Niat dan Kelebihan Puasa Sunat Isnin Khamis Menurut Hadis
Tahukah anda dalam seminggu anda boleh melanjalankan ibadah sunat yang sangat besar manfaatnya iaitu dengn puasa sunat Isnin Khamis?
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan amalan puasa sunat Isnin Khamis yang boleh anda jadikan panduan bersama.
Baca juga:
Apa itu puasa Isnin Khamis?
Puasa Isnin Khamis adalah amalan berpuasa yang dilakukan pada hari Isnin dan Khamis setiap minggu.
Ini adalah salah satu jenis puasa sunnah yang dianjurkan dan digalakkan dalam agama Islam untuk umat Islam lakukan.
Dalil tentang pelaksanaan puasa Isnin Khamis
Berikut adalah beberapa dalil yang boleh menyokong pada galakan untuk berpuasa pada hari Isnin dan Khamis.
1. Hari yang banyak peristiwa bermakna berlaku pada Nabi SAW
Daripada Abu Qatadah RA bahawa Rasulullah SAW ditanya mengenai puasa pada hari Isnin. Baginda pun bersabda,
Maksudnya: “Hari isnin merupakan hari kelahiranku, hari aku dilantik menjadi Rasul dan juga Allah menurunkan Al-Quran kepadaku.” – (Hadis Riwayat Muslim)
2. Nabi SAW sering berpuasa isnin dan khamis
Daripada Aisyah RA, berkata:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَحَرَّى صَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَالخَمِيسِ
Maksudnya: “Adapun Nabi SAW sentiasa berpuasa pada hari Isnin dan Khamis.” – (Hadis Riwayat Al-Tirmizi)
3. Hari yang dibentangkan segala amalan
تُعْرَضُ الأَعْمَالُ يَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَالخَمِيسِ، فَأُحِبُّ أَنْ يُعْرَضَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ
Maksudnya: “Amalan dibentangkan pada hari Isnin dan Khamis, maka aku kebih suka amalanku dibentangkan ketika aku sedang berpuasa.” – (Hadis Al-Tirmizi)
Daripada Usamah bin Zaid, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
ذَانِكَ يَوْمَانِ تُعْرَضُ فِيهِمَا الْأَعْمَالُ عَلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ، فَأُحِبُّ أَنْ يُعْرَضَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ
Dua hari tersebut akan dibentangkan amalan-amalan kepada Tuhan sekalian alam. Maka aku lebih suka jika amalanku dibentangkan ketika aku sedang berpuasa.” – (Hadis Riwayat Al-Nasa’ie)
Niat puasa Isnin Khamis
Berikut adalah niat puasa sunat bagi hari Isnin:
نَوَيْتُ صَوْمَ يَوْمَ اْلاِثْنَيْنِ سُنَّةً ِللهِ تَعَالَى
“Nawaitu sauma yaumal itsnaini sunnatan illahi ta’ala”
Maksudnya: “Sahaja aku berniat puasa sunat hari isnin kerana Allah ta’ala.”
Manakala niat puasa sunat bagi hari Khamis adalah seperti berikut:
نَوَيْتُ صَوْمَ يَوْمَ الْخَمِيْسِ سُنَّةً ِللهِ تَعَالَى
“Nawaitu sauma yaumal khomiisi sunnatan lillahi ta’ala”
Maksudnya: “Sahaja aku berniat puasa sunat hari khamis kerana Allah ta’ala.”
Cara berpuasa Isnin dan Khamis
Puasa sunat isnin dilakukan pada hari isnin sahaja, sedangkan puasa sunat Khamis pada hari Khamis.
Dari segi proses perlaksanaannya ia sama sahaja dengan ibadah puasa yang lain. Hanya yang membezakan adalah dari segi lafaz niat.
Kelebihan puasa Isnin Khamis
- Sebagai tanda kita bersyukur dengan segala nikmat kurniaan rezeki daripada Allah SWT
- Mendidik nafsu amarah menjadi nafsu lawwamah sehingga lahirnya nafsu mutmainnah
- Mendidik nafsu amarah menjadi nafsu lawwamah sehingga lahirnya nafsu mutmainnah
- Melahirkan hati yang penuh dengan belas kasihan dan ihsan
- Pahala sunat yang berganda banyak apabila dilakukan dengan ikhlas semata-mata kerana Allah SWT
- Manfaat yang banyak dari segi kesihatan dan kecergasan tubuh badan
Kesimpulannya, seseorang yang melaksanakan ibadah sunat berupaya untuk menampung pada ibadah wajib yang diperintahkan kepadanya. Justeru itu, janganlah kita sesekali memandang remeh soal amalan sunnah ini kerana banyak kebaikan yang boleh kita perolehi.
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan puasa sunat Isnin Khamis dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Sumber:
- Irsyad Al-Hadith Siri Ke-231: Amalan Diangkat Pada Isnin dan Khamis. Mufti Wilayah Persekutuan
- Rupanya Ada Banyak Kelebihan Apabila Kita Berpuasa Sunat Isnin Dan Khamis. Sinar Islam Plus