu mempunyai nama dan hukum yang berbeza.

Para ilmuan Islam dan pakar perubatan telah mengesahkan bahawa ketiga-tiga darah yang dimaksudkan ini adalah haid (menstruasi), Istihadah/ lokia (lochia) dan nifas (metrorrhagia)

Kepada ibu-ibu yang bakal bersalin, amat penting untuk kita mengetahui dengan lebih mendalam tentangnya.

Apa Itu Darah Nifas?

Maksud dari segi bahasa berasal dari perkataan “na fi sa” yang bemaksud melahirkan. Dari segi saintifik pula, darah nifas ini merupakan darah yang keluar dari Rahim seorang Wanita selepas beranak atau darah selepas bersalin.

Manakala, menurut Mufti Wilayah Persekutuan, maksud darah Nifas ini adalah darah yang keluar setelah kosongnya kesemua rahim dari kandungan.

Meskipun ia keluar dalam bentuk segumpal darah (alaqah) ataupun segumpal daging (mudghah), darah tersebut keluar dalam tempoh sebelum berlalu sekurang-kurangnya tempoh suci (selepas kelahiran) iaitu selama 15 hari.

Jika ia telah melepasi waktu tersebut ia tidak dikira sebagai nifas.

Perkara ini telah sebagaimana telah disebut oleh Imam Hajar al-Haitami:

Nifas ialah darah yang keluar setelah kosong rahim daripada kandungan walaupun dalam bentuk mudghah (segumpal daging) atau alaqah (segumpal darah) dan ianya berlaku sebelum berlalu tempoh 15 hari (daripada kelahiran).

Tempoh Darah Nifas

Menurut Imam Hajar al-Haitami dalam kitab Tuhfah al-Muhtaj, tidak ada had bagi tempoh minimum keluarnya darah nifas:

Tidak ada had bagi tempoh minimum bagi nifas, iaitu tidak dapat diukur, ia dilihat sekadar apa yang telah didapati, sekalipun nifas itu sangat sedikit, tetapi kadar yang lebih sesuai bagi tempoh minimum ialah sedetik. Dan sebanyak-banyak nifas ialah 60 hari, dan kebiasaan tempoh nifas ialah 40 hari, iaitu ianya didapati melalui istiqra’ (kajian) sebagaimana yang telah disebutkan. 

(Rujuk: Ibn Hajar al-Haitami, Tuhfah al-Muhtaj, 1/413).

Tempoh Minimun Bagi Darah Nifas.

Menurut mazhab syafi’i, tempoh nifas bagi seseorang perempuan selepas bersalin adalah sekurang-kurangnya sedetik (satu lahzah) atau darah itu keluar sekali gus dengan bayi.

Disebabkan kerana itu, bagi seseorang Wanita yang melahirkan anak dan keluar darah sekali gus Bersama-sama dengan anaknya kemudian tiada lagi darah yang keluar selepas itu, maka Wanita tersebut tidak dianggap lagi berada dalam keadaan nifas, Jadinya disini wajib keatas Wanita tersebut untuk mandi wajib (mandi wiladah) bagi menunaikan ibadah sebagaimana orang yang berada dalam keadaan suci.

Dalam sejarah islam ada disebutkan bahawa Sayyidatina Fatimah binti Rasulullah SAW yang digelar sebagai al-Zahra’ kerana beliau pernah melahirkan anak waktu tenggelam mega merah (Ghurub al-Syafaq), selepas itu beliau bersih daripada nifas, lalu beliau mandi nifas dan menunaikan solat isyak dalam waktu itu juga.

Tempoh Minimum Nifas

Tempoh ini boleh berlanjutan sebanyak-banyak tempoh haid itu adalah selama 60 hari 60 malam. Biasanya Wanita yang dalam proses berpantang akan mengalami darah nifas tersebut selama 40 hari. Bagi darah yang melebihi tempoh maksimum itu adalah dikira sebagai istihadah iaitu (darah penyakit).

Hukum Darah Yang Keluar Melebihi Tempoh Maksimum Nifas

Persoalannya bagaimana pula jika darah yang keluar itu, melebihi tempoh maksimum 60 hari ini?

Menurut perkonsian yang dikongsi oleh Mufti Wilayah Persekutuan terdapat dua keadaan sekiranya tempoh darah tersebut keluar melebihi had maksimum nifas, bagi situasi darah yang keluar melebihi 60 hari selepas kelahiran ia akan terjadi dua keadaan yang mana:

  • Jika darahnya keluar bersambung dan tidak terhenti walaupun sedetik, ia dikira sebagai darah istihadah.
  • Jika darahnya terhenti walaupun sedetik, darah yang keluar selepas itu ia dihukumkan sebagai darah haid.

Darah Nifas Bagi Wanita Yang Melahirkan Anak secara Pembedahan

Darah nifas bagi keadaan pembedahan (Ceaser) sebegini ini juga turut dibincangkan oleh para fuqaha mengenai hukum mengenai wanita yang melahirkan anak secara pembedahan ini atau bukan tabii, seumpama dengannya.

Mereka berpendapat bahawa hukumnya adalah sama sahaja seperti wanita yang melahirkan anak secara normal. Katakanlah, jika selepas Ceaser tiba-tiba ada darah yang keluar melalui faraj, itu adalah merupakan darah nifas.

Manakala, jika seseorang itu melahirkan anak melalui pembedahan pada perutnya, maka tidak mendapati darah pada tempat kebiasaan melahirkan anak secara normal iaitu (kemaluan) maka wanita tersebut dianggap bersih iaitu (tiada nifas).

Darah Nifas Bagi Wanita Keguguran

Keguguran mengikut istilah Bahasa Arab adalah anak yang lahir daripada kandungan ibunya dalam keadaan yang tidak sempurna.

Manakala menurut dari segi syarak pula, keguguran ini adalah anak yang lahir daripada kandungan ibunya dalam keadaan mati atau tidak sempurna kejadiaanya.

Menurut Mazhab Syafie ia berpadangan bahawa :

Asalkan telah disahkan keluarnya janin dari rahimnya, tidak kiralah janin itu meninggal atau hidup, sempurna atau tidak sempurna sifatnya, maka jika ada darah yang keluar melalui faraj wanita tersebut selepas itu, itu dikira darah nifas.

Apakah Hukum Bagi Wanita Dalam Keadaan Nifas?

Hukum bagi wanita yang berada dalam keadaan ini sama sahaja tidak boleh melakukan perkara-perkara yang diharamkan ketika seseorang itu berada ketika dalam keadaan haid. Iaitu haram bagi seseorang itu puasa, solat membaca al-Quran yang perkara-perkara yang berkaiatan dengannya.

Apakah Tanda Darah Nifas Itu Sudah Habis?

Antara tanda-tanda yang boleh diperhatikan untuk menandakan darah_nifas itu sudah berada di hujung-hujung dan nak habis adalah seperti:

  1. Warna darahnya menjadi lebih cerah.
  2. Pada hari terakhir, akan turut keluar cecair putih.
  3. Jika dimasukkan kain kapas putih ke dalam faraj, ia kering daripada warna darah.

Apakah Lendir Kuning Yang Keluar Selepas Darah Nifas?

Maksud darah nifas dari sudut perubatan darah_nifas dipanggil sebagai lochia. Iaitu elepas sahaja lacenta keluar dari rahim, akan terdapat banyak darah yang keluar seperti darah period. Ni namanya Lochia Rubra. Darah nifas ini juga terdapat beberapa tahap:

*1. Lochia Rubra– Warna darah yang keluar pada tahap ini adalah berwarna merah gelap yang berlanjutan sekitar 4 hari. Ia kelihatan seperti warna darah segar yang bercampur dengan sel pelapis rahim.

*2. Lochia Serosa- Pada tahap Lochia Serosa pula, warna darahnya macam merah jambu dan kecoklatan gitu. Ia keluar dalam tempoh kurang dari 10 hari, tetapi sekitar 5 hari ke atas.

*3. Lochia Alba– Pada tahap ini, darah yang keluar adalah berwarna kekuningan yang keluar sekitar 10 sehingga 16 hari.

Kesimpulan

Semoga panduan ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.

Dengan panduan yang diberikan semoga kita lebih cakna mengenai darah nifas ini, terutamanya mengenai tempoh keluar dan habisnya darah tersebut.

Selain itu, ia juga dapat menghilangkan segala keraguan dalam beribadah dan dapat memastikan tahap kesihatan ibu-ibu di luar sana.

Sumber:

  1. Segalanya Tentang Darah Nifas Yang Mommy dan Daddy Perlu Tahu. Story.motherhood.com
  2. Darah Nifas (Kenali Jenis, Warna Dan Persoalan Lain Tentangnya. bidadari.my
  3. Al-Kafi #1815: Hukum Darah Nifas Yang Keluar Melebihi Tempoh 60 Hari. Mufti Wilayah Persekutuan
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.